Menurut portal Mail Online, senaman itu menjadi trend terbaharu di bandar Zhengzhou, wilayah Henan di timur negara ini, apabila sekumpulan individu melakukan senaman fanatik itu selama empat jam sehari di sekitar sebuah taman, di sini.
Aktiviti itu disertai kumpulan wanita dan lelaki semua peringkat umur.
Beberapa peserta mendakwa mereka merasai lebih sihat dan boleh memberi kelegaan sakit di bahagian leher dan bahagian belakang selepas merangkak untuk tempoh tertentu.
Kebanyakan mereka memakai sarung tangan ketika merangkak bagi mengelakkan sebarang kecederaan di bahagian tangan.
Senaman luar biasa itu menarik perhatian orang ramai yang melalui kawasan itu.
Ketika melakukan senaman itu, mereka turut melakukan senaman-senaman ringan dengan mengangkat bahagian bahu dan kaki.
Ramai peserta percaya trend merangkak itu sangat berfaedah dan memberi kesihatan yang lebih baik.
Seorang peserta yang kerap melakukan senaman tersebut, Wang berkata, senaman itu menyembuhkan sakit belakang yang dialami sejak beberapa tahun lalu.
“Menjadi kelaziman kepada saya untuk melakukan senaman ini yang memerlukan saya merangkak di sekeliling taman ini,” ujarnya.
Sementara itu, seorang doktor dari hospital tempatan, Lu Peiwan menyifatkan senaman merangkak itu mampu mengurangkan berat badan dan boleh mengurangkan tekanan yang dihadapi seseorang.