Pages

Showing posts with label filem. Show all posts
Showing posts with label filem. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Filem Indonesia calon anugerah Akademi

Berita Harian Online | Filem Indonesia calon anugerah Akademi:




2011/10/17

FILEM Di Bawah Lindungan Ka’bah yang bersaing merebut Oscar.
FILEM Di Bawah Lindungan Ka’bah yang bersaing merebut Oscar.
‘Di Bawah Lindungan Ka’bah’ antara 63 karya bersaing Oscar

LOS ANGELES: Filem Di Bawah Lindungan Ka’bah arahan Hanny R Saputra, adalah antara calon yang bersaing merebut Oscar dalam kategori filem berbahasa asing Anugerah Akademi Amerika Syarikat.
Filem termahal Indonesia itu dihasilkan dengan kos AS$3 juta (RM9.3 juta), hampir enam kali ganda daripada perbelanjaan menghasilkan filem lain di negara itu.
Ia mengisahkan kisah tragik sepasang kekasih yang jatuh cinta tetapi terpaksa berpisah kerana perbezaan darjat.

Filem itu dibintangi Didi Petet, Leroy Osmani, Yenny Rahman dan Widyawati selain bintang muda Herjunot Ali, Laudya Cynthia Bella, Niken Anjani, Tara Budiman dan Agung Putra Perwira.

Ia mengisahkan Hamid dan Zainab yang berasal daripada dua keluarga dengan tingkat sosial yang berbeza.

Ibu Hamid bekerja di rumah keluarga Zainab. Pertemuan demi pertemuan membuat keduanya saling jatuh cinta. Namun, kedudukan kewangan dibayangi hutang budi menyebabkan ibu Hamid melarang anaknya menaruh harapan memiliki Zainab.
Mereka, bagaimanapun, berkongsi impian sama iaitu setiap manusia bebas mencintai dan dicintai.

Dugaan demi dugaan mendera keduanya. Hamid kemudian diusir dari kampung kerana dituduh secara tidak sopan menyentuh Zainab sedangkan anak dara itu akan dijodohkan orang tuanya dengan anak saudagar kaya.

Mereka tetap setia dengan janji untuk mempertahankan cinta. Hamid yang diusir dari kampungnya akhirnya mengembara hingga sampai ke Makkah dan menunaikan ibadat haji seperti yang diimpikannya manakala Zainab tetap menjaga dengan setia janjinya, untuk bernikah hanya dengan orang dicintai.

Filem daripada 63 negara sudah memasuki persaingan itu. Permohonan termasuk pencalonan kali pertama dari New Zealand selain Albania dan Vietnam.

Jawatankuasa khas Akademi akan memilih lima calon memasuki pusingan akhir pada 24 Januari 2012 dan pemenang akan diumumkan pada majlis Anugerah Akademi ke-84 di Los Angeles pada 26 Februari 2012.

Penganjur Akademi mengesahkan The Orator sebagai pencalonan pertama New Zealand dalam kategori itu. Filem arahan pertama Tusi Tamasese adalah karya berbahasa Samoa itu menceritakan kisah petani miskin yang perlu berjuang mempertahankan keluarganya.

Dua pemenang utama Festival Filem Antarabangsa Toronto September lalu turut berada dalam senarai. Lubnan mempertaruhkan nasib ke atas filem Where Do We Go Now arahan Nadine Labaki yang memenangi Anugerah TIFF, Cadillac People's Choice. – Agensi

'via Blog this'

Wednesday, May 4, 2011

Pembunuhan Osama difilemkan



LOS ANGELES 3 Mei - Pengarah yang pernah memenangi Anugerah Oscar, Kathryn Bigelow dilapor sedang menerbitkan filem bertajuk Kill Bin Laden yang memaparkan pembunuhan dalam serangan pada 11 September, Osama Bin Laden oleh Amerika Syarikat (AS).
Filem yang dibiayai anak perempuan jutawan teknologi Larry Ellison, Megan Ellison itu akan menampilkan aktor Australia, Joel Edgerton, 36, yang sebelum ini pernah berlakon dalam Star Wars.
Menurut laman web industri filem, Deadline.com semalam, Bigelow yang juga pengarah wanita pertama memenangi Oscar menerusi filem The Hurt Locker pada tahun lalu, telah merancang dan memilih pelakon untuk filem tersebut sejak beberapa minggu lalu.
Plot asal filem itu dibuat berdasarkan misi-misi tentera AS yang gagal membunuh pemimpin al-Qaeda tersebut di kawasan sempadan antara Afghanistan dan Pakistan.
Bagaimanapun, Deadline.com melaporkan, jalan cerita Kill Bin Laden akan diubah kepada berakhir dengan 'kejayaan' sama seperti operasi tentera AS yang berjaya membunuh ketua militan tersebut. - dpa