Pages

Showing posts with label mek wook. Show all posts
Showing posts with label mek wook. Show all posts

Friday, February 24, 2012

Wook lapor polis dakwa diperdaya Din

wook
KUALA BERANG – Seorang warga emas yang pernah menggemparkan rakyat Malaysia kerana berkahwin dengan seorang lelaki lebih muda tiga kali ganda daripada usianya daripadanya dilaporkan tertipu dengan helah anak saudaranya sendiri.

Warga emas, Wook Kondor, 109, yang lebih dikenal sebagai Wook dikatakan tidak tahan dengan perangai anak saudaranya, Din kerana memperdayakannya sehingga tanah miliknya tergadai sedangkan satu sen pun wang penjualan tanah tidak diperolehnya.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintendan Mohd Rosli Mohd Amir berkata, warga emas dari Kampung Bukit Tok Bat didatangi anak saudaranya pada 2004 untuk meminta geran tanah miliknya.

“Menurut laporan, suspek meminta geran berkenaan kononnya untuk disimpan tetapi kepercayaan yang diberikan Wook bertukar tragedi apabila tiga tahun kemudian, Din kembali berjumpanya dan mengajak ke suatu lokasi untuk mendapatkan cap jarinya.

“Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa menurunkan cap jari di atas kertas yang dia sendiri tidak memahaminya,” katanya.

Namun pada Disember 2011, seorang lelaki datang ke rumahnya di kampung berkenaan dan menyuruhnya berpindah serta-merta kerana menurut lelaki itu, tanah yang diduduki sudah dijual dan bukan lagi miliknya.

Sekian lama memikirkan kesulitan yang terpaksa dilalui, akhirnya Wook datang ke Balai Polis Kuala berang semalam kira-kira jam 9 pagi untuk melaporkan perkara berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Wook membuat laporan itu dengan ditemani suaminya, Mohd Nor Musa, 39.

Wook lapor polis dakwa diperdaya Din - Terengganu - Sinar Harian:

'via Blog this'

Tuesday, July 19, 2011

Wook Kundur dapat tajaan ke Mekah




MESKIPUN jurang usia begitu jauh, pasangan Mohd. Nor dan isterinya, Wook Kundur tetap bahagia.


KUALA TERENGGANU - Tuah ayam nampak di kaki namun tuah manusia tiada siapa yang tahu.
Bagi Mohd. Nor Che Musa, 40, dan isterinya, seorang warga emas berusia 109 tahun, Wook Kundur tidak menyangka apabila ada pihak yang menaja mereka untuk beribadah di Mekah selama empat bulan tahun ini.
Enggan mendedahkan pihak yang menaja, Mohd. Nor berkata, mereka bersama 14 lagi anggota rombongan dijadual berangkat ke Mekah pada 22 Julai ini.
Mereka akan berada di sana selama empat bulan untuk menyambut Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan mengerjakan haji.
Ketika dihubungi, Mohd. Nor berkata, dia mahu berdoa di hadapan Kaabah supaya ketagihannya terhadap dadah yang membelenggunya hingga kini dapat dihapuskan.
Kosmo! Online - Negara

Friday, September 10, 2010

Mek Wook gembira dapat beraya bersama suami



WOOK Kundur setia menanti kepulangan suaminya yang sedang menjalani rawatan pemulihan penagihan dadah ketika ditemui di Kampung Tok Randok, Hulu Terengganu, semalam.


HULU TERENGGANU 9 Sept. - Ramai yang bertanyakan mengapa Wook Kundur, 108, masih sanggup menerima Mohd. Nor Musa, 38, yang sudah dua kali ditahan kerana penagihan dadah sebagai suami dengan penuh rasa kasih sayang.
Hubungannya dengan lelaki muda itu bukan mudah untuk dipisahkan oleh Wook yang telah 22 kali berkahwin sebelum ini sepanjang usianya.
Baginya, dia mengimpikan inilah perkahwinan terakhir dalam hidupnya yang sudah menjangkau begitu lama.
"Tok memang marah sangat dengan Nor sebab sebelum ini dia dah janji dan insaf tak mahu terlibat lagi dengan dadah tapi dia terpengaruh juga dengan rakan-rakannya.
"Tok sedih tapi kali ini tok nak ajar Nor. Kalau dia kembali sekali lagi menagih tok tak mahu jamin dah...biarlah ini kali terakhir.
"Tok mahu dia sedar dan fikir sendiri masa dia tinggal di pusat pemulihan itu nanti betapa sayangnya tok pada dia," katanya ketika ditemui di rumah adiknya di Kampung Tok Randok di sini semalam.
Namun seburuk mana tanggapan orang terhadap suaminya, Wook percaya, tiada siapa yang lebih menyayangi dirinya berbanding Mohd Noor.
Baginya Mohd Nor membuatkan dirinya begitu dihargai dalam usia yang sudah begitu lanjut ketika mungkin tiada siapa lagi yang akan ambil peduli, apatah lagi untuk mengisi kesepiannya terutama pada hari raya.
Menurut Wook, dia amat gembira pada tahun ini kerana dapat beraya bersama suami yang sekali lagi berada di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Besut dan akan diberi pelepasan selama dua minggu.
Katanya, dia sememangnya tidak bersemangat membuat persiapan raya memandangkan suaminya berada di pusat pemulihan dan menjangkakan dia terpaksa menyambut Syawal bersendirian lagi tahun ini.
"Memang tok ingat Nor tak dapat beraya bersama di rumah kami di Kampung Tok Bat, Kuala Berang namun selepas dimaklumkan dia akan diberi pelepasan, tok berasa gembira walaupun sedih apabila dia terlibat dengan penagihan dadah sekali lagi baru-baru ini.
"Tapi apa yang penting, tahun ini tok tak sunyi lagi kerana Nor akan menemani tok beraya...baru rasa semangat nak pakai baju raya yang dibeli," katanya.
Mohd. Nor ditahan pada 9 Ogos lalu buat kali kedua tidak lama selepas sebulan dibebaskan kerana kembali terlibat dalam penagihan dadah.

Tuesday, September 7, 2010

Mek Wook, suami berpakaian raya sedondon

KUALA TERENGGANU - Mohd. Nor Musa, suami kepada seorang warga emas berusia 108 tahun, Mek Wook Kundur, diberi pelepasan dua minggu oleh Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) di Besut untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama isterinya itu di rumah mereka di Kuala Berang di sini.
Mohd. Nor, 38, yang ditahan semula baru-baru ini setelah dibebaskan pada 15 Julai lepas, diberi pelepasan untuk berbuat demikian mulai esok hingga 19 September oleh pengurusan pusat berkenaan.
Ketika ditemui di Program Prihatin Agensi Anti Dadah Kebangsaan bersama Orang Kena Pengawasan di Puspen Batu Buruk malam tadi, Mohd. Noor yang ditemani Mek Wook berkata, dia begitu gembira kerana dapat menyambut hari raya dengan isterinya itu.
"Kami telah menyediakan pakaian sedondon berwarna merah untuk dipakai pada pagi hari raya nanti,” katanya. - Bernama

Wednesday, September 1, 2010

'Benci tapi sayang'

Mek Wook dan suami Mohd Nor

HULU TERENGGANU: “Sayang pun sayang, benci pun benci,” kata Mek Wook Kondor, 107, mengenai perasaannya terhadap suaminya, Mohd Nor Musa, 38, yang kini menjalani rawatan pemulihan di Pusat Khidmat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah (PKAD) selama dua bulan selepas ditahan polis kerana didakwa positif dadah jenis heroin pada 12 Ogos lalu.
Kata wanita tertua Terengganu itu, walaupun kecewa dengan sikap suaminya yang kembali ke tabiat buruk menagih dadah, jauh di sudut hatinya masih menyayangi lelaki berkenaan yang disifatkan amat setia mencintainya ketika susah dan senang.
“Kalau tidak sayang Mohd Nor, hendak ganti dengan siapa. Tiada siapa lagi lelaki dalam hidup saya kecuali suami yang sanggup hidup susah dan senang bersama.

“Walaupun perangai dia kadang-kadang tidak molek, dia tetap rajin menguruskan hal rumah tangga, malah sanggup memasak, membasuh dan memandikan saya ketika kami bersama,” katanya ketika ditemui di rumah adiknya, Minah, 66, di Kampung Tok Randok, di sini, kelmarin.

Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, dia dihantar oleh suaminya ke rumah adik bongsu yang bimbangkan keselamatan dirinya tinggal berseorangan di rumah mereka di Kampung Bukit Tok Bat, di sini, selain dapat menjaga makan minumnya.

Katanya, walaupun kadangkala timbul rasa sunyi kerana terpaksa berbuka puasa berdua dengan adiknya, namun dia tidak kisah dan menganggapnya sebagai cabaran Ramadan, begitupun dia tetap berharap dapat menyambut Aidilfitri bersama suaminya dan pulang ke kampung mereka di Kelantan.

Minah pula berkata, sejak Mek Wook tinggal bersamanya kira-kira dua minggu lalu, ia sedikit sebanyak menghilangkan kesunyiannya yang tinggal berseorangan selepas kematian suami beberapa tahun lalu, manakala lima anaknya pula sudah bekerja dan berkeluarga.