Pages

Showing posts with label amuk. Show all posts
Showing posts with label amuk. Show all posts

Saturday, February 18, 2012

Tukang tilik wanita mati ditetak


ALOR SETAR 17 Feb. - Seorang tukang tilik wanita maut akibat ditetak dengan parang oleh bekas suaminya manakala dua anak perempuan mereka parah dalam kejadian amuk di Taman Saga, Alor Mengkudu di sini tengah malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.17 tengah malam itu, Ung Siew Lin, 46, mati dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat cedera parah di kepala, tangan dan perut.
Anak angkat mangsa, Chn'g Sheve Mei, 26, cedera di kepala serta patah tangan kanan manakala anak kandungnya, Wong Chiew Ying, 26, patah tangan kiri.
Dua adik perempuan Chiew Ying, Wong Chiew Shen, 22, dan Wong Shene Mei, 21, sempat menyelamatkan diri serta meminta pertolongan orang ramai.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Baharom Abu berkata, suspek yang berusia 54 tahun tidak bekerja dan telah berpisah dengan mangsa tiga tahun lalu.
"Suspek datang ke rumah mangsa dan memanggil bekas isteri dan anaknya supaya keluar dari rumah namun semua mereka tidak mempedulikannya.
"Berang dengan keengganan ahli keluarganya itu, suspek dikatakan bertindak membakar kereta Perodua MyVi milik bekas isterinya itu yang diletakkan di depan rumah sebelum masuk ke dalam rumah menerusi pintu belakang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.
Baharom memberitahu, berlaku pertengkaran antara suspek dengan bekas isteri dan anak-anaknya.
"Semasa bertengkar, dua anak mangsa lari meminta pertolongan manakala mangsa serta dua lagi anaknya lari ke tempat letak kereta depan rumah mereka.
"Di situ, suspek dikatakan menetak isterinya. Anggota bomba dan penyelamat yang sedang memadamkan kebakaran kereta MyVi kemudian segera menyembur air ke arah suspek," ujarnya.
Tambahnya, suspek yang cuba melarikan diri selepas menetak isteri dan mencederakan anaknya diberkas oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.
"Suspek diserahkan kepada pihak polis dan dia yang mengalami kecederaan di kepala dibawa ke HSB untuk rawatan lanjut. Dua anak suspek yang cedera kini dirawat di hospital yang sama.
"Motif kes dipercayai berpunca daripada masalah keluarga kerana suspek dikatakan sering datang ke rumah mangsa sejak berpisah dengan mangsa," katanya sambil memberitahu kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ahli Parlimen Alor Setar, Datuk Seri Chor Chee Heung turut melawat dua mangsa yang dirawat di HSB.

Wednesday, September 7, 2011

Berang duit raya RM1

ROSAK...Noleha menunjukkan pagar rumahnya yang dirosakkan abangnya kerana tidak berpuas hati cucunya kerana memperoleh duit raya RM1.
ROSAK...Noleha menunjukkan pagar rumahnya yang
dirosakkan abangnya kerana tidak berpuas
hati cucunya kerana memperoleh duit raya RM1.

KUALA TERENGGANU: Gara-gara tidak berpuas hati enam cucunya hanya mendapat duit raya RM1 daripada ibunya, seorang warga emas berusia 60 tahun gagal mengawal diri apabila menyerang dua adik perempuannya dengan merosakkan harta benda serta menghamburkan kata-kata kesat berbaur ugutan dalam kejadian Jumaat lalu.
Difahamkan kejadian berlaku selepas lelaki terbabit yang berlainan bapa dengan mangsa naik berang apabila enam cucunya hanya memperoleh duit raya RM1 daripada ibunya berusia 84 tahun sebelum menuduh kononnya dua adiknya itu mengawal duit ibunya yang sudah uzur.
Kejadian berlaku pada jam 10.30 malam di rumah seorang adik berkenaan, Noleha Sulong, 42, di Kampung Pengadang Baru, di sini, menyebabkan dia dan dan adiknya, Rokiah, 37, trauma serta hidup dalam ketakutan.

Noleha berkata, dia tidak sangka abangnya itu tergamak menyerang dia dan adiknya semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan jumlah duit raya diberikan ibu mereka.


“Hairan juga saya dengan sikap abang yang tidak pernah berpuas hati dan berprasangka buruk terhadap kami adik-beradik, padahal bukan cucunya saja mendapat RM1, tetapi anak bongsu saya dan semua cucu lain turut mendapat jumlah yang sama.

Saturday, August 13, 2011

Warga emas maut, isteri parah




SEBAHAGIAN kanak-kanak melihat tempat kaki kanan Seman Sirun (ditanda dengan serkap ikan) yang putus dijumpai di Kampung Pasir Putih Tualak, Kuala Nerang, Kedah, semalam.


PADANG TERAP 12 Ogos – Seorang warga emas maut manakala isterinya parah selepas ditetak dengan sebilah parang oleh anak mereka yang naik berang dalam kejadian amuk di Kampung Pasir Putih, Kuala Nerang di sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang, Seman Siron, 60, (gambar) meninggal dunia di Hospital Kuala Nerang akibat cedera parah di kepala, kedua-dua belah tangan dan putus pergelangan kaki kanan akibat tetakan tanpa belas kasihan oleh anak ketiga daripada enam beradik itu.
Isteri mangsa, Hasnah Abdul Majid, 58, pula terpaksa menerima lima jahitan di belakang kepala yang cedera sepanjang 10 sentimeter, namun keadaannya dilaporkan stabil.
Kejadian dikatakan bermula apabila suspek naik angin setelah tindakannya memarahi anak buahnya kerana membuat bising ketika menunggu waktu berbuka puasa dan berang dengan kehadiran kucing yang berkeliaran setelah ditegur adik ipar suspek, Mohd. Nazrin Zainon, 32.
Pemuda berusia 33 tahun itu kemudian mengambil sebilah parang penebas sepanjang 40 sentimeter di luar rumah sebelum menyerang adik iparnya itu, bagaimanapun Mohd. Nazrin sempat menyelamat dan melarikan diri bersama tiga anaknya berusia enam hingga 11 tahun.
Seman yang cuba mententeramkan keadaan turut ditetak suspek yang kemudian menyerang ibunya, Hasnah yang cuba menghalang anaknya itu daripada terus menetak suaminya.
Suspek yang masih bujang melarikan diri dengan membawa bersama bahagian kaki bapanya yang terputus itu setelah seorang jiran mengarahkannya berhenti daripada terus mengamuk di samping bertindak memukul tangan suspek dengan sebatang kayu.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ku Yaacob Ku Hamad berkata, kedua-dua mangsa yang cedera segera dikejarkan ke Hospital Kuala Nerang oleh ahli keluarga mereka tetapi Seman disahkan meninggal dunia kira-kira 30 minit selepas kejadian sementara Hasmah yang dilaporkan stabil dibenarkan pulang tengah hari ini.
Katanya, mayat Seman dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk bedah siasat sebelum jenazahnya dituntut oleh waris bagi urusan pengkebumian.
Menurut Ku Yaacob, pihaknya menemui bahagian kaki mangsa yang dilarikan suspek kira-kira lima meter dari bahagian luar dapur rumahnya.
Menurut beliau, polis dengan bantuan penduduk kampung sedang giat mengesan suspek yang dipercayai bersembunyi di dalam hutan di Puncak Janing dan menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Katanya, semakan polis mendapati suspek yang masih bujang dan bekerja kampung tidak mempunyai rekod gangguan mental di hospital, bagaimanapun difahamkan pemuda itu pernah mendapatkan rawatan secara tradisional akibat tekanan jiwa.-utusan

Friday, August 12, 2011

Lelaki tetak bapa sehingga mati dan cederakan ibu

KUALA NERANG: Seorang lelaki berusia 33 tahun bertindak kejam dengan menetak bapa kandungnya sehingga mati selain mencederakan ibunya dengan sebilah parang dalam kejadian di Kampung Pasir Puteh Mukim Tualak di sini, lewat petang semalam.

Tragedi berdarah kira-kira jam 7 malam itu dikatakan bermula apabila suspek yang dipercayai mengalami masalah mental berang apabila tindakkanya memarahi anak saudaranya yang membuat bising ketika menunggu waktu berbuka puasa ditegur oleh bapanya yang berusia 60 tahun.
Ketua Polis Daerah Padang Terap, Asisten Superintendan Ku Yaacob Ku Hamad, berkata berang dengan tindakan bapanya, suspek kemudian pergi mengambil parang di dapur rumah sebelum bertindak menetak kepala, tangan kanak dan kiri serta kaki kanan mangsa daripada paras buku lali sehingga putus.-bharian

Saturday, June 4, 2011

Suami tetak isteri, jiran

MALANG...Revethi trauma diserang suami.
MALANG...Revethi trauma diserang suami.
IPOH: Berang kerana isterinya enggan menyerahkan wang gaji, seorang lelaki mengamuk dan menetak kedua-dua tangan isterinya dengan parang hingga hampir putus di rumah mereka di Padang Tembak di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 pagi itu, lelaki berusia 24 tahun itu turut mengamuk di luar rumah dan menyerang jirannya dikenali sebagai Visvanathan, menyebabkan remaja lelaki berusia 18 tahun itu cedera parah di kaki, perut dan tangan.

Suspek dikatakan seorang kaki botol dan sikapnya itu menyebabkan isterinya, R Revethi, 21, enggan menyerahkan wang apabila diminta kerana tahu suaminya akan menggunakan wang itu untuk minum arak.

Apabila permintaannya tidak dipenuhi, suspek dikatakan meluru ke dapur mengambil parang lalu menetak mangsa di depan tiga daripada empat anak mereka yang berusia lima, tiga dan setahun.

Sejurus melihat isterinya terbaring berlumuran darah dan menjerit kesakitan, lelaki itu keluar rumah dan meluru ke arah Visvanathan, jiran yang tinggal selang tiga rumah dari kediamannya.myMetro | Suami tetak isteri, jiran

Monday, February 14, 2011

Mengamuk 28 jam kerana dilarang pandu kereta




MAKSIM GELMAN dikawal oleh beberapa anggota polis di sebuah stesen tren bawah tanah di New York kelmarin.


NEW YORK - Seorang artis grafiti, Maksim Gelman yang bersenjatakan lima bilah pisau mengamuk selama 28 jam di bandar raya ini sebelum dia ditangkap kelmarin.
Menurut polis, Gelman yang berusia 23 tahun membunuh bapa tiri dan bekas kekasihnya, Yelena Bulchenko pada Jumaat lalu.
Pemuda itu turut membunuh ibu bekas kekasihnya sebelum dia melanggar sehingga mati seorang pejalan kaki dengan menggunakan sebuah kereta.
Lelaki itu sempat menikam seorang lagi pejalan kaki sebelum dia ditangkap polis di Times Square di sini kelmarin.
Menurut sumber, Gelman melakukan pembunuhan itu hanya kerana bapa tirinya melarang dia memandu kereta Lexus milik keluarga mereka.
Pemuda itu kemudian bertindak menikam bapanya yang berusia 54 tahun pada pukul 5 pagi Jumaat di apartmen mereka sebelum melarikan diri dengan mencuri kereta Lexus itu.
Gelman kemudian pergi ke rumah bekas kekasihnya dan menikam dia dan ibunya sehingga mati.
Pemuda itu kemudian melanggar seorang pejalan kaki yang kemudian mati sebelum dia menikam tiga orang lagi namun mereka tidak mati cuma mengalami kecederaan.
Dia ditangkap selepas seorang penumpang memberitahu anggota polis bahawa seorang lelaki yang wajahnya disiarkan akhbar kerana menikam mati empat orang berada bersama mereka di dalam tren.
Penumpang itu memberitahu polis tersebut di platform tren.
Gelman kemudian keluar dari tren itu dan menaiki sebuah tren lain sebelum dia menikam seorang penumpang.
Dia kemudian menuju ke bilik pemandu dengan menyamar sebagai polis.
Namun, dia bernasib malang kerana salah seorang anggota polis yang sudah berada di dalam bilik pemandu tersebut bertindak menjatuhkan Gelman sebelum menangkapnya. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Saturday, November 13, 2010

Rusa mengamuk di dalam bar




SEEKOR rusa merempuh meja di dalam sebuah bar di Bluffton, Ohio.




BLUFFTON, Ohio - Beberapa pekerja di sebuah bar di Ohio, Amerika Syarikat (AS) bertempiaran lari selepas seekor rusa jantan tiba-tiba melompat masuk dan merempuh kerusi serta meja dalam premis itu, lapor sebuah akhbar semalam.
Tiada kecederaan berlaku dalam kejadian itu di sini baru-baru ini tetapi premis tersebut mencatat kerugian besar kerana banyak barangan rosak.
Meja dan kerusi berterbangan selepas dirempuh dengan tanduk haiwan itu.
Semasa kejadian, cuma terdapat beberapa orang pekerja di dalam bar itu.
Salah seorang pekerja berkenaan melompat meja bar bagi menyelamatkan diri.
"Naluri saya menyatakan adalah lebih baik saya tidak mendekati rusa itu yang naik minyak," kata seorang pelayan. Danielle Weyer.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bar itu menunjukkan ia melompat masuk melalui tingkap dan memecahkan beberapa buah meja dan kerusi sebelum keluar dari pintu belakang premis tersebut.
Aksi rusa itu boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi