Pages

Showing posts with label bohong. Show all posts
Showing posts with label bohong. Show all posts

Tuesday, August 3, 2010

4 tanda si dia berbohong



BERBOHONG atau menipu hadir dalam hampir setiap perhubungan. Apa yang membezakan hanya sebesar mana bohong tersebut atau hanya sekadar apa yang disebut 'bohong sunat'.
Lazimnya, sukar untuk mengenal pasti seseorang itu bercakap bohong. Namun terdapat beberapa tanda yang boleh diperhatikan untuk mengetahui sama ada si dia bercakap benar atau bohong
1. Tekaknya jadi kering
Menyembunyikan sesuatu agar tidak diketahui orang lain boleh membuatkan seseorang berasa gugup dan tubuhnya dalam keadaan tidak senang duduk.
Presiden Institut Bahasa Tubuh Amerika Syarikat (AS) dan penulis buku, You Say More Than You Think, Janine Driver, berkata, penyelidikan mendapati bahawa apabila rahsia yang disembunyikan itu terlalu besar sehingga membuatkan individu tersebut risau akan kehilangan sesuatu yang penting jika didedahkan, membuatkan otot esofagus (bahagian salur makanan yang terletak di antara tekak dan perut) akan mula mengecut menyebabkan tekak kering.
"Jadi jika dia mula kerap menelan air liur ketika bercakap, dia sebenarnya cuba untuk melonggarkan otot tekak.
"Beri perhatian pada tajuk perbualan dan anda mungkin akan dapat sedikit bayang apa rahsia yang si dia cuba sembunyikan."
2. Secara tiba-tiba mahu lebih kerap melakukan seks
Memang mungkin suami berada dalam mood untuk hubungan intim tetapi keinginan seks yang mendadak juga boleh jadi petanda sesuatu yang tidak kena.
Ahli psikologi di Florida Amerika Syarikat, Krista Bloom berkata, seorang lelaki yang menyembunyikan sesuatu tidak mahu atau akan mengelak untuk terbabit dalam perbincangan yang beremosi kerana dia takut kalau-kalau terlepas cakap dan rahsia terbongkar.
"Sebaliknya, disebabkan dia menyayangi anda, dia akan mencari jalan untuk mengisi 'kekosongan' dengan anda itu secara fizikal," katanya.
Namun memandangkan terdapat pelbagai perkara yang boleh mencetuskan dorongan seks, jangan tuduh si dia tanpa mendapatkan penjelasan terlebih dahulu.
3. Beri banyak maklumat
Jangan terpedaya oleh si dia yang memberi terlalu banyak maklumat remeh-temeh mengenai di mana dia berada atau apa yang dia lakukan.
Pada mulanya ia mungkin kelihatan disebabkan dia banyak memberi penjelasan maka dia boleh dipercayai. Tetapi sebenarnya dia mungkin cuba untuk menutup 'tembelangnya'.
Jika dia bercerita dan anda dapati dia membebel perkara-perkara yang tidak berkaitan atau kurang penting, itu adalah tanda amaran.
Sangkaan ini kemungkinan besar betul jika anda dapat kesan apabila percakapan si dia banyak terhenti-henti (pause) kerana ini bermakna dia cuba untuk mereka lebih banyak fakta.
Cuba fikir secara logik apabila kita bercakap jujur, kita sebenarnya tidak bercakap hingga terlalu terperinci - seperti nama pelayan yang melayan atau warna dinding kedai mamak tersebut - kerana ia bukan kebiasaan dalam kehidupan harian.
4. Tangannya masuk poket
Cuba perhatikan betul-betul apa yang dilakukan dengan tangannya jika anda dapat rasakan si dia cuba menyembunyikan sesuatu.
Apabila seseorang tiba-tiba menyembunyikan tangannya atau menyentuh dari satu anggota badan ke satu anggota badan lain seperti memegang lehernya, ia mungkin cara si dia cuba untuk menenangkan diri.
Tetapi berhati-hati kerana sesetengah lelaki memang gemar memasukkan tangannya dalam poket ketika berdiri.

Thursday, May 6, 2010

HIKMAH MENINGGALKAN CAKAP BOHONG





Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam. Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahwa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?"
"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."
Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata :
"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya. Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga."
Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.