Pages

Showing posts with label libya. Show all posts
Showing posts with label libya. Show all posts

Wednesday, March 13, 2013

60 maut akibat arak buatan sendiri di Libya



TRIPOLI: Seramai 60 orang maut manakala beratus lagi mengalami keracunan selepas mengambil minuman alkohol buatan sendiri di Libya, demikian menurut pegawai kerajaan susulan pihak berkuasa tempatan mahu mengambil tindakan tegas terhadap penyeludupan minuman keras.

“Angka korban akibat pengambilan minuman alkohol berkenaan meningkat kepada 60 orang manakala 709 yang lain mengalami keracunan,” kata Ketua Pasukan Krisis Kementerian Kesihatan, Osama Abdejalil pada sidang media, di sini, Sabtu lalu.
Menteri Kesihatan, Nour Doghman, berkata masalah keracunan kemungkinan disebabkan metanol yang terdapat dalam arak murah dikenali sebagai Boukha dan Libya menggesa rakyatnya supaya tidak mengambil sebarang bentuk minuman beralkohol ketika ini.

Metanol yang juga digunakan sebagai bahan api sering dicampurkan dengan arak buatan sendiri dalam kuantiti kecil untuk mengukuhkan kandungan alkoholnya. - AFP

Saturday, January 26, 2013

Warga Barat digesa tinggalkan Benghazi

SEBUAH kenderaan polis dilihat ditempatkan di luar Konsut Sweden di Benghazi disebabkan ancaman . Perancis menyertai Britain, selain negara-negara Eropah dan Australia dalam menarik rakyatnya keluar Benghazi berikut ancaman. - Foto AFP SEBUAH kenderaan polis dilihat ditempatkan di luar Konsut Sweden di Benghazi disebabkan ancaman . Perancis menyertai Britain, selain negara-negara Eropah dan Australia dalam menarik rakyatnya keluar Benghazi berikut ancaman. - Foto AFP 5 negara gusar ancaman ala Algeria terhadap rakyat di Libya

LONDON: Britain, Jerman, Kanada, Belanda dan Australia semalam menggesa warga negara masing-masing meninggalkan kota Benghazi di timur Libya dengan segera.
Lima negara itu bimbang pekerja mereka akan menerima nasib sama seperti yang berlaku di Algeria, baru-baru ini.Awal bulan ini, Konsul Itali yang berada dalam kereta ditembak tetapi tidak cedera. Pegawai Eropah berkata, sekolah adalah antara sasaran.

Kami sedar ada ancaman serius terhadap warga Barat di Benghazi. Ada risiko mereka menjadi sasaran di Libya selepas Perancis campur tangan di Mali bulan ini," Kenyataan Jabatan Hal Ehwal Luar Australia


Tutup kedutaan

Britain menutup kedutaannya di Benghazi dan mengeluarkan notis rasmi supaya warga negaranya tidak pergi ke kota kedua terbesar Libya selain tempat lain di negara berkenaan.

Langkah itu diambil beberapa jam selepas Perdana Menteri Britain, David Cameron memberi amaran serangan terhadap sebuah loji gas di Algeria sebahagian kempen berpanjangan terhadap pengganas di seluruh dunia.
“Kami sedar ancaman terhadap warga Barat di Benghazi dan menggesa rakyat Britain supaya keluar dengan segera,” menurut kenyataan Pejabat Hal Ehwal Luar Britain, di sini.

Amaran sama disiarkan Jabatan Hal Ehwal Luar Australia. Jerman dan Belanda turut mengambil langkah sama.

Seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Luar Kanada mengesahkan e-mel menasihatkan warga negara itu keluar dari Benghazi sudah dihantar kepada mereka.

Kerajaan Libya memberi reaksi marah terhadap amaran berkenaan kerana tiada maklumat baru mewajarkan langkah itu.

Libya tuntut penjelasan

Timbalan Menteri Dalam Negeri Libya, Abdullah Massoud, terkejut dengan tindakan lima negara berkenaan dan menuntut penjelasan lanjut.

“Kami sedar ada masalah keselamatan di Benghazi tetapi tiada maklumat perisikan baru mewajarkan langkah itu, katanya. - AFP/AP

Monday, December 17, 2012

4 maut serangan roket di timur Libya

TRIPOLI (Libya): Empat anggota polis ditembak mati selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan bom roket ke atas pusat keselamatan di bandar bermasalah Benghazi, timur Libya, hari ini.

Jurucakap polis, Ezzedine al-Fazani, berkata seranagn dikaitkan dengan penahanan seorang lelaki yang didakwa terbabit dalam satu pembunuhan bulan terhadap Ketua Keselamatan Kebangsaan bandar berkenaan, Kolonel Farag el-Dersi. Penyerang yang tidak dikenali menyerang pusat keselamatan dalam cubaan untuk memecah masuk ke dalam pusat tahanan berhampiran di mana suspek pembunuhan terbabit sedang ditahan.

Di Benghazi, pemberontakan terhadap penahanan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi bermula tahun lalu dan tahap keselamatan semakin merosot sejak tahun lalu. - AFP

Thursday, November 22, 2012

Ketua Polis Benghazi maut ditembak

Kawasan sekitar lokasi pembunuhan turut musnah.
Kawasan sekitar lokasi pembunuhan turut musnah.

BENGHAZI - Ketua Polis Benghazi maut ditembak di hadapan rumahnya awal pagi semalam di Benghazi, bandar timur Libya.

Pegawai keselamatan berkata , Faraj Al-Deirsy meninggal dunia akibat pendarahan teruk di kepalanya.

“Kejadian dipercayai berlaku di hadapan rumahnya apabila penyerang tidak dikenali melepaskan tembakan dan memukulnya sebelum melarikan diri,” katanya.
Menurutnya, siasatan masih dilakukan dan tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini.

“Tiada siapa mengaku bertanggungjawab terhadap pembunuhan ini,” katanya.

Libya kini dilanda ketidakstabilan berterusan sejak penggulingan bekas pemimpin negara itu, Muammar Gaddafi, Februari tahun lalu. - Reuters

Monday, October 1, 2012

Ejen Perancis bunuh Gaddafi

GADDAFI ditahan oleh pemberontak Libya sebelum ditembak mati di Sirte pada 20 Oktober 2011.
GADDAFI ditahan oleh pemberontak Libya sebelum ditembak mati di Sirte pada 20 Oktober 2011.
PARIS: Seorang anggota perisik Perancis yang bertindak atas arahan Presiden Nicolas Sarkozy disyaki membunuh bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.
Dia didakwa menyusup masuk ke dalam kumpulan yang menahan Gaddafi tahun lalu sebelum menembaknya di kepala.
Motifnya, menurut sumber di Libya ialah untuk menghalang Gaddafi daripada disiasat mengenai hubungan rapatnya dengan Sarkozy, Presiden Perancis ketika itu.

Bekas pemimpin Barat lain, termasuk Perdana Menteri Britain, Tony Blair, juga rapat dengan pemimpin Libya itu.


Dia sering mengunjungi mereka dan membantu untuk memudahkan urusan perniagaan berjumlah berbilion dolar.

Sarkozy yang pernah menyambut Gaddafi sebagai ‘saudara pemimpin’ ketika lawatan pemimpin Libya itu ke Paris, dikatakan menerima jutaan dolar daripadanya untuk membiayai kempen pilihan rayanya pada 2007.

Teori konspirasi itu sudah pasti menjadi kebimbangan besar kepada Britain yang mengerahkan jet untuk mengebom Libya tahun lalu dengan matlamat ‘untuk menyelamatkan orang awam.’

Mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang membenarkan serangan itu dengan jelas menyatakan, Barat tidak boleh mencampuri urusan dalaman Libya.

Sebaliknya, pengeboman hampir setiap hari itu berakhir dengan penggulingan Gaddafi sementara penasihat tentera Perancis dan Britain dikatakan membantu pemberontak Libya di darat.

Mahmoud Jibril yang menjadi Perdana Menteri sementara selepas penggulingan Gaddafi memberitahu televisyen Mesir semalam: “Ejen asing menyusup ke dalam briged revolusi untuk membunuh Gaddafi.”

Sementara itu, sumber diplomatik di Tripoli memberitahu akhbar Itali, Corriere della Serra, pembunuh asing itu mungkin rakyat Perancis.

“Sejak Nato mula menyokong revolusi Libya, yang mendapat sokongan kuat daripada kerajaan Nicolas Sarkozy, Gaddafi secara terbuka mengancam mendedahkan hubungannya dengan bekas Presiden Perancis itu, termasuk wang berjuta-juta dolar yang diberikan untuk membiayai kempen pilihan rayanya pada 2007,” lapor akhbar itu.

Satu sumber di Tripoli berkata: “Sarkozy mempunyai banyak alasan untuk menutup mulut Gaddafi dan ia perlu dilakukan secepat mungkin.”

Pandangan itu disokong oleh maklumat yang dikumpulkan oleh penyiasat di Benghazi, bandar kedua terbesar Libya dan tempat revolusi ‘Kebangkitan Arab’ menentang Gaddafi bermula pada awal 2011.

Bekas Ketua Perhubungan Awam Majlis Peralihan Libya, Rami El Obeidi berkata, dia tahu Gaddafi dijejaki menerusi sistem telekomunikasi satelit ketika pemimpin itu berbual dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Pakar Nato berjaya mengesan komunikasi antara mereka dan menjejaki Gaddafi di bandar Sirte, tempat dia dibunuh pada 20 Oktober 2011.

Jet Nato menyerang konvoi Gaddafi sebelum pemberontak mengheretnya keluar dari sebuah longkang, tempat dia bersembunyi dan kemudian menjadi sasaran serangan ganas. - DM

Sunday, September 30, 2012

Ratusan penduduk serah senjata api di Libya



BENGHAZI: Ratusan penduduk Libya semalam berkumpul di dataran tengah Benghazi serta di Tripoli bagi menyambut arahan tentera agar menyerahkan senjata api yang dimiliki mereka.

Sesetengah mereka ada yang memandu kenderaan tentera, kereta kebal, kereta perisai, kenderaan anti-pesawat dan ratusan pelancar roket. Arahan itu dibuat Panglima Angkatan Tenetra Libya menerusi stesen televisyen, sejak Ogos lalu.
Keperluan menyerahkan senjata api itu semakin ketara berikutan kejadian terbaru serangan ke atas Kedutaan Amerika Syarikat, di Benghazi baru-baru ini yang mengorbankan duta Amerika di Libya serta tiga wakil kedutaan.

Kerajaan menyeru agar semua anggota militan membubarkan perjuangan mereka atau menyertai pusat arahan bersepadu membabitkan kerjasama tentera dan militan.

Kolonel Omran al-Warfali berkata, berdasarkan jumlah mereka yang tampil menyerahkan senjata adalah amat memberangsangkan.

“Beratus penduduk tiba sejak awal pagi untuk menyerahkan senjata mereka membabitkan lelaki, belia dan wanita, termasuk kanak-kanak yang tampil menyerahkan peluru yang mereka jumpa di jalan raya," katanya.
Sebelum ini, kerajaan Libya menganggarkan lebih 200,000 penduduknya memiliki senjata api.

Bagi menarik kempen penyerahkan senjata itu, kerajaan turut menawarkan pekerjaan kepada penduduk serta membeli senjata mereka. - AFP

Thursday, September 27, 2012

Shaaban maut dipukul penyokong Muammar



TRIPOLI - Pemberontak Libya yang diiktiraf sebagai salah seorang yang menjumpai Muammar Gaddafi dalam lubang besar tahun lalu, disahkan meninggal dunia selepas diculik, dipukul dan ditetak oleh kumpulan penyokong pemimpin itu, kelmarin.

Omran Shaaban, 22, menghembuskan nafas terakhirnya di  sebuah hospital Perancis.

Susulan kematian Shaaban, Kongres Kebangsaan meningkatkan lagi usaha mengekang pengganas selain memberi kuasa kepada polis dan tentera menggunakan kekerasan kepada mana-mana pihak yang menculik Shaaban
serta tiga rakannya dekat bandar Bani Walid, Julai lalu.

Kongres Kebangsaan menggelar kematian Shaaban sebagai 'syahid' walaupun keluarganya mendakwa pemuda itu belum menerima ganjaran bernilai 1 juta dinnar Libya (RM2.5 juta) yang dijanjikan kerana berjaya menangkap Gaddafi di Sirte pada pertengahan Oktober 2011 lalu.

Akibat daripada penemuan Shaaban, pemimpin yang dikecam pemberontak Libya itu dibunuh oleh kumpulan pejuang revolusi.

Sumber memberitahu, kerajaan Libya mengadakan pengebumian secara hormat kepada Shaaban yang dianggap sebagai wira negara.

Jenazahnya yang tiba di lapangan terbang dalam Misrata, diarak lebih 10,000 orang menuju ke stadium bola sepak untuk disembahyangkan.

Kumpulan penyokong rejim terdahulu masih memberontak selain kerajaan itu dilihat gagal mengawal kecaman militan dengan senjata api. - Al-Jazeera

Monday, September 24, 2012

Libya bubar kumpulan militia

BENGHAZI: Pihak berkuasa Libya semalam memutuskan untuk membubarkan semua kumpulan militia yang tidak termasuk dalam kawalan kerajaan.

Ketua Parlimen, Mohammed al-Megaryef mengumumkan keputusan itu sehari selepas penduduk Benghazi memberontak menentang kumpulan militia dalam keganasan yang meragut 11 nyawa.


Kerajaan juga mengambil keputusan untuk menyatukan tentera, pasukan Kementerian Dalam negeri dan Briged Kementerian Pertahanan yang terdiri daripada kumpulan bekas pemberontak yang menggulingkan rejim Muammar Gaddafi.

Ribuan penduduk Benghazi menunjuk perasaan membantah penguasaan kumpulan milita sebelum menawan markas mereka, kelmarin. - AFP

Monday, August 6, 2012

Keluarga pejuang revolusi Libya diberi keutamaan




         
TRIPOLI: Suku daripada 7,000 tempat untuk rakyat Libya mengerjakan haji tahun ini akan diperuntukkan kepada keluarga mereka yang terkorban dalam revolusi yang menggulingkan kerajaan pimpinan Muammar Gaddafi tahun lalu.

Bercakap kepada sidang akhbar mingguan, jurucakap kerajaan, Nasser Al-Manaa juga mengesahkan, semua perbelanjaan keluarga itu untuk mengerjakan ibadah berkenaan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak berkuasa. Nasser berkata, pemilihan akan dilakukan menerusi undi dan akan diteruskan hingga beberapa tahun akan datang.


Baki 75 peratus lagi akan dibuka kepada semua rakyat Libya dan ia juga akan dilakukan menerusi cabutan undi, katanya sambil menambah kerajaan akan turut membayar 25 peratus kos haji tahun ini. - AN

Friday, May 18, 2012

Lokasi bicara Saif belum diketahui

Saif al-Islam
Saif al-Islam

ICC ragui Libya boleh bersikap tidak berat sebelah 

NEW YORK: Pendakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kelmarin berkata hakim badan kehakiman itu akan memutuskan sama ada membenarkan anak lelaki Muammar Gaddafi didakwa atas tuduhan jenayah perang di Libya dan tidak di tribunal itu yang berpejabat di The Hague, Belanda.
Antara isu penting bagi ICC ialah sama ada mahkamah Libya itu mampu menjalankan perbicaraan secara bebas dan tidak berat sebelah.
Timbalan duta Libya ke PBB, Ibrahim Dabbashi, menegaskan badan kehakiman negara itu bersedia mengadakan perbicaraan yang adil dan saksama untuk memenuhi piawaian antarabangsa. 

Tetapi, Human Rights Watch berpendapat, undang-undang yang baru diluluskan Libya membangkitkan persoalan serius sama ada ia boleh melakukan perbicaraan secara adil. 

Pendakwa, Luis Moreno-Ocampo, memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa hakim meminta pelbagai pihak menghantar laporan mengenai tindakan Libya mencabar bidang kuasa mahkamah untuk membicarakan Saif al-Islam - perbicaraan pertama sejak tribunal jenayah perang memulakan operasi. 

ICC mendakwa Saif tahun lalu atas dakwaan jenayah kemanusiaan kerana peranannya dalam keganasan menghentikan pemberontakan rakyat menentang pemerintahan bapanya. 
Beliau ditahan November lalu di padang pasir selatan Libya oleh militia Zintan yang enggan menyerahkannya kepada Kerajaan Peralihan Kebangsaan. 

Moreno-Ocampo berkata, dia akan membentangkan pemerhatian itu kepada hakim pada 4 Jun depan dan akan mempertimbangkan sama ada Saif akan dibicarakan atas jenayah sama yang didakwa ke atasnya oleh mahkamah. 

Katanya, peguam mahkamah untuk mewakili Saif berkemungkinan membentangkan pemerhatian itu. 

Majlis Keselamatan, yang merujuk Libya ke ICC tahun lalu, juga diminta memberi pandangan tetapi Moreno-Ocampo memberitahu wartawan anggota majlis itu belum mahu berbuat demikian. 

Sementara itu, Saif dilaporkan enggan diwakili peguam untuk mempertahankan diri daripada tuduhan bunuh dan seksa ketika pemerintahan bapanya. 
Pada masa sama, tekanan juga semakin terasa di Tripoli supaya menyerahkan Saif kepada ICC. 

Libya dan ICC sudah berbulan-bulan berbincang mengenai lokasi perbicaraan Saif. 
Jika ICC memutuskan Libya tidak berupaya membicarakannya dan tidak memberi kerjasama, ia boleh merujuk kes itu kepada Majlis Keselamatan PBB. 

“Saya mahu menjamin Majlis Keselamatan PBB bahawa Saif akan mempunyai peguam bela kerana undang-undang kami tidak membenarkan mana-mana defendan kes jenayah mempertahankan diri tanpa bantuan guaman,” kata Dabbashi. – AP/Reuters

Wednesday, April 11, 2012

Anak Muammar Gaddafi dibicara di Libya

Saif akan dibicara di LibyaTRIPOLI - Saif al-Islam, anak kepada bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi akan dibicarakan di Libya dan keputusannya diumumkan sebelum pertengahan Jun depan, menurut pegawai kerajaan, kelmarin.
Keputusan itu dimaklumkan segera selepas kumpulan hak asasi manusia menggesa Libya menyerahkan Saif kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana khuatir dia tidak akan dibicarakan secara adil.
Jurucakap Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Mohammed al-Hareizi berkata, Saif akan dipindahkan ke Tripoli dari Benghazi dalam tempoh 10 hari dan perbicaraannya akan berakhir sebelum pilihan raya yang dijadualkan akan berlangsung dalam tempoh dua bulan lagi.
“Dia akan didakwa atas kesalahan merogol, membunuh dan rasuah,” menurutnya lagi.

Anak Gaddafi akan dibicara Jun depan

TRIPOLI: Seif al-Islam, anak bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, akan dibicarakan di Libya.
Seorang pegawai berkata, keputusan perbicaraannya mungkin diketahui pertengahan Jun depan.

Keputusan membicarakan Seif di Tripoli dibuat walaupun kumpulan hak asasi merayu pihak berkuasa Libya menyerahkannya kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague kerana bimbang dia tidak akan dibicarakan secara adil.

Perbicaraan di Tripoli bagaimanapun akan menandakan satu langkah ke depan bagi kerajaan Pusat yang berdepan dengan masalah untuk menyatukan negara itu sejak penahanan dan pembunuhan Gaddafi tahun lalu. - AFP

Thursday, March 22, 2012

Senussi dihantar ke Libya




TRIPOLI 21 Mac - Mauritania bersetuju untuk mengekstradisi bekas ketua perisikan rejim Muammar Gaddafi, Abdullah al-Senussi (gambar) ke Libya, selepas beliau ditangkap di ibu negara itu, Nouakchott pada minggu lepas.

Jika dilaksanakan, keputusan itu bakal mencetuskan perbalahan antara Libya dengan Perancis dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang berpangkalan di The Hague, Belanda.

Paris dan ICC turut menuntut Senussi, orang kanan Gaddafi sebelum diktator Libya itu digulingkan dan dibunuh dalam pemberontakan rakyat tahun lalu diekstradisi ke Perancis dan ICC.

"Saya sudah menemui Presiden Mauritania dan beliau bersetuju untuk mengekstradisi Senussi ke Libya.

"Delegasi Libya mengunjungi Senussi di penjara dan mengesahkan identitinya, dan penjenayah tersebut yang kini duduk di dalam penjara di Mauritania akan berada di dalam penjara di Libya tidak lama lagi," umum Timbalan Perdana Menteri Libya, Mustafa Abu Shagour di laman Twitter semalam, dalam kenyataan yang disahkan sebagai rasmi oleh seorang wakil kerajaan Libya.

Sumber keselamatan di Mauritania berkata, perjanjian ekstradisi hampir dicapai (dengan Libya) tetapi mengakui tekanan turut dikenakan oleh Perancis.

"Kami bersetuju untuk menimbangkan permintaan mereka secara positif.

"Perjanjian hampir dicapai tetapi kita perlu berhati-hati kerana Perancis mengenakan tekanan hebat," kata sumber yang enggan dikenali itu.

Katanya, Perancis mendakwa tuntutan mereka patut diberi keutamaan kerana waran tangkap mereka diterima dahulu dan kerana mereka membantu menangkap Senussi.

Senussi yang tidak dapat dikesan selama berbulan-bulan, ditangkap di lapangan terbang Nouakchott lewat Jumaat lalu selepas beliau tiba dari Maghribi. - Reuters

Sunday, March 18, 2012

Ketua perisikan Muammar Gaddafi ditahan di Mauritania

Utusan Malaysia Online - Terkini:
NOUAKCHOTT 18 Mac – Abdullah al-Senussi, ketua perisikan bekas pemimpin Libya yang dibunuh, Muammar Gaddafi dan dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), ditahan di ibu negara Mauritania , semalam.
Menurut satu sumber keselamatan, Senussi ditahan tegah malam tadi di lapangan Nouakchott selepas tiba menggunakan penerbangan biasa dari Casablanca, Magribi.
Katanya, bekas ketua perisikan itu menggunakan pasport Mali yang dipalsukan dan dia telah dibawa ke agensi perisikan kebangsaan di Nouakchott. – AFP

'via Blog this'

Sunday, February 12, 2012

Anak Gaddafi beri amaran

saadi_gadaffi
TRIPOLI - Saadi, anak kepada bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, kelmarin memberi amaran gelombang baru kebangkitan akan melanda Libya tidak lama lagi memandangkan masih ada pihak tidak berpuas hati selepas kerajaan diambil-alih oleh Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC).

Kenyataan pertama kali menerusi perbualan telefon selepas Saadi melarikan diri selama beberapa bulan ke Niger itu turut disiarkan oleh stesen televisyen Al-Arabiya.

“Gelombang baru kebangkitan pro-Gaddafi ini akan melanda seluruh wilayah di Libya dan hanya menunggu masa untuk bertindak,” menurutnya. Anak Gaddafi beri amaran - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

Wednesday, January 25, 2012

Pengikut setia Gaddafi tawan semula Bani Walid

Bani Walid
TRIPOLI - Pengikut setia bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi berjaya menawan semula seluruh Bani Walid, kelmarin selepas melancarkan beberapa siri serangan di beberapa bandar dan turut menyebabkan tujuh bekas pemberontak terkorban dalam insiden itu.
Kejadian keganasan tersebut dipercayai berlaku selepas pemimpin kerajaan baru Libya berhasrat menghapuskan kuasa pro-Gaddafi untuk tujuan menyatukan negara di bawah satu pemerintahan.
Bekas ahli Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Mbarek al-Fotmani berkata, serangan itu turut menyasarkan Tripoli dan bandar timur Benghazi.
“Seramai kira-kira 150 penyokong pro-Gaddafi bertempur di jalanan. Mereka juga bertindak mengibarkan bendera rejim Gaddafi di pintu masuk di utara bandar tersebut,” menurut jurucakap kerajaan di Bani Walid, Mahmoud al-Warfali.
Dalam satu kenyataan, seorang penduduk di Bani Walid mendakwa pertempuran tersebut tercetus selepas pasukan tentera revolusi menahan seorang pengikut setia Gaddafi dan mereka nekad melancarkan serangan untuk membebaskannya.

Monday, January 23, 2012

Pegawai kanan NTC letak jawatan ekoran demonstrasi



23/01/2012 2:16am

TRIPOLI 23 Jan. - Pegawai kanan Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC), Abdel Hafiz Ghoga semalam mengumumkan akan meletak jawatan.
“Saya tidak mahu mempengaruhi NTC lagi dan demi kepentingan negara, saya akan meletak jawatan,” ujar Ghoga kepada stesen televisyen Al-Jazeera.
Katanya, keputusan itu dibuat ekoran demonstrasi anti-Ghoga yang diadakan oleh ribuan penunjuk perasaan di timur Benghazi baru-baru ini. - AFP

Sunday, December 18, 2011

PBB tarik balik sekatan ke atas Bank Pusat Libya




Kanak-kanak dari bandar Tawargha, kira-kira 250 kilometer dari timur Tripoli bermain di sebuah kem pelarian di Tripoli, Libya. Gelombang kebangkitan rakyat menyebabkan ramai penduduk Libya hilang tempat tinggal selain keadaan ekonomi yang tidak menentu. - REUTERS


NEW YORK 17 Dis. - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menarik balik sekatan ke atas Bank Pusat Libya dan sebuah bank pelaburan, membolehkan berpuluh-puluh bilion dolar digunakan bagi membantu pemulihan pembangunan Libya.
Serentak dengan itu, Amerika Syarikat (AS) juga mengumumkan akan menarik balik sekatan ke atas bank sama dan anak syarikatnya melibatkan aset bernilai AS$30 bilion (RM90 bilion).
Britain turut membatalkan pembekuan aset sama bernilai lebih AS$10 bilion (RM30 bilion).
Aset Libya di seluruh dunia bernilai kira-kira AS$150 bilion (RM450 bilion) dibekukan pada Februari lalu selepas Majlis Keselamatan mengarahkan sekatan dikenakan ke atas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang disingkirkan oleh pemberontakan rakyat.
Kerajaan baru Tripoli sejak beberapa minggu lalu meminta supaya sekatan itu ditarik balik bagi membayar gaji dan menyediakan perkhidmatan utama berikutan ancaman kemerosotan ekonomi.
Perdana Menteri, Abdel Rahim al-Kib dan ketua Majlis Peralihan Nasional, Mustafa Abdel Jalil dalam satu surat kepada Majlis Keselamatan berkata, tindakan itu penting untuk kestabilan ekonomi di Libya.
Satu permohonan rasmi untuk menarik balik sekatan itu dibuat minggu lalu dan tidak menerima sebarang bantahan daripada negara anggota Majlis Keselamatan yang membolehkan tindakan pembatalan tersebut dilaksanakan semalam.
Menteri Luar Britain, William Hague berkata, tindakan membatalkan pembekuan tersebut menandakan saat baik dalam peralihan Libya.
"Britian akan memberi tekanan kepada Kesatuan Eropah untuk segera mengambil tindakan sama,'' ujarnya.
White House dalam satu kenyataan berkata, pihaknya membatalkan hampir semua sekatan ke atas kerajaan Libya dan membebaskan semua aset Libya di bawah perundangan negara itu. - AFP

Tuesday, November 1, 2011

Gaddafi memang mahu mati di Libya



MISRATA - Tertekan dan bimbang, bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi mahu mati di Libya daripada berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), kata salah seorang konconya.

Monday, October 31, 2011

Bekas tentera Kanada bantu anak Gaddafi



MONTREAL 30 Okt. - Seorang bekas tentera Kanada mengaku membantu anak lelaki Muammar Gaddafi, Saadi melarikan diri dari Libya pada bulan lalu selepas pemberontak menguasai Tripoli.
Bekas tentera itu yang menjadi pengawal keselamatan Saadi, Gary Peters berkata, dia merupakan sebahagian daripada kumpulan yang membawa anak ketiga Gaddafi itu lari ke selatan sempadan Libya untuk memasuki Niger.
''Saya bukan askar upahan. Saya hanya bertugas melindungi seseorang. Apabila kami ke luar negara, saya tidak terlibat dalam sebarang konflik. Itu kerja askar upahan.
''Melindungi? Ya. Menembak? Ya. Tetapi saya hanya melindungi 'bos' saya,'' katanya.
Peters, yang memiliki status penduduk tetap Kanada, kembali ke Toronto pada September lalu.
Dia mengalami kecederaan di bahu kiri akibat terkena tembakan ketika konvoinya cuba memasuki semula Libya selepas membawa Saadi keluar.
Baru-baru ini, Interpol mengeluarkan notis merah kepada Saadi berdasarkan dakwaan dia menggelapkan harta dan terlibat dengan 'ugutan menggunakan senjata' ketika mengetuai Persekutuan Bola Sepak Libya.
Saadi juga berdepan sekatan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) kerana mengarahkan unit tentera terlibat dalam tindakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan di Libya.
Peters berkata, dia mula bertugas dalam perkhidmatan keselamatan ahli keluarga Gaddafi sejak 2004.
Katanya, dia juga ditugaskan mengawal anak-anak Gaddafi yang lain termasuk Saif al-Islam dan Hannibal.
''Saya juga membantu mengawal Hannibal dan Aisha ketika mereka melarikan diri ke Algeria,'' ujarnya.
Peters turut memberi amaran konflik di Libya tidak akan berakhir walaupun selepas kematian Gaddafi. - AFP