Pages

Showing posts with label hakikat. Show all posts
Showing posts with label hakikat. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

ULAMA SYARIAT ? ULAMA HAKIKAT?

 persembahan cerita yang menarik di mana ulama hakikat dimana-mana sentiasa menjadi mangsa fitnah ulama syariat yang tidak faham yakni tidak mendapat hidayah ALLAH kerana kejahilan ilmu agama yang hanya berpegang kepada SYARIAT SAHAJA SUDAH MENCUKUPI, sedangkan sejarah Nabi menunjukkan dengan jelas bagaimana Baginda selama 10 tahun menerapkan kefahaman ILMU HAKIQAT (Tauhid Tasauf) kepada para sahabat di peringkat awal agama Islam yakni dengan memperkenalkan Tuhan, "AWWALUDDIN MAKRIFATULLAH" DAN MENSUCIKAN HATI dengan akhlak yang mulia sebelum turunnya perintah SOLAT melalui ISRA`MIKRAJ. Kesempurnaan syariat hanya akan terhasil melalui gabungan dan panduan 4 jalan ini iaitu : SYARIAT, TARIQAT, HAKIQAT DAN MAKRIFAT.

Terjadi suatu peristiwa, seorang pemuda telah bertanya kepada guru tasawufnya tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam dan kenapa ilmu hakikat tidak berkembang luas. Kemudian sang guru berkata..

“Untuk aku menjawab soalanmu itu wahai muridku, pergilah bertanya kepada kedua mereka akan dua persoalan ini iaitu yang pertama, adakah ALLAH itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya? Pergilah ke kampung sebelah kerana disana kamu akan menemui ulama syariat dan ulama hakikat. Bertanyalah kepada orang-orang kampung disana untuk mencari mereka.”

Akur atas arahan gurunya itu lantas si pemuda tanpa banyak bicara terus ke rumah ulama syariat yang terkenal dikampung sebelah dengan bertanya-tanya arah rumahnya kepada orang kampung. Sesampainya si pemuda itu dirumah ulama syariat tersebut dengan ramah mesra si pemuda diajak masuk ke dalam rumah yang serba sederhana itu. Sang ulama syariat kelihatan kemas berjubah putih dan berserban, ditambah raut wajahnya yang bersih tanda beliau seorang yang soleh. Si pemuda dilayan seperti anak sendiri dengan dijamu makan malam sebelum sesi dialog dijalankan. Usai makan malam terus sahaja sang ulama syariat memulakan bicara.

“Ada urusan apa sehingga kamu bertandang ke rumah saya ini wahai anak muda?”

Tanya sang ulama syariat dengan nada yang redup.

“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah ALLAH itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”

Setelah diam sejenak lalu sang ulama syariat menarik nafas dalam-dalam dan dengan tenang memberikan jawapannya.

“Ya, ALLAH itu memang berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah wajib.”

Setelah mendapatkan jawaban daripada ulama syariat itu maka pemuda itu pulang sambil hatinya berazam untuk bertemu dengan ulama hakikat pula. Keesokkan harinya si pemuda mula merayau-rayau dikampung itu untuk mencari sang ulama hakikat. Puas bertanya dengan orang kampung maka tengah hari itu si pemuda bertemu dengan seorang makcik yang akhirnya bersetuju menunjukkan beliau dimana sang ulama hakikat berada.

Sesampainya ditempat yang dituju kelihatan seorang lelaki tua sedang membersihkan halaman rumahnya yang luas dihiasi taman bunga yang cantik. Rumahnya begitu besar dan mewah. Sang ulama hakikat yang berkulit gelap itu kelihatan memakai pakaian yang agak lusuh berbanding rumahnya yang begitu mewah. Sudah sepuluh minit si pemuda berbual-bual ringan dengan sang ulama hakikat namun kelihatan seolah-olah tiada tanda-tanda sang ulama hakikat mahu menjemput beliau masuk ke dalam rumahnya yang mewah itu.

“Ada apa urusan nak jumpa saya ini?”

Tanya sang ulama hakikat itu sambil tersenyum. Kemudian si pemuda bertanyakan soalan yang sama sebagaimana yang ditanyakan kepada sang ulama syariat.

“Sebenarnya saya ingin mendapatkan jawapan diatas dua persoalan yang ingin saya ajukan berkenaan dengan agama Islam kita ini kepada ustaz. Soalannya ialah adakah ALLAH itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya?”

Kelihatan sang ulama hakikat tersenyum sahaja mendengar soalan itu lantas dengan tahkik beliau menjawab..

“Wahai anak muda ketahuilah yang sebenarnya bahawa ALLAH itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

Terperanjat besar si pemuda mendengar jawapan sang ulama hakikat yang bersahaja itu. Sukar rasanya si pemuda mahu menghadam jawapan yang baru disampaikan kepadanya itu. Tanpa berlengah-lengah maka si pemuda itu mohon undur diri kemudian pulang ke rumahnya dengan seribu persoalan yang berlegar-legar dibenak kepalanya.

Sebagai seorang muslim taat yang baru hendak menjinak-jinakkan diri dengan dunia tasawuf, si pemuda berasa keliru dengan jawaban yang diberikan oleh sang ulama hakikat. Setahu beliau pelajaran tasawuf itu bersangkutan dengan ilmu hakikat dan ma’rifat. Mendengar jawapan daripada sang ulama hakikat itu membuatkan si pemuda berasa takut untuk meneruskan pelajaran tasawuf dengan gurunya dan mengambil keputusan untuk tidak lagi berguru dengan guru tasawufnya lantas mengambil keputusan untuk berguru dengan sang ulama syariat. Beliau mulai meragui perjalanan ilmu hakikat dan dalam hati beliau bergumam..

“Kalau nak dibandingkan dari segi akhlak pun akhlak sang ulama syariat lebih bagus daripada akhlak sang ulama hakikat. Walaupun sang ulama syariat hidup dalam keadaan sederhana namun aku dijemput masuk ke dalam rumahnya lantas dijamu dengan makanan yang enak berbanding sang ulama hakikat yang kedekut.. sudahlah tidak dijemput masuk ke dalam rumahnya, setitik air pun tidak diberinya malah dengan dirinya sahaja pun sudah kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”

Keesokkannya, si pemuda dengan tergesa-gesa menuju ke rumah sang ulama syariat dan menceritakan kepada beliau hasil dialognya dengan sang ulama hakikat. Mendengar penjelasan si pemuda, sang ulama syariat berasa marah lantas mengarahkan anak-anak muridnya untuk menangkap sang ulama hakikat. Maka dengan sekejap sahaja penduduk kampung itu digemparkan dengan cerita bahawa sang ulama hakikat itu telah membawa ilmu sesat dikampung itu.

Sang ulama hakikat dapat ditangkap dengan bantuan orang-orang kampung. Tangannya diikat dibelakang lalu dipaksa untuk berjalan. Kelihatan terdapat segelintir dari orang-orang kampung yang bertindak memukul muka dan badan beliau serta tidak kurang juga ada yang melempari beliau dengan batu-batu kecil kerana tidak dapat menahan rasa marah. Pun begitu sang ulama hakikat tetap berdiam namun air matanya tak henti-henti mengalir. Mungkin beliau menahan sakit.

Tiba dihalaman rumah sang ulama syariat lalu dengan kasar tubuh sang ulama hakikat yang sudah tua itu ditolak dengan keras lantas beliau terdorong ke depan lalu jatuh tersungkur. Si pemuda yang sedari tadi menunggu dirumah sang ulama syariat terkejut dengan situasi itu. Beliau tidak menyangka sampai begitu malang nasib yang menimpa sang ulama hakikat sehingga diperlaku begitu. Namun apalah dayanya untuk mengekang kemarahan orang-orang kampung yang sedang meluap-luap itu. Kemudian setelah meredakan suasana, sang ulama syariat menghampiri sang ulama hakikat lalu bertanya kepada beliau..

“Benarkah anda menjawab 'ALLAH itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram’ sebagai menjawab pertanya pemuda ini?” sambil jari telunjuknya diarahkan tepat pada si pemuda.

Dengan tenang sang ulama hakikat menjawab “Ya”.

Kemudian sang ulama syariat bertanya lagi.

“Adakah anda masih dengan pendirian anda atau anda mahu bertaubat?”

Tanya sang ulama syariat tegas. Lalu dijawab dengan tenang oleh sang ulama hakikat..

“Untuk kesalahan yang mana lalu saya perlu bertaubat wahai hakim?”

“Untuk kesalahan anda yang mengatakan ALLAH tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya haram!”

“Oh begitu.. beginilah tuan hakim, pada saya jawapan saya itulah yang teramat benar namun jika tuan hakim tidak menyetujuinya tidak apa-apa dan terserahlah kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk mengadili saya kerana tuan adalah hakim dinegeri ini.”

Habis sahaja sang ulama hakikat berkata begitu lantas beliau dilempari dengan puluhan sepatu oleh penduduk kampung dan ada juga yang berteriak agar beliau dibunuh. Sang ulama syariat terdiam dan merenung dalam seolah-olah memikirkan sesuatu yang berat. Akhirnya sang ulama syariat membuat keputusan agar sang ulama hakikat diberi tempoh sehingga esok untuk bertaubat dan jika tidak beliau akan dihukum bunuh. Setelah itu sang ulama hakikat diikat pada sebatang pokok nangka yang berada dihalaman rumah sang ulama syariat dalam posisi duduk menghadap kiblat sambil dikawal oleh beberapa orang-orang kampung.

Kini, saatnya pun telah tiba namun sang ulama hakikat tetap tidak mahu bertaubat daripada pendiriannya. Ramai yang merasa pelik dengan pendirian sang ulama hakikat dan yang lebih kusut lagi ialah fikiran si pemuda itu. Tiba-tiba si pemuda merasa kasihan dan merasa bersalah mengenang keadaan malang yang menimpa sang ulama hakikat adalah hasil daripada perbuatannya. Namun nasi sudah menjadi bubur. Perlahan-lahan si pemuda mendekati sang ulama hakikat untuk memohon maaf. Aneh.. kelihatan sang ulama hakikat itu hanya tersenyum dan dengan senang hati mahu memaafkan si pemuda. Ketika si pemuda itu mahu beredar tiba-tiba ia mendengar sang ulama hakikat membacakan sepotong ayat Al Quran dengan nada yang riang..

“Wa qul jaa al haq wazahaqol baathil innal baathila kana zahuuqo.”

Ucap beliau berulang-ulang sambil memandang kearah seseorang lantas mukanya tiba-tiba kelihatan berseri-seri dalam senyuman yang menggembirakan. Si pemuda lantas menoleh kearah orang itu dan apa yang beliau lihat ialah kelibat bekas guru tasawuf beliau diantara celahan penduduk kampung yang ingin menyaksikan hukuman pancung yang bakal dijalankan. Tak lama kemudian hukuman bunuh pun dilaksanakan maka tamatlah riwayat sang ulama hakikat dibawah mata pedang sang algojo. Seluruh penduduk kampung bersorak gembira tanda kemenangan dipihak mereka yang berjaya membunuh seorang pembawa ajaran sesat.

Selang beberapa hari oleh kerana rasa ingin tahu yang meluap-luap maka si pemuda bersegera mengadap bekas guru tasawufnya. Si pemuda berasa hairan mengapa sang ulama hakikat membacakan ayat 81 daripada surah al-Isra’ seraya melihat kelibat bekas guru tasawufnya itu?.

“Wahai muridku, marilah duduk di hadapanku ini.”

Ujar guru tasawuf seraya melihat kedatangan muridnya itu. Si pemuda terkedu.. tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Fikiran terasa kosong dan segala persoalan yang hendak diajukan terasa tiba-tiba hilang entah tertinggal dimana.

“Baiklah muridku, atas persoalanmu yang dahulu itu maka akan aku jawab sekarang ini.”

Lembut sahaja bicaranya.

“Adapun persoalanmu tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam akan aku jawab seperti berikut. Yang pertama, orang syariat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu syariat manakala orang hakikat akan menjawab setiap persoalan melalui ‘bahasa’ ilmu hakikat. Jawaban sang ulama syariat adalah benar menurut ‘bahasa’ ilmu syariat dan jawaban sang ulama hakikat juga benar menurut ‘bahasa’ ilmu hakikat.”

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Begini… adalah benar apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa ALLAH itu tidak berkuasa sebab melalui peraturan ilmu hakikat, perkataan ‘ALLAH’ itu adalah dirujuk semata-mata sebagai isim bagi zat tuhan kita sahaja. Ini bermakna yang berkuasa pada hakikatnya adalah zat tuhan kita dan bukannya yang berkuasa itu isim-Nya. Perkataan ‘ALLAH’ itu pada hakikatnya adalah gelar bagi zat Tuhan kita. Adapun gelaran itu hakikatnya adalah khabar maka khabar tiada ain wujud. Jika sesuatu itu tiada ain wujudnya maka mustahil dikatakan ia mempunyai kuasa. Adakah kamu faham?”

Si pemuda mengangguk lemah sambil merenung lantai.

“Adalah sesuatu yang benar juga apabila sang ulama hakikat memberitahu kamu bahawa sembahyang itu hukumnya adalah haram.”

“bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Begini… sebenarnya tiada ibadat sembah-menyembah dalam agama Islam namun yang ada cuma ibadat solat. Ya, ianya adalah solat dan bukannya sembahyang. Cuba kamu fahamkan betul-betul maksud firman ALLAH dalam surah al-Kafirun ayat 6 yang bermaksud “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”. Ini menunjukkan cara ibadat orang kafir tidak sama langsung dengan cara ibadat orang muslim. Perkataan sembahyang itu adalah asalnya terbit daripada upacara ibadat masyarakat hindu-budha untuk menyembah tuhan yang bernama Hyang. Maka upacara ibadat itu dinamakan upacara sembahHyang. Solat itu bukan sembah dan tuhan kita bukannya Hyang tetapi ALLAH. Jadi kita sebagai orang muslim adalah haram sembahHyang kerana itu adalah ibadat penganut hindu-buddha. Sesungguhnya solat itu bukan sembah tetapi solat itu ialah sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW yang bermaksud, “Apabila seseorang kamu sedang solat sesungguhnya dia sedang berbicara dengan Tuhannya…”.

Si pemuda semakin tertunduk.

“Jadi, adakah kamu sudah faham mengapa sang ulama hakikat itu berkata bahawa ALLAH itu tidak berkuasa dan sembahyang itu hukumnya adalah haram?”

“Ya tuan guru, sekarang barulah jelas.”

“Yang kedua, orang-orang syariat mempelajari ilmu-ilmu hukum maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan hukum sementara orang-orang hakikat mempelajari ilmu-ilmu ma’rifatullah maka mereka menyelesaikan sesuatu masalah juga dengan ALLAH.”

Ketika ini lamunan si pemuda menyorot kembali peristiwa yang telah berlaku dimana kata-kata guru tasawuf itu ada benarnya juga. Memang benar sang ulama syariat telah menyelesaikan masalah yang berlaku dengan hukuman bunuh terhadap sang ulama hakikat sedang sang ulama hakikat menyelesaikan masalah antara dia dan si pemuda itu dengan kemaafan sesuai dengan sifat Tuhan yang Maha Pemaaf dan Maha Pengampun.

“Adapun persoalanmu tentang kenapa ilmu hakikat tidak berkembang-luas maka akan aku jawab seperti berikut. Tidak berkembang-luasnya ilmu hakikat adalah disebabkan masih adanya orang-orang yang seperti kamu!”

Bentak sang guru tasawuf yang membuatkan darah si pemuda berderau.

“Bagaimana begitu wahai tuan guru?” Tanya si pemuda.

“Kerana kejahilan kamu dalam memahami hal-ehwal hakikat terus sahaja kamu tanpa usul periksa menghukum sang ulama hakikat sebagai tidak betul dan berburuk sangka terhadap beliau lalu kamu memfitnahi beliau dihadapan sang ulama syariat sehingga sang ulama hakikat tertangkap lalu diseksa dan dipancung oleh kalian. Jika semua ulama hakikat sewenang-wenangnya dibunuh tanpa usul periksa justeru kerana itulah ilmu hakikat tidak berkembang-luas.”

“Tapi tuan guru, bagaimana saya tidak terkhilaf sedang akhlak sang ulama hakikat itu tidak mencerminkan beliau sebagai orang yang beragama! Sang ulama hakikat langsung tidak menjemputku masuk ke dalam rumahnya yang besar lagi mewah itu dan langsung tidak memberiku walau setitik air bahkan dengan dirinya sahaja pun amat kedekut. Lihat sahaja pakaiannya yang lusuh itu.”

“Awas lidahmu dalam berkata-kata wahai anak muda! Telahku katakan tadi bahawa kamu memiliki sifat buruk sangka. Ketahuilah bahawa rumah besar lagi mewah yang kamu lihat itu bukanlah milik sang ulama hakikat tersebut sebaliknya adalah milik majikan beliau dan beliau hanya mengambil upah sebagai tukang kebun disitu. Adapun pakaiannya yang lusuh itu maka itu sahajalah harta benda yang beliau ada dan beliau hidup hanya untuk mengabdikan dirinya kepada ALLAH.”

“Bagaimana tuan guru boleh tahu segala yang terperinci tentang sang ulama hakikat itu?”

Tanya si pemuda hairan.

“Kerana orang yang kalian bunuh itu adalah guru tasawufku maka dengan itu sebutir lagi permata yang indah telah hilang. Telahku jawab semua persoalanmu maka pergilah kamu kepangkuan guru syariatmu iaitu sang ulama syariat.”

Si pemuda itu terkejut lantas berkata…

“Tapi wahai guruku, aku telah insaf dan ingin kembali berguru denganmu wahai guruku.. terimalah aku kembali wahai guruku!!”

“Ketahuilah wahai anak muda, aku enggan mengambilmu adalah semata-mata kerana keselamatanmu dan bukan kerana aku membencimu.”

“Aku tidak faham akan maksud tuan guru??”

“Pergi sahajalah kembali kepangkuan sang ulama syariat kerana kamu akan selamat disana dan jangan kamu sesekali mengaku aku adalah gurumu kelak kamu akan mengerti akan maksud tindakanku ini.”

Dengan hati yang berat dan sayu si pemuda berjalan menuju ke rumah sang ulama syariat untuk berguru dengannya dan beliau diterima sebagai murid. Selang beberapa hari, keadaan kampung tiba-tiba kecoh kembali. Dengar khabarnya seorang lagi pengamal ilmu sesat telah ditangkap dan kali ini pengamal ajaran sesat itu berasal dari kampung sebelah. Dari kejauhan kelihatan berbondong-bondong orang ramai sedang dalam perjalanan menuju ke rumah sang ulama syariat sambil menyungsung seorang lelaki yang telah dikenalpasti sebagai pengamal atau guru ajaran sesat. Dari jauh si pemuda dapat saksikan lelaki itu dipukul dan ditendang malah ada yang membalingnya dengan batu-batu kecil sehingga pakaiannya koyak-rabak. Rupa-rupanya lelaki yang pakaiannya telah koyak-rabak itu adalah sang guru tasawufnya.

Maka mengertilah si pemuda itu akan maksud tindakkan sang guru tasawuf yang tidak mahu mengambil beliau sebagai anak murid dan beliau hanya mampu mengalirkan air mata sambil menahan sebak melihat sang guru tasawuf itu diperlakukan seperti itu. Esoknya hukuman pancung terhadap sang guru tasawuf itu dilaksanakan maka sebutir lagi permata yang indah telah hilang sirna dari negeri itu……… Didalam hati si pemuda merintih..

“Ya ALLAH.. berapa ramaikah lagi ahli tasawuf yang mesti dikorbankan semata-mata mahu membuatkan aku mengerti mengapa ilmu hakikat tidak dapat berkembang-luas? Cukup Ya ALLAH cukup kerana sekarang aku sudah mengerti….”
 

Friday, November 26, 2010

Hakikat kehidupan dunia




http://english.pravda.ru/img/2004/07/Saddam.jpg

اعدم الرئيس العراقي  صدام حسين بتهمة ارتكاب جرائم ضد الانسانية

وقد وقع الامر بتنفيذ الحكم بالاعدام رئيس الوزراء العراقي نوري المالكي

ولاقناع العالم بان الحكم نفذ فعلا، اظهرت قناة العراقية صورا لوثيقة الحكم ومشاهد من اللحظات الاخيرة من حياة صدام

خريطة تمثل التهم الموجهه الى صدام واماكنها بخصوص جرائم ضد الانسانية
صدام حسين بين يدي جلاديه وقد رفض وضع غطاء على رأسه

احد الجلاديين يقوم بلف خرقة حول عنق صدام تمهيدا لوضع حبل المشنقة

لف حبل المشنقة حول عنق صدام وبداية للعد التنازلي لرحيله

صدام حسين بعد اتمام مراسم الاعدام  الابتسامه مرتسمه على محياه فرحمه الله

صورة مقربة لجثة صدام بعد الاعدام وبحسب كلام شيخ عشيرته الذي استلمها
فقد قام منفذي الاعدام بالدوس على وجهه الشهيد البطل بالجزم( الكنادر) بعد وفاته مما ترك الكدمات التي في الصورة
واليهود يمرحون في العراق  بدون رادع بل ويقال ان ثلث اراضي العراق اصبحت املاك يهودية
يهودي يجلس في قصر صدام وعلى كرسي صدام  انظروا اليه كم هو مسرور

اليهود اقاموا حفلة في قصر صدام

وصورة تذكارية لبعض الجنود اليهود في العراق

وهنا ايضا
يحتفلون باعيادهم في قصر صدام وانضروا اللشمعدان ذو السبعة رؤوس خلفهم
رحمة الله عليك يا صدام هل كنت تظن ان من بعدك سيكون هذا
PADERI KRISTIAN MERAYAKAN KEMENANGAN MEREKA MENGHANCURKAN NEGARA ISLAM IRAQ DAN MENGGANTUNG SADDAM HUSSIEN PADA HARI RAYA AIDIL ADHA.
JANGAN SEKALIPUN LUPA, DUNIA INI ADALAH TEMPAT SEMENTARA DAN SUATU UJIAN
Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan gurau senda dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui. (Surah al-'Ankabut: 64)
Ingatlah semua benda di atas muka bumi ini diciptakan dengan satu tujuan. Ia adalah satu fakta yang sangat pasti bahawa semua benda yang kita lihat di sekeliling kita adalah untuk tujuan yang khusus. Manusia juga diciptakan untuk satu tujuaan:
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Surah al-Mulk: 2)
Sebagaimana yang diterangkan di dalam ayat diatas, Allah meletakkan manusia di atas muka bumi ini sementara untuk menguji mereka. Dia menguji kita dengan apa yang kita hadapi di dunia ini; Dia menciptakan kehidupan ini untuk membezakan orang-orang yang beriman daripada orang-orang yang tidak beriman, dimana mereka akan dibersihkan daripada dosa dan layak untuk memasuki syurga. Dengan kata lain,  dunia ini hanya medan ujian dimana kita boleh mendapatkan keredaan Allah.
Allah telah membuat batas-batas yang jelas kepada kita dan juga perbuatan yang disukai-Nya dan dimurkai-Nya. Demikian juga, perilaku seseorang di dunia ini turut menentukan ganjaran atau hukuman di akhirat. Oleh itu, setiap detik yang yang berlalu membawa kita sama ada ke syurga atau ke neraka. Dengan demikian, jangan sesekali lupa yang kita sedang diuji, malah pada saat ini dan keputusan untuk ujian ini akan menentukan kehidupan diakhirat kelak. Juga, jangan sesekali lupa keputusan ini adalah sangat hampir. Allah mengingatkan kita tentang perkara ini di dalam beberapa ayat dan dia memberi amaran kepada hamba-hamba-Nya tentang hari tersebut:
Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (Akhirat) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Surah al-Hashr: 18)
Allah mengingatkan manusia supaya tidak rakus dengan kehidupan yang sementara ini dan terpesona dan keseronokan didalamnya. Ini kerana, harta, kecantikan, ataupun darjat yang manusia miliki di dunia ini tidak akan menolong mereka pada hari kiamat kelak. Dia akan meninggalkan segala-gala yang mereka ada termasuk jasadnya. Jasadnya akan raput dimakan bumi; badan yang dibanggakan tidak mampu untuk melawan kerosakan akibat perjalanan masa. Bersendirian, dia akan dibawa kehadapan Allah  untuk menerima rekod perbuatannya.
Walau bagaimanapun, walaupun kenyataan ini jelas, taksub dengan rutin harian, majoriti manusia lupa hakikat kematian dan akhirat; mereka menganggap kehidupan mereka adalah terhad di atas dunia ini sahaja. Sikap ini diterangkan di dalam al-Qur'an sebagai berikut:
Dan mereka berkata, "Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa,: dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja. (Surah al-Jathiyya: 24)
Walau bagaimanapun, mereka mengabaikan satu fakta yang penting; kehidupan dunia ini adalah sangat singkat. Bayangkan seorang lelaki yang berumur tiga puluhan, jika dia memikirkan kehidupannya, ia pasti terasa sekilas lalu. Jika dia ditanya apa yang difikirkan tentang 30 tahun itu, dia hanya berkata bahawa segala yang berlalu adalah sangat pantas. Jika dia diminta memberitahu tentang kisahnya, kenangan itu boleh diceritakan dalam masa beberapa jam sahaja. Lelaki ini mungkin mempunyai 30 tahun lagi untuk hidup dan ia akan berlalu dengan pantas sebagaimana hari-hari sebelumnya. Dalam banyak yang terjadi, Allah menarik perhatian kita kepada kehidupan yang singkat ini dan memberitahu kita bahawa manusia akan menerima kenyataan ini ada hari Akhirat:
Dan (ingatlah) akan hari (yang di waktu itu) Allah mengumpulkan mereka (mereka merasa di hari itu) seakan-akan mereka tidak pernah berdiam (di dunia) hanya sesaat saja di siang hari (di waktu itu) mereka saling berkenalan. Sesungguhnya rugilah orang-orang yang mendustakan pertemuan mereka dengan Allah dan mereka tidak mendapat petunjuk. (Surah Yunus: 45)
Dan pada hari terjadinya kiamat, bersumpahlah orang-orang yang berdosa: mereka tidak berdiam (dalam kubur) melainkan sesaat (saja). Seperti demikianlah mreka selalu dipalingkan (dari kebenaran) (Surah ar-Rum: 55)
Untuk mengelakkan manusia daripada terlalu terikat dengan dunia, Allah telah meletakkan pelbagai kecacatan dan elemen yang tidak diingini dalam kehidupan dunia ini dan dengan itu menekankan sifat-sifat sementara dunia ini. Ini adalah salah satu subjek dimana manusia perlu berfikir; semua perkara yang kita sayangi atau hargai dalam hidup ini akan menjadi tua, orang yang kita sayangi akan pergi, satu demi satu, malah orang yang paling cantik di sekeliling kita akan menjadi tua, atau sakit atau menjadi lemah. Saat-saat yang kita nikmati, atau masa yang kita nanti-nantikan, sebelum ini, semuanya telah menjadi sebahagian daripada masa lampau. Ini termasuklah masa-masa yang sukar yang kita hadapi sebelum ini dan ia akan berdasarkan juga kepada pengalaman pada masa hadapan, dan sepanjang kehidupan kita, yang mana ia adalah sangat singkat, sekelip mata sahaja. Kita akan sentiasa diuji, ujian yang akan berterusan sehinggalah ajal menemui kita. Selepas itu, setiap manusia yang pernah hidup dimuka bumi ini akan dibayar untuk apa yang pernah dia lakukan dan maka kehidupan yang berkekalan akan bermula.
Walau bagaimanapun, manusia tidak pernah teringin sesuatu yang cantik atau indah menjadi pudar. Namun, dalam kehidupan yang singkat ini, keingininan itu tidak dapat dipenuhi. Jadi, bagaimana kita hendak mencapainya? Syurga ialah satu-satunya tempat dimana semua ini akan menjadi nyata. Ingatlah, hidup ini tidak sempurna untuk memenuhi segala keinginan kita. Sekiranya kita merindukan nikmat yang abadi, ingatlah, bahawa kita tidak perlu mengejar kehidupan dunia ini, tetapi perlu mencari kehidupan akhirat dengan mempersiakan diri kita untuk mengahadapinya.
Orang-orang yang tidak beriman yang jahil akan perkara-perkara ini, walau bagaimanapun cuba untuk mengehadkah segala keinginan terhadap kehidupan dunia yang sementara ini sahaja. Semua keinginan itu adalah berdasarkan pemahaman yang salah iaitu, kematian akan membawa titik noktah kepada kehidupan dunia ini. Oleh sebab itu, di dunia ini, mereka berusaha untuk mencapai segala kenikmatan dan kegembiraan. Takutkan mati kerana ia akan menyekat keinginan-keinginan mereka, mereka berusaha gigih untuk mendapatkan hasil yang terbaik di dunia ini. Walau bagaimanapun, usaha mereka adalah kosong; dunia ini sememangnya tidak sempurna. Tempat tinggal yang sebenar untuk manusia ialah di akhirat, tempat yang menawarkan segala yang terbaik dan kenikmatan yang tiada cacatnya yang boleh dinikmati oleh manusia; walau bagaimanapun, semua nikmat ini disimpan hanya untuk mereka yang benar-benar beriman kepada Allah. Nikmat-nikmat yang dirasai oleh orang yang tidak beriman hanya terhad untuk di dunia sahaja. Cara bagaimana mereka akan dibiarkan di dalam neraka telah dinyatakan didalam al-Qur'an sebagai berikut:
Dan (ingatlah) hari (ketika) orang-orang kafir dihadapkan ke neraka (kepada mereka dikatakan): "Kamu telah menghabiskan rezekimu yang baik dalam kehidupan duniawi (saja) dan kamu telah bersenang-senang dengannya; maka pada hari ini kamu dibalasi dengan azab yang menghinakan kerana kamu telah menyombongkan diri di muka bumi tanpa hak dan kerana kamu telah fasik." (Surah al-Ahqaf: 20)
Sebab itu jugalah, Rasulullaah (sollalahualaihiwassalam) menarik perhatian kita tentang kepentingan menghisab diri sendiri dan perbuatan kita:
“Orang yang bijaksana ialah orang yang menghisab dirinya sendiri (dan menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan jahat) dan melakukan amalan-amalan yang mulia untuk kebaikan selepas mati; dan orang-orang yang bodoh ialah seseorang yang menyerahkan dirinya kepada godaan-godaan dan keinginan dan berusaha menjauhi daripada Allah untuk memenuhi hawa nafsunya. (Tirmidhi)
Sebagaimana yang dinyatakan disini, tiada apa yang lebih penting daripada perbuatan-perbuatan yang dilakukan untuk mengelakkan diri daripada hukuman api neraka. Dalam situasi tertentu, seorang pelajar akan  belajar dengan tekun untuk lulus, seorang peniaga yang ingin mengumpul kekayaan yang banyak, dan walau bagaimanapun, terdapat juga mereka yang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk mendapatkan prestij. Tetapi, tidak ada jaminan mereka ini akan hidup lama untuk mencapai segala cita-cita mereka. Sebagai contoh, pelajar itu mungkin tidak hidup lama untuk melihat hari graduasinya. Walau bagaimanapun, satu perkara yang pasti, dia akan kembali kepada Tuhannya dan akan diberi buku amalan tetang segala perbuatannya pada Hari Kiamat kelak:
Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat kami. Mereka itu tempatnya ialah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan. (Surah Yunus: 7-8)
Penyakit, kemalangan atau usia tua, di mana kita perlu mengambil pengajaran adalah bukti bahawa dunia ini bukanlah tempat untuk kita berasa terikat:
Dan tidakkah mereka (orang-orang munafik)memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pelajaran. (Surah at-Tawba: 126)
Sebagi bukti daripada ayat ini, "...Kamu menghendaki harta benda duniawi sedangkan Allah mengkehendaki (pahala) akhirat (untukmu). Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (surah al-Anfal: 67), Allah berulang kali mengingatkan kita bahawa dunia ini tidak sempurna supaya hamba-hamba Allah boleh mendapat tempat yang lebih sempurna di akhirat.
Jangan sesekali mengabaikan peringatan ini dan ingatlah kita perlu mecari keredhaan Allah untuk melayakkan diri mendapat kebahagiaan yang kekal abadi. Allah telah menerangkan di dalam al-Qur'an bahawa barang sesiapa yang terikat dengan kehidupan yang singkat ini akan kehilangan kehidupan yang abadi di akhirat kelak:
Barangsiapa yang mengkehendaki keuntungan di akhirat akan Kami tambah keuntungan itu baginya dan barangsiapa yang yang mengkehendaki keuntungan di dunia Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat. (Surah ash-Shura: 20)
Dalam ayat-ayat ini, Allah menyuruh manusia untuk cintakan akhirat kerana ia adalah lebih baik dan berkekalan “...Dan kurnia Tuhan kamu adalah lebih baik dan kekal.” (Surah Taha: 131)
Sementara itu, ingatlah bahawa Allah akan berikan kepada orang yang benar-benar beriman, yang  inginkan kehidupan akhirat, kehidupan yang baik di dunia ini juga.Orang-orang mukmin adalah mereka yang mencapai nikmat terbaik daripada Allah, di dunia dan di akhirat.
Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di akhirat. Tidak ada perubahan bagi kalimat-kalimat (janji) Allah. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar. (Surah Yunus: 64)