Pages

Showing posts with label indon. Show all posts
Showing posts with label indon. Show all posts

Monday, September 6, 2010

2.2 juta penduduk Jakarta pulang raya





2010/09/06

JAKARTA: Gabenor Jakarta, Fauzi Bowo menganggarkan 2.2 juta penduduk akan meninggalkan ibu kota itu untuk pulang ke kampung pada cuti perayaan Aidilfitri ini, meningkat tujuh peratus berbanding tahun lalu. 

Itu hanya warga Jakarta, tidak termasuk mereka yang tinggal di pinggir ibu kota," katanya selepas menyaksikan sekitar 4,000 penduduk Jakarta pulang ke kampung halaman di Stadium Bung Karno di sini kelmarin.
Dalam sambutannya di hadapan penduduk terbabit, Fauzi menasihatkan mereka tidak membawa anggota keluarga dan saudara mara di kampung untuk turut berhijrah di Jakarta ketika kembali kelak.
Beliau berkata pihaknya akan melakukan operasi yustisi (operasi terhadap mereka yang menetap di Jakarta tanpa kebenaran yang diperlukan) selepas Aidilfitri. 
Bagi yang didapati tidak memenuhi syarat untuk tinggal di Jakarta, pihak kami akan mengusir mereka pulang ke kampung mereka, katanya, lapor Kompas.com semalam. 

Jika kembali semula ke Jakarta kelak, jangan bawa saudara-saudaranya. Jakarta sudah padat. Bodetabek (Bogor, Depok, Tangerang, Bekasi) lebih padat lagi. 

Jangan terburu-buru bawa saudara mengadu nasib. Kalau memenuhi persyaratan, silakan. Bagi yang tidak penuhi persyaratan, pada saatnya, dengan rasa berat, kami terpaksa akan kembalikan ke kampung halaman. 
Jadi, sampaikan maklumat yang benar kepada saudara-saudaranya, kata Fauzi. 
Fenomena penduduk Jakarta yang pulang ke kampung membawa keluarga atau kerabat ketika kembali semula ke Jakarta terus menjadi-jadi. 

Akibatnya, jumlah penduduk Jakarta terus meningkat. Badan Pusat Statistik Provinsi DKI Jakarta mengunjurkan jumlah penduduk di Ibu Kota bakal mencapai 11 juta orang pada 2020. 

Tahun 2010, penduduk Jakarta berjumlah 9.5 juta orang. Jumlah itu tidak termasuk orang yang tinggal di kota lain dan datang ke Jakarta untuk bekerja pada siang hari.

Tuesday, August 31, 2010

Bank CIMB di Makassar diserbu penunjuk perasaan




GAMBAR yang disiarkan akhbar Tempo menunjukkan sekumpulan penunjuk perasaan yang menggelarkan diri mereka sebagai Laskar Merah Putih membuat demonstrasi di hadapan Bank Internasional Indonesia di Makassar semalam.


MAKASSAR - Sekumpulan anggota kumpulan penunjuk perasaan yang dikenali sebagai Laskar Merah Putih memasuki cawangan bank CIMB Niaga yang sebahagiannya milik syarikat dari Malaysia di bandar Makassar, Sulawesi Selatan semalam dan mengarahkan semua kakitangannya supaya berhenti berkerja, lapor sebuah akhbar semalam
Kumpulan penunjuk perasaan itu tiba dengan menaiki berpuluh-puluh buah motosikal dan sebuah kereta di cawangan bank berkenaan di Jalan Ahmad Yani di sini semalam.
Beberapa anggota polis dan pengawal keselamatan bank berkenaan cuba menghalang penunjuk-penunjuk perasaan itu daripada memasuki premis tersebut tetapi gagal kerana bilangan mereka yang jauh lebih ramai.
Kumpulan Laskar Merah Putih kemudian memaksa kakitangan CIMB niaga supaya berhenti bekerja dan meninggalkan pejabat mereka.
Mereka turut diarahkan supaya mengisytiharkan kecintaan mereka kepada Indonesia.
Pengarah bank berkenaan untuk rantau Indonesia Timur, Rahmat Haris yang mewakili para pekerja, seterusnya menuruti kehendak kumpulan tersebut.
Dia membaca ikrar berkenaan sambil diperhatikan oleh kakitangan bank itu di sebuah tempat letak kereta di sini.
Tiada kecederaan berlaku dalam insiden tersebut tetapi tindakan kumpulan Laskar Merah Putih menjejaskan aktiviti bank itu.
Selepas melakukan tunjuk perasaan di CIMB Niaga, kumpulan penunjuk perasaan itu bergerak ke sebuah cawangan Bank International Indonesia di Jalan Kajaolalido dan mengulangi perbuatan mereka..
Kumpulan penunjuk perasaan itu kemudian meneruskan perhimpunan di depan bangunan Konsulat Malaysia.
Perbuatan biadab kumpulan itu menyusul selepas hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia agak tegang sejak beberapa minggu lalu berikutan laporan berhubung pertikaian sempadan dan demonstrasi oleh media Indonesia.
Sebelum ini Kedutaan Malaysia di Jakarta turut dilontar najis oleh sekumpulan penunjuk perasaan Indonesia. - Agensi