Pages

Showing posts with label payu dara. Show all posts
Showing posts with label payu dara. Show all posts

Saturday, October 2, 2010

Selebriti sapu gel tegangkan payu dara





2010/10/02


  • Foto
  • Foto
Kelly Brook, Scarlett Johansson guna produk terbukti berkesan
Foto

LONDON: Kecantikan diri adalah aset penting kepada golongan selebriti dan ramai di kalangan mereka bersedia melakukan apa saja, bagi memastikan dapat mengekalkan bentuk tubuh menarik dan sentiasa langsing.
Hakikat ini mendorong tiga aktres terkenal, Kelly Brook, Scarlett Johansson dan Eva Mendes menggunakan sejenis gel dikenali ‘Boob Job Gel’ yang dapat mengekalkan ketegangan payu dara.
Syarikat pengeluarnya, Rodial, mendakwa gel berkenaan yang dijual pada harga £125 (RM611.50) sebotol mampu meningkatkan ketegangan payu dara sehingga dua sentimeter jika disapu setiap hari selama lapan minggu.

“Penggunaan gel ini adalah satu kaedah cepat dan selamat berbanding pembedahan plastik. Ia amat sesuai untuk menghadiri majlis glamor,” kata jurucakapnya.

Rodial mencadangkan pengguna menyapu gel berkenaan dua kali sehari selama 56 hari dan memberi jaminan mereka akan memperoleh payu dara ‘berisi’, gebu dan tegang hingga ke paras dua sentimeter daripada biasa.

Jurucakap itu berkara penyelidik yang menghasilkan Boob Job amat bangga dengan produk berkenaan.
“Ia pasti akan memberi perubahan besar kepada kehidupan wanita. Kami mahu menawarkan kepada mereka alternatif yang pantas dan selamat berbanding pembedahan membesarkan payu dara yang mahal dan menyakitkan.

“Setiap tahun beribu-ribu wanita menjalani pembedahan payu dara untuk mendapatkan bentuk yang mereka inginkan, tetapi gel keluaran Rodial menawarkan saiz payu dara yang lebih besar tanpa memerlukan pembedahan,” katanya.

Jurucakap itu berkata ‘Boob Job Gel’ dihasilkan daripada pati akar tumbuhan di Asia yang dapat membantu menegangkan kulit dan lapisan lemak di bawahnya.

“Pengguna dinasihat menyapu Boob Job di sekeliling payu dara dengan urutan lembut sehingga ia diserap sepenuhnya. Satu botol gel ini boleh digunakan selama sebulan, tetapi kebanyakan selebriti menghabiskannya dalam tempoh sebulan,” katanya. – Agensi

Tuesday, August 31, 2010

Heidi menyesal besarkan payu dara






HEIDI MONTAG yang sebelum ini pernah melakukan beberapa pembedahan membesarkan payu dara dan pada bahagian hidung kini berasa risau dirinya akan mengalami nasib seperti Michael Jackson. Dia yang popular menerusi siri The Hills terkenal kerana pernah menjalankan 10 pembedahan kosmetik dalam sehari.
Kini, aktres itu berasa menyesal kerana membesarkan payu daranya kepada saiz G dan mahu mengeluarkan implan tersebut. Katanya: "Payu dara saya membuatkan saya menyesal. Badan saya masih cuba untuk menerima payu dara itu.
"Saya mengambil banyak pil tahan sakit tetapi ia tidak berkesan. Ia amat menyakitkan. Saya terdesak untuk mendapatkan kembali saiz normal. Saya akan mengecilkan saiz mungkin kepada saiz D."
Aktres berusia 23 tahun itu juga menyatakan dia tidak mampu menjalani kehidupan normal kerana saiz payu daranya. Tambah Heidi: "Saya obses dengan senaman dan adalah mustahil bagi saya untuk bersenam dengan payu dara sebenar ini. Saya tidak boleh menjalani kehidupan biasa."
Selain daripada itu, Heidi juga memakai pita hidung sejak November lalu kerana risau hidungnya akan jatuh. Jelasnya kepada majalah Life and Style: "Saya cuba mengekalkan hidung saya seperti mana yang dibedah oleh Dr. Frank Ryan. Saya tidak mahu hidung saya jatuh."
Namun, Heidi juga takut dia tidak mampu memperbaiki kesan yang berlaku selepas pembedahan kerana Ryan telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya awal bulan ini.
"Saya rasa seperti terperangkap dalam diri sendiri. Tiada apa yang boleh diperbaiki. Ryan tahu apa yang dilakukannya dan dia tahu segala-galanya mengenai badan saya," ujarnya.
Heidi juga mengaku pembedahan dramatik itu telah menyumbang kepada masalah perkahwinannya bersama aktor Spencer Pratt.
Kata Heidi: "Tiada orang yang mahu menjaga isteri yang kelihatan seperti dia baru sahaja mengalami kemalangan teruk. Dia ada merayu supaya saya tidak melakukan pembedahan."