Pages

Showing posts with label Rai. Show all posts
Showing posts with label Rai. Show all posts

Saturday, February 19, 2011

Penunjuk perasaan berpesta di Mesir



      Foto
      Ribuan penunjuk perasaan berpesta diMesir


























    Masih rai kejayaan tumbang Mubarak

    KAHERAH: Puluhan ribu rakyat Mesir sekali lagi membanjiri Dataran Tahrir di tengah-tengah ibu negara semalam bagi menunaikan solat Jumaat dan meraikan kemenangan menjatuhkan pemimpin kuku besi Hosni Mubarak seminggu lalu.




    Kumpulan yang mencetuskan pemberontakan 18 hari yang membawa kepada kejatuhan presiden yang memerintah hampir 30 tahun itu menggelar perhimpunan semalam ‘Jumaat Kemenangan dan Kesinambungan Perjuangan.’
    Ulama terkenal Mesir Sheik Youssef el-Qaradawi mengimamkan solat itu dan mengisytiharkan ‘yang batil tidak boleh mengalahkan yang hak.’

    “Saya mengucapkan tahniah kepada remaja negara ini. “Mereka yakin akan menang akhirnya.

    “Namun revolusi ini belum berakhir sehingga kita saksikan Mesir yang baru,” katanya.

    Orang ramai mula membanjiri dataran bersejarah yang menjadi medan penunjuk perasaan sebelum ini, beberapa jam sebelum solat bermula walaupun jalan masuk utama disekat jip tentera.
    Suasana di dataran agak meriah dengan pancaragam tentera berkawad memasuki dataran yang dipenuhi orang awam. Beberapa penjaja menjual trumpet vuvuzela yang terkenal dengan bunyi bingit ketika Piala Dunia diadakan di Afrika Selatan tahun lalu.

    “Kami datang ke sini kerana berasa tidak sabar melihat Mesir baru,” kata Ashraf Abdel-Azim, 48, yang datang bersama isterinya, Nadwa dan anak lelakinya, Ahmed berusia 9 tahun.

    “Kami mahu kebebasan dan perubahan dan bangga dapat melihatnya sendiri,” katanya.

    Nizar Mohammad, isterinya Rasha dan tiga anak mereka mengecat muka masing-masing dengan warna bendera Mesir, merah, putih dan hitam.

    “Kami mahu anak-anak kami melihat di mana peristiwa bersejarah ini berlaku,” kata Rasha.

    Di sebuah sudut dataran besar itu satu tugu peringatan 365 orang awam yang terkorban sepanjang tunjuk perasaan dibina, dengan orang ramai meletakkan bunga dan merakam gambar foto mereka yang terkorban.

    Walaupun sambutan berkenaan diadakan, keadaan di Mesir masih lagi belum stabil berikutan tindakan pekerja menuntut gaji yang lebih tinggi dan kebimbangan tentera yang mengambil alih kuasa tidak menepati janji untuk membawa perubahan.

    Wael Hassan, seorang doktor gigi berusia 32 tahun yang terbabit dalam bantahan dan menyaksikan pertempuran di antara penunjuk perasaan dan penyokong Mubarak pada 28 Januari lalu, berkata perhimpunan semalam bukan semata-mata satu majlis meraikan kemenangan.

    “Ia lebih menjadi peringatan kepada tentera dan kerajaan bahawa kami masih membantah dan tidak akan berhenti selagi kerajaan awam dan bukan kerajaan dilantik Mubarak memerintah,” katanya merujuk kepada kerajaan peralihan yang mengandungi anggota rejim Mubarak. – AP
    Berita Harian Online | Penunjuk perasaan berpesta di Mesir





    Sunday, February 13, 2011

    Penduduk dunia Arab rai kejayaan


    BEIRUT: Penduduk di seluruh dunia Arab meraikan kegembiraan selepas Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan, malam semalam.
    Dari Beirut ke Gaza, berpuluh-puluh ribu orang mengagihkan manisan, membakar bunga api dan melepaskan tembakan sebagai tanda sokongan kepada penunjuk perasaan selain kerajaan Jordan, Iraq dan Sudan turut menyampaikan ucapan kesyukuran di atas kejayaan rakyat Mesir.

    Malah, di Israel yang mengikuti perkembangan 18 hari kebangkitan rakyat Mesir itu berpendapat, penunjuk perasaan sudah menang. Bekas Menteri Pertahanan Israel, Ben-Eliezer dalam kenyataannya kepada televisyen saluran 10 negara itu, berkata: “Tiada apa lagi yang boleh dilakukan. Tindakan Hosni itu yang terbaik.” Pemimpin Hamas pula menyeru kerajaan baru Mesir supaya membuka sempadan di Gaza.
    “Hari ini, Mesir mencatat bab baru dalam sejarah dunia Arab dan saya lihat sekatan di Gaza mengalami keretakan sekarang,” kata Perdana Menteri kerajaan Hamas di Gaza, Ismail Haniyeh.

    Beribu-ribu penduduk Gaza pula keluar beramai-ramai memenuhi jalan raya meraikan kegembiraan mereka. “Tuhan merahmati Mesir, hari ini hari yang penuh kegembiraan dan Insha-Allah, semua pemimpin yang zalim di dunia ini akan digulingkan,” kata penduduk, Radwa Abu Ali yang mengagihkan manisan.

    Sementara itu, akhbar di Britain pula menyambut penyingkiran Hosni dan mengiktirafnya sebagai detik bermakna dalam sejarah walaupun terdapat kebimbangan terhadap masa depan yang belum pasti di Mesir. Kebanyakan muka depan akhbar di negara itu menyiarkan gambar penunjuk perasaan meraikan kemenangan mereka di Dataran Tahrir di Kaherah. ‘Sejarah Dicatat’, lapor tajuk muka depan akhbar The Times. Kejatuhan Hosni membawa kegembiraan, harapan dan kebebasan kepada rakyat Mesir tetapi turut menjanjikan keadaan tidak pasti terhadap perubahan di negara berkenaan, lapor akhbar itu. - AFPmyMetroPenduduk dunia Arab rai kejayaan

    Saturday, December 25, 2010

    Pembaca marah kulit Rai dicerahkan



    KULIT muka depan majalah Elle yang menunjukkan wajah Aishwarya Rai yang dicerahkan.


    MUMBAI - Para pembaca majalah Elle marah selepas mereka mendapati kulit aktres Bollywood, Aishwarya Rai sengaja dicerahkan ketika dia dijadikan penghias kulit majalah fesyen popular itu, lapor sebuah akhbar semalam.
    Rai yang merupakan bekas pemegang gelaran Ratu Cantik Dunia pernah membintangi filem Bride & Prejudice dan The Pink Panther.
    Aktres berusia 37 tahun itu menghiasi muka depan Elle bagi edisi bulan ini di India.
    Namun, dia didapati jauh lebih cerah berbanding kulit asalnya sekali gus mencetuskan dakwaan bahawa aplikasi digital digunakan untuk mencerahkan kulit Rai.
    "Ia sama sekali mengecawakan kerana kulit cerah sentiasa disanjung dan kulit gelap pula dianggap tidak cantik," kata seorang pembaca yang marah dengan tindakan Elle. - Agensi