Pages

Showing posts with label robot. Show all posts
Showing posts with label robot. Show all posts

Monday, January 28, 2013

Pertandingan robot menari




SEJUMLAH orang menyaksikan beberapa robot yang menari.


YOKOHAMA - Satu pertandingan robot menari diadakan di sini semalam.
Sebanyaki enam kategori dipertandingkan termasuk acara persembahan bebas.
Para pemilik robot itu merebut Piala Atlet Robot pada pertandingan berkenaan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0128&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2JDnFVZZV 
Hakcipta terpelihara 

Sunday, December 30, 2012

Roboy, si pembantu mekanikal

Roboy
Kumpulan jurutera di Universiti Zurich berharap Roboy dapat direalisasikan dalam tempoh sembilan bulan.

ZURICH - Jurutera di Makmal Kecerdasan Buatan Universiti Zurich kini sedang mencipta robot yang berfungsi untuk membantu manusia melakukan tugas harian mereka.

Robot menyerupai kanak-kanak setinggi 1.2 meter digelar Roboy itu dikatakan dapat  membantu pesakit atau warga emas dengan bertindak sebagai pembantu mekanikal.

Bagi membolehkan ia bergerak dengan lebih mudah, kumpulan terdiri daripada lebih 40 jurutera tersebut turut mencipta tendon tiruan (urat tebal yang menyambungkan otot dan tulang manusia) pada setiap bahagian 'otot' Roboy.

Ketua kumpulan itu, Profesor Rolf Pfeifer berkata, rancangan bercita-cita besar tersebut hanya boleh direalisasikan selepas ia mendapat tajaan 15 rakan kongsi yang telah menandatangani perjanjian untuk membiayai projek itu.

Roboy juga diharap dapat menjadi rangka tindakan bagi mencipta robot perkhidmatan untuk membantu manusia. - MailOnline

Wednesday, November 21, 2012

Robot pembunuh dicipta 2032

Robot pembunuh dicipta 2032Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan bimbang AS mengawal dunia melalui robot pembunuh.
WASHINGTON - Robot bebas yang mampu membuat keputusan membunuh sasarannya bakal dibina 20 tahun akan datang atau lebih cepat dari tempoh itu.
Agensi ketenteraan dunia, dilaporkan bersetuju dan amat teruja selepas mengetahui mesin yang berkebolehan mengawal senjata dalam peperangan dapat digunakan selain mengurangkan jumlah korban manusia.
Kenyataan berbau amaran itu, dikeluarkan Pemerhati Hak Asasi Kemanusiaan yang mendesak dunia mengharamkan mesin pembunuh itu sebelum Amerika Syarikat (AS) mula memasarkannya.
Robot pembunuh pengganti manusia, bakal diterajui AS, juga sebuah negara mengguna pakai khidmat pesawat pengintip tanpa manusia bagi menyerang suspek militan di Pakistan, Yaman dan sebagainya.

Pesawat pengintip AS yang dilengkapi sistem tembakan Phalanx Raytheon, mampu menembak musuh dari jarak jauh selain memusnahkan apa sahaja objek penghalang dengan sendirinya. - MailOnline

Tuesday, October 2, 2012

Robot ganti pelajar

BUFFALO 1 Okt. - Seorang kanak-kanak Amerika Syarikat (AS) muncul pengguna pertama robot interaktif digelar ‘Roboswot’, apabila kehadirannya ke kelas terpaksa diganti mesin tersebut berikutan masalah kesihatan.
Mesin berkenaan perlu menggantikan Devon Carrow-Sperduti, 7, ke sekolah, kerana dia menderita penyakit alergi yang boleh membahayakan nyawanya jika bercampur dengan kanak-kanak lain.
Bukan setakat itu, dia juga terpaksa menghabiskan kebanyakan masanya bersendirian dengan hanya dibenarkan makan epal, bijirin dan kentang.
Menerusi Roboswot yang bernilai AS$3,000 (RM9,000), murid tersebut mampu menghadiri semua kelasnya, menjawab soalan cikgu serta berbual dengan rakan-rakan sekelasnya walaupun hanya dengan berada di rumah.
Malah, robot ciptaan syarikat Vgo Communications Inc di New Hampshire berkenaan turut dilengkapi skrin yang memaparkan muka kanak-kanak itu, menggunakan teknologi kamera web yang dihubungkan dengan komputernya di rumah.
Carrow-Sperduti hanya perlu duduk di rumahnya di Buffalo dan menggunakan komputer untuk mengawal Robotswot yang membolehkan dia melihat cikgu, papan hitam dan keadaan sekeliling kelas.
Robot itu juga membolehkan Carrow-Sperduti ‘berjalan’ di sepanjang koridor sekolah dan menyertai rakan sekelasnya di taman permainan.
Ibu Carrow-Sperduti, Rene berkata, Roboswot boleh dianggap sebagai pengganti diri anaknya.
“Anak saya melakukan semua perkara dan kerja sekolah seperti kanak-kanak lain, yang membezakan mereka adalah Carrow-Sperduti tidak berada di dalam kelas," katanya. - AGENSI


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121002/lu_04/Robot-ganti-pelajar#ixzz289YXPtBh
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, May 5, 2012

Robot cuci rambut dicipta



Robot Penjagaan Kepala yang mampu mengurut ini menjanjikan pengalaman berbeza buat pelanggan yang biasa mencuci rambut di salun. - AGENSI
LONDON 3 Mei - Sejenis robot yang mampu mencuci, mengurut dan mengeringkan rambut dicipta oleh syarikat teknologi gergasi, Panasonic.
Robot yang dikhususkan untuk golongan warga emas dan orang kurang upaya itu sedang diuji di Jepun sebelum ia mula dipasarkan untuk kegunaan komersial.
Syarikat itu mendakwa, mesin berkenaan bukan sahaja menawarkan urutan kepala, malah menjanjikan satu pengalaman berbeza kepada pengguna yang biasa mengunjungi salun untuk mencuci rambut.
Berdasarkan video promosi Panasonic, mesin diberi nama Robot Penjagaan Kepala itu mempunyai alat pengesan dalam setiap 24 jarinya untuk mengukur kepala pelanggan, membolehkannya menyesuaikan cara mencuci rambut bagi setiap individu.
Urutan robot itu dikatakan 'agak menyenangkan' dan menawarkan tahap keselesaan yang tidak dapat diperolehi pelanggan salun dengan tangan manusia.
Robot itu mula berfungsi dengan menyembur air panas dan mengenakan syampu ke kulit kepala pelanggan dengan menggunakan 24 jarinya dengan 'lembut'.
Perapi kemudiannya disembur sehingga peringkat terakhir cucian iaitu urutan oleh robot dan pada masa sama, ia mengeringkan rambut pelanggan.
Buat masa ini, Robot Penjagaan Kepala itu hanya digunakan untuk pelanggan yang berambut panjang, namun ia masih mendatangkan rasa tidak selesa kepada mereka.
Teknologi itu pada asalnya dibangunkan untuk kegunaan di rumah penjagaan dan hospital bagi memberi warga emas dan orang kurang upaya 'kualiti hidup yang lebih baik'. - AGENSI

Tuesday, April 19, 2011

Robot kesan radiasi tinggi di dalam loji nuklear



SATU robot kawalan jauh masuk ke dalam sebuah bangunan di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi di timur laut Jepun kelmarin.


TOKYO - Bacaan data yang diperoleh daripada robot-robot yang memasuki dua bangunan di loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi buat pertama kali semalam mendapati persekitarannya masih mengandungi kadar radioaktif yang tinggi untuk dimasuki oleh para pekerja.
Para pegawai nuklear memberitahu data radiasi di kolam Unit 1 dan Unit 3 di loji nuklear tersebut diperoleh oleh dua buah robot buatan Amerika Syarikat (AS) yang diberi nama Packbots.
Packbots mengambil data mengenai suhu, tekanan dan tahap radioaktif.
"Lebih banyak data perlu diambil dan tahap radioaktif perlu dikurangkan lebih banyak sebelum para pekerja dibenarkan masuk," jelas Hidehiko Nishiyama dari Agensi Nuklear dan Keselamatan Industri Jepun.
Maklumat mengenai radiasi itu dilihat tidak akan menjejaskan matlamat untuk menutup loji tersebut dalam tempoh enam hingga sembilan bulan seperti yang diumumkan oleh pengendali loji berkenaan, Tokyo Electric Power Co. (TEPCO).
"Kami sudah menjangkakan tahap radiasi yang tinggi di dalam bangunan reaktor. Namun begitu, saya pasti TEPCO dan pakar-pakar lain mengambil kira angka-angka ini apabila mereka merangka pelan (menutup loji tersebut)," kata Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano.
Pegawai TEPCO, Takeshi Makigami menyatakan robot-robot itu akan merintis jalan buat para pekerja untuk memasuki semula ke dalam bangunan berkenaan.
"Apa yang boleh dilakukan oleh robot adalah terhad. Justeru para pekerja perlu masuk ke dalam bangunan itu," kata Makigami.
Loji itu mengalami kebocoran nuklear selepas ia dilanda ombak tsunami pada 11 Mac lalu akibat gempa bumi kuat di timur laut Jepun. - Agensi, kosmo

Wednesday, December 29, 2010

29 robot ajar bahasa Inggeris


ROBOT digunakan untuk mengajar bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendha di Daegu, Korea Selatan kelmarin.


SEOUL - Hampir 30 robot mula mengajar bahasa Inggeris kepada murid-murid sekolah rendah di bandar Daegu, Korea Selatan, kata beberapa pegawai semalam.
Robot yang diberi nama Engkey itu dicipta oleh Institut Teknologi Sains mula mengajar kelmarin di 21 buah sekolah di bandar Daegu.
Sebanyak 29 buah robot setinggi satu meter yang mempunyai panel televisyen di muka bergerak di sekitar bilik darjah semasa mengajar murid-murid.
Robot itu membaca buku untuk murid-murid dan menari dengan menggoyangkan kepala dan tangannya.
Ia turut dikawal dengan menggunakan alat kawalan oleh guru-guru yang mengajar bahasa Inggeris dari Filipina.
Guru-guru itu boleh melihat dan mendengar suara murid-murid melalui sistem alat kawalan jauh.
"Gaji guru-guru yang berpendidikan tinggi dari Filipina adalah lebih murah daripada rakan-rakan sejawatan mereka dari negara lain," kata seorang saintis kanan institut tersebut, Sagong Seong-dae yang menjelaskan kenapa guru dari negara itu digunakan. - AFP

Sunday, November 21, 2010

Robot bantal cinta




PEREKA Jerman, Stefan Ulrich bersama robot cinta funktionide.


BERLIN - Sejenis robot ciptaan terbaru di Jerman boleh jatuh cinta dengan pemiliknya sekali gus mengubati kesepian berjuta-juta orang di seluruh dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Menyerupai sebuah bantal besar, robot itu dibuat daripada polimer aktif elektrik dan dilengkapi sensor khas yang bertindak balas terhadap sentuhan manusia untuk menunjukkan ia gembira atau jatuh cinta.
Lebih istimewa kata perekanya, Stefan Ulrich, robot yang dikenali sebagai funktionide itu boleh berubah bentuk dan memeluk pemiliknya.
Menurut Ulrich, pada masa hadapan, robot boleh menggantikan teman lelaki atau wanita bagi mengisi kekosongan hidup.
"Semakin ramai orang mementingkan kebendaan dan mereka menggunakan teknologi untuk lari daripada realiti kehidupan," kata Ulrich.
"Justeru, jika robot dan objek dapat memenuhi keperluan emosi mereka, mengapa mereka masih perlukan manusia lain?," tambahnya. - Agensi

Thursday, November 18, 2010

Tempahan untuk membeli robot meningkat



SCOTT MACLEAN berada dekat dengan robot wanita ciptaannya, Suzie Software.


CHARLESTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pencipta robot di AS, Scott Maclean berkata, dia dihubungi dengan beberapa pelanggan di Britain untuk membeli robot ciptaannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Maclean, 47, menjelaskan terdapat beberapa pembeli dari Britain yang mahu membeli robot buatannya termasuk seorang lelaki bangsawan.
"Kami turut menmperoleh pelanggan dari Eropah, Rusia, Korea dan beberapa tempat lagi di dunia," katanya.
Menurutnya, beberapa minggu lalu, dia berbincang dengan seorang wanita yang mahu memperoleh robot seperti selebriti komedi Britain, Graham Norton.
"Saya turut diminta oleh beberapa orang untuk menghasilkan robot yang kelihatan seperti aktres Angelina Jolie, Pamela Anderson dan Michael Jackson.
"Namun, saya tidak boleh menghasilkan robot itu tanpa mendapat kebenaran mereka (selebriti tersebut)," katanya.
Antara robot ciptaan Maclean ialah Suzie Software yang tidak boleh bercakap.
Robot itu dijual pada harga AS$2,945 (RM9,214). - Agensi

Thursday, October 21, 2010

Robot bedah pesakit prostat


DR. A APRIKAN menggunakan robot DaVinci bagi melakukan pembedahan di Hospital Besar Montreal, Kanada.


MONTREAL - Seorang lelaki Kanada yang menghidap kanser prostat dibedah dengan menggunakan robot di Hospital Besar Montreal baru-baru ini, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebuah robot yang diberi nama jolokan McSleepy diberi tugas membius pesakit itu manakala robot DaVinci melakukan pembedahan.
Seorang pakar Pusat Kesihatan Universiti McGill di hospital itu, Dr. A. Aprikan berkata, doktor-doktor bekerja dari sebuah pusat operasi peralatan bagi menggerakkan robot DaVinci.
Menurutnya, robot itu boleh menggerakkan jari dengan tepat yang tidak boleh dilakukan oleh manusia bersendirian.
Dia dan pasukan pembedahannya mengendalikan robot itu dengan menggunakan alat kawalan video mengandungi imej tiga dimensi yang berkualiti tinggi.
Pasukan itu memindahkan sebahagian daripada kelenjar prostat pesakit tersebut dengan menggunakan robot DaVinci.
Seorang anggota pasukan itu, Dr. Thomas Hemmerling berkata, robot tidak akan menggantikan doktor tetapi ia membantu doktor melakukan pembedahan dengan standard tinggi. - Agensi

Monday, October 18, 2010

Robot menari, menyanyi dengan kawalan tetikus



ROBOT wanita (tiga dari kanan) setinggi 1.58 meter menyanyi dan menari bersama beberapa penari lain di Ekspo Kandungan Digital di Tokyo semalam.


TOKYO - Penyelidik-penyelidik di Institut Lanjutan Sains dan Teknologi Jepun mencipta robot wanita yang boleh menyanyi dan menari serta dikawal dengan tetikus.
Robot yang dinamakan HRP-4C itu dipamerkan pada Ekspo Kandungan Digital di Tokyo semalam.
Dengan menggunakan tetikus komputer, pengguna dengan mudahnya boleh mencipta pergerakan robot itu seperti menari dan melompat.
Satu perisian yang dicipta akan mengira jangkaan pergerakan robot itu seperti bila ia bakal melompat.
"Dengan perisian itu, kita berharap akan menjadikan robot bergerak, menyanyi dan berjalan dalam satu pertunjukan fesyen. Kami mahu mencipta satu kandungan baru teknologi industri," kata seorang penyelidik dari institut itu, Shinichiro Nakazawa. - Agensihttp://www.kosmo.com.my

Saturday, July 17, 2010

Kaki robot untuk pesakit lumpuh


15/7

HAYDEN ALLEN menunjukkan cara menggunakan kaki robot di Wellington kelmarin.
WELLINGTON -Dua penyelidik New Zealand mencipta kaki robot pertama di dunia yang akan membantu manusia lumpuh berjalan semula.
Kaki robot itu buat masa ini diuji oleh seorang pemuda, Hayden Allen berumur 23 tahun yang lumpuh lima tahun lalu kerana kemalangan motosikal di sini.
Menurut Allen, dia kini boleh berjalan dan berdiri apabila menggunakan kaki robot tersebut.
Dua penyelidik yang mencipta kaki robot itu dengan kos AS$7.1 juta (RM22.75 juta) ialah Richard Little dan Robert Irving yang merupakan jurutera Scotland tetapi telah berhijrah ke New Zealand pada 1990-an.
Mereka mendapat idea mencipta kaki robot seberat 38 kilogram itu tujuh tahun lalu berdasarkan ilham daripada filem Alien menerusi adegan aktres Sigourney Weaver memanjat dengan menggunakan satu sut robot bagi melawan makhluk asing.
Kaki robot yang diberi nama Rex dan dimajukan oleh syarikat bioteknologi Rex Bionics itu akan dijual AS$150,000 (RM480,674) di seluruh dunia tahun depan. – Agensi
kredit : kosmo.com.my

Monday, April 19, 2010

Robot jelita, pintar



2010/04/11

Gemenoid-F boleh menggerakkan kulit getah untuk ketawa dan menampakkan barisan giginya.
Gemenoid-F boleh menggerakkan kulit getah untuk ketawa dan menampakkan barisan giginya.
Mesin bernyawa menyamai ciri fizikal, aksi manusia selain ambil alih pekerjaan 

DUNIA kita semakin ‘dikuasai’ robot. Andai ada yang meragui kenyataan ini, perkembangan terbaru membabitkan dunia penciptaan robot boleh memberi gambaran tepat kehadiran mesin bernyawa ini yang kian menyamai manusia atau mengambil alih tugas yang lazimnya dilakukan kita.
Buktinya, penghasilan robot humanoid di Jepun yang mirip manusia, barisan robot pelayan yang berkhidmat di sebuah restoran di Thailand dan kewujudan robot joki dalam perlumbaan unta di Arab. Sabtu lalu misalnya, sekumpulan penyelidik Jepun mengumumkan kejayaan mereka menghasilkan satu robot unik yang boleh meniru mimik wajah manusia seperti tersenyum dan marah. Malah, sekali imbas, mereka yang melihat robot diberi nama Geminoid-F, bukan saja tidak percaya ia adalah robot tetapi pasti tertawan dengan kecantikannya yang persis model jelita. 

Gemonoid-F adalah hasil gandingan penciptanya yang juga pensyarah Universiti Osaka, Hiroshi Ishiguro, yang bekerjasama dengan syarikat pengeluar robot Jepun, Kokoro. Ia yang digerakkan hasil tenaga tekanan udara, dilengkapi 12 fungsi yang membolehkannya memaparkan aksi mimik manusia seperti tersenyum dan marah. 

Robot ini boleh menggerakkan kulit getahnya untuk ketawa dan menampakkan barisan giginya atau memaparkan wajah mencuka, marah lengkap dengan keningnya terangkat. Ini semua mampu dilakukannya selepas menerima isyarat elektrik yang dipancarkan daripada individu yang ditirunya. Malah, dalam demonstrasi itu, Gemanoid-F itu dipersiapkan menyerupai wanita berusia 20-an dan berambut ikal. Wanita dan kembarnya itu turut mengenakan pakaian sama - skirt hitam dan jaket kulit. 

Jurucakap Kokoro, Satoko Inoue, berkata robot wanita itu bukan sekadar menghiasi makmal penyelidikan atau ruang pameran, sebaliknya boleh digunakan di hospital khususnya bagi membantu pesakit. Maklumat yang diterima menunjukkan robot ini boleh memberi keselesaan psikologi kepada pesakit apabila mampu tersenyum dan menganggukkan kepala ketika pesakit diperiksa doktor. 
Namun, bukan saja keupayaan Gemanoid-F itu menjadi kejutan, sebaliknya harganya juga mengejutkan iaitu kira-kira AS$110,000 (RM354,000) setiap satu! Apa yang pasti, setakat ini, penjualannya terhad kepada pertubuhan penyelidikan robot. 

Seperti ditegaskan Ishiguro: “Setiap kali teknologi baru dihasilkan, pasti disambut kebimbangan dan persepsi negatif masyarakat.” 

Kata-katanya itu ada benarnya jika merujuk penghasilan robot pelayan restoran yang diperkenalkan kepada umum di Thailand, baru-baru ini yang mengambil alih tugasan yang lazimnya dilakukan manusia dan sedikit sebanyak menjadi saingan kepada insan bernyawa yang mahu mencari rezeki. 

Pemilik restoran Jepun itu yang juga wanita tempatan, Lapassarada Thanaphant, sanggup membelanjakan 30 juta baht (RM2.9 juta) bagi membuka restoran Hajime itu, termasuklah membeli empat robot berkenaan. 

Apa yang menarik, pelanggan boleh memesan makanan diingini dengan menekan skrin sentuh pada setiap meja mereka sebelum makanan itu dihantar oleh robot. Bukan setakat itu saja, robot ‘samurai’ yang turut dilengkapi dua mata bulat itu juga boleh menari mengikut rentak lagu yang dimainkan. 

Itu senario di Bangkok, tetapi perkembangan sama turut berlaku di Mesir apabila ‘mesin’ ini menjadi joki unta pula di Festival Lumba Unta Sharqeya di Mesir pada akhir bulan lalu. Persaingan yang bukan setakat menguji kejaguhan unta, tetapi melihat kehebatan antara joki robot dengan joki manusia. 

Langkah mengetengahkan joki robot itu dibuat berikutan tekanan hebat antarabangsa yang mempertikaikan penggunaan kanak-kanak dalam perlumbaan unta. Apa yang pasti, kehadiran joki robot yang comel itu sememangnya mencuri perhatian, apalagi dengan aksinya mengawal pergerakan unta yang jauh lebih besar dan gagah daripadanya.

Jelaslah, robot bukan lagi sekadar mesin atau permainan yang terhad di kediaman atau kilang, tetapi semakin dekat dengan kita baik dari segi fizikal mahu pun tugasan yang dilakukan.