Pages

Showing posts with label oic. Show all posts
Showing posts with label oic. Show all posts

Saturday, January 21, 2012

OIC bimbang kempen anti-Islam

JEDDAH 20 Jan. - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) semalam menyuarakan kebimbangan berhubung kenyataan retorik anti-Islam yang dibuat ketika kempen pilihan raya Parlimen dan Presiden yang sedang hangat berlangsung di Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara Eropah.
“Situasi Islamofobia yang semakin meningkat dalam politik Barat kini amat membimbangkan OIC,” kata Setiausaha Agungnya, Ekmeleddin Ihsanoglu.
Parti-parti sayap kiri radikal kini semakin mengukuhkan kedudukan di Parlimen Austria, Bulgaria, Denmark, Hungary, Belanda, Sweden, Perancis dan Parlimen Eropah.
Kumpulan pelampau berhaluan kanan anti-Islam seperti Liga Pertahanan Inggeris (EDL) di Britain dan CasaPound di Itali juga semakin mendapat sokongan ramai.
Mereka semua berkongsi agenda anti-Islam yang mengancam masyarakat Islam daripada mengamalkan ajaran agama dan meningkatkan lagi kemungkinan diskriminasi.
AS juga tidak terkecuali menunjukkan tanda-tanda ‘permusuhan’ terhadap Islam dan penganutnya walaupun ia tidak terlalu ditonjolkan.
Bagaimanapun, kenyataan dikeluarkan oleh calon Presiden negara itu iaitu Rick Santorum, Mitt Romney dan Newt Gingrich yang percaya undang-undang Syariah merupakan satu ancaman besar kepada kebebasan hidup di AS, merisaukan penganut Islam.
Calon Presiden Rick Perry beberapa hari lalu berkata kepada Fox News bahawa Turki kini diperintah ‘pengganas Islam’ dan ia perlu disingkirkan daripada Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Ihsanoglu berkata, bukan sahaja di AS, fenomena itu turut membimbangkan di Eropah apabila Islamofobia digunakan sebagai alat politik terutamanya untuk mendapatkan sokongan pengundi.
Anggota Kongres di 15 buah negeri di AS juga pernah mengemukakan satu usul melarang hakim daerah mengguna pakai undang-undang Syariah dalam keputusan melibatkan kes perceraian serta masalah rumah tangga. – AGENSI

Thursday, June 10, 2010

OIC dan Liga arab adalah Sahabat Karib yahudi dan amerika

Liga arab hanya mampu mendesak PBB untuk mengakhiri sekatan ekonomi ke atas Palestin, wakil-wakil pertubuhan tersebut serta OIC hanya mampu bercakap sambil tersenyum , sebagai tanda sokongan padu mereka kepada yahudi dan amerika, mereka hanya bercakap sebagai tanda mereka juga beragama Islam, sedangkan pada hakikatnya mereka adalah pelabur utama dalam industri-industri penting di negara yahudi dan amerika, tanpa pelaburan mereka negara yahudi dan amerika akan menghadapi krisis kewangan, negara-negara arab adalah  pengimport utama barangan yahudi dan amerika, maka tidak hairanlah jika mereka tidak bertindak terhadap yahudi dan amerika, kerana kedua-kedua buah negara tersebut adalah sahabat karib mereka dalam perdagangan.
Benarlah  kata-kata pejuang Islam, Baitul Muqaddis layak diperintah oleh yahudi yang begitu berusaha dan yakin dengan janji Allah SWT, mereka berusha menjadi negara yang kuat dan bijak sehingga mereka mampu memerintah dunia, sedangkan bangsa arab yang tidak mengenali kandungan Al-Quran dan tidak berusaha mencari tamadun, layak  menjadi Khadam kepada yahudi dan amerika,  bangsa arab tidak layak memerintah dunia kerana mereka tidak pernah berjasa kepada dunia, apatah lagi dunia Islam.
Mereka hidup mewah hanya kerana yahudi dan amerika memberi kemudahan kepada mereka, nikmat yang Allah SWT berikan kepada mereka, mereka  tidak mampu memprosesnya sendiri, mereka memerlukan amerika dan yahudi untuk mengisi perut mereka. Tanpa  amerika dan yahudi mereka akan kembali ke zaman batu, mereka akan mengatakan ini semua takdir Allah SWT.
Untuk memerintah dan merampas Palestin yang amat bernilai, bangsa arab terpaksa memperbaiki diri mereka dan  bangun bersama negara Islam yang lain sehingga mereka dapat memerintah dunia dan berjasa kepada dunia, barulah Islam kembali gemilang… kini Allah SWT menganugerahkan Al-Aqsa kepada Yahudi  kerana Yahudi telah  mampu mngubah diri mereka dan pandai mentadbir dunia. saya tidak menyokong yahudi tetapi saya mengaku di depan Allah SWT bahawa saya tidak mampu menyatukan umat Islam dan memajukan diri sendiri. saya adalah pengguna teknologi yahudi dalam menyebarkan Islam.
OIC dan Liga arab mesti mencari jalan agar Allah SWT menganugerahkan kembali Al-Aqsa ke tangan umat Islam secepat mungkin.