Pages

Showing posts with label laknat. Show all posts
Showing posts with label laknat. Show all posts

Friday, November 11, 2011

NABI MELAKNAT PEREMPUAN NIPISKAN BULU KENING




FIRMAN Allah bermaksud: “Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah, hai orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” (Surah an-Nur, ayat 31) 

Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (Maksud surah al-Ahzab, ayat 59)

Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)

Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)

Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis riwayat at-Thabrani)

Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: “Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari.

Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).

Sunday, May 15, 2011

4 Golongan yang mendapat laknat Allah SWT siang dan malam


http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/05/doaelakmaksiat.jpg?w=344&h=217
Ada empat kelompok orang yang pada pagi dan petang hari dimurkai Allah. Para sahabat lalu bertanya, “Siapakah mereka itu, ya Rasulullah?” Beliau lalu menjawab, “ 1-Laki-laki yang menyerupai perempuan, 2-perempuan yang menyerupai laki-laki, 3-orang yang menyetubuhi haiwan, 4-dan orang-orang yang homoseks. (HR. Ahmad dan Ath-Thabrani)
Rujukan :
http://sabdaislam.wordpress.com/

Monday, April 25, 2011

Rasulullah SAW melaknat wanita menipiskan bulu kening




http://forum-ilmiah.969870.n3.nabble.com/file/n1982089/cukur_bulu_kening.jpg?by-user=t
FIRMAN Allah bermaksud: Dan katakanlah kepada perempuan yang beriman:Hendaklah mereka merendahkan pandangan dan menjaga kehormatannya,dan janganlah memperlihatkan perhiasannya,kecuali apa yang biasa nampak daripadanya,dan hendaklah mereka tutupkan tudung kedadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya,kecuali kepada suami mereka,atau ayah mereka,atau ayah suami mereka,atau anak-anak mereka,atau anak-anak suami mereka,atau saudara-saudara mereka,atau anak-anak saudara lelaki mereka,atau anak-anak saudara perempuan mereka,atau perempuan muslimat,atau hamba sahayanya,atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (syahwat) kepada perempuan,atau kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat perempuan.Janganlah kamu berjalan sambil menggoyangkan kakinya,supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi(gelang kaki).Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,wahai orang-orang yang beriman,mudah-mudahan kamu akan mendapat kemenangan.(Surah An-Nur, ayat 31).

Wahai Nabi,katakanlah kepada isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu dan perempuan-perempuan yang beriman,supaya mereka melabuhkan pakaiannya keseluruh badannya.Hal itu lebih mudah untuk mengenal mereka,sehingga mereka tidak diganggu(disakiti oleh orang jahat).Dan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani (Surah Al-Ahzab, ayat 59).
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari).
Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari).
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).

Thursday, January 20, 2011

Laknat Allah

Gejala melaknatullah orang Islam lain didapati luas diamalkan oleh orang-orang Islam yang kurang celik dalam isi kandungan kitab al-Qur'an. Frasa itu diguna dengan sewenang-wenang bila sahaja kepercayaan orang lain didapati tidak sama dengan mereka. Itu adalah kerana mereka menyangka sudah mendapat petunjuk yang benar walaupun petunjuk al-Qur'an enggan disimpan dalam karung pengetahuan mereka.
Perkataan laknat diterjemah daripada kalimat Allah, la'ana dan la'nah di dalam al-Qur'an. Kamus Dewan mengertikan laknat kepada "1. kemurkaan Allah dan jauh drpd petunjuk dan rahmat-Nya, kutukan: .... 2. terkutuk, keji, hina, celaka." Dan frasa laknatullah pula diertikannya kepada "dikutuk Allah". Sambil pengertian daripada al-Qur'an didapati agak berbeza sedikit dengan ditambah azab daripada-Nya, atau manusia, ke dalam maksud perkataan tersebut.
Allah melaknat
Al-Qur'an, selaku sebuah kitab petunjuk yang lengkap, telah menjelaskan perkara laknat dengan cukup. Ayat-ayat yang mengandungi kalimat itu memberi jawapan kepada soalan-soalan yang berbangkit. Misalan, sebab-sebab manusia dilaknati Allah. Sebabnya banyak, dan disenaraikan di sini menurut kronologi ayat-ayat tersebut. Enam belas sebab utama telah dikesan, seperti berikut:
1. Tidak percaya kepada ayat-ayat Allah.
Firman-Nya,
"Tidak, tetapi Allah melaknatkan mereka kerana ketidakpercayaan mereka;" (2:88).
Ayat yang pertama itu kemudian disokong oleh ayat yang berikut:
"Allah melaknatkan orang-orang yang tidak percaya, dan menyediakan untuk mereka yang Menyala," (33:64).
2. Ingkar kepada ayat-ayat Allah.
Ayat di bawah mengisahkan orang zaman dahulu yang didatangi Kitab Allah tetapi mengingkarinya. Mereka juga dikatakan tidak mempercayainya. Firman-Nya,
"Apabila datang kepada mereka sebuah Kitab daripada Allah yang mengesahkan apa yang bersama mereka, .... maka apabila datang kepada mereka apa yang mereka mengenali, mereka mengingkarinya; maka laknat Allah ke atas orang-orang yang tidak percaya." (2:89)
Tentu dilaknati-Nya juga orang-orang zaman ini yang mengingkari ayat-ayat-Nya.
3. Menyembunyikan ayat-ayat Allah.
Firman-Nya,
"Orang-orang yang menyembunyikan bukti-bukti yang jelas, dan petunjuk yang Kami menurunkan, setelah Kami memperjelaskan kepada manusia di dalam al-Kitab, mereka dilaknati Allah ...." (2:159)
4. Tidak percaya sesudah beriman.
Firman-Nya,
"Mereka itu (yang tidak percaya sesudah beriman lalu menjadi zalim), balasan mereka ialah bahawa ke atas mereka laknat Allah ...." (3:87)
5. Mengelirukan makna-makna perkataan dalam agama.
Orang-orang (agama) Yahudi zaman dahulu telah mengelirukan makna perkataan, memutarbalikkan lidah mereka, dan memfitnah agama Allah. Sebenarnya, mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah. Firman-Nya,
"Sebahagian daripada orang-orang Yahudi mengelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka berkata, 'Kami dengar dan kami menentang', dan 'Dengarlah, dan jadilah kamu tidak mendengar', dan 'Peliharalah kami', memutarbalikkan lidah mereka dan memfitnah agama. Sekiranya mereka mengatakan, 'Kami dengar dan kami taat', dan 'Dengarlah', dan 'Awasilah kami', tentulah itu yang lebih baik bagi mereka, dan lebih tegak; tetapi Allah melaknatkan mereka kerana ketidakpercayaan mereka," (4:46).
Jangan pula menyangka apa yang dilakukan oleh orang agama di kalangan Yahudi dahulu tidak dilakukan oleh orang agama dalam Islam. Penyakit manusia sama antara kaum.
Selain mengelirukan makna-makna perkataan, mereka juga memecahkan perjanjian mereka, dan melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka. Firman-Nya,
"Maka kerana memecahkan perjanjian mereka, Kami melaknatkan mereka, dan menjadikan hati mereka keras. Mereka mengelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka melupakan sebahagian daripada apa yang mereka telah diperingatkan;" (5:13).
6. Melanggar larangan Allah.
Seperti larangan pada hari Sabat bagi kaum Bani Israil. Firman-Nya,
"Wahai orang-orang yang diberi al-Kitab, percayalah kepada apa yang Kami menurunkan, yang mengesahkan apa yang bersama kamu sebelum Kami menghapuskan muka-muka, dan memusingkannya di atas belakangnya, atau melaknatkan mereka sebagaimana Kami telah melaknati orang-orang Sabat, dan perintah Allah adalah dibuat." (4:47)
7. Mengambil sebahagian sahaja daripada al-Kitab.
Orang-orang yang diberi Allah hanya sebahagian daripada Kitab, atau yang mengambil sebahagian daripadanya sahaja (atau yang tidak berpegang pada seluruh Kitab), didapati berpegang pada, seperti Jibti dan Thagut, yang telah dipegang oleh sesetengah orang zaman dahulu. Mungkin pada hari ini di kalangan orang Islam namanya lain pula.
Selanjutnya mereka mengatakan mereka lebih mendapat petunjuk daripada orang-orang yang percaya kepada ayat-ayat Allah seluruhnya. Ini sedang berlaku. Firman Allah,
"Tidakkah kamu merenungkan orang-orang yang diberi sebahagian al-Kitab mempercayai Jibti dan Thagut, dan mengatakan kepada orang-orang yang tidak percaya bahawa mereka lebih mendapat petunjuk pada jalan daripada orang-orang yang percaya. Mereka itulah orang-orang yang Allahmelaknatkan, dan sesiapa yang Allah melaknati, kamu tidak akan mendapati baginya sebarang penolong." (4:51-52)
8. Membunuh orang mukmin.
Firman-Nya,
"Dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya, dan Allah murka padanya dan melaknatkannya, dan menyediakan bagi mereka azab yang besar." (4:93)
9. Menyangka Allah lokek.
Orang-orang yang disebut dalam ayat di bawah telah direzekikan Allah, namun, mereka merasa tidak cukup lalu Allah dikatakannya lokek. Firman-Nya,
"Orang-orang Yahudi berkata, 'Tangan Allah terbelenggu.' Yang terbelenggu ialah tangan-tangan mereka, dan mereka dilaknati kerana apa yang mereka mengatakan. Tidak, tetapi tangan-Nya terjulur; Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia mengkehendaki." (5:64)
10. Munafik.
Orang-orang munafik adalah mereka yang mengatakan percaya kepada ayat-ayat Allah tetapi sebenarnya tidak percaya. Mereka dikategorikan sama dengan orang-orang yang tidak percaya (kafir). Firman-Nya,
"Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki, dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang yang tidak percaya, dengan api Jahanam, di dalamnya tinggal selama-lamanya. Cukuplah itu bagi mereka; Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka, azab yang kekal." (9:68)
Dalam ayat berikut pula, orang-orang munafik disebut bersama orang-orang yang menyekutukan, dan yang bersangkaan buruk terhadap Allah, sebagai golongan yang dilaknati Allah seterusnya. Firman-Nya,
"Dan supaya Dia mengazab orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, dan orang-orang lelaki yang menyekutukan dan orang-orang perempuan yang menyekutukan, dan orang-orang yang bersangkaan dengan sangkaan buruk terhadap Allah; terhadap merekalah giliran yang buruk. Allah murka pada mereka, dan melaknatkan mereka, dan menyediakan untuk mereka Jahanam - satu kepulangan yang buruk!" (48:6)
11. Berdusta terhadap Allah.
Mereka juga dianggap zalim. Firman-Nya,
"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah? Mereka itu akan dikemukakan kepada Pemelihara mereka, dan para saksi berkata, 'Mereka itulah orang-orang yang berdusta terhadap Pemelihara mereka.' Ingatlah, laknat Allah adalah ke atas orang-orang yang zalim," (11:18).
Sekiranya kandungan kitab al-Qur'an tidak difahami bagaimana pula hendak mengenali orang-orang yang berdusta terhadap Allah!
12. Memecahkan perjanjian, memutuskan apa yang harus dihubungkan, dan membuat kerosakan di bumi.
Firman-Nya,
"Dan orang-orang yang memecahkan perjanjian setelah diikatkan dengan teguh, dan yang memutuskan apa yang Allah memerintahkan untuk dihubungkan, dan yang membuat kerosakan di bumi - bagi mereka adalah laknat, dan bagi mereka, tempat kediaman yang buruk." (13:25).
13. Menuduh wanita-wanita mukmin yang berkahwin melaku kesumbangan.
Firman-Nya,
"Sesungguhnya orang-orang yang membalingkannya kepada wanita-wanita yang berkahwin, yang lalai tetapi mukmin, akan dilaknati di dunia dan di akhirat; dan bagi mereka, azab yang besar." (24:23)
14. Menyakiti Allah dan Rasul-Nya.
Tentu sekali orang-orang yang dimaksudkan itu adalah yang tidak mengikuti ayat-ayat-Nya. Atau ingkar, dan sebagainya. Firman Allah,
"Orang-orang yang menyakiti Allah dan rasul-Nya, merekalah yang Allah melaknatkan di dunia dan akhirat, dan menyediakan bagi mereka azab yang hina." (33:57)
Tidak mungkin orang-orang yang mengikuti ayat-ayat-Nya baik dianggap sebagai "menyakiti Allah dan Rasul-Nya."
15. Zalim (sila rujuk Siapa sebenarnya orang zalim.)
Firman Allah,
"Pada hari apabila alasan-alasan mereka tidak bermanfaat kepada orang-orang yang zalim, dan bagi mereka laknat, dan bagi mereka, tempat tinggal yang jahat." (40:52)
16. Tidak merenungkan al-Qur'an.
Ayat terakhir, tetapi mungkin menjadi ayat atau perkara utama bagi tajuk (seperti difahamkan dalam penulisan Arab), menyebut mengenai al-Qur'an, yang tidak direnungkan manusia lalu dilaknati-Nya manusia itu. Firman-Nya,
"Mereka itulah orang-orang yang Allah melaknatkan, lalu menjadikan mereka pekak, dan membutakan mata mereka. Apa, tidakkah mereka merenungkan al-Qur'an? Atau, adakah adanya kunci pada hati mereka?" (47:23-24)
Mereka yang dimaksudkan di situ adalah yang berpaling, dan membuat kerosakan di bumi serta memutuskan pertalian darah. Mereka ditanya sama ada mereka telah merenungkan al-Qur'an. Benar, al-Qur'an menjadi punca manusia dilaknat pada hari ini.
Allah, malaikat dan manusia melaknat
Bukan sahaja didapati Allah melaknatkan orang-orang yang wajar dilaknati tetapi para malaikat dan manusia turut berbuat demikian. Orang-orang yang dilaknati mereka, dan Allah, adalah yang menyembunyikan ayat-ayat Allah, yang mati dalam ketidakpercayaan kepada ayat-ayat Allah, dan yang menjadi tidak percaya sesudah beriman. Ayat-ayat berikut menjelaskannya dengan lebih lanjut:
"Orang-orang yang menyembunyikan bukti-bukti yang jelas, dan petunjuk yang Kami menurunkan, setelah Kami memperjelaskan kepada manusia di dalam al-Kitab, mereka dilaknati Allah, dan mereka dilaknati para pelaknat," (2:159).
"Tetapi orang-orang yang tidak percaya dan mati dengan tidak percaya, ke atas merekalah laknat Allah, dan para malaikat, dan manusia kesemuanya," (2:161).
"Mereka (tidak percaya sesudah beriman lalu menjadi zalim) itu, balasan mereka ialah bahawa ke atas mereka laknat Allah, dan para malaikat, dan manusia, kesemuanya." (3:87)
Nabi Daud dan Nabi Isa telah melaknati kaum mereka, Bani Israil, yang tidak percaya, ingkar, dan mencabul. Firman-Nya,
"Telah dilaknati orang-orang yang tidak percaya daripada Bani Israil oleh lidah Daud, dan Isa putera Mariam; itu adalah kerana keingkaran mereka, dan pencabulan mereka." (5:78)
Dipohon
Laknat Allah ke atas seseorang boleh dipohon, misalan dalam tuduhan melakukan kesumbangan. Ayat-ayat berikut menjelaskan bagaimana tuduhan itu dilaksana, dalam kes suami menuduh isteri:
"Dan orang-orang yang membalingkan kepada isteri-isteri mereka tanpa saksi-saksi, kecuali diri-diri mereka sendiri, maka kesaksian seorang daripada mereka ialah menyaksikan dengan Allah empat kali, bahawa dia termasuk orang-orang yang benar.
Dan yang kelima, bahawa laknat Allah adalah ke atasnya, jika dia termasuk antara pendusta-pendusta.
Ia akan menghindarkannya (isteri) daripada azab, jika dia menyaksikan dengan Allah empat kali bahawa dia (suami) adalah antara pendusta-pendusta.
Dan yang kelima, bahawa kemurkaan Allah adalah ke atasnya jika dia (suami) termasuk orang-orang yang benar." (24:6-9)
Bagi yang dituduh, mereka memohon kemurkaan Allah bukan laknat Allah. Adakah dengan itu Allah memberitahu kita bahawa laknat-Nya itu adalah juga kemurkaan-Nya?
Iblis dan Syaitan
Seperti dalam pengetahuan umum, Iblis dan Syaitan telah dilaknati Allah. Mereka dilaknati hingga ke Hari Pengadilan. Firman-Nya,
"Yang dilaknati Allah. Ia (Syaitan) berkata, 'Sungguh, aku akan mengambil untukku sebahagian yang ditetapkan daripada hamba-hamba-Mu,'" (4:118).
"Ke atas kamu (Iblis) laknat hingga Hari Pengadilan." (15:35)
Laknat di dunia dan Hari Kiamat
Beberapa ayat al-Qur'an menyebut mengenai laknat di dunia dan Hari Kiamat, atau akhirat. Pertama disebut mendapat laknat di dunia dan Hari Kiamat adalah Ad, iaitu kaum Hud (11:60), dan kemudian, Firaun dan pembesar-pembesarnya (11:99).
Ayat seterusnya ialah ayat 24:23, yang telah diturunkan. Ayat itu menyentuh mengenai orang-orang yang membuat tuduhan ke atas wanita-wanita mukmin yang berkahwin. Mereka menerima laknat dunia dan akhirat.
Akhir sekali, ialah orang-orang yang menyakiti Allah dan rasul-Nya (33:57), yang juga telah terlebih dahulu disebut, turut menerima laknat-laknat tersebut.
Laknat di dunia
Contoh laknat di dunia, selain daripada kemusnahan kaum (seperti ke atas kaum Ad) dan ditenggelamkan di laut (bagi Firaun dan pembesar-pembesarnya), ada juga laknat berbentuk lain, misalan, manusia dijadikan-Nya beruk dan babi, atau yang bersifat seperti dua haiwan tersebut. Firman-Nya,
"Katakanlah, 'Bolehkah aku memberitahu kamu, sebagai ganjaran di sisi Allah, yang lebih buruk daripada itu? Sesiapa yang Allah melaknatkan, dan padanya Dia murka, dan menjadikan antara mereka beruk dan babi,'" (5:60).
Dan, ada pula laknat itu di tangan manusia, seperti terhadap orang-orang yang membuat tuduhan ke atas wanita-wanita mukmin yang berkahwin, tetapi lalai (24:23), yang baru disebut lagi. Oleh kerana ayat itu tidak menjelaskan dengan tepat rupa laknat di dunia daripada-Nya, maka hukuman sebat maksima lapan puluh sebatan seperti yang tercatat pada ayat 24:4 adalah difikirkan wajar dikenakan sebagai laknat di dunia, tetapi dilaksanakan oleh manusia pula. Namun, ia hanya pendapat penulis sahaja.
Ke atas orang-orang munafik pula, laknatnya jelas, iaitu mereka dibunuh apabila mereka tidak berhenti daripada membuat kegemparan di kota, sebagai laknat di tangan manusia. Firman-Nya,
"Mereka (munafik dan hati berpenyakit) dilaknat, dan di mana sahaja mereka dijumpai, mereka diambil dan dibunuh, dibunuh." (33:61)
Bersama orang-orang munafik di situ adalah orang-orang yang hatinya berpenyakit, macam yang ragu-ragu terhadap ayat-ayat Allah. Mereka juga diambil dan dibunuh di mana sahaja mereka dijumpai apabila mereka tidak berhenti daripada membuat kekecohan.
Memohon di akhirat
Di akhirat pun sesetengah manusia akan memohon laknat Allah ke atas orang lain. Mereka adalah orang-orang yang sesat, yang memohon dilaknatkan dengan laknat yang besar atau dua kali ganda, ke atas ketua-ketua dan pembesar-pembesar mereka, dalam agama, yang dituduhnya sebagai orang-orang yang telah menyesatkan mereka. Firman Allah,
"Mereka berkata, 'Wahai Pemelihara kami, kami telah mentaati ketua-ketua kami dan pembesar-pembesar, dan mereka menyesatkan kami daripada jalan. Wahai Pemelihara kami, berilah mereka azab dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang besar!'" (33:67-68)
Lantaran itu, masyarakat kini mengharapkan semoga orang-orang yang melaknatullah orang Islam lain dengan sewenang-wenangnya akan memberhentikannya, dan tidak akan mengulangi tabiat itu, di akhirat kelak, di mana mereka akan memohon laknat Allah ke atas orang lain pula, iaitu ke ketua-ketua agama mereka.
Sila rujuk:
Kalimat laknat di dalam al-Qur'an

Monday, November 15, 2010

8 Golongan yang Allah SWT laknat di dalam Al-Quran



http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs830.snc4/68996_157954100904332_100000692300536_330968_5709223_n.jpg
1-Surah Al-Baqarah , ayat : 200. kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan Ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan Dengan sebutan Yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia Yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! berilah Kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.
2-Surah Luqman, ayat : 20. tidakkah kamu memperhatikan Bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa Yang ada di langit dan Yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada Kami nikmat-nimatNya Yang zahir dan Yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang Yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah Yang menerangi kebenaran.
3-Surah Al-Baqarah, ayat : 8. dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
4-Surah Al-Baqarah , ayat : 165. (Walaupun demikian), ada juga di antara manusia Yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang Yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. dan kalaulah orang-orang Yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, Bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).
5-Surah Al-Baqarah m ayat : 204&205. dan di antara manusia ada orang Yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan Engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah Dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa Yang ada Dalam hatinya, padahal ia adalah orang Yang amat keras permusuhannya (kepadamu).
205. kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.
6-Surah Al-Haj, ayat : 11. dan ada di antara manusia Yang menyembah Allah Dengan sikap dan pendirian Yang tidak tetap, Iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya Dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian Yang terang nyata.
7-Surah Al-Ankabut, ayat : 10. dan ada sebahagian dari manusia Yang berkata: "Kami beriman kepada Allah"; kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia taatkan manusia). dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadaMu, mereka sudah tentu akan berkata: "Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu". (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa Yang terpendam Dalam hati sekalian makhluk?
8-Surah Luqman, ayat : 6. dan ada di antara manusia: orang Yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan Yang melalaikan; Yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah Dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang Yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang Yang akan beroleh azab Yang menghinakan.