Pages

Tuesday, July 14, 2015

Pencuri pulangkan batu selepas 20 tahun nasib buruk

Tel Aviv: Seorang pencuri mengembalikan dua batu arkeologi Roman bersama nota menyatakan dia mengalami nasib yang tidak menyenangkan selama 20 tahun memilik batu berkenaan.
Menurut Pihak Berkuasa Antik Israel (IAA), batu lastik berusia 2,000 tahun itu diambil dari bandar purba Gamla di Bukit Golan, Israel, pada Julai 1995 dan dikembalikan dalam beg kepada Muzium Budaya Islam Dan Timur Jauh di Beersheba bersama nota pencuri berkenaan.
Nota dalam bahasa Hebrew itu berbunyi: “Ini ialah dua batu peluru balista (lastik) Roman from Gamla, dari tapak penempatan di kaki Bukit Golan.
“Saya mengambilnya pada Julai 1995 dan sejak itu tidak membawa sebarang faedah kecuali masalah. Tolong jangan curi artifak purba.”
Dia bagaimanapun, tidak menceritakan masalah dihadapinya.
Menurut IAA, hampir 2,000 batu peluru lastik itu ditemui Gamla yang digunakan tentera Rome menentang Yahudi bagi menawan bandar di atas puncak bukit itu.
Ia bukan kali pertama pencuri mengembalikan artifak yang dicuri kerana sebelum ini seorang penduduk Tel Aviv mengembalikan keranda yang diletakkannya dalam bilik tidur. - Skynews
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Julai 2015 @ 5:31 PM




Batu peluru lastik Roman yang dipulangkan bersama nota daripada pencuri. - Foto Pihak Berkuasa Antik Israel (IAA)
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64264#sthash.1VpyM5cP.dpuf

Barnard pakar bedah pemindahan jantung pertama

Christiaan Barnard
Christiaan Barnard

PEMINDAHAN jantung bukan perkara besar dalam pembedahan. Hakikat yang lebih penting adalah saya bersedia mengambil risiko. Falsafah saya ialah risiko terbesar dalam hidup adalah tidak mengambil risiko.” – Christiaan Barnard

Pada 3 Disember 1967, di bilik bedah Hospital Groote Schuur di Cape Town, Afrika Selatan, Christiaan Barnard menjalankan pembedahan pemindahan jantung pertama di dunia apabila memindahkan jantung Denise Darvall, 25, yang maut akibat kemalangan jalan raya kepada  Louis Washkansky, 55.
 
Kehidupan peribadi

Christiaan Neethling Barnard dilahirkan pada 8 November 1922 di sebuah kampung di Beaufort West di Afrika Selatan dan dibesarkan dalam keadaan miskin bersama empat lagi adik beradiknya yang lain.

Bagaimanapun, salah seorang adik beradiknya meninggal dunia akibat masalah jantung ketika berusia 5 tahun.

Selepas tamat Sekolah Tinggi Beaufort West pada tahun 1940, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di University of Cape Town Medical School, di mana beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBChB) pada 1953.

Dengan harapan untuk mengejar kepentingan penyelidikan dan mendapat kemahiran baru serta pengalaman, beliau mendaftar University of Minnesota Medical School in 1955.

Selepas dua tahun pengajian, beliau dianugerahkan ijazah kedoktoran dan kembali ke negara asalnya untuk memulakan kerjaya sebagai pakar bedah jantung.

Karier awal
 
Pada tahun 1956, beliau menerima biasiswa dua tahun untuk latihan pasca siswazah dalam pembedahan kardiotorasik (jantung) di Universiti Minnesota, Minneapolis, Amerika Syarikat (AS) di bawah pakar jantung, Walt Lillehei.

Pada tahun 1958, beliau menerima Ijazah Sarjana Sains Pembedahan dan dianugerahkan Ijazah Doktor Falsafah pada tahun sama. Barnard menyifatkan tempoh dua tahun yang dihabiskan di AS adalah yang paling menarik dalam hidupnya.

Sekembalinya di Afrika Selatan pada tahun 1958, beliau dilantik sebagai pakar bedah kardiotorasik di Hospital Groote Schuur, dan mewujudkan unit jantung pertama di hospital itu.

Selama beberapa tahun selepas itu, beliau kerap dinaikkan pangkat dan terkenal sebagai seorang pakar bedah terbaik yang banyak menyumbang kepada rawatan penyakit jantung.


Pemindahan jantung pertama di dunia

Selepas lebih 10 tahun menjalankan pembedahan jantung, Barnard bersedia menerima cabaran yang lebih besar iaitu pemindahan jantung manusia.

Seorang pesakit Louis Washkansky yang mengalami masalah jantung bersetuju untuk menjalani pembedahan pemindahan jantung selepas menemui penderma yang sesuai.

Pembedahan pemindahan jantung pertama di dunia dilakukan pada 3 Disember 1967 dalam satu operasi yang dibantu adiknya Marius Barnard.
 
Pembedahan mengambil masa selama sembilan jam bersama pasukan yang terdiri daripada 30 orang doktor pakar dan pembantu perubatan.
 
Kejayaan pembedahan itu diraikan di seluruh dunia, dan beliau mendapat perhatian media serta menjadi terkenal pada ketika itu.
 
Daripada tahun 1967 hingga 1973, beliau telah melakukan 10 pemindahan orthotopic dan Barnard juga merupakan orang pertama yang melakukan pemindahan jantung heterotopic. Sebanyak 49 pemindahan jantung heterotopic dilakukan di Cape Town antara tahun 1975 dan 1984.
 
Persaraan dan kematian Barnard bersara sebagai Ketua Jabatan Pembedahan Kardiotorasik di Cape Town pada tahun 1983 selepas menghidap artritis reumatoid (gangguan keradangan kronik yang menjejaskan banyak sendi) di bahagian tangan, yang sekali gus menamatkan kariernya.

Christiaan Barnard meninggal dunia pada 2 September 2001, semasa bercuti di Paphos, Cyprus.
 
Laporan awal menunjukkan beliau meninggal dunia akibat serangan jantung, tetapi hasil bedah siasat menyatakan kematiannya adalah disebabkan serangan asma yang teruk.
 
Antara buku tulisan Barnard:
 
The Donor
Your Healthy Heart
The Best Medicine
50 Ways to a Healthy Heart
Body Machine

Blosom lembu tertinggi di dunia

Blosom lembu tertinggi di dunia

DENGAN  ketinggian mencecah 190 sentimeter, seekor lembu betina jenis Holstein dari Orangeville, Kanada, diiktiraf sebagai lembu paling tinggi di dunia oleh Rekod Dunia Guinness.

Patty Meads-Hanson, pemilik Blosom, berbesar hati apabila haiwan ternakannya disenaraikan dalam Rekod Dunia Guinness selepas lembu yang memegang rekod terdahulu mati tahun lalu.

“Perkara paling lucu tentang Blosom adalah bagaimana ia tidak sedikit pun terjejas dengan perhatian yang diperoleh di sekitarnya,” katanya.

Menurut Meads-Hanson lagi, Blosom tidak berpeluang memiliki anak sendiri tahun lalu. Namun, ia memainkan tetap peranan penting sebagai ibu di ladang tersebut. – Upi