Pages

Tuesday, February 10, 2015

Lelaki terkejut disahkan boleh mengandung


Gambar hiasan
Gambar hiasan
LANCASHIRE - BRITAIN. Seorang lelaki terkejut apabila diberitahu oleh doktor bahawa dia mempunyai rahim; yang membawa maksud dia juga berpontensi untuk hamil seperti wanita lain.

Memetik laporan daripada Telegraph.co.uk kelmarin, penemuan tersebut dilaporkan doktor ketika lelaki itu menjalani ujian MRI bagi mengesan punca pendarahan yang terdapat dalam kandungan air kencingnya.

Hasil imbasan MRI mendedahkan penemuan organ pembiakan wanita yang berpotensi menyebabkan kehamilan, haid dan PMT (senggugut).

Lelaki berusia 37 tahun ini dipercayai mempunyai sindrom salur Müllerian (PMDS) yang mana penghidap sindrom berkenaan mempunyai organ pembiakan lelaki dan wanita dalam satu-satu masa.

“Ia merupakan kes yang sangat jarang berlaku. Pesakit kini diletakkan dibawah jagaan dan akan dibedah untuk membuang organ pembiakan wanita yang terdapat dalam tubuhnya,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Menurut doktor lagi, darah yang terdapat air kencingnya dipercayai darah haid.

Sekurang-kurangnya 120 bayi dilahirkan dengan sindorm tersebut setiap tahun di Britain  dan ia juga dilaporkan berlaku pada haiwan seperti anjing.

Dicerai kerana tak mahu tinggalkan anak


Leo. - Sumber foto GoFundMe/Bring Leo Home
Leo. - Sumber foto GoFundMe/Bring Leo Home
YEREVAN - ARMENIA. Buat pertama kali, seorang lelaki diceraikan isterinya yang tidak mahu menerima kehadiran anak kandung mereka kerana bayi tersebut disahkan menghidap sindrom down.

Memetik laporan Metro.co.uk, isterinya bertindak mengakhiri perkahwinan mereka selepas Samuel Forrest menerima baik kehadiran bayi itu.

Bagaimanapun Ruzan yang terlalu malu untu menjadi ibu kepada bayi istimewa bernama Leo itu bertindak mahu memutuskan perkahwinan mereka.

“Doktor di hospital juga memberitahu saya, isteri tidak mahu menjaga anak kami dan meminta Leo diletakkan di bawah jagaan jururawat.

“Dia memfailkan proses perceraian kami seminggu selepas melahirkan Leo, sejurus selepas saya memberitahunya bahawa saya ingin menjaga anak kami,” katanya.

Forrest kini menubuhkan laman web bagi memohon bantuan derma daripada orang ramai untuk membolehkannya keluar dari timur Eropah dan pulang ke New Zealand untuk menjaga Leo.

Bayi hamil anak kembar


Gambar yang menunjukkan tulang belakang setiap janin.
Gambar yang menunjukkan tulang belakang setiap janin.
HONG KONG - Satu kejadian unik berlaku ke atas seorang bayi yang baru dilahirkan kerana didapati sedang ‘hamil’ anak kembar.

Menurut laporan Mirror.uk, bayi yang baru berusia 3 minggu tersebut dilahirkan di Hospital Queen Elizabeth, Hong Kong terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang janin berkenaan.

Janin kembar yang berusia dari lapan hingga 10 minggu itu didakwa mempunyai kaki, tangan, tulang belakang, tulang rusuk dan usus.

Kembar tersebut masing-masing mempunyai berat 14.2 gram dan 9.3 gram dan mempunyai tali pusat berasingan.

Pembedahan itu berjaya dilakukan dan bayi itu dilapor dalam keadaan stabil dan telah dibenarkan keluar dari hospital lapan hari kemudian.

Keadaan yang dikenali sebagai ‘janin dalam janin’ berlaku dalam hanya satu dalam 500,000 kelahiran di dunia dan kurang daripada 200 kes pernah dilaporkan.

Menurut Pakar Sakit Puan, Dr Yu Kai percaya ia adalah kes pertama seumpama ini berlaku di sini.

Beliau berkata, ia adalah hampir mustahil untuk mengesan semasa pemeriksaan pranatal kerana embrio dalam bayi itu terlalu kecil.

“Mustahil seorang bayi hamil. Persenyawaan mungkin hasil benih ibu bapanya yang pergi ke salah tempat,” katanya.

Jentera bomba berkepala dua


Sebuah jentera bomba berkepala dua baru-baru ini mengejutkan pengguna jalan raya di China.
Sebuah jentera bomba berkepala dua baru-baru ini mengejutkan pengguna jalan raya di China.
IA bukan teknik photoshop! Tapi gambar di atas adalah asli.

Sebuah jentera bomba berkepala dua baru-baru ini mengejutkan pengguna jalan raya di Nanjing, China.

Reka bentuk unik jentera bomba itu membolehkan ia membuat pusingan U tanpa perlu berpusing dan memberi kelebihan terutamanya di kawasan sempit.

Ia juga boleh dipandu dari kedua-dua arah.

Difahamkan, Nanjing merupakan sebuah bandar yang mempunyai sejumlah besar laluan sempit yang menyukarkan pergerakan jentera bomba.

Jentera baharu itu, merupakan satu-satunya kenderaan terdapat di bandar tersebut diimport dari Austria dengan harga 9 juta yuan (RM5 juta). - Chinanews.com

Mana pintu?


Sebuah kampung di India yang memiliki 300 bangunan kediaman termasuk sekolah dan bank tidak memiliki
pintu.
Sebuah kampung di India yang memiliki 300 bangunan kediaman termasuk sekolah dan bank tidak memiliki pintu.
PERCAYA atau tidak, ada sebuah kampung di India yang memiliki 300 bangunan kediaman termasuk sekolah dan bank tidak memiliki pintu!

Malah, kebanyakan tandas di kampung Shani Shingnapur yang terletak di negeri Maharashtra juga tidak dipasang dengan pintu.

Untuk keselesaan penghuni wanita, rumah di kampung tersebut hanya dipasang langsir.

Pada waktu malam pula, papan lapis atau pagar sementara digunakan bagi menutup pintu bertujuan menghalang anjing liar masuk ke dalam rumah.

"Kami tidak memasang pintu kerana ia bertentangan dengan kepercayaan kami," kata pemilik kedai runcit, Parmeshwar Mane.

Difahamkan, penduduk Shani Shingnapur tidak memerlukan pintu kerana percaya dewa Shani menjaga keselamatan rumah dan premis perniagaan di kawasan itu. - Odditycentral

Nelayan raih RM1,100 jual ikan



ORANG ramai tidak melepaskan peluang merakamkan gambar bersama ikan labang yang berjaya dinaikkan oleh Is Tingak di Saratok semalam.


SARATOK – Seorang nelayan di Kampung Melango Lama di sini tidak menyangka membawa pulang hasil tangkapan yang luar biasa apabila berjaya memancing seekor ikan labang seberat 18.1 kilogram (kg) di Sungai Krian di sini semalam.
Lebih menarik apabila hasil tangkapannya itu dijual pada harga RM1,100 seekor iaitu kira-kira RM60 sekilogram kepada seorang peniaga ikan di Pasar Basah Saratok di sini.
Nelayan yang ingin dikenali sebagai Is Tingak, 30, menceritakan, dia terpaksa mengambil masa lebih sejam untuk mendaratkan spesies ikan air tawar tersebut pada pukul 4.30 petang


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0210&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz3RIFxuOAF 
Hakcipta terpelihara