Pages

Showing posts with label ketam. Show all posts
Showing posts with label ketam. Show all posts

Thursday, April 12, 2012

Pertandingan larian ketam




KETAM milik Kirk ini memenangi pertandingan larian di Bucco, Pulau Tobago dan Trinidad kelmarin.


BUCCO - Satu pertandingan larian ketam diadakan di sini, Pulau Tobago dan Trinidad kelmarin.
Pertandingan itu diadakan sempena Festival Larian Ketam dan Kambing yang diadakan pada setiap tahun.
Tali akan diikat pada salah satu penyepit yang terdapat pada badan ketam itu.
Pengendali haiwan berkenaan akan memegang tali tersebut bagi memberikan panduan arah yang perlu dilalui ketam itu ke garisan penamat.
Ketam milik Georgina Kirk dari Britain menenangi pertandingan itu. - Agensi

Thursday, August 25, 2011

Nelayan tangkap ketam ganjil




RUPA bentuk ketam ganjil yang kini dipelihara di Akuarium Blue Reef, Southsea, Hampshire, Britain.


SOUTHSEA - Seorang nelayan menangkap seekor ketam ganjil yang wajahnya dikatakan mirip makhluk asing dalam filem Predator yang dibintangi pelakon Arnold Schwazenegger pada tahun 1980-an, lapor sebuah akhbar semalam.
Ketam itu kini ditempatkan di Akuarium Blue Reef di Southsea, Hampshire, Britain selepas haiwan tersebut diserahkan untuk dipamerkan baru-baru ini.
Haiwan tersebut turut dikenali sebagai ketam span dan ia boleh menyamar dan mengelak daripada dilihat menerusi pemandangan mata semasa haiwan tersebut berada di dasar laut.
Ketam itu akan dipamerkan kepada orang ramai selepas ia selesai dikuarantin. - Agensi, kosmo

Thursday, February 17, 2011

Ketam labah-labah semakin membesar





KETAM labah-labah yang dipamerkan di Akuarium Sea Life Weymouth, Dorset memiliki berat 15 kilogram.


WEYMOUTH - Seekor ketam labah-labah gergasi seberat 15 kilogram semakin membesar selepas ia ditangkap oleh seorang nelayan di Heda, Teluk Suraga, barat daya Tokyo, lapor sebuah akhbar semalam.
Ketam labah-labah Jepun itu pada mulanya mahu dijual untuk dijadikan hidangan makanan.
Bagaimanapun, nelayan itu menghubungi seorang ahli biologi yang bekerja dengan Akuarium Sea Life Weymouth di Britain, Robin James.
James pernah melawat kampung nelayan itu beberapa minggu sebelum ketam tersebut ditangkap.
Ahli biologi tersebut kemudian mengatur rancangan untuk menyelamatkan ketam labah-labah itu daripada dibunuh untuk dijadikan makanan.
Kakitangan di akuarium itu percaya bahawa ketam tersebut adalah yang paling besar pernah dipelihara di dunia.
Ketam labah-labah yang berusia 40 tahun itu kini dipamerkan di akuarium tersebut di Weymouth, Dorset, Britain sebelum ia dipindahkan ke Munich, Jerman. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Thursday, November 4, 2010

Mesin automatik keluarkan ketam hidup




GAMBAR menunjukkan mesin pengeluaran ketam hidup.


BEIJING - Sebuah mesin pengeluaran ketam hidup diletakkan di stesen tren bawah tanah di Nanjing, China, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut Pengurus Besar Syarikat Twin Lake Crab, Wu Zhendi, sebanyak 100 ekor ketam hidup dijual dalam tempoh sehari.
"Pada mulannya, para pelanggan berasa ragu-ragu kerana mereka bimbang jika ketam itu masih hidup atau tidak," katanya.
Dia berkata, orang ramai kini kembali semula membeli ketam itu selepas mereka melihatnya masih hidup.
"Kami menjual ratusan ketam pada setiap hari dan lebih 100 ekor ketam pada hujung minggu," katanya.
Ketam yang dijual itu dikenali sebagai Dazha di China dan merupakan makanan popular di Nanjing.
Ia mempunyai tiga saiz, kecil, sederhana dan besar dijual pada harga di antara 16.15 yuan (RM7.46) hingga 53 yuan (RM24.48) serta diletakkan di dalam bungkusan plastik.
Idea ganjil itu dikemukakan oleh seorang kakitangan syarikat Twin Lakes Crab Co., Tuanjie Shi.
"Saya pernah melihat banyak mesin pengeluaran automatik yang menjual minuman Coke dan snek dan menyebabkan saya menganggap ketam sepatutnya dijual menerusi mesin pengeluaran kerana ia kini menjadi produk yang standard," katanya. - Agensi