Pages

Showing posts with label hamas. Show all posts
Showing posts with label hamas. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

Ketua Hamas akan letak jawatan


BANDAR GAZA, Wilayah Palestin - Ketua pergerakan Hamas, Khaled Meshaal (gambar) sekali lagi mengesahkan keputusannya untuk melepaskan jawatan tertinggi tersebut, kata beberapa pegawai Hamas semalam.
Pada Januari lalu, pergerakan berkenaan pernah mengumumkan bahawa Khaled yang kini hidup dalam buangan bersedia untuk melepaskan jawatannya.

Namun, Hamas memberitahu, anggota-anggota pergerakan itu berharap beliau akan menimbang semula keputusan tersebut.
Dalam perkembangan terbaharu semalam, beberapa pegawai Hamas di sini dan di luar wilayah Palestin berkata, Khaled kini bertekad untuk melepaskan kepimpinannya. - AFP

Saturday, August 11, 2012

Hamas gesa Mesir buka semula sempadan Rafah




         
GAZA: Ketua kerajaan Hamas di Gaza semalam menggesa Mesir membuka pintu sempadan yang ditutup sejak kumpulan bersenjata membunuh 16 pengawal negara itu di Sinai Ahad lalu.

Ismail Haniyeh menyuarakan sokongan terhadap siasatan Mesir ke atas serangan itu yang mendorong tentera Mesir melancarkan serangan terbesar di Semenanjung Sinai dalam masa 40 tahun.


“Pada masa sama, saya menggesa saudara saya, Presiden Mesir, Mohammed Mursi membuka semula pintu sempadan Rafah ,” kata Ismail pada satu majlis buka puasa.

Ismail berkata, mereka yang bertanggungjawab terhadap serangan di Sinai itu bersekongkol dengan rejim Zionis untuk meningkatkan sekatan terhadap Gaza yang dilaksanakan sejak Hamas menguasai wilayah itu pada 2007.


Pemimpin itu juga menolak dakwaan kumpulan bersenjata Palestin mengambil bahagian dalam pembunuhan beramai-ramai itu. “Siasatan kami dan orang hubungan kami membuktikan tidak ada orang dari Gaza terbabit,” kata Ismail. - Reuters

Tuesday, April 10, 2012

Hamas rancang culik askar Israel



GAZA CITY 9 April - Pergerakan Hamas menyeru semua kumpulan pejuang Palestin supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa bersama bagi merancang cara untuk menculik askar Israel yang kemudian boleh ditukarkan dengan rakyat Palestin yang dipenjarakan oleh rejim Zionis.
Semua militia perlu menyertai jawatankuasa perjuangan puak- puak Palestin itu, kata seorang pemimpin kanan Hamas, Ahmed Bahar, hari ini.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media untuk melancarkan beberapa aktiviti sebagai tanda sokongan terhadap tahanan Palestin di penjara-penjara Israel.
Katanya, menculik askar Israel akan memaksa rejim Yahudi itu membebaskan tahanan Palestin.
Bahar juga menggesa pegawai keselamatan di Tebing Barat yang diperintah oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) supaya jangan lagi membebaskan askar dan orang awam Israel yang tersesat jalan dan memasuki kawasan Palestin.
PA di Tebing Barat selalunya menghantar mereka balik ke Israel.
Israel kini menahan lebih 4,200 tahanan Palestin di dalam penjaranya, kebanyakan mereka kerana 'kesalahan keselamatan' seperti menyerang Israel atau berkomplot untuk berbuat demikian.
Pada Oktober dan Disember lepas, Israel membebaskan sejumlah 1,027 tahanan Palestin sebagai pertukaran dengan seorang askarnya, Gilad Shalit yang diculik dalam satu serangan ke seberang sempadan oleh pejuang Palestin di Gaza pada Jun 2006. - dpa

Thursday, June 9, 2011

Hamas, Fatah bertemu lagi


GAZA: Perwakilan Fatah dan Hamas akan bertemu di Kaherah pada 14 Jun ini untuk membincangkan pembentukan kerajaan sementara, kata pemimpin Hamas semalam.
Menurut Ezzat al-Rasheq, rundingan terbaru itu adalah susulan kepada beberapa isu yang dipersetujui kedua-dua kumpulan pada bulan lalu.

“Pertemuan itu akan difokuskan kepada pembentukan kerajaan Palestin, isu tahanan politik dan pelaksanaan perjanjian damai di peringkat akar umbi,” katanya.

Selepas berbalah sekian lama, Fatah dan Hamas menandatangani perjanjian damai untuk membentuk kerajaan peralihan menjelang pilihan raya umum dan presiden tahun depan.

Bulan lalu, pemimpin kanan Fatah, Nabil Shaath, berkata dia menjangkakan butiran kerajaan sementara itu akan dimeterai menjelang 6 Jun tetapi sehingga kini belum ada pengumuman mengenainya dibuat.


Difahamkan, kedua-dua pihak masih berunding untuk melantik perdana menteri dengan pemimpin Fatah, Mahmoud Abbas, disebut-sebut diberi jawatan itu tetapi Hamas dikatakan menentang idea berkenaan.

Perjanjian damai berkenaan turut menggesa Fatah dan Hamas membebaskan tahanan politik masing-masing, selain menyatukan pasukan keselamatan kedua-dua kumpulan. - AFP

Monday, May 2, 2011

Israel terancam



 


TEL AVIV - Rejim Israel dilihat semakin terancam sejak kumpulan pejuang Hamas dan Fatah di Palestin kembali berdamai dan bakal membentuk kerajaan perpaduan bagi menubuhkan sebuah negara merdeka.

Selain itu, kesediaan pemimpin Hamas yang juga Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh untuk meletak jawatan bagi membolehkan kerajaan perpaduan baru itu ditubuhkan turut menimbulkan rasa tidak senang pemerintahan rejim Zionis.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak memburuk-burukkan Hamas yang digelarnya sebagai kumpulan pengganas semasa perbualan telefon dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, kelmarin.

Tidak cukup dengan itu, rejim yang mengenakan sekatan tidak berperikemanusiaan ke atas Gaza itu juga menghentikan pemindahan cukai yang dipungut bagi pihak Palestin selain mengancam mengenakan sekatan bagi membantah perpaduan yang diumumkan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, minggu lalu.

Kumpulan Fatah dan Hamas yang bertelagah sejak 2006 berdamai dalam satu rundingan rahsia di Kaherah bagi membentuk kerajaan perpaduan dan mengadakan pilihan raya di Palestin.

Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad sebelum ini mengemukakan kertas kerja bagi pembentukan sebuah negara bebas dan merdeka menjelang September depan.

Friday, April 29, 2011

Fatah, Hamas berdamai



Gambar bertarikh 17 Mac lalu merakamkan Mahmoud Abbas (kiri) mengangkat tangan Perdana Menteri Ismail Haniyeh daripada Parti Hamas semasa mereka berjalan keluar selepas menghadiri sesi khas Parlimen di Gaza City. – AP


KAHERAH 28 April – Parti Fatah pimpinan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam memeterai perjanjian dengan musuh ketatnya, Hamas untuk menamatkan perseteruan berlarutan antara mereka.
Kedua-dua pihak juga bersetuju membentuk sebuah kerajaan interim menjelang pilihan raya dalam tempoh setahun.
Israel yang menganggap Hamas sebagai sebuah pertubuhan pengganas tidak menyenangi perjanjian tersebut yang dirundingkan secara rahsia di Mesir.
Rejim Zionis itu berkata, perjanjian Fatah-Hamas tidak akan menjamin keamanan di Asia Barat dan Abbas perlu terus memulaukan pergerakan berhaluan Islam yang memerintah Genting Gaza sejak 2007 selepas mengusir Fatah dalam satu perang saudara.
Mencapai perpaduan Palestin dianggap penting untuk memulihkan sebarang prospek penubuhan sebuah negara Palestin merdeka, tetapi kuasa Barat enggan berurusan dengan Hamas kerana pendiriannya untuk tidak mengiktiraf Israel dan menghentikan perjuangan bersenjata.
“Kami sudah bersetuju untuk menubuhkan sebuah kerajaan terdiri daripada tokoh-tokoh bebas yang akan mula membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya Presiden dan Parlimen,” kata ketua pasukan perunding Fatah di Kaherah, Azzam al-Ahmad.
Katanya, pilihan raya akan diadakan dalam tempoh lapan bulan dari sekarang, sementara Liga Arab akan menyelia pelaksanaan perjanjian itu.
Di bandar Ramallah, Tebing Barat, jurucakap Abbas, Nabil Abu Rdaineh berkata, perpaduan Palestin bukan urusan Israel.
“(Benjamin) Netanyahu mesti memilih sama ada perdamaian yang adil dengan bangsa Palestin yang bersatu atau pembinaan kawasan penempatan haram Yahudi,” kata Abu Rdaineh yang merujuk kepada Perdana Menteri Israel itu.
Pada sidang media di Kaherah yang dihadiri para pemimpin Fatah dan Hamas, Ahmad mengakui rakyat Palestin telah menanggung kerugian besar disebabkan perbalahan sesama sendiri.
“Kami berbangga kerana kami kini mempunyai kemahuan untuk menghentikan perbalahan sesama sendiri supaya kami boleh menamatkan pendudukan Palestin, pendudukan terakhir dalam sejarah,” katanya.
Timbalan pemimpin Hamas, Moussa Abu Marzouk pula berkata, perbalahan itu telah membuka peluang kepada rejim pendudukan dan ‘hari ini, kami membuka lembaran baru’. – Reuters

Tuesday, April 12, 2011

Israel digesa guling Hamas



BAITULMAQDIS: Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman semalam menyifatkan gencatan senjata rejim itu dengan Hamas di Semenanjung Gaza sebagai kesilapan besar.
Lieberman berkata, Israel sepatutnya menggulingkan kumpulan Islam itu di wilayah berkenaan.


“Matlamat yang dicapai untuk mengembalikan keamanan adalah kesilapan besar kerana ia membolehkan Hamas mengukuhkan kuasanya bersama dengan Hizbullah,” kata Lieberman kepada radio awam, merujuk kepada kumpulan pejuang di Lubnan yang berperang dengan Israel pada 2006. “Matlamat utama seharusnya menggulingkan Hamas,” kata ketua parti pelampau Israel, Yisrael Beitenu.


Menurutnya, Hamas juga sudah mampu memperoleh roket yang lebih kuat.


“Buat masa ini, roket mereka sudah boleh menjejaki Israel,” katanya.


Gencatan senjata antara Hamas dan Israel mula dilaksanakan semalam selepas kedua-dua pihak berundur dari garisan pertempuran, kelmarin. Gencatan senjata dicapai selepas beberapa hari konfrontasi antara Israel dan kumpulan Islam itu meningkatkan ketegangan di peringkat paling buruk sejak rejim Zionis melancarkan perang ke atas Gaza pada 2008-2009. - AFP
-mymetro

Thursday, March 17, 2011

Abbas mahu pemerintahan baru dengan Hamas






RAMALLAH, Tebing Barat - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas (gambar) menegaskan bahawa beliau tidak akan bertanding semula dalam pilihan raya presiden yang dijangka diadakan dalam tempoh enam bulan akan datang.
Ini merupakan kali pertama Abbas menyatakan dengan jelas berhubung kesediaannya untuk tidak akan bertanding. Dalam ucapannya kepada sekutu politiknya, Mahmoud memberitahu keinginannya untuk menjelajah Genting Gaza yang dikuasai oleh pergerakan Hamas bagi mempromosikan pelan damai antara wilayah Palestin yang bersengketa itu dan membentuk satu pemerintah yang bersatu.
Pelan Mahmoud itu termasuk mengadakan satu pilihan raya baru.
Namun, pilihan raya itu tidak dapat diadakan jika Tebing Barat dan Gaza masih berpecah dua.
Ketika ini Tebing Gaza dikuasai pergerakanFatah pimpinan Mahmoud manakala Hamas menguasai Gaza.
Lawatan Mahmoud ke Genting Gaza itu adalah yang pertama dalam tempoh empat tahun.
"Saya mengumumkan bahawa saya sedia untuk pergi ke Gaza esok (hari ini) demi menamatkan persengketaan dan membentuk satu pemerintah yang baru," katanya di hadapan para pemimpin kanan Parti Fatah.
Jurucakap Hamas, Taher Nunu mengakui Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh mengalu-alukan maklum balas positif daripada Mahmoud.
Perpecahan Palestin merupakan halangan terbesar untuk menubuhkan sebuah negara yang bebas melibatkan Tebing Barat dan Gaza. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Thursday, February 10, 2011

Ketua Unit Ketenteraan Hamas bebas dari penjara mubarak

Ketua Unit Ketenteraan Hamas bebas dari penjara mubarak « Blog Peribadirasulullah: "
http://www.alqanat.com/images/arabia/2011/2/121199-l1.jpg


Aiman Naufal berusia 37 tahun telah berada dalam tahanan polis mubarak melebihi 3 tahun.


Aiman mendapat maklumat tentang kebangkitan rakyat daripada berita radio BBC, penghuni penjara telah memecah pagar dan pintu penjara, dalam kesempatan tersebut Aiman telah berjaya sampai ke sempadan mesir dengan israeil.


Melalui terowong rahsia akhirnya Aiman berjaya bertemu dengan keluarga, kini Aiman berazam untuk terus menentang israeil yang melakukan kezaliman terhadap umat islam dan Dunia Islam.


Kini Aiman bertugas kembali dengan pertubuhan HAMAS.


Nota :


Semoga Allah SWT memberi kemenangan kepada Umat Islam dan memberi HIDAYAH kepada Umat Islam serta Israeil.


Islam bukanlah Pengganas tetapi Islam adalah Agama yang menyebarkan Keamanan dan Kemakmuran kepada alam sejagat dengan penuh keberkatan dan Kasih Sayang.


Mereka yang membunuh tanpa mengikut Syariat Allah SWT adalah mereka yang tidak memahami kehendak Allah SWT. Setiap titik darah yang tunpah bukan kerana Allah SWT adalah habuan kepada Api Neraka."

Sunday, August 1, 2010

Israel lancar peluru berpandu ke Gaza





2010/08/01

SEORANG lelaki mendukung budak perempuan Palestin yang cedera ke Hospital Al-Shifa selepas Israel menyerang Bandaraya Gaza dari udara kelmarin.
SEORANG lelaki mendukung budak perempuan Palestin yang cedera ke Hospital Al-Shifa selepas Israel menyerang Bandaraya Gaza dari udara kelmarin.
Komander Hamas terbunuh dalam serangan 

BANDARAYA GAZA: Pesawat perang Israel melepaskan tembakan peluru berpandu ke arah lima sasaran di seluruh Gaza, mengorbankan seorang komander kanan sayap tentera Hamas dan mencederakan 11 lain, kata kumpulan itu semalam.
Tentera Israel mengesahkan serangan udara itu dan berkata mereka membalas serangan roket dari Gaza ke arah bandar tepi pantai Israel di Ashkelon kelmarin. Serangan ke atas Ashkelon menyebabkan kerosakan namun tiada kecederaan dilaporkan.
Kejadian terbabit tercetus berikutan keadaan tenang selama beberapa minggu, dan menimbulkan kebimbangan mengenai kemungkinan berlaku serangan lanjut. 
Pegawai sayap tentera Hamas, Izzedine al-Qassam, berkata Hamas akan membalas dendam atas pembunuhan Issa Batran, 42. Beliau berkata Israel mengenal pasti Batran sebagai komander sayap tentera di tengah Gaza dan seorang pembuat roket kanan. 

Hamas berkata lapan penyokong dan tiga orang awam cedera dalam serangan udara itu. 

Sasaran terkena peluru berpandu termasuk sebuah kem latihan tentera Hamas di sini, terowong penyeludupan bawah tanah di sempadan Gaza-Mesir dan kawasan setinggan di pinggir kem pelarian Nusseirat, kata pihak berkuasa Hamas. 
Hamas merampas Gaza pada 2007, dan terus mengambil alih kuasa daripada Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang disokong pada peringkat antarabangsa. 
Militan Islam terbabit dilaporkan membangunkan roket mentah sejak beberapa dekad lalu dan sudah melepaskan beratus-ratus daripadanya ke arah bandar di sempadan Israel. – AP

Thursday, June 17, 2010

Hamas Dan Jihad Islam memiliki 5000 roket



http://www.voa-islam.com/timthumb.php?src=/photos/aa/1qassamsjuga.jpg&h=235&w=355&zc=1
Badan penyiasatan israeil mendakwa, Hamas dan Jihad Islam memiliki 5000 roket yang mampu bergerak sampai 40km kedalam wilayah yahudi.
Yahudi yang sudah menjadi tradisinya, takut kepada mati, sentiasa membimbangi kemampuan pejuang-pejuang Islam. Hati dan perasaan mereka sentiasa tidak tenang selagi tidak menzalimi umat Islam. Mereka juga memilki perasaan hasad dan dengki terhadap lain-lain bangsa, mereka tidak ingin melihat kejayaan bangsa lain. Turki dan lain-lain negara yang telah membantu penduduk Palestin pasti dijadikan musuh utama dalam perlaksanaan dasar mereka terbaru. Tidak salah Hamas dan Jihad Islam memiliki senjata sedemikian jika dibandingkan dengan kelengkapan yahudi yang seribu kali lebih canggih. Tetapi yahudi tidak memilki pejuang-pejuang yang rela  Mati Syahid Pada Jalan Allah SWT. Inilah apa yang diatkuti israeil sebenarnya.