Pages

Showing posts with label bakar diri. Show all posts
Showing posts with label bakar diri. Show all posts

Wednesday, March 13, 2013

Belia bakar diri cetus pemberontakan

Belia bakar diri  cetus pemberontakan
Orang ramai melihat keadaan belia yang membakar
 diri di tengah ibu kota Tunis, semalam.
 - Foto REUTERS
 Tunis: Seorang belia Tunisia menganggur membakar diri di tengah ibu negara Tunis semalam, perbuatan yang mengingatkan semula kepada tindakan seorang lagi pemuda, Mohamed Bouazizi.

Kematian Bouazizi mencetuskan pemberontakan di Tunisia yang disusuli kebangkitan penduduk lain di rantau Arab.
Anggota keselamatan dan orang ramai cuba memadamkan api sebelum belia itu dikejarkan ke hospital, kata saksi.


“Keadaannya sangat tenat,” kata sumber perubatan di hospital Mourouj.
Kejadian itu berlaku sebelum bakal Perdana Menteri, Ali Larayedh akan memohon undi keyakinan untuk kerajaannya dari Parlimen.

Protes guling presiden

Belia itu membakar diri di luar bangunan perbandaran di dataran utama, Habib Bourguiba Avenue, fokus protes yang menggulingkan Presiden Zine al-Abidine Ben Ali, dua tahun lalu.
Seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri tidak dapat menamakan pemuda itu yang berusia 27 tahun, berasal dari bandar barat laut Jandouba dan sudah lama mencari kerja.

Tahap pengangguran Tunisia berada pada 17 peratus dengan siswazah paling ramai menganggur.

Beberapa penduduk Tunisia membakar diri sejak dua tahun lalu dalam bantahan seumpama Bouazizi yang bertindak demikian pada 17 Disember 2010 di bandar Sidi Bouzid selepas seorang anggota polis merampas tempat jualan buah-buahannya.

Kematian Bouazizi mencetuskan bantahan yang menamatkan pemerintahan Ben Ali dan menjadi inspirasi kepada protes lain di Timur Tengah.

Masalah ekonomi dan sosial yang menjadi punca pemberontakan Tunisia belum lagi dapat diselesaikan ketika negara itu berpecah antara golongan agama dan sekular.

Tunisia juga menantu Perlembagaan baru bagi membantu peralihan daripada gaya autokrasi kepada demokrasi.

Kerajaan terakhir pimpinan Hamadi Jebali gagal selepas parti Ennahda pimpinannya menolak rancangan beliau supaya barisan teknokrat dalam Kabinet memimpin negara menghadapi pilihan raya.
REUTERS

Thursday, February 14, 2013

Penunjuk perasaan bakar diri di Tibet


ANGGOTA polis mendekati penunjuk perasaan yang membakar diri itu.
KATHMANDU, Nepal - Seorang penunjuk perasaan Tibet mencurahkan petrol pada tubuhnya sebelum dia membakar dirinya di sini semalam.
Menurut beberapa saksi, lelaki itu memakai pakaian seperti sami memasuki sebuah kafe dan meminta kebenaran untuk menggunakan bilik air.
Dia kemudian keluar ke jalan raya dan membakar dirinya.
Lelaki tersebut berlari beberapa langkah ketika tubuhnya terbakar dan menjerit slogan menentang China sebelum pengsan.
Seorang pegawai polis, Keshav Adhikari berkata, anggota-anggota polis dan orang ramai berjaya memadamkan kebakaran sebelum dia dihantar ke sebuah hospital.
Menurutnya, lelaki berkenaan berada dalam keadaan kritikal.
Adhikari berkata, identiti lelaki tersebut masih belum diketahui tetapi dia kelihatan berumur 21 tahun.
Hampir 100 orang telah membakar diri bagi menentang pemerintahan China di Tibet sejak tahun 2009.
Tentera komunis China menduduki Tibet pada tahun 1951.
Menurut China, wilayah itu merupakan sebahagian daripada China sejak berabad-abad lalu.
Bagaimanapun, penduduk Tibet menafikan dakwaan pemerintah China itu. - AP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0214&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_08.htm#ixzz2KpScbPYM 
Hakcipta terpelihara 

Saturday, January 21, 2012

5 tiada kerja bakar diri

SEORANG penunjuk perasaan terbaring selepas membakar diri di Rabat, Maghribi.
SEORANG penunjuk perasaan terbaring selepas
membakar diri di Rabat, Maghribi.


Anggota Graduan Menganggur protes kurang pekerjaan di Maghribi 

RABAT: Lima penganggur membakar diri di ibu kota Maghribi sebagai sebahagian demonstrasi di negara itu berhubung kekurangan pekerjaan, terutama untuk graduan universiti, kata aktivis hak asasi, kelmarin.
Tiga daripada mangsa dirawat di hospital kerana melecur teruk. Kejadian itu, yang sebelum ini jarang berlaku menjadi taktik bantahan di Asia Barat dan Afrika Utara sejak seorang penjual sayur-sayuran di Tunisia membakar diri pada Disember 2010.
Lelaki itu membantah tindakan anggota polis mengganggu perniagaannya, yang mencetuskan kebangkitan menumbangkan kerajaan dan mencetuskan pergerakan sama di rantau itu. 

Kelima-lima lelaki berkenaan adalah sebahagian daripada pergerakan Graduan Menganggur membabitkan jutaan graduan universiti yang mahukan pekerjaan. 

Demonstrasi selalunya disuraikan secara ganas oleh polis dan di beberapa pekan dan bandar raya menyebabkan pertempuran berlaku. Ketika kadar pengangguran rasmi cuma 9.1 peratus, angkanya sekitar 16 peratus bagi graduan. 

Kelmarin, kerajaan yang dipilih pada November lalu membentangkan pelan baru kepada Parlimen dengan fokus mencipta pekerjaan, pendidikan dan memperbaiki kualiti kesihatan. 
Sementara itu, kerajaan dipimpin golongan Islam berjanji menghasilkan 200,000 pekerjaan baru setahun menerusi pelaburan awam dan persendirian. 

Seramai 160 anggota pergerakan itu menduduki bangunan pentadbiran Kementerian Pendidikan Tinggi sejak dua minggu lalu di Rabat, sebagai sebahagian bantahan mereka. 

Penyokong membawakan makanan kepada mereka sehingga dua hari lalu apabila dihalang pasukan keselamatan. 

“Pihak berkuasa menyekat mereka menerima makanan dan air, jadi lima daripada mereka keluar untuk mendapatkan makanan dan mengancam membakar diri jika dihalang,” kata jurucakap Persatuan Hak Asasi Manusia Maghribi, Youssef al-Rissouni. 

Daripada tiga yang dimasukkan ke hospital, dua dalam keadaan serius manakala dua lagi cuma baju terbakar. 

Rakaman video yang disiarkan kumpulan itu secara dalam talian menunjukkan orang ramai membaling roti ke arah polis yang mengawal bangunan berkenaan. Beberapa pemuda di atas bangunan menyiram diri mereka dengan cecair dan melompat turun dan mula mengutip roti. 

Apabila polis pencegah rusuhan bergerak untuk menghentikan mereka, sekurang-kurangnya dua daripada lelaki berkenaan terbakar dan mula berlari sebelum dikepung penyokong dan api dipadamkan. 

Gambar menunjukkan mereka dengan sebahagian besar kulit terbakar. Akhbar dalam talian, Goud, melaporkan dua daripada mereka mengalami kesan terbakar tahap kedua dan dihantar ke unit melecur Casablanca. 

Ketika ekonomi Maghribi mencatat kadar pertumbuhan baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini sekitar empat hingga lima peratus, ia masih belum cukup menghasilkan pekerjaan untuk golongan muda yang semakin ramai di pasaran setiap tahun. – AP 

Friday, January 20, 2012

Lima penganggur bakar diri kerana kekurangan kerja di Maghribi





2012/01/20

RABAT: Lima penganggur membakar diri mereka ketika tunjuk perasaan di sini kerana tidak berpuashati terhadap kekurangan pekerjaan terutama membabitkan graduan universiti. 

Tiga orang terbakar teruk sehingga dimasukkan ke hospital.
Perbuatan membakar diri menjadi taktik tunjuk perasaan di Timur Tengah dan Afrika Utara sejak penjual sayur di Tunisia membakar dirinya pada Disember 2010 kerana membantah tindakan polis sehingga mencetuskan kebangkitan untuk menggulingkan kerajaan dan membawa pergerakan yang sama dalam wilayah itu. - AP

Wednesday, January 19, 2011

Trend bakar diri tanda protes




2011/01/19

 ABDOU cedera selepas cuba membakar dirinya di luar bangunan Parlimen akibat tak puas hati dasar kerajaan Mesir melarang pemilik restoran membeli roti subsidi.
ABDOU cedera selepas cuba membakar dirinya di luar bangunan Parlimen akibat tak puas hati dasar kerajaan Mesir melarang pemilik restoran membeli roti subsidi.
Penunjuk perasaan tiga negara tiru tindakan pencetus revolusi Tunisia 

KAHERAH: Penunjuk perasaan di tiga negara, Mesir, Mauritania dan Algeria, bertindak meniru pencetus revolusi Tunisia dengan membakar diri sebagai bantahan terhadap keadaan politik di negara masing-masing.Penganalisis berkata, walaupun kejadian bunuh diri kelmarin itu masih dianggap terpencil, ia memberi gambaran perasaan tidak puas hati rakyat terhadap rejim pemerintah di dunia Arab yang enggan melaksanakan pembaharuan.Dalam kejadian di Tunisia bulan lalu, seorang graduan menganggur Mohamed Bouazizi, 26, membakar dirinya selepas kecewa apabila pihak polis menghalang beliau berniaga buah dan sayur-sayuran, mencetuskan bantahan rakyat sehingga menumbangkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali, Sabtu lalu. 

Bouazizi kemudian mati di hospital. 

Di Mesir, seorang pemilik restoran kecil berusia 48 tahun membakar dirinya di luar bangunan Parlimen kelmarin, selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan dasar kerajaan melarang pemilik restoran membeli roti subsidi. 

Dia bagaimanapun terselamat dengan kecederaan ringan di leher, muka dan kaki. 
Insiden terbabit dirakam perakam video amatur dan pengguna telefon bimbit sebelum dikirim ke internet. Lelaki itu dikenali sebagai Abdou Abdel-Monaam Hamadah, bapa kepada empat anak yang kerap bertengkar dengan pegawai kerajaan membabitkan isu harga roti. 

Di Algeria, seorang lelaki menghidap penyakit kronik membakar dirinya di Ghardaia selepas bertelagah dengan pihak hospital membabitkan harga ubat dan dimasukkan ke hospital akibat melecur. 

Pihak berkuasa Algeria berkata, setakat ini tujuh orang di tujuh bandar negara itu cedera atau mati akibat membakar diri, manakala seorang lelaki berusia 37 tahun di sempadan Tunisia meninggal dunia kerana membakar dirinya. 

Di bandar Mascara, penduduk tempatan berjaya menghalang cubaan seorang peniaga ikan membakar dirinya. 

Sementara itu, di Mauritania, seorang lelaki yang marah dengan kerajaan membakar diri di dalam keretanya di luar sebuah bangunan kerajaan di ibu negara itu Nouakchott. 

Pegawai kementerian luar, Adbou Ould Sidi berkata polis mengejarkan Yacoub Ould Dahoud, 43, ke hospital berikutan kecederaan yang dialami. – AP