Pages

Showing posts with label samseng. Show all posts
Showing posts with label samseng. Show all posts

Saturday, March 24, 2012

makan mayat pengkhianat



SRETKO Kalinic (kiri) dan Luka Bojovic.
SRETKO Kalinic (kiri) dan Luka Bojovic.



MILAN Jurusic.
MILAN Jurusic.

MADRID: Sekumpulan samseng menyeksa dan membunuh ahli kumpulan yang khianat dan kemudian memasak sup dengan menggunakan mayat mangsa.
Kumpulan samseng Serbia memukul Milan Jurusic, 37 hingga mati dengan penukul lalu menyiat daging mangsa dengan pisau tajam sebelum memasukkannya ke dalam pengisar daging, di sebuah rumah pangsa di Madrid.

Mereka menjadikan kulit mukanya sebagai topeng, memasak daging mangsa dan menjadikan hidangan tengah hari.
Mereka juga membuang tulang mangsa ke dalam Sungai Manzanares di ibu negara Sepanyol itu.

Seorang anggota kumpulan samseng itu, Sretko Kalinic, atau dikenali sebagai ‘The Butcher’ mengaku melakukan jenayah itu setelah ditangkap di Zagreb, Croatia, tahun lalu.

Pihak berkuasa Sepanyol menemui 50 tulang di dalam sungai dan menemui rumah seram, tempat jenayah itu dilakukan, minggu lalu.
Jurusic dikatakan mengkhianati anggota kumpulan itu dengan mencuri duit mereka.

Dia melarikan diri setelah didapati bersalah membunuh Perdana Menteri Serbia, Zoran Djindjic pada 2003.
Polis Sepanyol percaya, Luka Bojovic yang mengetuai kumpulan samseng yang makan daging manusia itu, membunuh Jurusic. Dia yang turut dituduh membunuh Djindjic, ditahan di Valencia, bulan lalu.

Di apartmen Bojovic di Valencia, polis menemui dokumen yang menyokong kenyataan Kalinic mengenai pembunuhan ngeri itu.

Semua anggota samseng yang terlibat dalam pembunuhan ngeri di Madrid, dikatakan anggota Zemun Clan, kumpulan mafia dari Belgrade.

Jenayah itu dikatakan dilakukan pada 2009, ikni disiasat majistret Fernando Andrew dari Mahkamah Nasional di Madrid. - DM

Tuesday, September 13, 2011

Beli isteri orang

KAMPAR: Kemaruk mengidamkan isteri orang menyebabkan seorang ‘samseng miang’ tanpa segan silu berjumpa suami wanita berkenaan dan menawarkan wang ribuan ringgit bagi membeli isterinya.
Kejadian dilaporkan berlaku awal bulan ini dan lelaki terbabit yang berusia 23 tahun dengan selamba pergi ke rumah pasangan suami isteri di sini berjumpa suami wanita terbabit bagi bertanyakan harga yang mungkin dipersetujui.
Bagaimanapun, tindakan suspek yang sudah berumah tangga itu menyebabkan si suami naik angin lalu menghalau suspek tanpa mengetahui latar belakangnya yang memiliki pelbagai rekod jenayah.

Agak mengejutkan apabila penjenayah miang itu tidak memberikan sebarang reaksi, sebaliknya berlalu meninggalkan pasangan suami isteri berkenaan dalam keadaan terpinga-pinga.


Sehubungan itu, suami mangsa membuat laporan polis dan bertindak atas laporan itu suspek ditahan di rumah ibu bapanya di Taman Kledang Emas, Buntong di Ipoh pada Jumaat lalu serta direman sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut.

Saturday, August 27, 2011

Putus kaki, tangan kiri


DI SINI...restoran tempat mangsa ditetak.
DI SINI...restoran tempat mangsa ditetak.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki putus kaki dan tangan kirinya akibat ditetak dengan parang selepas diserang 10 lelaki bertopeng ketika menunggu hidangan di sebuah restoran di Taman Intan Baiduri, Kepong di sini, kelmarin.
Difahamkan, semua lelaki terbabit yang bersenjatakan parang dan kayu turut menyerang semua pelanggan di restoran berkenaan sebaik tiba di tempat kejadian.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, semua pelanggan dan pekerja restoran itu dapat melarikan diri kecuali mangsa yang terperangkap menyebabkan dia dipukul dan ditetak sebelum ditinggalkan berlumuran darah dan tidak bermaya.

Menurut sumber, ketika kejadian, mangsa berusia 20 tahun sedang menunggu makanan dipesan sebelum tiba-tiba diserang 10 lelaki bertopeng bersenjatakan parang dan kayu.


“Semua penyerang menaiki dua kereta ke restoran itu. Sebaik turun dari kenderaan, mereka terus menyerang pelanggan yang berada di restoran berkenaan.

“Mangsa yang gagal melarikan diri dipukul dengan kayu dan ditetak tanpa belas kasihan,” katanya.
hmetro

Sunday, May 15, 2011

Keluarga diraja digelar samseng


FILEM mengenai keluarga diraja di Cannes dianggap menjejaskan imej monarki Britain ketika William baru berkahwin dengan Kate Middleton.
FILEM mengenai keluarga diraja di Cannes dianggap menjejaskan imej monarki Britain ketika William baru berkahwin dengan Kate Middleton.

Mohamed al-Fayed biayai filem ulangi konspirasi kematian Diana, Dodi

CANNES (Perancis): Masyarakat antarabangsa kembali memberi tumpuan kepada keluarga diraja Britain selepas satu dokumentari baru provokatif ditayangkan kelmarin di pesta filem Cannes menyifatkan mereka sebagai samseng bersifat perkauman manakala suami Ratu Elizabeth, Putera Philip, lelaki sakit jiwa yang kaki perempuan.

Filem berjudul Unlawful Killing menghidupkan kembali dakwaan mengenai bahawa Puteri Diana yang berjiwa rakyat, menjadi mangsa bunuh pihak berkuasa Britain.
Filem itu bercanggah dengan The King’s Speech dengan menggambarkan keluarga diraja sebagai institusi purba yang mempunyai satu rangkaian kroni rasmi membebankan rakyat Britain.
Bagaimanapun, pengarahnya, Keith Allen menegaskan filem itu bukanlah serangan terhadap sistem beraja.

“Saya tidak rasa ia anti monarki. Saya fikir ia mungkin mempersoalkan kapitalisme,” katanya.

Filem itu mengambil judulnya daripada keputusan siasatan rasmi terhadap kematian Diana pada 1997 dalam kemalangan jalan raya di Paris.

Juri memutuskan puteri itu bukan mangsa bunuh dan menolak dakwaan konspirasi, sebaliknya menyalahkan pemandunya yang mabuk dengan memandu terlalu laju dan mengakibatkan kemalangan.
Tetapi, filem yang dibintangi pelakon Allen, bapa kepada penyanyi Lily Allen, kembali mengulangi teori konspirasi yang diajukan Mohamed al-Fayed.

Al-Fayed yang kematian anak lelakinya Dodi, kekasih Diana, turut menjadi mangsa kemalangan itu.

Jutawan yang juga bekas pemilik gudang beli belah mewah, Harrods, membiayai £2.5 juta (RM12.2 juta) bagi dokumentari itu.

Beliau tetap mempertahankan yang anaknya dan Diana dibunuh agensi rahsia Britain atas arahan atasan yang bimbang hubungan ibu pewaris takhta British itu dengan lelaki Islam.

Filem itu dimulakan dengan jangkaan Diana dalam surat pada 1995 kepada rakannya yang bertulis ‘suami saya merancang satu kemalangan kereta’ dan cuba mendedahkan kelemahan siasatan rasmi kejadian.

Ia menimbulkan lebih banyak persoalan dari jawapan. Siapa berada dalam kereta Fiat putih yang menjadi saksi sebelum kemalangan berlaku di Terowong Alma?

Adakah pemandu, Henri Paul benar-benar mabuk atau seseorang cuba menukar contoh darahnya. Mengapa ambulans Perancis mengambil masa lama untuk sampai ke tempat kejadian.

“Saya tidak mahu membuat filem sensasi,” kata Allen yang menggelarkan dokumentari ini sebagai akaun forensik dalam proses perundangan yang tiada tokok tambah.

Filem itu menyiarkan wawancara tokoh terkenal termasuk pengacara CNN, Piers Morgan, penulis biografi, Kitty Kelley dan ahli psikologi, Oliver James. – AP Berita Harian Online