Pages

Showing posts with label rosak. Show all posts
Showing posts with label rosak. Show all posts

Monday, February 7, 2011

Tandas kapal selam Britain RM10.9b rosak

Kosmo! Online - Dunia: "


KAPAL selam HMS Astute berkuasa nuklear berpatah balik ke pelabuhan Faslane, Scotland kerana masalah kumbahan dan sistem peluru berpandu.

KAPAL selam HMS Astute berkuasa nuklear berpatah balik ke pelabuhan Faslane, Scotland kerana masalah kumbahan dan sistem peluru berpandu.

LONDON - Kapal selam berkuasa nuklear yang terbaru dan terbesar dalam tentera laut Britain bernilai £1.2 bilion (RM10.9 bilion) kembali semula ke pelabuhan Faslane, Scotland di Sungai Clyde kerana kegagalan sistem sokongan senjata dan masalah kumbahan.

Beberapa buah akhbar semalam melaporkan masalah kumbahan itu menyebabkan tandas dalam kapal selam berkenaan tidak dapat digunakan oleh 90 orang anak kapal.

Menurut sumber tentera laut, kapal selam HMS Astute itu yang seberat 7,800 tan dan dilengkapi peluru berpandu Tomahawk akan berada di pelabuhan tersebut selama enam minggu untuk kerja-kerja pembaikan.

Pihak tentera melancarkan siasatan bagi mengetahui kenapa kapal selam itu mengalami masalah berulang sejak Oktober tahun lalu.

Seorang jurucakap Kementerian Pertahanan berkata, kerja-kerja sedang dilakukan bagi memperbaiki sistem sokongan senjata dan kumbahan kapal selam tersebut. - Agensi"

Sunday, November 28, 2010

Komputer bank rosak, berjuta rakyat tiada wang



SYDNEY 27 Nov. - Kegagalan komputer di bank terbesar Australia, menyebabkan mesin-mesin pengeluaran wang tunai (ATM) tidak berfungsi dan mengakibatkan berjuta-juta penduduk negara ini tidak dapat mengeluarkan wang.
Bank Negara Australia (NAB) berkata, satu fail yang rosak memusnahkan sebahagian besar transaksi termasuk pembayaran gaji dan pemindahan wang serta merosakkan mesin ATM sehingga menyebabkan ramai pengguna marah kerana mereka tidak mempunyai wang pada hujung minggu ini.
Jurucakap bank itu Meaghan Telford berkata, NAB membuka cawangan-cawangannya hari ini dan esok serta membawa lebih ramai kakitangan pusat panggilan ketika juruteknik berusaha memulihkan masalah yang timbul.
"Kami meminta maaf. Kami sedar masalah ini menyebabkan kesulitan ramai. Kami sedang berusaha memulihkannya," katanya kepada AFP.
Telford berkata, fail bermasalah itu menghentikan semua transaksi pada Rabu lalu, termasuk deposit gaji, pembayaran bil dan pemindahan wang antara akaun.
Menurutnya, oleh kerana sistem elektronik terganggu, sebahagian besar mesin ATM turut rosak. Beliau tidak mendedahkan jumlah sebenarnya.
Pelanggan yang menggunakan laman web Twitter melaporkan masalah yang berlaku pada akaun bank mereka, antaranya baki wang yang adakalanya boleh dilihat dan tidak, sekali gus menyebabkan ramai di kalangan mereka tidak dapat mengeluarkan wang. - AFP
Telford berkata, NAB telah menyelesaikan sebahagian besar transaksi yang tertangguh tetapi tidak dapat meramalkan bilakah sistem itu akan kembali beroperasi seperti biasa.
Beliau juga tidak menyatakan berapa ramaikah daripada 11.5 juta pengguna NAB yang terjejas akibat masalah tersebut.
Menurut agensi berita kebangsaan AAP, transaksi bank besar antarabangsa HSBC ke bank lain, deposit senarai gaji dan debit secara terus turut terjejas, kerana NAB turut menjelaskan bayaran untuk HSBC di Australia.
NAB turut mengeluarkan pemberitahuan dalam laman webnya yang menyatakan perbankan Internet sangat perlahan kerana berjuta-juta pelanggan memeriksa akaun mereka.

Monday, November 22, 2010

Laluan masuk Gua Kelam ditutup



Oleh Rashidi Karim 
bhnews@bharian.com.my
2010/11/22

Penutupan berikutan jambatan gantung alami kerosakan teruk akibat banjir 

KANGAR: Jabatan Perhutanan Perlis bertindak menutup laluan masuk ke pusat rekreasi terkenal Gua Kelam di Kaki Bukit, dekat sini, berikutan jambatan gantung sepanjang 370 meter yang menembusi bukit batu kapur itu mengalami kerosakan teruk dalam kejadian banjir baru-baru ini.
Pengarahnya, Ridzuan Salleh, berkata penutupan Gua Kelam itu bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku memandang pusat rekreasi terbabit menjadi tumpuan pelancong sempena cuti persekolahan sekarang.
“Selain menempatkan seorang pengawal keselamatan, kita sudah meletakkan papan tanda amaran berhubung penutupan pusat rekreasi di pintu gua dan orang ramai sama sekali dilarang memasukinya untuk melihat kerosakan jambatan. 

“Sebahagian kayu jambatan tercabut keluar manakala kabel pengikat berpintal akibat hentakan arus deras air yang memenuhi gua ketika banjir besar bermula 1 November lalu,” katanya di sini, semalam. 

Beliau berkata, talian pendawaian elektrik turut rosak hingga menyebabkan keseluruhan gua menjadi gelap dan berbahaya kepada pengunjung. 

Katanya, ketika banjir itu air naik mencapai ketinggian lebih lima meter hingga memenuhi segenap ruang gua sehingga menyebabkan segala peralatan yang ada di situ hanyut. 
Kita akan mendapat peruntukan segera untuk membaiki kerosakan di Gua Kelam manakala kos keseluruhan membaikinya dijangka mencecah RM500,000,” katanya. 

Ridzuan berkata, beliau meminta pelancong bersabar berikutan penutupan gua yang dijangka berlarutan sehingga awal tahun depan bagi kerja membaik pulih. 

Katanya, orang ramai boleh mengunjungi Gua Kelam 2 yang terletak kira-kira 100 meter dari Gua Kelam kerana kawasan terbabit mempunyai daya penarik dengan terbinanya laluan kereta api memasuki perut gua. 

Sementara itu, Tinjauan Berita Harian semalam mendapati beratus-ratus pelancong yang tidak mengetahui penutupan Gua Kelam hanya beriadah bersama keluarga sambil mandi manda di sungai berhampiran pintu gua. 

Ada di antara pelancong cuba memasuki pintu gua tetapi dihalang pengawal keselamatan yang ditempatkan di situ.