Pages

Showing posts with label murah. Show all posts
Showing posts with label murah. Show all posts

Friday, April 15, 2011

Kereta dua bampar di jalan raya


SEORANG lelaki memandu sebuah kereta yang mempunyai dua bampar di Taizhou, China baru-baru ini.


BEIJING - Polis terkejut apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang lelaki memandu kereta yang mengandungi dua bampar di sebatang jalan raya di Taizhou, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang anggota polis menahan pemandu kereta itu yang mendakwa dia memandu kenderaan tersebut kerana ia merupakan cara pengangkutan yang paling murah.
Lelaki tersebut diberikan amaran oleh polis supaya tidak mengulangi perbuatannya kerana tiada undang-undang di China yang melarang penggunaan kereta unik itu. - Agensi, Kosmo

Tuesday, February 8, 2011

Rumah berkembar dijual murah




SEBUAH pencawang elektrik dekat dengan pintu sebuah banglo yang dijual murah di Hastings, Britain.


HASTINGS, Britain – Sebuah rumah banglo tepi pantai dijual pada harga yang terlalu murah kerana kediaman itu berada bersebelahan dengan pencawang elektrik, lapor sebuah akhbar semalam.
Lima kabel elektrik melintasi bumbung rumah berkenaan yang terletak di sini, England.
Rumah itu dijual pada harga £99,950 (RM488,779) walaupun harga sebenar rumah banglo itu di pasaran ialah £250,000 (RM759,000).
Rumah itu terletak berhampiran pusat bandar, stesen kereta api dan sekolah selain dilengkapi sistem pemanasan serta pemandangan yang indah di tepi pantai. – AgensiKosmo! Online - Dunia

Tuesday, October 26, 2010

Rumah teres dua tingkat bernilai RM4.78




GAMBAR menunjukkan rumah teres dua bilik tidur yang bernilai £1 (RM4.78) di Holmside, Durham.


HOLMSIDE, Durham - Seorang pemilik rumah teres dua bilik tidur berharga £86,000 (RM418,975) di Britain, Paul Rooney terkejut apabila sebuah agensi penilaian hartanah tempatan menyatakan harga pasaran rumah itu cuma £1 (RM4.78) menyebabkan dia tidak layak memperoleh pinjaman bank, lapor sebuah akhbar semalam.
Rooney, 42, menghabiskan £10,000 ($8,703) membuat pengubahsuaian termasuk di dapur kediaman selepas dia membeli rumah itu pada 2007 dan berharap untuk menjualnya pada harga yang lebih tinggi.
Namun apabila dia memohon pinjaman perumahan, ahli perniagaan itu terkejut apabila diberitahu oleh beberapa pegawai sebuah agensi penilaian hartanah bahawa nila hartanahnya cuma £1.
Sebelum ini nilai pasaran rumah berkenaan adalah £120,000 (RM584,309) manakala kediaman yang sama dianggarkan berharga £130,000 (RM632,936) selepas kerja pengubahsuaian selesai dilakukan.
Laporan penilaian terbaru itu membayangkan pasaran hartanah Britain yang terjejas teruk ekoran krisis ekonomi global yang melanda dunia pada tahun lalu di negara tersebut. Namun, Rooney yang membayar pinjaman sebanyak £550 (RM2,694) sebulan bimbang dia perlu menjual lebih banyak hartanah pada harga lebih rendah jika pihak bank enggan memberikan pinjaman. - Agensi