Pages

Showing posts with label jariah. Show all posts
Showing posts with label jariah. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

Pahala berkekalan sedekah jariah

DALAM menempuh kehidupan dunia, kita begitu ghairah memburu kejayaan dan kekayaan. Usaha meningkatkan taraf ekonomi diri itu memang dituntut namun persoalannya, ramai yang terlalu 'berkira', materialistik dan mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira kesusahan orang lain.

BESAR MANFAAT....pemilikan harta seperti tanah yang luas boleh diwakafkan untuk dijadikan
kawasan perkuburan. - Gambar hiasan
BESAR MANFAAT....pemilikan harta seperti tanah yang luas boleh diwakafkan untuk dijadikan kawasan perkuburan. - Gambar hiasan
BINA MASJID...wakaf dikira sebagai amal ibadat yang pahalanya akan
dinikmati secara berterusan walaupun seseorang itu sudah
meninggal dunia. - Gambar hiasan
BINA MASJID...wakaf dikira sebagai amal ibadat yang pahalanya akan dinikmati secara berterusan walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia. - Gambar hiasan
Menerima amat mudah tetapi bagaimana untuk memberi terutama sesuatu benda yang kita sayang.
Untuk menginfakkan harta atau mewakafkan harta benda, ganjarannya amat besar tetapi berapa ramai yang sanggup melakukan amalan mulia itu.

Kebanyakan kita apabila memberikan sesuatu mereka mahukan balasan atau imbuhan tetapi dalam Islam, pahala atau sahamnya hanya diterima di akhirat kelak.

Memang sukar untuk menerima sesuatu yang tidak nampak tetapi jika mereka percaya bahawa pemberian mereka sama ada harta atau wakaf itu akan berkekalan, pasti mereka sanggup melakukannya.

Jadi, salah satu usaha umat Islam untuk terus berbakti kepada sesiapa saja melalui ibadah wakaf.

Ibadah wakaf menuntut 'kerelaan' individu atau keluarga untuk memindahkan harta milik mereka kepada pihak lain yang dilihat sumbangan besar di sisi syariat.

Firman Allah yang bermaksud: "Kamu sekali-kali tidak akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu menafkahkan sebahagian harta yang kamu sayangi. Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya" (Surah Ali-Imran ayat 92).
Menerusi wakaf, umat Islam dapat menjalankan perintah Allah dengan memindahkan sebahagian kecil harta kesayangannya itu kepada orang lain.

Wakaf adalah salah satu cabang undang-undang Islam yang amat penting kerana ia mempunyai pertalian antara hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia.

Wakaf bermula sejak zaman sebelum Rasulullah. Ia adalah amalan yang dituntut kerana ia memainkan peranan penting mengatasi masalah kemiskinan.

Ia termasuk dalam kategori sedekah jariah yang membolehkan seseorang seseorang memperoleh pahala secara 'berkekalan' selagi ia terus dimanfaatkan penerima wakaf.
Dalam hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya, melainkan ada tiga perkara (yang tidak terputus); iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dengannya dan anak yang salih yang sentiasa mendoakan ibu bapanya". (Hadis riwayat Muslim).

Kita sering mendengar individu yang bergelar hartawan mewakafkan hartanya seperti tanah, sekolah, rumah anak yatim atau asrama bagi pelajar menimba ilmu.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah, seperti sebutir benih yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji, dan Allah melipatgandakan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.

"Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dibelanjakannya itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berduka cita". (Surah al-Baqarah 261 hingga 262).

Pada zaman moden ini, manfaat yang boleh disalurkan untuk kebajikan bagi dinikmati masyarakat boleh diperoleh daripada pelbagai sumber.

Malah, di peringkat global, wakaf mampu membantu menangani krisis ekonomi yang membelenggu dunia.
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lainnya." (Ungkapan hikmah Nabi Muhammad riwayat Bukhari dan Muslim).

Allah berfirman yang bermaksud: "Jika kamu nampakkan sedekah itu, maka itulah sebaik-baiknya, dan jika kamu sembunyikan dan kamu berikan kepada orang-orang fakir, maka itulah yang lebih baik bagimu dan Dia akan menutupi kesalahanmu, dan Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan". (Surah al-Baqarah ayat 271).

Selain itu, menerusi firman Allah di dalam Surah at-Taghaabun ayat 16 yang bermaksud: "Takutlah kamu kepada Allah sekadar tenagamu dan dengarkan dan ikutlah dan berdermalah, nescaya lebih baik bagi dirimu. Barang siapa yang memelihara dirinya dari kebakhilan, maka merekalah yang menang."
Kisah lain juga ada menyebut daripada Saad bin Ubaidah r.a bahawa dia bertanya kepada Rasulullah yang bermaksud: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya Ummu Saad telah mati; maka apakah sedekah yang paling banyak pahalanya?" Baginda menjawab: "Air", kemudian Saad menggali perigi dan katanya: "Perigi ini pahalanya bagi Ummu Saad."
Daripada hadis berkenaan, sahabat berlumba-lumba melakukan sedekah jariah iaitu dengan wakaf yang berkekalan pahalanya sebagai menyahut seruan Allah.

Harta wakaf pada prinsipnya tidak boleh dijual, dibeli, digadaikan, dipusakai atau dihadiahkan kerana ia akan menghilangkan kewakafannya.

Apabila pewakafnya meninggal dunia, ia tidak boleh dijadikan warisan. Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya harta wakaf itu tidak boleh dijual belikan dan dialihkan serta diwarisi, dan bersedekahlah dengannya kepada fakir miskin serta sanak keluarga dan orang-orang yang berada di bawah tanggunganmu, tidaklah mengapa bagi yang mengurusnya untuk memakan hasilnya dengan ala kadarnya serta tidak pula menjadikannya milik peribadinya."
Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar), Datuk Dr Sohaimi Mohd Salleh berkata, masyarakat Islam perlu sedar kepentingan wakaf kepada pembangunan sosioekonomi serta pemilikan aset umat Islam di negara ini.
"Tamadun terdahulu membuktikan kejayaan yang dibina melalui instrumen kewangan Islam ini amat membanggakan.

"Matlamat kita hidup di dunia ini untuk mendapat keredaan serta keberkatan daripada Allah. Malah, Allah s.w.t menjanjikan nikmat serta ganjaran yang amat besar kepada mereka yang mampu berbakti kepada orang lain," katanya.

Sohaimi berkata, Jawhar dan Majlis Islam Negeri (Mains) kini bekerjasama erat membangunkan sistem wakaf di seluruh negara bagi memberi kesedaran kepada masyarakat untuk melaksanakan wakaf.
"Jawhar mengelola beberapa projek pembangunan seperti pembinaan rumah anak yatim, unit rumah kedai serta kompleks perdagangan sebagai usaha memberi peluang kepada golongan kurang bernasib baik menikmati hidup yang lebih terjamin.
"Justeru, kami mengharapkan usaha ini terus berlangsung lancar," katanya.

Beliau berkata secara umumnya wakaf terbahagi kepada dua iaitu wakaf ahli (wakaf keluarga) dan wakaf khairi.

"Wakaf ahli adalah manfaat kepada ahli keluarga yang ditentukan oleh pewakaf manakala wakaf khairi adalah wakaf kebajikan).
"Wakaf khairi pula terbahagi kepada wakaf am dan wakaf khas. Wakaf am diwujudkan pewakaf bagi manfaat keseluruhan umat Islam mengikut hukum syarak. Contohnya, kemudahan atau pembangunan ekonomi umat Islam menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan berasaskan hukum syarak," katanya.

Sohaimi berkata, jika berpeluang untuk melaksanakan ibadah wakaf, individu itu perlulah menyatakan wakaf berkenaan secara wakaf am.

"Contohnya jika seseorang itu mempunyai tanah, maka tanah berkenaan untuk kebajikan umat Islam secara keseluruhannya tanpa menetapkan cadangan untuk tujuan sesuatu.

"Secara rasionalnya jika dia menetapkan untuk mewakafkan tanah berkenaan untuk membina masjid tetapi dalam kawasan terbabit sudah pun ada beberapa masjid, maka eloklah wakaf berkenaan dilakukan secara wakaf am. Jadi, tanah berkenaan boleh digunakan untuk kepentingan lain seperti membina sekolah agama, rumah anak yatim atau premis perniagaan," katanya.

Selain itu, beliau berkata Jawhar sudah melancarkan sistem elektronik e-Wakaf bagi mempercepatkan perkhidmatan jabatan berkenaan serta memperkemaskan sistem pengurusan berkaitan wakaf, zakat dan haji antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

Saturday, April 10, 2010

SEDEKAH JARIAH - KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR!


1.     Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, Anda mendapatkan hasanah.

2.     Berikan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, Anda dapat
        hasanah.

3.     Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.

4.     Bantu mendidik seorang anak.

5.     Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.

6.     Berkongsi CD Quran atau Do'a.

7.    Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.

8.    Tempatkan pendingin air di tempat umum.

9.    Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, Anda dapat
       hasanah.

10.   Hantarkan email ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal     
        diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat


KELEBIHAN AYAT-AYAT ALQURAN

1.     Surah Al Baqarah – Ayat 285 – 286 :-
        Baca sebelum tidur, terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

2.     Surah Ali ‘Imran – Ayat 1 – 3 :-
        Baca, akan tercapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin

3.     Surah Ali ‘Imran – Ayat 16 :-
       
Baca untuk memohon keampunan dari Allah swt.

4.     Surah Annisaa’ – Ayat 75 :-
        Nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

5.     Surah Al Maidah – Ayat 7 :-
        Baca 3 hari berturut-turut selamat dari was-was masa wudhu dan solat.

6.     Surah Al Maidah – Ayat 89 – 101 :-
        Baca dalam air dan beri minum pada orang yang berdusta, nescaya tidak akan bercakap  
        dusta lagi.

7.      Surah Al An’aam :-
         Baca 7 kali akan terhindar dari segala bala bencana.


8.      Surah Al An’aam – Ayat 63 – 64 :-
         Dibaca oleh penumpang kapal akan terselamat dari karam dan tenggelam

9.      Surah Al A’Raaf – Ayat 23 :-
         Baca tiap-tiap solat fardhu lalu istighfar akan terampun dosa.

10.    Surah Al A’Raaf – Ayat 47 :-
         Baca akan terpelihara dari kekacauan para penzalim dan mendapat rahmat Allah.

11.    Surah Al Anfal – Ayat 62 – 63 :-
         Nescaya akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

 12.    Surah Al Baraah :-
          Terselamat dari kemunafikan dan tercapai hakikat iman.

 13.     Surah Al Baraah – Ayat 111 :-
           Baca di kedai atau tempat berniaga, nescaya akan maju.

14.      Surah Al Baraah – Ayat 128 – 129 :-
           Baca untuk orang sukakan kita. Selalulah menghafal bacaan ini dan sekiranya pada
           seketika waktu kita terlupa membaca walaupun berulang-ulang kali masih tidak
           mengingatinya, itu menandakan ajal kita semakin hampir.

15.      Surah Yunus – Ayat 31 :-
           Baca pada wanita hamil, lahir anak dengan selamat.

16.      Surah Yunus – Ayat 64 :-
           Nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk dan mengigau.

 17.     Surah Al Hud :-
            Mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan tenteram jiwa.

 18.      Surah Al Hud – Ayat 56 :-
            Baca setiap masa akan terselamat dari gangguan manusia jahat dan binatang liar

 19.      Surah Al Hud – Ayat 112 :-
            Baca 11 sekali selepas solat 5 waktu akan mencapai ketetapan hati.

  20.     Surah Yusuf :-
            Baca dimurahkan rezeki dan diberi kemuliaan disisi Allah.

21.       Surah Yusuf – Ayat 64 :-
            Baca akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

22.       Surah Yusuf – Ayat 68 :-
           Baca nescaya Allah akan kurniakan kesolehan pada anak-anak.

23.       Surah Ar Ra’d – Ayat 13 :-
           Baca akan selamat dari petir.

24.       Surah Ar Ra’d – Ayat 28 :-
            Baca nescaya sakit jantung akan sembuh.

25.       Surah Ibrahim – Ayat 32 - 34 :-
            Baca nescaya anak-anak akan terhindar dari syirik dan bidaah.

26.       Surah Al Hijr – Ayat 97 – 99 :-
            Baca pada wanita yang selalu keguguran, nescaya kandungan akan selamat.

27.       Surah Al Isra – Ayat 45 - 46 :-
             Baca untuk pendinding diri dari kejahatan manusia.

28.       Surah Al Kahf :-
             Baca surah ini setiap malam Jumaat, dimurahkan rezeki.

29.       Surah Maryam :-
             Nescaya mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

30.       Surah Thaha :-
             Allah akan kurniakan ilmu pengetahuan dan tercapai segala maksud.

31.       Surah Thaha – Ayat 25 - 28 :-
            Baca 21 kali setiap solat Subuh, nescaya otak akan cerdas dan akal sempurna.

32.      Surah Al Anbia – Ayat 83 :-
           Baca nescaya mendapat sebesar-besar pangkat disisi Allah.

33.      Surah Al Hajj :-
           Allah akan binasakan musuh-musuhnya.

34       Surah Al Mu’Minun :-
           Baca dalam air beri minum pada orang yang minum minuman keras, nescaya           
           berhenti minum.

35.     Surah Al Mu’Minun – Ayat 28 :-
          Perahu selamat dari karam dan rumahnya akan selamat dari kecurian dan dari serangan  
          musuh

36.     Surah An Nur :-
          Baca nescaya terhindar dari mimpi-mimpi buruk.

37.     Surah An Nur – Ayat 35 :-
          Baca setiap hari Jumaat sebelum solat Asar, nescaya disegani oleh orang ramai.

38.      Surah Al Furqan :
          Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan        
          binatang liar dan ular.



39.      Surah Asy Syu’ara’ – Ayat 130 :-
           Baca 7 kali dengan senafas pada orang-orang yang digigit binatang bisa, nescaya akan
           hilang bisanya.

40.       Surah An Naml :-
            Baca nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

41.       Surah Al Ankabut :-
           
Nescaya demam sembuh dan juga terhindar dari gelisah.

42.       Surah Ar Rum :-
            Baca nescaya Allah akan binasakan orang-orang yang hendak menzaliminya.

43.       Surah Luqman :-
           
Baca nescaya terhindar dari segala penyakit-penyakit perut.

44.       Surah Luqman – Ayat 31 :-
Baca nescaya terselamat dari bencana banjir.

45.       Surah As Sajadah :-
Baca setiap malam Jumaat.

46.       Surah As Sajadah – Ayat 7 – 9 :-

Baca ke atas kanak-kanak baru lahir, nescaya terhindar dari segala penyakit rohani dan
jasmani.

47.       Surah Al Ahzab – Ayat 45 - 48 :-
Baca nescaya mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.

48.       Surah Al Ahzab – Ayat 60 - 66 :-
Baca nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

49.       Surah Saba :-
Baca nescaya terselamat dari segala bala bencana.

50.       Surah Fathir – Ayat 29 - 30 :-
Baca nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.

51.       Surah Yasin :-
Baca setiap malam Jumaat, baca 41 kali nescaya tercapai segala hajat. 21 kali, doa
istighfar untuk ibubapa akan diampunkan oleh Allah.

52.       Surah As Saffat :-
            Insyaallah akan memelihara daripada gangguan jin.

53.       Surah Shad – Ayat 42 :-
           
Nescaya mendapat kebahagiaan sejati.

54.       Surah Al Furqan :-
           
Baca 3 kali dalam air dan percikkan dalam rumah, nescaya selamat dari gangguan
            binatang liar dan ular.

55.       Surah Asy Syura – Ayat 15 :-
Memohon perlindungan dan untuk menegakkan keadilan.

56.       Surah Ad Dukhan :-
             Baca.

57.       Surah Al Waqiah :-
            
Baca setiap malam jauh dari papa. Baca 40 kali setiap hari akan dipermudahkan rezeki

58.       Surah Al Mulk :-
           
Baca setiap hari solat Isyak akan mendapat keampunan. Terlepas siksa kubur dan     
            terkeluar dari neraka masuk ke syurga.


Barangsiapa yang membaca surah YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut
" SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.


Jika boleh niatkan sebegini:


1) YA-ALLAH YA-RAHIM                               - 
Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN                                      -  Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang
                                                                            soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK                             -  Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang
                                                                            baik berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR                            -  Makbulkan hajat penghantar maklumat yang
                                                                            aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR                -  Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan
                                                                            miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD                          -   Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad
                                                                            yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM -  Makbulkanlah semua hajatku, dan
                                                                           redhaikanlah aku