Pages

Wednesday, August 5, 2015

Ayam dapat kaki palsu

Clinton, Massachusetts: Ayam betina milik seorang wanita yang menguruskan pusat penyelamat dan pemulihan ayam, akan mendapat kaki palsu bagi menggantikan kakinya yang cacat.
Pembedahan itu akan dilakukan di Sekolah Perubatan Haiwan Universiti Cummings, hari ini.
Wanita itu, Andrea Martin, dari Clinton, berkata dia mengeluarkan wang sendiri sebanyak $2,500 (RM9,500) bagi membiayai pembedahan itu.
Menurutntya, ayam itu diberi nama Cecily, dilahirkan dengan sebelah kaki yang cacat menyebabkan ia hanya boleh menggunakan sebelah kaki.
Melalui pembedahan itu, pakar bedah Emi Knafo akan memotong kaki kanan Cecily dan selepas 10 hingga 14 hari, kaki palsu akan dipasang.
Pembedahan serupa pernah dilakukan terhadap ayam jantan dan itik sebelum ini. - AP
Andrea Martin memegang Cecily yang berusia tiga bulan. - Foto oleh The Telegram & Gazette
Ayam berusia tiga bulan ini dilahirkan cacat kaki kanan yang akan dipotong untuk dipasang kaki palsu. - Foto The Telegram & Gazette
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2015 @ 5:24 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/68460#sthash.Fq5weFpQ.dpuf

Polis geledah Bahagian Operasi Khas SPRM

Putrajaya: Sepasukan polis Bukit Aman menggeledah pejabat Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Menara Prisma, Presint 3, di sini, sebentar tadi.
Operasi geledah itu dipercayai bagi mendapatkan dokumen yang ada kaitan dengan kebocoran maklumat draf pertuduhan SRC International Sdn Bhd.
Sepasukan pegawai polis dilihat memasuki pejabat BOK SPRM di aras tujuh menara berkenaan kira-kira 7 petang bagi menggeledah pejabat berkenaan sebelum beredar sejam kemudian dengan menaiki dua buah kenderaan polis jenis Proton Preve.
Terdahulu, Timbalan BOK SPRM, Datuk Tan Kang Sai turut dipanggil untuk memberi keterangan berkaitan isu sama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini, petang tadi.
Kang Sai bersama beberapa pegawai lain memberi keterangan selama hampir tiga jam kepada polis Bukit Aman sebelum beredar meninggalkan IPD Putrajaya kira-kira 7 petang.
Dalam pada itu, dua pegawai SPRM dikenali masing Pegawai BOK Tuan Roslan Tuan Mat dan Pegawai Penyiasat Rosli Hussain turut dilihat memasuki IPD Putrajaya bagi memberi keterangan sama.
Menurut sumber, Tuan Roslan dan Rosli ditahan polis ketika keterangan mereka diambil di IPD Putrajaya sebelum di bawa ke pejabat mereka di Menara Prisma.
Difahamkan, polis turut menggeledah kediaman kedua-dua pegawai SPRM itu bagi mendapatkan maklumat dan melengkapkan siasatan.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2015 @ 8:36 PM


POLIS Bukit Aman keluar selepas menggeledah pejabat Bahagian Operasi Khas (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Menara Prisma, Presint 3 Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/68471#sthash.Fd0Psr14.dpuf

Tasik Merah Jambu


TASIK Merah Jambu atau nama sebenarnya, Tasik Retba atau Lac Rose (bahasa Perancis) terletak di Semenanjung Cap Vert, 35 kilometer di timur laut Dakar di Senegal.

Ia sering menjadi tumpuan pelancong kerana keunikan warna airnya yang boleh berubah daripada ungu cair ke merah jambu.

Namun, pengunjung lebih gemar mengunjungi tasik itu apabila ia bertukar menjadi merah jambu dan jika ditinjau dari udara, warna tasik tersebut tidak ubah seperti air susu strawberi.

Menurut laporan incridiblethings.com, misteri Tasik Retba sebelum ini pernah dijelaskan oleh pakar bakteria Universiti Bath dari Britain, Michael Danson melalui kajiannya terhadap kandungan air tasik tersebut.

Katanya, warna merah jambu terhasil disebabkan bakteria yang terdapat pada garam, dikenali sebagai Dunaliella salina.

“Kumpulan organisma itu mengeluarkan pigmen merah yang diserap dan menggunakan cahaya matahari untuk menghasilkan lebih tenaga, menyebabkan air tasik bertukar menjadi merah jambu," katanya.

Keunikan Spotted Lake


SPOTTED Lake atau tasik bertompok adalah tasik air masin yang terletak di barat laut Osoyoos di British Colombia.

Tasik ini mengandungi pelbagai mineral yang berlainan. Ia mengandungi magnesium sulfat, kalsium dan natrium sulfat (antara kuantiti terbesar di dunia).

Ia juga mengandungi lapan mineral lain juga mengandungi kepekatan yang tinggi dan juga beberapa dos kecil empat mineral yang lain seperti perak dan titanium.

Menurut laporan Mail Online, kebanyakan air tasik menyejat dengan kadar yang lebih banyak di musim panas, meninggalkan semua mineral.

Tompokan atau Spots yang muncul di tasik bergantung kepada komposisi mineral yang ada pada masa itu.

Spots akan muncul dengan warna berlainan kerana mengandungi magnesium sulfat yang akan menjadi seakan-akan kristal pada musim panas.

Pada musim panas, hanya mineral dalam tasik yang akan kekal menjadi keras yang membentuk laluan semula jadi di sekitar antara kawasan tasik.

Cat gunung elak bala


CHONGQING - CHINA. Gara-gara terlalu obses dengan kepercayaan tertentu, seorang lelaki di daerah ini mengecat tebing sebuah gunung bagi mengelakkan bala.

Yang Zhigang mengecat sebahagian dinding gunung dengan warna hijau kerana percaya warna asal gunung tersebut memberi pengaruh negatif dan membawa bala kepada rumahnya.

Zhigang mengupah enam pekerja untuk mengecat dinding gunung yang bekeluasan 2000 meter persegi dan berketinggian 900 meter dan mengambil masa seminggu untuk menyudahkannya.

Hanya sebahagian daripada gunung itu yang dicat, selebihnya tidak dicat.

Pihak berkuasa tempatan sedang menyiasat untuk mengenalpasti tahap kerosakan yang diakibatkan tindakan lelaki berkenaan.

Walaubagaimanapun, Zhigang menganggap tindakannya mengecat gunung berkenaan sebagai sesuatu yang tidak menyalahi undang-undang.

"Saya rasa tebing gunung tersebut kelihatan lebih baik dan tiada yang salah mengenainya," katanya dipetik CRI.

Chien Shiung Wu: Wanita fizik pertama


Chien Shiung Wu: Wanita fizik pertama
Wu ketika bertugas di dalam makmal di Universiti Columbia pada tahun 1963.
“ADALAH memalukan apabila tidak ramai wanita menceburi bidang sains. Di China, ramai wanita terlibat dalam fizik.

Terdapat salah faham di Amerika di mana saintis wanita tidak pandai menjaga penampilan. Namun, dalam masyarakat Cina, lelaki menggalakkan wanita untuk berjaya dan pada masa sama masih kekal feminin,” – Chien Shiung Wu

Chien Shiung Wu adalah seorang ahli fizik Cina yang telah membuat sumbangan besar dalam bidang fizik nuklear.

Wu terlibat dalam Projek Manhattan, di mana beliau membantu membangunkan proses memisahkan logam uranium kepada uranium 235 dan 238 melalui resapan gas.

Selain itu, beliau terkenal kerana menjalankan eksperimen Wu sekali gus membuatkannya memenangi hadiah yang julung kali diadakan, Wolf Prize dalam Fizik pada 1978.

Kepakaran beliau dalam bidang itu membuatkannya diberi pelbagai nama samaran antaranya Chinese Marie Curie, First Lady of Physics, Madame Wu, dan Dragon Lady yang diberi oleh pejarnya di Universiti Columbia.


Kehidupan awal

Wu dilahirkan pada 31 Mei 1912 di Liu ho, China dan merupakan anak kedua daripada tiga adik-beradik. Beliau dibesarkan di sebuah bandar kecil di Taicang, kira-kira 65 kilometer dari Shanghai.

Menerima pendidikan awal di Sekolah Perempuan Ming De, dan meninggalkan kampung halaman pada tahun 1923 ketika berusia 11 tahun untuk ke Sekolah Perempuan Suzhou.

Pada tahun 1926, Wu memasuki  National Central University di Tanah Besar China. Pada tahun sama, beliau turut mengajar di Sekolah Awam di negara itu.

Antara tahun 1930 hingga 1940, Wu menyambung pengajian dalam bidang fizik di universiti sama dan bekerja sebagai pembantu di Universiti Zhejiang sebaik tamat pengajian. Beliau kemudiannya menjadi seorang penyelidik di Institut Fizik Academia Sinica.


Kehidupan di Amerika Syarikat

Sejak kecil Wu mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang fizik. Oleh itu, beliau memohon untuk belajar di universiti luar negara.

Ketika menjadi penyelidik di di Institut Fizik Academia Sinica, penyelianya Profesor Gu Jing-Wei menggalakkan Wu mengambil ijazah kedoktoran sepertinya.

Wu diterima masuk ke Universiti Michigan, dan bapa saudaranya Wu Zhou-Zhi menyediakan segala dana yang diperlukan.

Beliau memulakan pengajian di AS bersama rakan wanita Dong Ruo-Fen, seorang ahli kimia dari Taicang dan menerima PhD pada tahun 1940.


Kerjaya saintifik

Wu menyertai projek Manhattan pada awal Perang Dunia Kedua. Beliau membantu membangunkan proses untuk memperkayakan bijih uranium untuk menghasilkan bahan api untuk kegunaan bom atom.

Pada 1944, beliau menerima jawatan di Universiti Columbia dan membuat satu penyelidikan yang seterusnya diambil menjadi undang-undang asas semula jadi.
Wu juga menjalankan kajian mengenai perubahan molekul dalam ubah bentuk hemoglobin yang membawa kepada anemia sel sabit.


Pengiktirafan

Sepanjang kariernya sebagai ahli fizik, Wu banyak menerima anugerah dan penghargaan. Beliau merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai presiden Persatuan Fizikal Amerika dan menerima Cyrus B. Comstock Award of the National Medal of Sciences.

Beliau juga menerima Pingat Kebangsaan Sains pada tahun 1975 dan Pingat John Price Wetherill di Institut Franklin pada tahun 1962.

Selain itu, beliau juga adalah penerima pertama Wolf Prize dalam bidang fizik pada tahun 1978.


Persaraan

Semasa persaraannya pada tahun 1981, beliau merupakan salah seorang ahli fizik terkemuka di dunia dan menerima banyak anugerah serta pengiktirafan.

Selepas bersara, Wu mengembara dan memberi ceramah secara meluas bagi menggalakkan wanita muda untuk menceburi bidang saintifik.

Pada 16 Februari 1997, Wu meninggal dunia di New York City akibat strok ketika berusia 84 tahun.


Trivia

Bapanya, merupakan pengasas Sekolah Perempuan Ming De.

Wu berkahwin dengan Luke Chia Liu Yuan, cucu kepada Yuan Shikai, presiden Republik China pertama.

Ketika hari perkahwinannya, kedua belah keluarga tidak dapat hadir kerana tercetusnya Perang Pasifk.

Kuda di atas kuda


SEEKOR anak kuda dari North Yorkshire, England, dilahirkan dengan corak luar biasa iaitu imej seekor kuda putih yang sempurna di bahagian bahunya.

Selain imej itu, menurut laporan Mirror, Vinny atau dipanggil Da Vinci, juga mempunyai imej lain berbentuk hati di bahagian bawah badan.

Menurut pemiliknya Wendy Bulmer, ketika dia membeli ibu Vinny untuk sekolah menunggangnya, Fyling Hall Riding School, dia tidak tahu kuda itu sedang bunting.

“Kami beli Katie semasa jualan kuda untuk sekolah menunggang kami. Kami syak ia bunting selepas melihatnya semakin gemuk dari sehari ke sehari, dan pada Mei lalu Katie melahirkan seekor anak kuda yang comel.

“Kami namakan Vinny atau Da Vinci kerana corak istimewa yang terdapat di badannya. Saya tidak sabar untuk bawanya ke sekolah menunggang. Pasti kanak-kanak
di sana sukakannya,” katanya.

Jutawan tukang sapu


TIADA siapa menyangka kelibat seorang tukang sapu wanita berbaju oren di bandar Wuhan sebenarnya seorang jutawan.

Menurut media tempatan, Yu Youzhen, 50-an adalah pemilik 17 apartmen bernilai lebih 10 juta yuan (RM6.1 juta).

Tetapi apa yang mengagumkan ialah Yu melakukan sesuatu yang tidak dilakukan orang kaya lain iaitu menjadi tukang sapu jalan.

Setelah dikenal pasti oleh sebuah akhbar tempatan, Wuhan Evening Times, Yu terus menjadi inspirasi semangat bekerja kuat di China.

Dia melakukan pekerjaan itu sejak tahun 1998 dan terus mengharungi kehidupan dalam keadaan miskin dan susah.

Menurut laporan SCMP, Yu berkata, dia memilih untuk menjalani kehidupan biasa dan menjadi tukang sapu kerana mahu mendidik dan menjadi contoh kepada anak-anaknya.

Apa pun, usahanya berjaya. Anak lelakinya menjadi pemandu bas dengan pendapatan RM1,000 sebulan sementara anak perempuannya memperoleh gaji sebanyak RM1,500.

 Manakala Yu pula memperoleh pendapatan sebanyak RM550 sebulan sebagai tukang sapu.

Saintis hasilkan syampu daripada kulit udang


Syampu yang diperbuat daripada  kulit udang dapat mencegah masalah
Syampu yang diperbuat daripada kulit udang dapat mencegah masalah rambut bercabang. AGENSI
LONDON 4 Ogos – Sepasukan saintis dari Wales memperkenalkan syampu yang diperbuat daripada kulit udang yang dapat mencegah masalah rambut bercabang dan menebalkan rambut.
Penemuan itu dibuat oleh saintis dari Universiti Glyndwr di Wales yang mendapati terdapat sebatian baharu daripada hidupan berkenaan yang boleh menyelesaikan masalah berkaitan rambut.
Menurut saintis, sebatian baharu itu juga akan menjadi alternatif semulajadi untuk mendapatkan rambut yang lebih lurus dan dijangka dipasarkan dalam masa terdekat.
Dengan kos penyelidikan mencecah 1 juta pound (RM6 juta), projek itu turut menyaksikan sisa epal dari industri minuman alkohol diubah menjadi pil, lapor Daily Post yang dipetik portal Mirror.co.uk.
Pensyarah kimia koloid dan polimer Universiti Glyndwr, Pete Williams berkata, pihaknya kini menguji sebatian tersebut sebagai produk penjagaan peribadi dan rumah.
“Kulit udang sering dibuang begitu sahaja dan matlamat projek ini adalah untuk menjadikan pengeluaran produk peribadi dan produk penjagaan peribadi yang lebih mesra alam,’’ katanya.
Sementara itu, syarikat Britain, Croda yang berpangkalan di Widnes, Cheshire dijangka memulakan pengeluaran besar-besaran sebatian sisa udang itu untuk digunakan dalam syampu yang berbau busuk tersebut.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/saintis-hasilkan-syampu-daripada-kulit-udang-1.120562#sthash.uYzXajtw.dpuf