Pages

Showing posts with label larang. Show all posts
Showing posts with label larang. Show all posts

Tuesday, October 16, 2012

Sekolah Rusia larang murid perempuan Islam pakai tudung


MOSCOW 16 Okt. - Beberapa keluarga Islam tidak membenarkan anak perempuan mereka belajar di sekolah-sekolah di selatan Rusia selepas pihak sekolah melarang pemakaian tudung.
Mufti wilayah Stavropol, Muhammad-Haji Rakhimov semalam berkata, beliau menerima banyak aduan daripada beberapa keluarga yang mendakwa anak perempuan mereka tidak dibenarkan memakai tudung di sekolah.
Katanya, isu tersebut menemui gagal diselesaikan selepas ibu bapa murid dan pihak sekolah enggan mengalah, menyebabkan beberapa murid perempuan tidak hadir ke sekolah selama dua minggu.
"Ibu bapa murid perempuan tidak membenarkan anak mereka ke sekolah dan situasi itu boleh menyebabkan agensi kebajikan kanak-kanak campur tangan," jelasnya. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121016/lu_12/Sekolah-Rusia-larang-murid-perempuan-Islam-pakai-tudung#ixzz29UAtjeNj
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Monday, July 30, 2012

Dilarang berkahwin kerana berkulit hitam



WASHINGTON - Satu pasangan Mississippi berasa terkejut kerana seorang pastor di sebuah gereja menyatakan bahawa mereka tidak dapat berkahwin kerana berkulit hitam.
Pastor itu, Stan Weatherford memberitahu, saluran televisyen ABC kelmarin bahawa tiada upacara perkahwinan pasangan berkulit hitam di gereja berkenaan di Crystal Springs, Mississippi sejak ia dibuka pada 1883.
Weatherford yang berkulit putih berkata, beliau menawarkan pasangan tersebut berkahwin di gereja lain yang dikunjungi penduduk berkulit hitam.
Beberapa penduduk terkejut dengan tindakan pastor tersebut. - AFP

Sunday, September 25, 2011

Perancis larang umat Islam solat atas jalan





2011/09/18

PARIS: Perancis melarang umat Islam daripada mengerjakan solat di kawasan jalan berkuat kuasa kelmarin ketika dua tempat ibadat baru dibuka bagi menampung masalah kesesakan jemaah di Paris dan Marseille. 

Menteri Dalam Negeri, Claude Gueant berkata, pihak berkuasa tidak lagi membenarkan jemaah bersolat di tepi jalan bermula kelmarin September.
Jika masih ada lagi terus bersolat, kami akan menghentikannya, katanya.
Larangan itu berkuatkuasa serentak dengan pembukaan sebuah tempat masjid baru bagi umat Islam di utara Paris, di mana beratus-ratus orang dilaporkan terpaksa bersolat di jalan pada setiap Jumaat berikutan ruang yang terhad di dua masjid kecil berkenaan. 

Pemimpin kedua-dua masjid di daerah Goutte dOr itu bersetuju dengan pihak berkuasa Paris untuk menyewa dua berek yang terbiar selama tiga tahun. 

Masjid berkenaan akan tetap ditutup selama dua minggu bagi menggalakkan jemaah berpindah ke tempat baru, yang mampu untuk menampung lebih 2,700 orang, kata pihak berkuasa bandaraya terbabit. 

Pihak berkuasa di bandaraya kedua terbesar, Marseille di mana masjid turut mengalami masalah kebanjiran jemaah berkata bahawa mereka juga sudah menemui sebuah tempat yang lebih besar di mana jemaah boleh bersolat tanpa perlu bersesak hingga di kawasan jalan. 
Masalah bersolat di kawasan jalanan menjadi agenda tahun lalu oleh sayap kanan National Front di mana ia disifatkan sebagai fenomena sejak berdekad lamanya yang membuktikan mengenai dakwaan mereka bahawa Islam mengancam nilai-nilai sekular Perancis. 

Pemimpin National Front, Marine le Pen secara kontroversi pernah membandingkan masalah bersolat di jalanan dengan pendudukan Nazi Jerman di Paris manakala kumpulan penyokong mereka mengadakan tunjuk perasaan di jalanan membantah masalah itu di Goutte dOr. 

Kerajaan bersetuju bahawa amalan itu bertentangan dengan undang-undang yang melarang pemaparan simbol agama di kawasan awam. Agensi 

Thursday, September 15, 2011

Sekolah tegah pelajar mekap


PELAJAR, Jessica Farnworth dan Emily Stonehouse, kedua-duanya 14 tahun  mendakwa  memakai maskara dan celak sebelum larangan itu.
PELAJAR, Jessica Farnworth dan Emily Stonehouse, kedua-duanya 14 tahun mendakwa memakai maskara dan celak sebelum larangan itu.

LONDON: Sebuah sekolah yang bosan dengan pelajar yang melanggar peraturan larangan bersolek bertindak menanggalkan semua cermin di tandas.
Langkah tegas itu dilaksanakan serentak dengan pengharaman menyeluruh terhadap mekap bagi mengekang pelajar berusia 14 hingga 16 tahun daripada memenuhi tandas untuk bersolek.

Dasar tiada tolak-ansur sekolah itu terhadap perbuatan bersolek turut menyaksikan guru diberi peralatan mencuci mekap bagi memastikan pelajar mematuhi peraturan.

Pelajar perempuan di Shelley College di Huddersfield, West Yorkshire, kini diperiksa setiap hari bagi memastikan mereka tidak bersolek.

Beberapa pelajar dikatakan berang terhadap peraturan berkenaan sambil mendakwa bermekap membantu memberikan mereka keyakinan.

Bagaimanapun, Pengetua, John McNally, berkata, kebanyakan pelajar dan ibu bapa menyokong tindakan itu.


“Sudah tiba masanya anda perlu menghentikan guru daripada menghabiskan setengah jam sehari untuk bercakap kepada pelajar mengenai mekap. “Kami menanggalkan cermin kerana beberapa pelajar memasuki tandas pada waktu makan dan menghabiskan masa di situ sambil makan bekalan mereka.

“Pelajar itu menjadi taksub kepada cermin dan apabila kami menurunkannnya, masalah itu selesai. Ramai yang menerima dasar itu memandangkan sebahagian besar pelajar tidak bersolek dan mereka yang mengenakan sedikit mekap gembira kerana berhenti berbuat demikian.

“Yang membuat kecoh hanyalah lima atau enam pelajar. Mereka yang bermekap paling tebal.

“Kami mendapat banyak sokongan daripada ibu bapa. Sudah pasti ada pelajar yang cuba melanggar arahan,” kata McNally. - Agensi

Thursday, August 25, 2011

Larangan jual Seven Colour Crystal Ball



25/08/2011 3:49pm

PUTRAJAYA 25 Ogos - Kerajaan melarang pembekalan atau penjualan “seeds growing kits” yang dikenali sebagai Seven Colour Crystal Ball (SCCB) di pasaran atau barangan seumpamanya berkuat kuasa esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berhubung beberapa kes pembedahan besar melibatkan kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun, dipercayai akibat tertelan SCCB.
SCCB yang turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil serta berwarna-warni digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau sebagai hiasan dalam pasu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, sebanyak tujuh pembedahan dilakukan di HKL dan satu kes di HUKM sejak April sehingga kini dengan kes terbaru di HKL melibatkan kanak-kanak 12 bulan yang dibedah pada Selasa lepas.
Katanya, berdasarkan laporan pembedahan, HKL mendapati barangan seumpama itu boleh menyebabkan usus kanak-kanak tersumbat kerana saiznya yang kecil dan mudah ditelan. - Bernama

Wednesday, August 24, 2011

Dilarang bawa telefon bimbit seumur hidup





GLENDALE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita yang melanggar mati lelaki berusia 80 tahun ketika dia menaip mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) semasa memandu dilarang seumur hidup daripada membawa telefon bimbit di dalam keretanya, lapor sebuah akhbar semalam.
Wanita berkenaan, Ani Voskanian (gambar), 21, dijatuhi hukuman pelik itu sebagai persetujuan bersama pihak pendakwa raya untuk mengelakkan dia daripada dihukum penjara.
Voskanian mengaku menyebabkan kematian Misak Ranjbar di sini, negeri California, selepas melanggar lelaki berusia 80 tahun itu ketika dia melintas jalan pada September tahun lalu.
Pemeriksaan pada telefon bimbitnya menunjukkan dia telah menghantar mesej SMS sejurus sebelum kemalangan maut itu.
"Dalam kes ini, sebuah keluarga kehilangan ketua keluarga. Namun, satu lagi keluarga akan kehilangan anak perempuannya jika wanita itu dipenjarakan," kata seorang pegawai polis di sini, Ashraf Mankarios.
Keluarga mangsa turut bersetuju dengan hukuman tersebut malah mereka turut menulis surat sokongan kepada hakim yang mengadili perbicaraan kes berkenaan.
Voskanian juga diperintah menjelajah sekolah-sekolah di sekitar tempat dia tinggal selama 300 jam untuk bercakap mengenai bahaya menghantar SMS semasa memandu. - Agensi, kosmo

Friday, August 12, 2011

Larang pembesar suara waktu subuh

PENGERUSI Kariah Masjid Padang Menora, Hamir Mahamud menunjukkan pekeliling JHEAIPP melarang bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau ketika ditemui di Padang Menora Tasek Gelugor, semalam.
PENGERUSI Kariah Masjid Padang Menora, Hamir Mahamud menunjukkan pekeliling JHEAIPP melarang bacaan al-Quran dengan menggunakan pembesar suara daripada masjid dan surau ketika ditemui di Padang Menora Tasek Gelugor, semalam.
Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang putuskan amalan bertentangan hukum syarak

TASEK GELUGOR: Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu menghentikan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh kerana amalan itu bercanggah dengan hukum syarak dan boleh mengganggu orang lain di dalam dan luar masjid.
Arahan itu selaras dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lalu dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu dan diedarkan kepada semua jawatankuasa kariah masjid.

Saturday, May 28, 2011

Ulama Saudi gesa dilarang usaha tubuh sekolah rendah campuran lelaki perempuan


DUBAI: Para ulama konservatif di Arab Saudi menggesa Kementerian Pendidikan supaya melarang sebarang percubaan memperkenalkan sekolah rendah yang mengambil kedua-dua murid perempuan dan lelaki.

Di Arab Saudi, murid perempuan dan lelaki belajar di sekolah rendah yang berasingan.
'Kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan berkaitan mempromosikan percampuran murid berlainan jantina di sekolah atau di tempat lain menyakitkan telinga kami dan ditolak oleh mereka yang munasabah,' kata seorang ulama, Encik Mohammed bin Safar al-Asmari.Kenyataan itu dibuat selepas Menteri Pendidikan, Putera Faisal bin Abdullah al-Saud, melawat sekolah rendah murid perempuan dua minggu lalu sementara timbalan menterinya, seorang wanita, melawat sekolah rendah murid lelaki.Menurut Encik Asmari, beliau dan para ulama lain turut menolak tindakan kaum wanita di negara itu mencabar status quo, termasuk undang-undang yang melarang wanita daripada mengundi dan memandu.'Ada segolongan mereka yang cuba mengheret negara ini ke lembah penghinaan dengan mengetengahkan isu-isu wanita.'Mereka bertindak seakan kaum wanita di negara ini... hidup dalam penindasan. Sebaliknya, mereka hidup secara hormat,' katanya.Awal minggu ini, seorang aktivis wanita, Cik Manal al-Sharif, ditahan selepas memandu kereta.'Kaum ibu tidak boleh memandu kereta, jadi mereka tidak boleh menghantar anak-anak mereka ke sekolah,' kata Cik Manal.Mengulas perkembangan itu, Encik Asmari berkata:'Saya meminta (para pemimpin) berhati-hati dengan golongan ini, yang cuba menghakis keselamatan negara dan membawa kemusnahan kepada kita semua melalui kenyataan dan idea mereka.'Raja Abdullah, yang mengambil alih takhta pada 2005 disifatkan sebagai seorang pemimpin yang terbuka kepada pembaharuan dan telah memperkenalkan beberapa perubahan.Ini termasuk menubuhkan sebuah universiti yang terletak berdekatan Jeddah, yang mengambil kedua-dua mahasiswa lelaki dan perempuan, pada 2009.Pada Mac lalu, bagi mengurangkan ketegangan sosial, beliau memperkenalkan pakej bernilai AS$130 bilion ($160 bilion) bagi mewujudkan pekerjaan. -- Reuters.Cyberita Online Luar Negara

Sunday, May 1, 2011

Setelah Perancis, Belgium latah larang purdah

BRUSSEL (Arrahmah.com) - Khamis (28/4/2011) malam parlimen Belgium hampir menyetujui rancangan undang-undang pelarangan burqa dan niqab itu. Setahun lalu, Belgium hampir saja menjadi negara pertama yang memberlakukan larangan burka, namun jatuhnya pemerintahan menghalangi hal itu. Selain itu parlimen juga telah memberi lampu hijau bagi larangan burqa, tapi usulan itu tidak tembus ke senat.

Resminya, larangan itu diperuntukkan bagi ‘busana yang menutupi seluruh dan sebagian besar wajah’. Siapa yang tertangkap mengenakan burqa atau niqab dapat dikenakan denda atau hukuman penjara sampai tujuh hari.
Larangan cadar juga diberlakukan di Perancis. Wartawan Perancis dan juga sutradara film Naima Bouteldja menilai larang cadar tersebut pada dasarnya sebagai langkah Presiden Nicolas Sarkozy untuk mempromosikan undang-undang anti-Islam. Langkah itu, menurut Bouteldja, bertujuan untuk meraih dukungan dari Front Nasional Perancis untuk maju kembali dalam pemilu mendatang.
“Saya pikir Sarkozy mungkin mengira ia akan memperoleh kembali suara dari beberapa pendukung Front Nasional. Dan saya kira dia tidak peduli sama sekali tentang burka,” tuturnya saat diwawancarai Press TV, Rabu (27/4).
“Maksud saya adalah tentang minoriti yang sangat kecil di Perancis. Tidak ada yang bertanya kepada mereka apa yang mereka pikirkan, bahkan organisasi-organisasi progresif dan Sarkozy pada dasarnya hanya berusaha untuk mendapatkan kembali dukungan,” sambung Bouteldja lagi.
Di Perancis, larangan burqa bisa diartikan sebagai sebuah anti-Muslim yang dilakukan oleh politisi anti-progresif. “Saat ini jilbab dilarang di sekolah dan sekarang burqa dilarang di mana-mana. Dan ada seruan agar jilbab juga dilarang di tempat umum, sehingga orang seperti saya tidak akan bisa ke tempat-tempat seperti dokter atau kantor pos,” tutur Bouteldja.
Pada 11 April 2011, Perancis menjadi negara pertama di Eropa yang menerapkan larangan mengenakan penutup wajah penuh, termasuk burqa Islam.
Aturan tersebut langsung diikuti oleh penangkapan hampir 60 perempuan yang menentang larangan tersebut dengan berjalan di luar Katedral Notre Dame di Paris. Pelanggar undang-undang itu akan dikenakan sanksi berupa denda sebesar 217 dolar Amerika Serikat dan kerja sosial. (rasularasy/arrahmah.com)
Setelah Perancis, Belgia latah larang cadar! - Arrahmah.com

Terus bangkitkan kemarahan ummat, setelah niqab Perancis merancang larang sholat berjamaah



PERANCIS (Arrahmah.com) – Menteri Dalam Negeri Perancis, Claude Guéant, yang dikenal sebagai salah satu politisi think-tank politik anti-Islam, menetapkan peraturan baru melarang pelaksanaan shalat jamaah di pinggir jalan.

IRNA melaporkan, koran Le Parisien dalam hal ini menulis, Guéant mengatakan, ‘Kami tengah mencari cara untuk melarang penunaian shalat berjamaah di pinggir jalan.’
Mendagri Perancis mengemukakan pernyataan itu di saat penunaian shalat berjamaah di pinggir jalan, sangat jarang terjadi, dan biasanya hanya dilakukan di wilayah-wilayah yang memiliki fasilitas sangat terbatas atau batasan yang dilakukan pemerintah. Selain itu, warga Muslim Perancis juga menunaikan shalat berjamaah itu tanpa mengganggu orang lain.
Menjawab pertanyaan soal sedikitnya jumlah masjid di Perancis, Guéant mengatakan, di Perancis dapat dibangun masjid yang lebih banyak. Namun Guéant tidak memberikan keterangan lebih rinci bagaimana masjid-masjid tersebut dapat dibangun.
Di kota Nice misalnya, hanya terdapat dua masjid, dan warga Muslim di kota itu harus menempuh jalan jauh untuk pergi ke masjid. Namun kedua masjid itu tidak mampu menampung seluruh warga Muslim yang hendak menunaikan shalat berjamaah.
Terkait implementasi larangan shalat berjamaah di tepi jalan, Guéant menjelaskan, ‘Harus ada cara untuk menghentikan shalat berjamaah di tepi jalan, dan saya secara pribadi memprioritaskan penggunaan ‘kekuatan’ dalam menjalankan ketentuan tersebut.
Guéant hingga kini telah berulangkali menarget ummat Islam, termasuk penilaiannya terhadap peningkatan jumlah warga Perancis yang memeluk agama Islam. Kondisi ini menurut Guéant sangat disayangkan dan akan menjadi kendala serius bagi Perancis.
Beginilah wajah ketakutan musuh-musuh Islam dalam merespon perkembangan Islam yang tak dapat dihentikan. (rasularasy/arrahmah.com)
Terus bangkitkan kemarahan ummat, setelah niqab Perancis berencana larang sholat berjamaah - Arrahmah.com

Thursday, December 16, 2010

Tokyo larang manga, anime seks melampau


TOKYO - Dewan Perhimpunan Metropolitan Tokyo semalam meluluskan pindaan rang undang-undang mengehadkan penjualan komik manga dan filem-filem anime yang memiliki gambaran berlebihan mengenai kejadian rogol, sumbang mahram dan jenayah-jenayah seksual lain.
Undang-undang tersebut melarang penduduk yang berusia bawah 18 tahun membeli atau menyewa material mengandungi perlakuan seksual yang tidak sepatutnya itu.
Undang-undang itu dicadangkan oleh Gabenor Tokyo, Shintaro Ishihara.
Beliau meminta agar industri menguatkuasakan sendiri larangan tersebut.
Penerbit dan penjual yang melanggar peraturan serta tidak mengendahkan amaran daripada pihak berkuasa akan dikenakan denda sehingga 300,000 yen (RM11,242). - AFP

Tuesday, October 19, 2010

Wartawan asing dilarang memasuki Myanmar




2010/10/19

NAYPYITAW: Wartawan asing tidak dibenarkan memasuki Myanmar untuk membuat liputan pilihan raya pertama negara itu dalam tempoh 20 tahun kata pegawai, merujuk sekatan terbaru pilihan raya yang dikritik banyak pihak sebagai satu penipuan. 

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Thein Soe, berkata pihaknya tidak melihat keperluan mengeluarkan visa kepada wartawan asing kerana ada ramai wartawan tempatan yang bekerja dengan media asing. Beliau juga menegaskan sekali lagi bahawa pemerhati luar tidak diperlukan untuk memantau pilihan raya.Kerajaan junta sebelum ini menyifatkan pilihan raya itu sebagai langkah penting ke arah demokrasi selepas pemerintahan tentera selama lima dekad.Pengkritik berkata peraturan kempen yang keras, tekanan ke atas parti pembangkang dan pelbagai sekatan lain dikenakan bagi memastikan tentera dapat meneruskan pemerintahan selepas pilihan raya. 

“Wakil di Yangon yang bekerja dengan media asing boleh membuat liputan pilihan raya tetapi tiada wartawan asing dibenarkan,” kata Thein Soe kepada diplomat dan wakil media Myanmar, dalam taklimat pilihan raya yang diadakan di Naypyitaw. 
Hanya 25 ‘wakil media asing’ berdaftar di Myanmar. – AP http://www.bharian.com.my

Larang guru hamil elak jejas prestasi




2010/10/19

MANAMA: Pengetua sebuah sekolah bebas di Qatar dilaporkan meminta guru wanita supaya tidak hamil bagi mengelak kesan negatif yang boleh menjejaskan prestasi kerja kakitangan terbabit. 

Sekolah berkenaan dinaikkan taraf tahun ini dari separa bebas kepada sekolah bebas sepenuhnya, status yang memerlukan ia memperoleh keputusan cemerlang di bawah satu rancangan rasmi bertujuan meningkatkan standard pendidikan negara itu.Berdasarkan laporan akhbar The Peninsula, pengetua berkenaan memberitahu kakitangan beliau enggan menerima permohonan baru dari guru hamil walaupun mereka pernah bekerja di sekolah terbabit sebelum ini.“Saya tidak akan merekrut wanita hamil sebagai guru,” katanya yang dilaporkan memberitahu kakitangan sekolah berkenaan. 

Malah beliau juga meminta guru yang berkahwin supaya tidak hamil bagi memastikan prestasi kerja mereka tidak akan terjejas, lapor harian berkenaan. – Agensi 
http://www.bharian.com.my

Tuesday, July 6, 2010

Larang bawa makanan masuk Masjidil Haram

JEDDAH: Pengarah Hal Ehwal Masjidil Haram, Talal ibn Saleh Al-Thaqafi meminta jemaah supaya tidak membawa makanan, minuman dan bahan pakai buang ke dalam masjid bagi memelihara kesucian tempat ibadah berkenaan.
Beliau juga meminta jemaah memberi kerjasama kepada pengawal yang bertugas di pintu masuk dan mematuhi peraturan supaya masjid kekal bersih untuk keselesaan jemaah. “Jemaah hanya dibenarkan membawa masuk sejumlah kecil kurma dan kopi Arab ke dalam Masjidil Haram,” jelas Talal kepada Arab News, semalam.
Beliau memberitahu beg juga tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam masjid yang mempuinyai 176 pintu itu.

Kerusi roda untuk orang kurang upaya dibenarkan.

Sebelum ini, Talal mengadakan beberapa mesyuarat dengan kakitangannya bagi membincangkan persediaan menghadapi jumlah jemaah umrah yang dijangka bertambah pada musim panas dan Ramadan ini. - Agensi