Pages

Showing posts with label orang utan. Show all posts
Showing posts with label orang utan. Show all posts

Thursday, August 30, 2012

Orang utan melecur terbakar




ORANG utan jantan ini cedera selepas terjatuh ke atas tanah yang mempunyai unggun api.


PONTIANAK - Beberapa penduduk kampung yang cuba mengusir seekor orang utan keluar daripada sebatang pohon rambutan telah membakar haiwan tersebut secara tidak sengaja.
Menurut akhbar MailOnline kelmarin, orang utan jantan itu bersarang di atas pokok berkenaan setelah habitat asal haiwan berkenaan diganggu oleh manusia.
Insiden itu berlaku di kampung Lower Wajok, Kalimantan Barat.
Bimbang rambutan mereka akan habis dimakan, beberapa penduduk kampung cuba mengusir orang utan itu dengan membuat unggun api di pangkal pokok tersebut.
Api itu dipadamkan kemudian tetapi orang utan berkenaan jatuh ke tanah dan cedera.
"Selama 60 tahun saya tinggal di kampung ini, ini kali pertama peristiwa seperti ini berlaku," kata seorang penduduk kampung berusia 60 tahun, Ali Zakaria.
Mengulas kejadian pada Ahad lalu, Ketua Pusat Sumber Konservasi Alam Semulajadi (BKSDAS) di Kalimantan Barat, Niken wuri Handayani berkata, beberapa petugas agensinya dipanggil untuk merawat tetamu tidak diundang itu.
"Orang utan ini diberikan rawatan dan akan sembuh beberapa hari lagi sebelum dibebaskan semula ke rimba," kata Niken.
"Orang utan bukan spesies haiwan peliharaan," tambahnya
Menurut pegawai berkenaan, penduduk kampung telah dididik untuk tidak mencederakan orang utan dan menghubungi mereka jika haiwan itu menceroboh kampung.
Ujarnya, BKSDAS bertanggungjawab memantau sekitar 4,500 hingga 5,000 ekor orang utan yang hidup di Kalimantan Barat. - Agensi

Monday, August 1, 2011

Berat Orang Utan paling gemuk berkurangan


BENTUK badan Orang Utan paling gemuk di Britain sebelum beratnya berkurangan 20 kilogram.
KANAN: Orang Utan paling gemuk di Britain yang kini kehilangan berat badan 20 kilogram


DORSET - Berat Orang Utan betina paling berat di Britain berkurangan sebanyak 20 kilogram (kg) selepas haiwan itu diberikan diet buah-buahan, sayur-sayuran dan senaman, lapor sebuah akhbar semalam.
Haiwan itu yang diberi nama Oshine mempunyai berat 100kg semasa ia tiba di Taman Dunia Monyet di sini pada tahun lalu.
Orang Utan itu gemuk kerana dia diberikan makan manisan dan gula-gula semasa dijadikan haiwan peliharaan di Afrika Selatan selama 13 tahun.

"Oshine masih perlu mengurangkan berat badan sebanyak 20kg hingga 30kg," kata pengarah taman itu, Alison Cronin. - Agensi

Tuesday, December 21, 2010

Orang utan diberi layanan kelas pertama


SEEKOR orang utan duduk di kelas pertama sebuah feri dari Sepanyol ke Dorset, Britain baru-baru ini.





LONDON - Seekor orang utan berusia 11 bulan yang diberi nama Silvestre diberi layanan istimewa apabila ia dibenarkan duduk di kelas pertama dalam perjalanan feri dari Sepanyol ke Dorset, lapor sebuah akhbar baru-baru ini.
Haiwan itu dibawa ke Pusat Menyelamat Mawas Dunia dekat Wareham di Dorset dari Zoo Santillana di Sepanyol selepas ibunya meminggirkannya selepas ia dilahirkan.
Perpindahan haiwan itu diiringi oleh beberapa kakitangan zoo tersebut. - Agensi
kosmo