Pages

Showing posts with label asmara. Show all posts
Showing posts with label asmara. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Berasmara di bilik mandi masjid

Tandas
KOTA BHARU - Hasrat sepasang kekasih untuk melampiaskan gelora nafsu serakah mereka di dalam bilik mandi sebuah masjid di sini kelmarin tidak kesampaian apabila dicekup oleh penduduk kampung.
Perbuatan terkutuk pasangan belasan tahun tersebut untuk memadu asmara berjaya dikesan oleh jemaah sebuah masjid di Kampung Pasir Tumboh, dekat sini setelah menyedari terdapat motosikal diletakkan di pekarangan kawasan tersebut.
Seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Pok Cik Ya berusia 60-an memberi­tahu, kira-kira jam 4.20 petang dia melihat terdapat seorang remaja perempuan yang ber­baju kurung memasuki bilik mandi bersebelahan dengan tandas wanita.
Menurutnya, sejurus itu terdapat seorang lelaki memasuki bilik sama dan dia terus memaklumkan kepada jemaah masjid yang bersiap sedia untuk mengerjakan solat Asar berhubung kelakuan mencurigakan itu.
“Selepas beberapa minit berada di dalam bilik mandi, sekumpulan jemaah bertindak mengetuk pintu tetapi pasangan terbabit enggan membukanya.
“Beberapa minit kemudian pasangan terbabit membuka pintu tersebut dan remaja lelaki tadi keluar lalu melarikan diri, dengan meninggalkan teman wanitanya yang kemudiannya menyusul keluar dengan berpakaian lengkap,” katanya ketika ditemui di masjid tersebut semalam.
Bagaimanapun katanya, lelaki terbabit yang cuba melarikan diri dari masjid itu berjaya ditahan semula oleh penduduk kampung kira-kira 200 meter dari masjid tersebut.
”Dengan kerjasama penduduk kampung dan jemaah masjid berkenaan, kita menahan pasangan terbabit dan pada masa sama kita menghubungi keluarga masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya.
Dia berkata, sejurus kemudian, keluarga pasangan terbabit datang ke tempat kejadian untuk berbincang sebelum membawa pulang ke rumah masing-masing.
Katanya, pasangan terbabit dipercayai bukan penduduk di kawasan berkenaan tetapi perbuatan keji itu mengejut jemaah masjid dan penduduk kampung apabila terserempak mereka melakukan perbuatan maksiat di dalam bilik mandi yang terletak di dalam kawasan masjid.
Menurutnya, kelakuan pasangan terbabit telah mengaibkan orang Islam kerana menggunakan kawasan masjid melakukan maksiat dan remaja sekarang sudah tidak mempunyai perasaan malu serta takut untuk melakukan perbuatan terkutuk di masjid.
Katanya, sepanjang tinggal di kampung ini, tidak pernah berlaku kejadian seperti ini dan penduduk terkejut apabila ia dilakukan penduduk bukan tempatan.
Berasmara di bilik mandi masjid - Nasional - Sinar Harian:

'via Blog this'

Sunday, September 4, 2011

Pasangan nyaris maut ketika berasmara


KERETA dinaiki Qiao Hou dan kekasihnya merempuh penghadang tempat letak kereta di sebuah bangunan di Changsa baru-baru ini.

CHANGSA – Satu pasangan yang berasmara dalam sebuah kereta nyaris maut kerana mereka tidak mematikan enjin kereta, lapor sebuah akhbar semalam.
Pasangan itu pada mulanya berasmara dalam kereta yang diletakkan di tempat letak kereta di atas bumbung sebuah bangunan di sini, selatan China baru-baru ini.
Mereka tidak mematikan enjin kerana mahu menikmati hawa dingin ketika berasmara.
Namun, si lelaki, Qiao Hou tertolak gear menyebabkan kereta berkenaan mengundur dan merempuh penghadang tempat letak kereta.
Kereta itu tidak terjatuh sebaliknya bahagian belakang kenderaan tersebut tergantung pada ketinggian 18.28 meter.
Kekasih Hou menjerit menyebabkan beberapa orang bergegas membantu mereka keluar dari kenderaan itu.
– Agensi

Tuesday, November 23, 2010

Guru penjara berasmara dengan banduan





WARWICKSHIRE - Seorang guru wanita di sebuah penjara di sini digantung perkhidmatan selepas dia didapati merakamkan video seks yang menunjukkannya berasmara dengan seorang pembunuh di dalam penjara Rye Hill, Warwick, lapor sebuah akhbar semalam.
Guru itu, Beverley Van-de-Velde (gambar), 59, merakamkan aksinya bersama seorang banduan yang juga merupakan seorang pembunuh, Richard Francis, 29, di dalam sebuah bilik kakitangan yang mempunyai kawalan keselamatan tinggi.
Beberapa pegawai penjara itu menemui rakaman cakera video digital (DVD) itu yang berdurasi 17 minit selain beratus-ratus surat cinta yang ditulis guru wanita berkenaan kepada Francis.
Namun, Van-de-Velde yang menafikan hubungan tersebut telah dipindah dari penjara Hill Rye, Warwick pada 3 November lalu.
Kekasihnya itu merupakan ketua sebuah kumpulan gengster yang dihukum penjara selama 13 tahun kerana membunuh pada 2002 selepas dia menikam seorang musuhnya di dada pada sambutan tahun baru di Croydon, London Barat.
Guru itu mula menyintai Francis semasa dia mengajarnya kursus kajian media dua tahun lalu.
Tugas Van-de-Velde kini digantung oleh pihak penjara dan majikannya, Kolej Manchester City. - Agensi

Wednesday, November 17, 2010

Mangsa Merapi perlukan ‘kamar asmara’

JAKARTA: Selepas beberapa minggu hidup bersesak-sesak di pusat perlindungan sementara dengan bekalan dan minuman yang mencukupi, mangsa letupan Gunung Merapi kini amat memerlukan ‘kamar asmara.’
“Jika ada kamar asmara mungkin bagus,” kata pengantin baru, Ari Margareta, 18, kepada wartawan akhbar Republika.

Dia adalah antara ratusan ribu penduduk sekitar Merapi yang terpaksa tinggal di pusat perlindungan sementara, termasuk di sebuah stadium di Yogyakarta sejak Merapi meletup akhir Oktober lalu.

Kesesakan di pusat perlindungan sementara itu tidak memungkinkan mereka memenuhi tuntutan fitrah semula jadi manusia.

Pentadbir di bandar Yogyakarta masih memikirkan sama ada mahu membina ‘kamar asmara’, konsep yang pernah diketengahkan ketika daerah itu dilanda gempa bumi besar pada 2006. Petugas kumpulan sukarelawan tempatan yang membantu penduduk menangani trauma kejadian melalui pemulihan psikologi, Insan Nurrohman berkata, selain menyediakan bantuan makanan dan pakaian, ruang peribadi juga adalah keperluan asas yang perlu disediakan untuk mangsa yang sudah berkahwin.

Katanya, ia boleh dibina dalam bentuk khemah atau pondok kayu. Insan berkata, pengalaman selepas gempa bumi pada 2006 menunjukkan kamar berkenaan adalah selamat dan tidak menimbulkan masalah sosial. “Ada jadual dan tempoh masa yang ditetapkan untuk orang menggunakannya,” kata Insan.

Menurutnya, sesetengah penduduk berasa malu untuk meminta keperluan itu. - Agensi