Pages

Showing posts with label lucah. Show all posts
Showing posts with label lucah. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

Guru didakwa edar gambar lucah


15 Mac 2012
KUALA LUMPUR- Seorang guru bahasa Inggeris mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang di sini atas pertuduhan mengedar gambar lucah kepada seorang remaja, dua tahun lepas.

C. Shanmuga, 32, didakwa mengedar gambar lucah kepada seorang remaja perempuan berumur 18 di Jalan GU 3/10, Taman Garing Utama, Rawang di sini antara 21 April hingga 27 April, 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 293 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

 Majistret Mohd Isa Nor membenarkan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Mei 2012 sebagai tarikh sebutan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya S. Arunjothy manakala Shanmuga diwakili JRV. Ramjahen dan S. Satheesan.- Bernama

Tuesday, January 31, 2012

Kanak-kanak guna telefon bimbit tonton bahan lucah meningkat

LONDON: Ibu bapa diingatkan supaya mengawasi anak mereka dalam mengguna telefon bimbit pintar selepas kajian terbaru menunjukkan sebahagian besar mereka menggunakannya untuk mengakses gambar dan video lucah.

Hanya 13 peratus kanak-kanak itu dilengkapi dengan ciri pengawasan pada telefon masing-masing, menurut laporan yang dikeluarkan semalam.


Angka itu jauh berbanding dengan yang dipasang pada komputer dan komputer riba di rumah sementara 84 peratus komputer kanak-kanak mempunyai perisian anti-virus.

Kajian itu yang dilakukan oleh YouGov menyelidik tingkah laku web telefon bimbit kanak-kanak berusia lapan hingga 15 tahun.


Ia mendapati, seorang daripada lima atau 21 peratus kanak-kanak pernah mengakses laman web tidak sesuai menerusi telefon bimbit mereka, meningkat sepertiga di kalangan mereka yang berusia 14 hingga 15 tahun.


Sama ada mereka tidak sengaja menemui laman web yang tidak sesuai itu, ramai kanak-kanak dikatakan membaca atau melihat perkara yang mereka tahu hanya untuk orang dewasa.


Kajian itu juga menunjukkan ramai kanak-kanak turut mengaku berdepan dengan tindakan ibu bapa dan guru mereka kerana mengakses laman web yang sepatutnya mereka tidak layari menerusi telefon bimbit mereka. - DM

Thursday, September 15, 2011

Guru mengaku salah hantar SMS berbaur seks



KATHRYN ROACH


BOLTON, Britain - Seorang guru pendidikan agama Kristian, Kathryn Roach mengaku salah menghantar teks khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur lucah kepada seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun dengan tujuan untuk mengumpannya supaya dia melakukan hubungan seks.
Roach, 24, menjadikan pelajarnya itu sebagai sasaran selepas mangsa dan beberapa pelajar lain mendapatkan telefon bimbit milik Roach untuk mencatatkan nombor telefon masing-masing.
Menurut keterangan di mahkamah, guru wanita itu kemudian menghantar beberapa mesej berbaur lucah kepada mangsa untuk mengumpannya supaya dia melakukan hubungan seks.
Polis menangkap Roach selepas laporan berhubung perbuatan tersebut dibuat kepada pihak berkuasa.
Dia kemudian dipecat dari sekolah tersebut.
Wanita itu yang dihadapkan di Mahkamah Diraja Bolton di sini baru-baru ini diperintahkan supaya mendaftar sebagai pesalah seks.
Dia kemungkinan berdepan hukuman penjara yang akan diputuskan kemudian. - Agensi

Monday, August 8, 2011

Melucah dalam kokpit

HONG KONG: Syarikat penerbangan Cathay Pacific semalam berkata, mereka menjalankan “siasatan penuh” ke atas penyebaran sejumlah gambar didakwa menunjukkan seorang kru melakukan seks oral terhadap juruterbang di udara.
Jurucakap Cathay Pacific berkata, setakat ini syarikat penerbangan Hong Kong itu mendapati ada kemungkinan pramugari yang dipaparkan dalam gambar berkenaan adalah kru kabin mereka.

“Siasatan masih diteruskan dan kami tiada sebarang komen lanjut setakat ini,” katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas beberapa media tempatan menyiarkan beberapa gambar menunjukkan seorang wanita berpakaian merah seperti seragam Cathay Pacific melakukan seks oral ke atas seorang lelaki.

Lelaki terbabit didakwa juruterbang syarikat berkenaan, tetapi melalui gambar itu, dia kelihatan tidak memakai pakaian seragam juruterbang.

Jurucakap Cathay Pacific berkata, tiada bukti menunjukkan aksi lucah itu berlaku dalam penerbangan.


“Kami juga mendapati tiada sebab untuk percaya bahawa aspek keselamatan diabaikan ketika itu,” katanya.

Dalam komen berasingan kepada akhbar South China Morning Post, seorang jurucakap Cathay Pacific berkata, satu daripada gambar berkenaan diambil dalam ruang kokpit pesawat mereka.
“Tidak dapat dipastikan sama ada ia berlaku ketika pesawat di udara atau bukan,” katanya. Laporan menyatakan, gambar itu didakwa tersebar luas di ruangan forum Internet untuk juruterbang.

Sumber berkata, individu yang dirakam dalam aksi lucah itu sebenarnya pasangan kekasih.

Akhbar Apple Daily pula melaporkan, juruterbang itu- seorang warga asing - mengemukakan saman kepada akhbar dengan mendakwa gambar berkenaan dicuri dari komputer peribadinya.

Dia juga mendakwa membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan. - AFPhmetro

Sunday, July 31, 2011

Pelakon kerdil tunjuk kemaluan


LEICESTER: Pelakon kerdil yang turut membintangi filem Harry Potter dan Star Wars dikenakan hukuman penjara tertangguh selama 20 minggu selepas didapati bersalah menunjukkan kemaluannya kepada seorang pelajar perempuan dalam sebuah kereta api.
Nicholas Read, melakukan perbuatan tidak senonoh itu ketika duduk di sebelah pelajar terbabit tahun lalu. - Agensi
http://www.hmetro.com.my

Friday, June 17, 2011

Wakil rakyat AS letak jawatan




GAMBAR yang disiarkan oleh laman hiburan TMZ baru-baru ini menunjukkan salah satu foto Anthony Weiner yang hanya memakai tuala.


WASHINGTON - Wakil rakyat Amerika Syarikat (AS), Anthony Weiner semalam meletakkan jawatan selepas dia berkeras enggan melakukannya setelah skandal penyiaran gambar tidak senonoh yang dihantarnya kepada beberapa wanita disiarkan media.
Weiner yang mewakili sebahagian penduduk di bandar raya New York sebelum ini didesak oleh anggota-anggota parti Demokrat yang disertainya supaya meletakkan jawatan.
Presiden AS, Barack Obama pada minggu lalu menyatakan akan meletakkan jawatan jika beliau adalah Weiner ekoran skandal tersebut.
Obama juga merupakan anggota parti Demokrat yang disertai Weiner.
Weiner sebelum ini mengaku menghantar gambar yang menunjukkan beliau memakai seluar dalam kepada seorang wanita dan berkomunikasi seks dengan beberapa wanita lain.
Beliau membuat pengakuan itu pada satu sidang akhbar baru-baru ini selepas menafikan melakukan perbuatan tersebut.
Weiner yang berusia 46 tahun mendirikan rumah tangga dengan Huma Abdein, 35, yang merupakan pembantu Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton.
Wakil rakyat itu dikatakan membuat keputusan untuk meletakkan jawatan selepas berbincang dengan isterinya yang pulang dari lawatan ke luar negara pada Selasa lepas, lapor akhbar New York Post.
Keputusan untuk meletakkan jawatan itu juga dibuat selepas seorang bekas pelakon filem lucah, Ginger Lee pada Rabu lalu menyatakan Weiner meminta dia berbohong berhubung skandal komunikasi dengan wakil rakyat itu menerusi e-mel dan Twitter.
Pelakon lucah itu memberitahu bahawa Weiner mengambil kesempatan untuk berbual mengenai seks dengannya semasa mereka berkomunikasi. - Agensi

Sunday, June 12, 2011

Hanggat !! Trio Datok T dipenjara 3 tahun .....?





Nah !!..bukti berita yang membuat rakyat semakin meluat dengan Kerajaan UmPROno. Bukan apa Mamat mangkok hayun ( gambar) dalam masa tiga hari kes beliau beres dan terus dijatuhkan hukuman pejara 3 tahun kerana tayang video lucah . Memang cekap , memang telus memang ekfisen .

Satu persoalan menarik disini adakah Mamat Mankok hayun ini tersilap pemikiran atau percaturan ? mungkin beliau rasa perbuatan nya mungkin x bersalah kerana ia merasakan penayangan video lucah tidak salah disisi undang2 Msia, kerana ada penayangan secara terbuka di Carcosa Seri Negara . Jadi Mamat ini merasakan perbuatanya munkin betul dan halal .

Tetapi Percaturan Mamat ini tersilap mungkin dia lupa bahawa dia bukan Ahli BN serta mempunyai imuniti seperi Trio Datuk T . Maka padahnya dalam masa tiga hari kes beliau selesai dan di sumbat ke Penjara selama 3 tahun .

Tetapi yang menarik kita disini kes yang hangat dan terlampau sekarang dalam negara yang berkait dgn Trio The Three stogges .

Hingga kini Polis buntu untuk menangkap dan mendakwa Trio ini yang secara terang menayang video lucah . isu bertambak kronik bila video yang dikata hanya ada satu salinan origanal oleh Trio Three Stogges ini telah dimuat naik dalam internet dan di sebar kepada orang awam secara percuma .

Persoalan menarik juga disini seperti ada kes terpilih dan seperti antara dua darjat antara Mamat Mankok Hayun dengan Trio Three Stogges kenapa ?

Jawapanya memang haram jadah , meluat dan haprak. Aku pun tak faham , cuma yang aku nampak intergeriti polis Malaysia hancuss. Aku respek dgn Polis Diraja Msia kerana cekap menyelesaikan kes besar seperti Rompak , Rogol Bunuh dan lain lagi . Tapi bila kena kes Trio Three Stogges ini Polis seperti buntu atau semacam dah terkena Bomoh hingga tak tau nak buat apa sehingga tak nampak pertunjuk untuk menyelesaikan kes yang terhangat dan terlampau ini.

isu disini anda boleh lihatlah kenapa malangnya Mamat Mankok Hayon ini dan alang bahagia nya Trio Datuk T. dan inilah iklim polik M'sia macam sial.
Batu vs Kayu: Hanggat !! Trio Datok T dipenjara 3 tahun .....?:

Saturday, June 11, 2011

Pemandu bas tayang video lucah kena tiga tahun


P Kanapathy
P Kanapathy

AYER KEROH: Pemandu bas ekspres yang menayangkan video lucah kepada seorang penumpang wanita ketika bas itu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur, Isnin lalu, semalam dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan akan sekali lagi dibawa ke mahkamah 13 Julai depan untuk perbicaraan kes cuba merogol wanita sama.

P Kanapathy, 38, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah di depan Hakim Mahkamah Sesyen, Zaharah Hussain sambil menyatakan tahu perbuatannya itu salah, sekali gus merayu hukuman ringan kerana terpaksa menanggung isteri dan empat anak berusia antara empat hingga lapan tahun.
Dia yang tidak diwakili peguam dituduh mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dengan sengaja melakukan perbuatan itu bertujuan menawar atau cuba melakukan perbuatan yang menjadi kesalahan terhadap wanita berkenaan, Ni Ketut Remi, 32, pada jam 8.15 malam, 6 Jun lalu.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan, cuba merogol mangsa dalam bas dan hari sama kira-kira jam 10.45 malam. Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Lelaki berkenaan ditahan dua anggota polis yang terdengar jeritan seorang wanita dari dalam sebuah bas yang ditinggalkan dalam keadaan enjin tidak dimatikan di tepi jalan berhampiran kawasan ladang di Jalan Bukit Kajang, Jasin, Isnin lalu.

Mengikut fakta kes, Kanapathy pada awalnya mengambil tiga penumpang termasuk dua lelaki lain menaiki bas ekspres dipandunya dari Terminal Bersepadu Tasik Selatan, Kuala Lumpur kira-kira jam 7.45 malam, tetapi selepas 30 minit perjalanan, dia mengarahkan dua lelaki itu turun dengan alasan mereka tersilap bas.

Dia kemudian mengarahkan penumpang wanita berkenaan duduk di kerusi sebelah pemandu tetapi mangsa enggan sebelum tertuduh memasang VCD dalam bas tanpa menghiraukan teguran mangsa. Berita Harian Online | Pemandu bas tayang video lucah kena tiga tahun

Dipenjara tiga tahun


MELAKA: Gara-gara menayangkan video lucah kepada seorang wanita warga asing yang juga penumpang bas yang dipandunya, seorang bapa empat anak dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Hakim Zaharah Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap pemandu bas, P Kanapathy, 38, dan memerintahkan ia berjalan mulai semalam.

Terdahulu, tertuduh meminta mahkamah supaya meringankan hukuman dengan alasan mempunyai empat anak berusia antara empat hingga lapan tahun apabila tiga daripadanya masih bersekolah, manakala isterinya tidak bekerja.
Tertuduh turut mengakui tindakan menayangkan video lucah adalah satu kesalahan apabila soalan mengenainya diaju Zaharah terhadapnya.

“Kalau isteri awak menaiki bas dan pemandu melakukan tindakan sama seperti apa yang awak lakukan terhadap mangsa, adakah awak mahu? Bermakna tindakan awak juga salah,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Akmalhana Mohammed meminta hukuman maksimum dikenakan terhadap tertuduh kerana cuba mengambil kesempatan terhadap mangsa pada waktu malam dan tindakan itu mengundang pelbagai perkara buruk.
Mengikut pertuduhan, Kanapathy didakwa dengan sengaja menunjukkan secara awam gambaran video cakera padat (VCD) lucah dengan maksud menawar atau mencuba melakukan sesuatu perbuatan yang menjadi kesalahan terhadap mangsa, 32, dalam sebuah bas bernombor nombor pendaftaran AFC 4311 di tepi Jalan Bukit Kajang ke Tehel, kira-kira jam 8.15 malam, 6 Jun lalu.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 292, Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sebelum itu, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan iaitu cuba merogol mangsa sama di lokasi dan tarikh yang sama kira-kira jam 10.45 malam.

Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Sesyen 376/511, Kanun Keseksaan yang boleh dijatuhi hukuman penjara lima hingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Harian Metro Rabu lalu melaporkan, kejadian wanita warga Indonesia yang dalam perjalanan ke negeri ini dengan menaiki sebuah bas ekspres nyaris diperkosa pemandu terbabit di sebuah ladang kelapa sawit.

Pemandu itu dipercayai sudah merancang dari awal untuk mencari mangsa bagi memuaskan nafsunya apabila menayangkan filem lucah sebaik menyedari wanita itu menjadi penumpang terakhir perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Teminal Melaka Sentral itu.

Lelaki terbabit kemudiannya melencongkan bas dipandu ke arah laluan ke daerah itu selepas menyedari peluang untuk merogol mangsa.

Mangsa bernasib baik apabila suspek gagal meneruskan niat jahat untuk menodainya selepas dua anggota polis yang melakukan rondaan dengan kereta peronda terserempak dengan bas berkenaan yang dalam keadaan mencurigakan.

Ini berikutan enjinnya masih hidup sebelum anggota polis menghampiri bas berkenaan dan terdengar jeritan wanita sebelum berjaya memberkas pemandunya.

Zaharah menetapkan 13 Julai ini sebagai tarikh perbicaraan.
myMetro | Dipenjara tiga tahun

Tuesday, April 12, 2011

Menonton video lucah: Pegawai letak jawatan

JAKARTA: Seorang penggubal undang-undang Indonesia yang konservatif, yang ditangkap menonton video lucah di komputernya ketika satu sesi parlimen, telah meletak jawatan.Kesnya itu telah mengejutkan negara majoriti Islam itu, sejak kelakuan penggubal undang-undang itu 'disorot' melalui kamera Khamis lalu.Arifinto, daripada sebuah parti Islam konservatif, pernah membantu meluluskan satu undang-undang antipornografi pada 2008. -- AP.

Sunday, April 10, 2011

Tonton video lucah di DPR




Gelagat Arifinto yang leka menonton video lucah sempat dirakam seorang jurugambar media semasa sidang DPR, Jumaat lalu. - AGENSI


JAKARTA 9 April - Anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, Arifinto terperangkap dengan lensa jurugambar media ketika asyik menonton video lucah semasa sidang DPR berlangsung di sini, Jumaat lalu.
Arifinto dari Parti Keadilan Sejahtera (PKS) menonton video tersebut menerusi komputer tablet miliknya tanpa menyedari gelagatnya itu dirakamkan jurugambar akhbarMedia Indonesia, Mohammad Irfan.
Beliau dilihat begitu khusyuk menonton video itu sambil menundukkan tubuh dan meletakkan komputer tablet di ribanya dan sesekali dilihat menyentuh skrin komputer itu ketika melayari halaman-halaman yang menampilkan aksi-aksi lucah.
Arifinto yang mengakui menonton video luah ketika persidangan DPR berlangsung berkata, keadaan itu berlaku secara tidak sengaja kerana dia pada asalnya hanya mahu membaca e-mel yang dikirim.
Bagaimanapun, ketika mahu membuka kotak e-mel terdapat rangkaian yang disertakan bersama muncul secara tiba-tiba.
"Kerana ingin tahu apa kandungan rangkaian itu saya membukanya dan mendapati ia merupakan video lucah.
"Beberapa saat selepas itu saya terus memadamkan video itu," kata Arifinto mempertahankan dirinya pada sidang media sejurus menyedari aksinya dirakamkan.
Kenyataan Arifinto itu mengundang perdebatan apabila jurugambar yang merakamkan gelagat wakil rakyat itu memberitahu, dia dapat melihat dengan jelas wakil PKS itu memilih klip video lucah dari komputernya.
"Saya mempunyai bukti bahawa video yang ditonton Arifinto bukan dari rangkaian yang terdapat pada e-mel. Beliau mengambil masa selama dua minit memilih klip video yang berdurasi seminit itu, " ujar jurugambar berpengalaman itu lagi.
Sementara itu, Ketua DPR, Marzuki Alie menyifatkan tindakan Arifinto itu boleh menjejaskan reputasi wakil rakyat selain menyebabkan beliau dikritik secara terbuka di laman sosial Twitter oleh rakan-rakan dan musuh politiknya. - Mingguan
Utusan Malaysia Online - Luar Negara

Sunday, December 19, 2010

Aktres dituduh lakon filem lucah





2010/12/19

VEENA  mendapat jolokan  ‘Rakhi Sawant Pakistan’ berikutan imej  seksi.
VEENA mendapat jolokan ‘Rakhi Sawant Pakistan’ berikutan imej seksi.


Khabar angin lonjak publisiti model Pakistan

KARACHI: Aktres dan model Pakistan, Veena Malik kini menjadi bahan berita hangat media negaranya berikutan adegan berani dan seksi dalam rancangan realiti televisyen Bigg Boss 4 dan gosip terbaru menuduhnya berlakon dalam filem lucah.
Veena mendapat jolokan sebagai ‘Rakhi Sawant Pakistan’ berikutan imej berani yang ditampilkan dalam rancangan itu, selain dituduh suka menggoda.
Rakhi Sawant adalah aktres Bollywood yang terkenal dengan imej seksi. Menurut satu sumber belum dapat disahkan lagi, Veena sanggup berlakon bogel untuk sebuah filem dewasa di Belanda beberapa ketika sebelum dia menyertai Bigg Boss 4.

Sebuah akhbar tabloid Belanda memetik kenyataan pelakon gandingannya berkata, Veena kelihatan amat sama dengan model Pakistan yang berlakon bersamanya di dalam adegan lucah itu.

Menurut akhbar berkenaan lagi, Veena diberi bayaran 3 juta rupee (RM109,712) bagi lakonan selama setengah jam.

Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama Veena dikaitkan dengan lakonan kontroversi dan adegan bogel. Dia juga pernah dituduh beraksi bogel dan separuh bogel bagi beberapa filem gred C.
Dakwaan itu juga belum dapat disahkan sehingga siri Big Boss berakhir. Ada juga pihak memberi pandangan bahawa semua kontroversi hangat itu boleh membantu Veena memenangi program berkenaan.

Baru-baru ini, dalam satu program bual bicara di Pakistan, seorang tokoh agama yang menjadi ahli panel, mengecam perlakuan Veena dalam siri realiti itu yang disifatkannya tidak senonoh.

Tetapi, seorang wartawan yang juga seorang ahli panel berkata: “Mungkin beliau marah kerana Veena seolah-olah tidak menghormati Islam berdasarkan peri lakunya itu dalam rancangan televisyen India.

“Tetapi, saya tidak faham bagaimana seorang wanita terkenal kerana melakukan gimik ahli politik dan menari di celah pokok dalam filem Lollywood boleh dikategorikan sebagai wakil Islam.”

Veena dilahirkan pada 26 Februari 1984, mempunyai lima adik beradik perempuan dan seorang adik lelaki. Dua orang kakaknya sudah berkahwin, manakala seorang lagi menjadi pensyarah di Kolej Abdur Qadeer di Rawalpindi.

Adik lelaki Veena adalah pelajar undang-undang manakala dua lagi masih menuntut di universiti.

Veena juga seorang pelajar pintar, sering mendapat kedudukan tinggi dalam pelajaran dan mendapat tempat ketiga dalam program matrikulasi. – Agensi

Monday, November 29, 2010

Filem lucah 3-D di televisyen Perancis



PARIS - Perancis akan menjadi negara pertama di Eropah yang menyediakan perkhidmatan video lucah tiga dimensi (3-D) berdasarkan permintaan dengan ihsan stesen Marc Dorcel Television, lapor sebuah akhbar semalam.
Stesen televisyen itu akan melancarkan langganan untuk memperoleh hiburan dewasa yang pertama dengan menggunakan 3-D.
Penerbit-penerbit filem lucah di Perancis merancang untuk meluaskan program langganan itu dengan beberapa rakan stesen televisyen lain di Perancis. - Agensi

Pelakon lucah 81 tahun umum bersara



SHEILA VOGEL-COUPE


LONDON - Pelakon lucah berusia 81 tahun, Sheila Vogel-Coupe berikrar tidak akan berlakon dalam filem porno lagi, lapor sebuah akhbar semalam.
Dia membuat pengumuman itu selepas perbuatannya menawarkan perkhidmatan teman sosial melalui sebuah agensi teman sosial dalam talian selama dua tahun selain berlakon dalam sebuah filem lucah didedahkan media.
Wanita itu merupakan nenek kepada seorang peserta yang menyertai program mencari bakat nyanyian X-Factor di televisyen, Katie Waissel.
"Saya tidak berhasrat untuk melakukan (berlakon) dalam mana-mana filem seperti itu (filem lucah) lagi," katanya.
Sebelum ini pendedahan nenek tersebut sebagai pelakon lucah telah memberi tekanan ke atas cucunya yang kini bertanding sebagai peserta dalam program nyanyian itu. - Agensi

Thursday, November 25, 2010

Pelakon lucah Jepun ke Jakarta senyap-senyap






JAKARTA - Penerbit syarikat Maxima Pictures, Ody Mulya Hidayat merahsiakan kedatangan bintang porno Jepun, Maria Ozawa (gambar) yang popular dengan gelaran Miyabi ke Indonesia bagi menjalani penggambaran filem Hantu Tanah Kusir di Jakarta dan Puncak, Bogor, Jawa Barat selama 16 hari, lapor akhbar Kompas semalam.
"Saya merahsiakan kehadiran Miyabi kerana mahukan penggambaran berjalan dengan aman, bukan kerana takutkan kontroversi," kata Ody ketika ditemui selepas tayangan media filem Hantu Tanah Kusirdi sini semalam.
"Kami juga tidak mahu Miyabi diganggu," tambahnya.
Walaupun dirahsiakan, kehadiran Miyabi akhirnya dapat juga dihidu oleh para peminatnya.
"Dia (Miyabi) telah berpindah hotel sebanyak empat kali kerana diganggu oleh peminat-peminatnya yang mengetuk pintu kamarnya pada malam hari kerana mahu meminta autograf dan bergambar. Ini tidak sepatutnya berlaku," jelas Ody.
Beliau tetap optimis bahawa Hantu Tanah Kusir yang menampilkan Miyabi akan mendapat sambutan masyarakat.
"Itu strategi kami. Penonton Indonesia akan datang menonton film ini kerana Miyabi masih popular di Indonesia," katanya. - Agensi

Friday, June 25, 2010

33 kanak-kanak dirogol kesan video lucah ariel

Jumat, 25/06/2010 15:06 WIB
33 Anak Diperkosa Akibat Video Ariel, Tumbuh Kembang Anak Terancam
Anwar Khumaini - detikNews

Jakarta - Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) menerima laporan 33 anak diperkosa lantaran terpengaruh video porno Ariel. UU yang ada dinilai belum cukup melindungi tumbuh kembang anak-anak.
Komisioner Komnas Perempuan Sri Nur Herawati mengatakan kebanyakan undang-undang, jarang memasukan anak-anak sebagai obyek yang patut dilindungi. Akibatnya, anak-anak rentan menjadi korban.
"Tidak ada aturan yang melindungi mereka dari hal-hal yang sebenarnya mempengaruhi tumbuh kembangnya anak," kata Sri saat berbincang-bincang dengan detikcom, Jumat (25/6/2010).
Dia menjelaskan, sudah ada UU Pornografi. Tapi UU ini tidak secara tegas mengatur distribusi pornografi agar anak-anak tidak terpengaruh, mendengar, atau melihat hal-hal yang berbau porno.
"Negara juga tidak memberikan kekebalan atau pengetahuan anak tentang hak reproduksi," imbuhnya.
Akibatnya, menurut Sri, informasi tentang pornografi secara bebas diterima oleh publik termasuk anak-anak. Misalnya soal kasus video porno yang diduga dilakukan oleh Ariel dkk.
"Karena umur mereka tidak matang, sehingga menyebabkan anak-anak mencontoh Ariel, karena yang mereka lihat adalah tokoh idola," jelasnya.
Ke depan, Sri berharap agar ada aturan yang efektif. Artinya, kalau ada kasus pemerkosaan yang dilakukan terhadap anak di bawah umur, bukan pornografinya yang dijadikan sebagai kambing hitam.
"Tapi bagaimana agar aturan yang dibuat bisa melindungi anak-anak agar tidak terganggu," paparnya.
(anw/fay)
<!--
-->
GRATIS kaos cantik dan voucher pulsa! ikuti sms berlangganannya, ktk REG DETIK kirim ke 3845(Telkomsel, Indosat, Three)