Pages

Wednesday, February 25, 2015

Saintis cipta tangan bionik Luke Skywalker



AGENSI - GAMBAR menunjukkan tangan bionik yang digunakan Luke Skywalker.


BRITAIN – Sekumpulan saintis di sini berjaya menghasilkan rekaan tangan bionik pertama di dunia yang pernah digunakan watak utama, Luke Skywalker dalam filem epik Star Wars baru-baru ini.
Ketua projek, Dr. Kianoush Nazarpour dari Universiti Newcastle berkata, buat kali pertamanya, tangan bionik itu akan dapat berkomunikasi secara terus dengan otak dan menghantar maklumat tepat pada masanya termasuk mengenai suhu dan tekanan.
Ciptaan itu menyebabkan kumpulan saintis tersebut menerima dana bernilai £1.4 juta (RM7.8 juta) yang dibiayai Majlis Penyelidikan Kejuruteraan dan Sains Fizikal Britain bagi merealisasikan sains fiksyen kepada kehidupan semula jadi.
“Ini bermakna, seseorang yang menggunakan tangan bionik mampu menggenggam sesuatu objek, merasai suhu panas atau sejuk dan bertindak balas secara langsung dengan otak,” kata Nazarpour. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3Slg0o7pU 
Hakcipta terpelihara 

Pengantin cipta rekod diiringi 130 pengapit semasa berkahwin



AGENSI - MAJLIS perkahwinan Simmons dan Ewing berjaya mencatat rekod dalam Guinness World Records apabila memiliki 130 orang pengapit bagi mengiringi majlis mereka yang berlangsung di Harrogate, Britain baru-baru ini.


HARROGATE, Britain – Majlis perkahwinan seorang penyampai radio di sini baru-baru ini berlangsung penuh meriah apabila dia dan pasangannya diiringi oleh 130 orang pengapit sekali gus mencatat rekod dalam Guinness World Records.
Penyampai radio stesen All Star FM itu, Alex Simmons, 32, dan isterinya, Amy Ewing, 26, mengadakan majlis perkahwinan mereka di Taman Rudding, Harrogate, utara Yorkshire.
Sebelum ini, rekod pengapit paling ramai dipegang oleh pasangan dari Sri Lanka yang memiliki 126 pengapit ketika melangsungkan perkahwinan.
“Saya tidak mengambil masa yang lama untuk memujuk Amy supaya menerima lamaran saya walaupun kami baru sahaja berkenalan,” kata Simmons.
Berkenalan pada tahun 2014, Simmons dan Ewing juga berjaya memenangi hadiah berjumlah £110,000 (RM618,318) dalam satu pertandingan merancang majlis perkahwinan di laman sosial Facebook. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0225&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_06.htm#ixzz3Sle6ntdi 
Hakcipta terpelihara 

Bayi Lahir Dalam Ketuban


Diterbitkan: Rabu, 25 Februari 2015 11:42 AM
Saat Silas dilahirkan, dia masih lagi berada di dalam ketubannya yang masih belum pecah.

SEORANG bayi lelaki yang dilahirkan dengan ketubannya yang masih belum pecah disifatkan sebagai 'keajaiban dalam perubatan' oleh doktor yang menyelamatkannya.

Silas dilahirkan menerusi kaedah Caesarean tiga bulan lebih awal di Pusat Perubatan Cedars-Sinai di California.

Namun, doktor terkejut apabila mereka menemui Silas masih lagi berada di dalam ketuban dan berupaya mendapat oksigen menerusi plasenta tersebut.

Ketuban ialah kantung berisi cecair di dalam rahim tempat bayi yang belum dilahirkan membesar.

Silas dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Ia juga disebut sebagai membran kerana ketuban itu terdiri daripada dua membran yang dikenali sebagai amnion dan chorion.

Sebaik sahaja Silas dilahirkan, Dr Binder mengeluarkan bayi itu daripada ketubannya.

Ibu Silas begitu teruja melihat kelahiran anaknya itu.

"Sebaik sahaja saya melihat proses kelahiran Silas begitu unik, saya rasakan dia adalah bayi istimewa," katanya.

Walaupun dilahirkan tidak cukup bulan, Silas menunjukkan tanda positif dan akan dibenarkan keluar wad pada hujung bulan Mac ini.

Terkejut jumpa 'mumia' dalam patung Buddha


AMERSFOORT - BELANDA. Sekumpulan para penyelidik terkejut apabila melihat rangka manusia terdapat dalam sebuah patung Buddha yang berusia lebih 1000 tahun.

Memetik laporan sebuah portal hari ini, 'mumia' yang dipercayai seorang Ketua Sami Buddha bernama Liuquan dijumpai berada dalam kedudukan sama seperti posisi patung Buddha.

Penemuan tersebut dilaporkan sebaik sahaja penyelidik dari sebuah institut perubatan melakukan imbasan Computed Tomography (CT) ke atas patung Buddha tersebut.

Penyelidik turut melaporkan penemuan secebis kertas yang mengandungi tulisan Cina lama.

Liuquan dikatakan memilih patung tersebut untuk dijadikan tempat istirehatnya yang abadi.

Dia percaya itu merupakan satu langkah yang membawanya kepada ketenangan abadi, lapor portal terbabit. Patung Buddha kuno itu dipamerkan di Muzium Drents, Belanda.

Bunuh 3 anak kerana tertekan


Bunuh 3 anak kerana tertekan
Sanjay ditahan pihak polis selepas mengaku membunuh ketiga-tiga anaknya.
GARA-gara bimbang tidak mampu membiayai majlis perkahwinan anaknya, seorang bapa di India sanggup mencekik tiga anak perempuannya hingga mati dan mencampakkan mayat mereka ke dalam sebuah terusan.

Sanjay Dubey, 33, ditahan di tempat kejadian selepas mengaku membunuh Ankita, 9, Priya, 7, dan Bhavna, 2.

Awalnya, lelaki itu memberitahu isterinya dia ingin membawa anak mereka ke sebuah pameran tempatan. Sebaliknya, peniaga sari dari Pandesera di Gujarat itu ke terusan berhampiran dan membunuh ketiga-tiga anaknya.

Menurut Inspektor Mahendra Kher, pihaknya menerima panggilan daripada seorang penduduk kampung yang menemui tiga mayat terapung dalam keadaan tertiarap. Apabila pasukan polis tiba, Sanjay yang berada di tempat kejadian terus mengaku bersalah membunuh anak-anaknya.

Isterinya, Meera Devi, 32, hanya tahu mengenai kejadian itu keesokan hari selepas diberitahu abang iparnya dan tidak menyangka bagaimana suaminya itu boleh bertindak sejauh itu.

Difahamkan, Sanjay mengalami kemurungan setelah kerugian 3,000 pound (RM17,000) dalam urus niaga perniagaan beberapa bulan lalu.

Dia turut memberitahu pihak polis bahawa dia tidak mempunyai pilihan lain selain membunuh mereka kerana bimbang mengenai kos membesarkan anak-anaknya itu. – Daily Mail

Coco Chanel legasi dunia fesyen


Coco Chanel legasi dunia fesyen
Coco Chanel
BELIAU dikenali sebagai pereka fesyen tersohor di Perancis yang mencetuskan gaya dan revolusi untuk pakaian wanita. Coco Chanel sentiasa melontarkan idea kreatif untuk reka bentuk yang sederhana dan praktikal tetapi berciri mewah dalam setiap rekaannya. Sehingga Perang Dunia Pertama, rekaan pakaian wanita agak terhad dan Coco Chanel tampil dengan gaya yang tidak pernah dihasilkan serta lebih sesuai untuk golongan itu. Selain itu, beliau juga adalah satu-satunya pereka yang tersenarai sebagai 100 Individu Paling Berpengaruh pada abad ke-20 oleh majalah Time.

Kehidupan Awal

Gabrielle Bonheur Chanel yang merupakan puteri kepada Albert Chanel dan Eugénie Jeanne Devolle ini dilahirkan pada 1883 di Saumur, Perancis.

Bagaimanapun, tahun dan tempat kelahiran sebenar beliau terus menjadi tanda tanya kerana wanita tersebut didakwa cuba untuk menyembunyikan kebenaran berhubung perkara itu.

Beberapa pihak mendakwa beliau cuba untuk mengelakkan stigma masyarakat pada era tersebut yang menganggap kemiskinan dan anak yatim bernasib malang.

Chanel dipelihara oleh bapanya bersama empat lagi adik beradiknya selepas ibunya meninggal dunia ketika beliau masih kecil.

Beliau akhirnya dihantar ke sebuah rumah anak yatim di tengah Paris, di mana Chanel belajar menjahit.

Ketika berusia 18 tahun, beliau meninggalkan rumah anak yatim tersebut dan bekerja sebagai tukang jahit.

Kira-kira lima tahun kemudian, Chanel mula mereka topi yang akhirnya dikomersialkan.
 
Buka butik

Pada 1910, beliau akhirnya berjaya membuka butiknya sendiri di Paris dan dua lagi Bandar di Deauville serta Biarritz.

Menjelang 1920-an, Chanel menjadi pereka pertama mencipta jersi wanita yang biasanya digunakan untuk pakaian dalam lelaki bagi mewujudkan gaya lebih santai selain melancarkan minyak wangi Chanel No 5.

Pada 1924, Pierre Wertheimer dilantik menjadi rakan kongsi beliau dan beberapa teman rapat Chanel mendakwa mereka turut menjalinkan hubungan cinta.

Kira-kira setahun kemudian, beliau melancarkan jaket kardigan disusuli dengan rekaan gaun hitam.

Kedua-dua pakaian tersebut terus menjadi rekaan wajib dalam koleksi Chanel sehingga ke hari ini.
 
Didakwa jadi ejen Nazi

Ketika Perang Dunia Kedua tercetus, Chanel pernah berkhidmat sebagai jururawat dan beliau didakwa menjadi perisik serta menjalinkan hubungan sulit dengan pegawai Nazi.

Susulan daripada itu, beliau bertindak melarikan diri ke Switzerland untuk mengelakkan kontroversi tersebut.

Bagaimanapun, Chanel kembali semula ke Paris pada 1954 dan mula memperkenalkan rekaan lebih kreatif seperti jaket pea yang biasanya menjadi pakaian asas kelasi atau nelayan serta seluar kaki kembang untuk wanita.  

Koleksi terbaharu itu turut mendapat sambutan hangat di Amerika Syarikat selepas ia diberi liputan meluas oleh media di Eropah.

Di sebalik kota moden Dubai


Fatwa sahur, iftar penghuni Burj Khalifa
Burj Khalifa
GEDUNG membeli-belah mega, bangunan pencakar langit dan pantai yang indah. Semuanya itu sinonim dengan Dubai, satu daripada tujuh emiriah yang membentuk Emiriah Arab Bersatu (UAE).
  
Tunggu dulu, itu bukan sahaja tempat yang menarik di kota serba-serbi mewah ini!
  
Pencinta alam semulajadi dan penggemar hidupan liar pastinya tidak akan terlepas daripada peluang melawat lokasi itu.
  
Di tengah-tengah kesibukan kota yang gah ini, penulis menjejak sebuah tempat perlindungan hidupan liar terutamanya untuk burung penghijrah.
  
Ras Al Khor Wildlife Sanctuary (RAKWS) Dubai terletak di muara Dubai Creek, terusan air sepanjang 14km. Maka namanya Ras Al Khor yang membawa maksud 'Cape of the Creek'.
  
Menurut laman sesawang rasmi RAKWS, tempat perlindungan itu meliputi kawasan seluas 620 hektar.
  
Sepanjang musim sejuk, ia menjadi rumah kepada lebih 20,000 burung air daripada 67 spesies.
  
Di samping itu, RAWKS dilaporkan mempunyai lebih 500 spesies flora dan fauna.

Pemandangan yang menakjubkan

Penulis membuat carian tempat menarik di Dubai selain yang lazim, iaitu gedung membeli-belah dan pantai sewaktu berkunjung ke kota itu baru-baru ini.
  
Apabila membaca tentang RAWKS, memang sukar untuk membayangkan wujud tempat seperti itu di Dubai.
  
Namun, tidak sukar untuk mencarinya. Kawasan luas saujana mata memandang. Tambahan langit cerah seiring dengan suasana pagi musim dingin Dubai yang begitu damai.
  
Keseluruhan kawasan ini dipagar, jelas menunjukkan ia adalah kawasan yang dilindungi.
  
Setibanya penulis di tempat letak kereta RAWKS, hanya ada tiga kereta, menunjukkan tidak ramai orang. Lagipun hari Isnin, hari bekerja.

Flamingo oh flamingo

Burung yang paling unggul dalam kalangan burung penghijrah ini ialah Greater Flamingo (Phoenicopterus roseus) yang bulunya berwarna merah jambu.
  
Penulis membuat keputusan tepat memilih lokasi ini kerana kemudiannya mendapat tahu di sini tempat di mana flamingo berhimpun.
  
Carian di internet menunjukkan Greater Flamingo adalah spesies flamingo yang paling meluas taburannya dan boleh didapati di sesetengah bahagian Afrika, selatan Asia (kawasan pesisiran pantai Pakistan dan India), serta selatan Eropah (termasuk Sepanyol, Albania, Turki, Greece, Cyprus, Portugal, Itali dan rantau Camargue, Perancis).
  
Ia juga spesies flamingo paling besar, purata ketinggian 110–150 cm dan berat antara dua hingga empat kilogram.
  
Terdapat anggaran 500 Greater Flamingo di tempat perlindungan ini dan kehadiran mereka begitu ketara sekali. Gambar burung ini turut menghiasi tong sampah di taman perlindungan ini.
  
Burung yang berkaki kurus panjang ini juga dijadikan maskot program perlindungan Hidupan Liar Dubai.

Peminat burung

Terdapat laluan khas ke tempat pemerhatian burung. Sesuai dengan persekitaran semulajadi, dinding laluan khas bukan diperbuat daripada konkrit.
  
"Ini macam batang pelepah pokok kurma," penulis membuat telahan sendiri sambil menyentuh dinding berkenaan. Tambahan pokok kurma begitu banyak ditanam bukan sahaja di taman awam tetapi juga di bahagian pembahagi jalan serta menjadi komponen penting lanskap Dubai.
  
Hanya terdapat lima orang di dalam tempat pemerhatian tidak termasuk penjaga taman perlindungan itu.
  
Kedua-duanya sudah 'memacakkan' kamera masing-masing di meja panjang di tepi tingkap, menghala ke kawasan perlindungan. Melihatkan saiz lensa kamera, penulis pasti mereka jurugambar profesional.
  
Mereka menguasai sudut yang strategik untuk mengambil gambar burung flamingo yang sedang mengerumuni pekerja taman yang membawa makanan.
  
Penulis juga tidak mahu terlepas peluang mengambil gambar untuk hiasan artikel yang bakal ditulis meskipun terpaksa berpuas hati dengan ruang yang terhad untuk bergerak.
  
Beberapa kali penulis mendengar suara jurukamera itu meminta beralih kerana menghalang hala lensa kameranya.

Waktu sibuk RAWKS

Menurut penjaga taman, Zulfiqar Ahmad, taman perlindungan itu dibuka pada hari Sabtu hingga Khamis, dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang.
  
"Masa terbaik untuk berada di taman ini adalah pada masa burung-burung flamingo ini diberi makan iaitu pukul 10.00 pagi dan 3.30 petang," Zulfiqar yang berasal dari Pakistan memberitahu penulis.
  
Terdapat tiga tempat pemerhatian dengan jendela khas dibina di lokasi strategik taman perlindungan ini untuk membolehkan pengunjung memerhatikan hidupan liar yang ada.
  
Tempat pemerhatian yang penulis singgahi ialah tempat pemerhatian pertama.
  
Binokular dan teleskopi disediakan supaya pengunjung dapat melihat dengan lebih jelas dan dekat hidupan liar yang dapat dikesan.
  
Poster serta maklumat terutamanya spesies burung di taman perlindungan itu ditampal di dinding tempat pemerhatian.
  
Ketika memberi taklimat kepada penulis, Zulfiqar beberapa kali menunjuk kepada poster dan menggunakan teleskopi untuk mengesan burung.
  
Beliau lantas menyuruh penulis melihat menerusi teleskopi spesies burung yang berjaya dikesannya sambil menyebut nama burung itu.
  
Mengenai burung flamingo, Zulfiqar berkata, "Saya diberitahu flamingo ini dari Siberia dan Iran.
  
"Burung-burung ini bijak. Pada waktu malam, burung-burung ini tidur di belakang pohon bakau dan terbang berkumpul di sini apabila hampir waktu untuk diberi makan.
  
"Burung-burung ini akan berada di sini sekitar pukul 8,00 pagi hingga 5.30 petang."
  
Apabila ditanya mengenai pengunjung yang singgah di tempat pemerhatian pertama ini, beliau menunjukkan buku pelawat kepada penulis. Penulis membelek beberapa halaman, tertera nama-nama negara seperti UK, US, China, Sweden, Norway, Turki, Mesir, Lubnan dan Itali.
  
Menurut Zulfiqar, taman perlindungan hidupan liar itu menjadi tumpuan pada musim cuti dan tempat pemerhatian pertama itu sahaja menerima kira-kira 200 pengunjung sehari.
  
"Untuk Disember 2014, saya kira 3,000 pengunjung untuk tempat pemerhatian yang pertama ini. Dua tempat yang lain secara kombinasi seramai 2,000 orang," kata Zulfiqar.

Cinta Alam Semulajadi

Sementara itu, dua lelaki yang penulis sebut pada awal tadi ialah Jason D'Almeida, jurutera mekanikal bertauliah dan Dr Saurendra Das, doktor perubatan.

Kedua-duanya berkongsi minat yang sama, "cinta kepada alam semulajadi."
  
Mereka berasa begitu teruja apabila diberitahu penulis mahu mewawancara mereka tentang hobi mengambil gambar burung dan bersedia sahaja untuk diambil gambar bersama.
  
Jason sudah lebih 30 tahun tinggal di UAE. Warganegara India ini meninggalkan profesion juruteranya untuk menjadi jurugambar profesional sepenuh masa.
  
"Saya sudah beberapa kali ke tempat perlindungan ini. Saya suka sangat tempat ini. Mendamaikan dan menjadikan saya lebih dekat dengan alam semulajadi.
  
"Tempat ini antara beberapa tempat di Dubai yang masih dapat mengekalkan ciri-ciri semulajadi di sebalik pembangunan urbanisasi yang pesat di kota besar ini," kata Jason dengan menambah beliau juga gemar mengambil gambar orang, tempat dan budaya.
  
Bagi Saurendra, kunjungan ke tempat perlindungan itu adalah yang pertama buat dirinya.
  
"Lazimnya jika saya berkunjung ke satu-satu tempat, saya akan buat carian di internet tempat hidupan liar dan burung.
  
"Hasil carian saya mendapati ada banyak burung flamingo di taman perlindungan ini dan saya terus buat rancangan mesti datang ke sini apabila saya ke Dubai," beliau memberitahu penulis.
  
Beliau yang bertugas di New Delhi, India, begitu teruja dengan RAWKS dan menyifatkannya lokasi yang paling baik untuk mengambil gambar burung flamingo.
  
"Tempat pemerhatian ini sudah cukup bagus untuk kita melihat burung-burung itu tanpa menganggu rutin harian mereka.
  
"Bagi jurugambar dan peminat burung, kesempatan melihat aktiviti memberi makan ini satu kesempatan yang sungguh mengasyikkan.
  
"Tempat ini pun begitu strategik. Kita boleh melihat panorama yang cantik di samping peluang melihat dengan lebih dekat burung flamingo," kata Saurendra.

Usaha yang patut dipuji

Jason dan Saurendra memuji usaha kerajaan Dubai dalam melindungi hidupan liar serta mewujudkan RAWKS.
  
"Bagi saya usaha ini adalah yang terbaik untuk Dubai. Marina yang ada buatan manusia tetapi Ras Al Khor (RAKWS) ini semulajadi.
  
"Buat seseorang yang telah bertahun-tahun tinggal di kota besar ini dan melihat kepesatan pembangunannya, usaha Dubai untuk memulihara persekitaran alam semulajadinya adalah lebih hebat daripada membina Burj Khalifa," tambah Jason.
  
Burj Khalifa (sebelum ini dikenali sebagai Burj Dubai) adalah sebuah bangunan pencakar langit di Downtown Dubai dan bangunan tertinggi dunia buat masa ini. - Bernama

Warga emas bersubahat bunuh 1944 tahanan Nazi


BERLIN – JERMAN. Seorang warga emas berusia 94 tahun dihadapkan ke mahkamah di Jerman baru-baru ini atas pelbagai tuduhan membabitkan 3,681 dakwaan bersubahat membunuh tahanan semasa suspek berkhidmat di sebuah kem Nazi.

 Jurucakap pendakwa di Bandar Schewerin, Stefan Urbanek berkata, suspek yang tidak dinamakan itu merupakan bekas sarjan yang berkhidmat sebagai pegawai perubatan di sebuah kem hospital yang dikendalikan oleh unit separa tentera di Auschwitz.

 “Semasa bertugas di kem itu, suspek didakwa membantu membunuh tahanan kem melibatkan 1944 tahanan.

 “Suspek merupakan salah seorang daripada 30 bekas kakitangan di Auschwitz yang didakwa dan digesa untuk diambil tindakan oleh pendakwa negeri di bawah undang-undang Jerman baharu,” katanya seperti yang dipetik menerusi portal The Independent, semalam.

Bagaimanapun, berkata kepada sebuah akhbar baru-baru ini,  Peguam suspek, Peter-Michael Diestel menegaskan bahawa pihak pendakwaraya tidak mempunyai bukti yang konkrit dalam memperkukuhkan tuduhan ke atas kliennya.

Awal bulan Februari, seorang bekas pengawal kem Nazi dihadapkan ke mahkamah atas pelbagai tuduhan membabitkan 300,000 dakwaan bersubahat membunuh.

Bekas pengawal kem Nazi itu akan menyambung perbicaraannya di mahkamah April ini.

Tak suka teman lelaki, kurung anak 6 tahun


Tak suka teman lelaki, kurung anak 6 tahun
Zhang Qi
HUBEI - CHINA. Seorang wanita dikurung dan dilayan seperti binatang selepas ibu dan bapanya tidak menyukai teman lelaki anak perempuan mereka itu.

Pada 2009, Zhang Qi, 24, disuruh berpisah dengan teman lelakinya dan dikurung di sebuah pondok.

Menurut Mirror UK, Zhang cuba melarikan diri beberapa kali sebelum itu namun berjaya ditangkap ibu bapanya.

Ibu dan bapanya kemudian memberitahu orang kampung bahawa anak perempuan mereka sakit jiwa dan mula mengurungnya.

Polis memulakan siasatan selepas beberapa keping gambar Zhang yang hidup terseksa tersebar di internet.

Pulih selepas kulit kepala terkoyak

Pulih selepas kulit kepala terkoyak
Petra Novotna
TRESMONA - CZECH. Seorang wanita berjaya sembuh walaupun separuh kulit kepalanya terkoyak dan menampakkan separuh tengkorak.

Menurut Mirror UK, dalam kejadian awal Februari itu, Petra Novotna, 27, sedang menggunakan mesin pengorek lubang apabila rambutnya tersangkut pada mesin tersebut.

Selepas beberapa saat, mesin tersebut menggulung rambut Novotna dan mula menarik kulit kepala mangsa, menyebabkan ia terkoyak.

Novotna yang merupakan seorang ahli bomba sukarelawan dihantar ke hospital dalam keadaan kritikal oleh jiran selepas terdengar jeritan perempuan malang tersebut.

Menurut doktor, separuh tengkorak Novotna terdedah dan kulit kepalanya yang sudah terpisah tidak dapat disambungkan.

Doktor kemudian menggunakan kulit dari lengan dan kaki Novotna untuk menggantikan kulit kepalanya.

Selepas beberapa minggu, Novotna berjaya sembuh dan akan dibenarkan pulang ke rumah.

Tetap popular lepas 1,009 minggu

Mumbai: Filem popular Bollywood, Dilwale Dulhania Le Jayenge yang dijadualkan dihentikan tayangannya di sebuah panggung di bandar ini selepas 1,009 minggu diteruskan selepas orang ramai membantah keputusan itu.
Filem komedi romantik yang membawa maksud ‘Si Berani Larikan Pengantin’ pertama kali ditayangkan di panggung Maratha Mandir, Mumbai, pada 20 Oktober 1995. Ketika itu, bintangnya Datuk Shah Rukh Khan masih belum popular.
Ia menjadi antara filem blockbuster Bollywood paling popular, namun selepas sambutan minggu ke-1,000 tayangannya, panggung itu memutuskan untuk menamatkannya disebabkan semakin kurang penonton.
Bagaimanapun, pengumuman tarikh akhir penayangannya menimbulkan bantahan mendesak ia terus ditunjukkan, kata syarikat penerbitan filem, Yash Raj Films dalam satu kenyataan. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Februari 2015 @ 7:27 AM


ADEGAN daripada filem Dilwale Dulhania Le Jayenge.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/32698#sthash.zuqTw4cJ.dpuf

Nelayan pancing ikan keli terbesar


Nelayan Dino Ferrari bergambar bersama ikan keli Wels yang berjaya
Nelayan Dino Ferrari bergambar bersama ikan keli Wels yang berjaya dipancingnya di perairan Po Delta, Itali. – AGENSI
ROM 24 Feb. – Seorang nelayan berjaya menangkap seekor ikan yang dipercayai ikan terbesar yang berjaya ditangkap menggunakan joran dan alat kekili di perairan Po Delta di Itali.
Ikan keli jenis Wels yang ditangkap Dino Ferrari pada minggu lepas itu adalah seberat 120 kilogram, namun ianya tidak memegang rekod sebagai ikan terbesar di dunia.
Menurut portal Mirror. UK ikan terberat di dunia seberat 139 kilogram dan 2.78 meter panjang berjaya dipancing di perarian yang sama tidak lama lalu, namun tidak dapat dikenal pasti bagaimana ikan tersebut ditangkap.
Ikan keli Wels ini mempunyai selera makan yang besar, ia dilaporkan suka membaham burung merpati yang terbang rendah.
Seekor ikan keli Wels mampu membesar sehingga lebih 300 kilogram, manakala panjangya boleh mencecah sehingga 2.78 meter. – AGENSI
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/nelayan-pancing-ikan-keli-terbesar-1.63109#sthash.WLQeKaW4.dpuf