Pages

Thursday, May 20, 2010

Kajian Hadis Rasullulah Tentang Kiamat- Kiamat Dan Imam Mahdi Bahagian 1






Artikel By- Warfeel efairy

Assalamualaikum. Sebelum saya teruskan dengan artikel dari Harun Yahya, saya akan tulis artikel tentang Kiamat dan Imam Mahdi berdasarkan hadis-hadis Sahih Rasullulah s.a.w. Dan saya akan kaitkan dengan situasi semasa sekarang yang mana telah sekian lama tanda-tanda kecil kiamat terjadi. Dan kita sekarang berada di permulaan kepada pengakhiran yang mana bermaksud peralihan dari tanda-tanda kecil kepada tanda-tanda besar kiamat seperti kemunculan Imam Mahdi. Di sini saya akan rungkaikan tentang tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi berdasarkan hadis Rasullulah.


Akhir Zaman. Menurut Islam akhir zaman bermaksud suatu masa menjelang hari kiamat. Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda tentang kiamat secara cukup terperincin di dalam hadis-hadisnya. Selepas kewafatan Rasullulah, ulama-ulama besar telah menjelaskan lebih lanjut tentang permasalahan ini. Akhir zaman ini akan mengalami sederetan peristiwa. Pada tahap pertama akhir zaman, dunia akan mengalami kemerosotan akhlak akibat dari sistem-sistem yang mengingkari Allah. Semua sistem yang diamalkan di seluruh dunia sekarang adalah dari sistem rekaan dajal laknatullah bagi merealisasikan rancangannya, iaitu New World Order.


Jika kita lihat situasi semasa zaman sekarang. Muda-mudi seakan-akan tidak tahu erti takut akan Allah dan juah terpesong dari ajaran Islam asal. dan perkara ini amat menyedihkan. Arak, seks bebas, dadah, atheis, rempit dan banyak lagi melambangkan keruntuhan moral zaman sekarang akibat sistem rekaan dajal ini.Tidak perlu saya terangkan lebih lanjut tentang perkara ini kerana saya percaya anda semua sudah tahu apa yang dimaksudkan dengan sistem dajal ini. Riba berleluasa juga adalah akibat dari sistem yang rosak ini. Hanya sistem Khilafah sahaja yang sebenar-benarnya dan diberkati Allah.

Setelah dilanda bencana besar, perang, penindasan dan penderitaan manusia akan mencari jawapan di manakah jalan menuju keselamatan. Di saat itulah Allah menugaskan seseorang untuk menyeru manusia untuk keluar dari kekacauan dan menuju ke jalan yang sebenarnya. Dialah Al-Mahdi.


Al-Mahdi bererti seseorang yang memimpin manusia ke arah kebenaran. Menurut hadis, pada mulanya Al-Mahdi akan mengobarkan perjuangan dunia Islam dan mengembalikan umat Islam yang menjauhi intisari ajaran Islam kepada iman dan akhlak sejati. Al-Mahdi akan memerintah dunia selama 7-9 tahun sebelum kemunculan pendusta besar iaitu dajal. Dan selepas itu akan turunya Nabi Isa a.s dan baginda akan membunuh dajal dan mematahkan salib-salib.

Berikut akan dikupas tentang hadis rasullulah tentang kedatangan Imam Mahdi dan kejadian-kejadian telah lama berlaku. Imam Mahdi menurut hadis akan muncul semasa umurnya awal 40-an.

Tanda Pertama- Berhentinya Sungai Eufrat



Rasullulah s.a.w bersabda:
Hari kiamat tidak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan gunung emas dan mendorong manusia berperang. 99 dari 100 orang akan tewas (dalam prtempuran): Dan setiap dari mereka berkata, mungin aku satu-satunya yang akan tetap hidup.
( Sahih Bukhari dan Muslim)
Sungai Eufrat adalah sungai terbesar di Turki. Kejadian ini telah berlaku pada tahun 1975. Binaan empangan setinggi 210 Meter telah secara langsung menyekat dan menghentikan aliran sungai ini. Dan tanda yang disabdakan oleh rasullulah ini telah lama terjadi. Menurut pendapat bersama penafsir hadis, hadis tersebut merujuk kepada berhentinya aliran Sungai Eufrat. Di tahun 1975, pembangunan empangan di Sungai tersebut benar-benar telah memotong dan menghentikan aliran sungai ini. Hasil daripada pembinaan empangan ini tanah-tanah di sekeliling tela menjadi subur dan telah menghasilkan peluang pekerjaan dan mengurangkan penggangguran. Ini adalah maksud emas yang juga boleh diibaratkan sebagai rezeki.

Dan peperangan yang disabdakan oleh rasullulah juga telah berlaku pada 2003 ketika Amerika Syarikat telah berperang dengan Iraq di Sungai Eufrat dan mengakibatkan ramai yang terkorban. Untuk bukti tentang pertempuran di Sungai Eufrat, sila klik sini.

Untuk maklumat dari wikipedia tentang Sungai Eufrat ini, klik sini.

Anda juga boleh klik sini! Untuk maklumat lanjut tentang kajian hadis rasullulah tentang Sungai Eufrat ini. Insya Allah siri ini akan bersambung dengan tanda-tanda lain kedatangan kiamat dan Imam Mahdi.

Manusia Dalam 5 Alam


Segala puji bagi Allah S.W.T yang mana telah mencipta bumi dan langit, bumi itu pula berlapis, dan langit itu bertingkat walaupun kita tidak dapat lihat dengan mata kasar.. Begitu juga dengan manusia yang hidupnya itu akan melalui alam-alam, yang bermula dengan penciptaan datuk moyang kita Nabi Adam A.s hingga ke alam barzakh sebelum kita ke alam yang abadi iaitu kekal di Syurga.

Berapa alam yang manusia akan lalui sebenarnya?

Alam yang pertama

1. Alam yang kita lalui di sulbi ayah.
2. Kemudian berpindah ke dalam Rahim ibu.


“Dan ketika Tuhan kamu menjadikan keturunan Adam dari punggungnya, dan Tuhan mengambil kesaksian dari mereka dengan berkata: Bukankah Aku ini Tuhan kamu? Mereka berkata: Bahkan! Kami menjadi saksi, bahwa kamu nanti di Hari Kiamat tiada dapat mengatakan, bahwa kami ini lalai dari perkara itu”(Surah Al-A’raaf ayat 172)

Jelaslah di ayat ini, yang mana Allah S.W.T telah menyatakan kisah Hari Mitsaaq (hari perjanjian) yang mana kita zuriat Nabi Adam A.s telah pun berjanji untuk mengakui keesaan dan ketuhanan Allah S.W.T

Alam yang manusia akan telah pun lalui di alam yang mana masanya sejak Allah Ta’ala mencipta Adam A.s dan membekalkan zuriat di tulang punggungnya yang penuh keberkatan.

Alam yang kedua
Alam yang kita menjalani hidup di dunia.
Ibnul Jawzi telah membahagikan peringkat-peringkat umur itu kepada lima kategori:

1. Masa kanak-kanak: iaitu dari peringkat umur bayi hingga seseorang itu mencapai umur lima belas tahun.

2. Masa muda: iaitu dari peringkat umur lima belas tahun (15), hingga umur tiga puluh lima tahun (35).

3. Masa dewasa: iaitu dari peringkat umur 35 tahun, hingga 50 tahun.

4. Masa tua: iaitu dari peringkat umur 50 tahun hingga umur 70tahun.

5. Masa tua Bangka, iaitu dari peringkat umur 70 tahun hinggalah ke akhir umur yang dikurniakan Tuhan.

Mengapakah para Ulama telah membahagikan umur-umur manusia hingga sedemikan peringkat? Apa yang kita sebagai manusia -lebih lebih lagi umat Islam dapat mempelajari dari pembahagian ini?

Kerana di alam yang kedua inilah alam yang tidak kekal alam yang manusia diminta untuk beramal dan diuji, amalan kita di ambil kira dihisab, oleh itu, maka elok kita mengenal pasti peringkat mana yang harus kita mula mendidik dan anak-anak kita mula beramal. Bukan kah Nabi Muhammad S.A.W telah memesan umat Islam:

“Kedua kaki anak Adam itu akan tetap berdiri di hadapan Tuhannya pada Hari Kiamat, sehingga selesai ditanya tentang empat perkara”

1. Tentang umurnya, untuk apa dihabiskan.
2. Tentang masa mudanya, untuk apa dipergunakan.
3. Tentang hartanya, dari mana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan.
4. Tentang ilmunya, apa yang sudah dibuat dengannya.


Alam yang ketiga

Di alam Barzakh, ketika kita di kubur.

Bermulanya dari masa manusia keluar dari dunia ini dengan menempuhi mati hinggalah ia dibangkitkan dari kubur.

Siksaan kubur

Siksaan Kubur adalah HAK iaitu benar, sepertimana Rasulullah s.a.w pernah berpesan. Dan beliau telah mengkhabar pada umatnya, “Kebanyakan siksa kubur disebabkan tiada memelihara diri dari kencing.”

Nabi juga berpesan supaya kita memohon pada Allah Ta’ala supaya dihindarkan dari siksaan kubur. Alam yang Allah S.W.T telah nyatakan dalam firmannya:

“Dan di hadapan mereka terdapat Barzakh, hinggalah ke hari mereka dibangkitkan.”(Al-Mu’minun: 100)

Di alam ini, walau jasad musnah kecuali para wali-wali Allah S.W.T ditelan bumi dek zaman, tetapi roh manusia itu kekal di alam Barzakh. Di alam yang mana manusia lalui antara alam Dunia dan alam Akhirat di masa antara dua tiupan.

Alam yang keempat

Di Padang Mahsyar

Bermulanya daripada kebangkitan manusia dari kuburnya untuk menerima pengadilan Tuhan, sehinggalah kepada masuknya ahli syurga ke syurga, dan masuknya ahli neraka ke dalam neraka.

“ Dan ditiupkanlah pada sangkakala, maka mereka pun bangun dari kubur masing-masing, lalu datang kepada Tuhan mereka dengan berbondong-bondong.”(Yassin:51)

Mizan (Amalan ditimbang)

Di alam ini, umat manusia akan melalui saat genting, mereka akan menuju ke padang Mahsyar supaya amalan mereka dihitung oleh Allah S.W.T, bahkan amalan mereka akan di timbang, sebagaimana firman Allah Taa’la:

“ Dan neraca pada hari itu tepat, maka barangsiapa yang berat timbangannya (kebaikan), niscayalah mereka itu menjadi orang-orangyang beruntung. Dan barang siapa yang ringan timbangannya, niscayalah mereka itu adalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka tiada mempercayai keterangan-keterang an Kami.” (Al-A’raf:8-9)

Di titian Shirath

Setelah itu manusia akan melalui Shirath (jambatan), yang mana ianya dipasang di atas muka jahannam, seperti diriwayatkan, Shirath itu lebih tajam dari pedang dan lebih halus dari rambut, tatkala itu manusia akan melaluinya menurut kadar amalan masing-masing.

a. Ada yang umpama kilat ketika melintasi titian Shirath. Ada yang umpama angin. Ada yang seperti burung atau kuda.
b. Begitu juga ada yang merangkak dan ada yang dijilat api, dan yang ada terjerumus ke gaung nereka.

Di telaga Nabi Muhammad S.a.w (Haudh)

Setelah terlepas dari titian Shirath, tatkala itu umat manusia yang beriman akan menghampiri Haudh (telaga) Rasulullah S.a.w dan sekali teguk saja segala haus dan dahaga akan hilang. –Supaya Allah mengurniakan pada kita seteguk dari cawan Rasulullah S.a.w- Air dari Haudh itu lebih putih dari susu, lebih manis dari madu.

Pesanan Rasulullah S.a.w

“Siapa yang melepaskan dari seorang Muslim satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, niscaya Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan Hari Kiamat. Siapa yang menutup rahsia (keburukan) seorang Muslim, niscaya Allah akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat.”

Dan marilah kita hayati kata mutiara dari Rasulullah S.a.w sebagai pedoman untuk kita tempuhi alam yang keempat ini, dan kita mengharapkan Syafaat dari Baginda S.a.w disaat itu sepertimana kita mengharapkan Syafaat serta Wasilah. Beliau setiap kali kita membaca Doa azan, “Wahai Tuhanku yang mempunyai seruan yang sempurna ini dan sembahyang yang akan didirikan ini, berikanlah dengan limpahan kurniaMu kepada Muhammad Wasilah(kedudukan yang paling tinggi dalam syurga) dan keutamaan serta limpahkanlah kepadanya Maqam yang terpuji yang Engkau telah janjikan baginya.”

Alam yang Kelima

Di negeri Abadi (Syurga dan Neraka)

Di alam ini, adalah masa kemasukan ahli neraka dan kemasukan ahli syurga ke syuga buat selama-lamanya yang tiada hujung dan penghabisannya.

Bukankah Nabi Muhammad S.a.w diutuskan untuk membawa rahmat untuk alam-alam, namun begitu ada yang telah mengingkari risalah yang diutuskan oleh Allah S.w.t. Maka balasan buat oleh yang telah mendustakan Nabi dan tidak beriman, maka balasan mereka seperti tertera dalam Al-Quran:

“ Maka Aku memperingatkan kamu akan api yang bernyala. Tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang jahat. Yang mendustakan (kebenaran) dan yang membelakangkan.”(Al-Lail: 14-16)

Telah Allah ciptakan neraka itu dengan mempunyai tujuh pintu. Sebagaimanayang tersebut di dalam Al-Quran:
“Neraka itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu daripadanya ada bahagian yang sudah ditentukan."

Nama-nama pintu dan tingkat neraka:

1. Jahannam
2. Saqar
3.Lazha
4.Huthamah
5. Sa’iir
6.Jahim
7. Hawiyah

Semua lapisan neraka yang tujuh itu telah diasak dengan berbagai-bagai penyiksaan yang berat, hukuman yang dahsyat serta penghinaan yang terkeji. Kami memohon Allah Ta’ala, agar Dia melindungi kami sekalian dari siksaan api neraka dan melindungi datuk-nenek kita, kekasih-kekasih kita dan semua kaum Muslimin.

Syurga buat mukmin

Alam syurga yang mana telah dijanjikan buat orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Bukankah Allah S.w.t telah mengkhabarkan kepada kita : “ Dan pimpinlah orang-orang yang bertaqwa (memenuhi kewajiban) ke dalam syurga berbondong-bondong, sehingga apabila mereka mendatanginya, dibukakan pintu-pintunya, dan penjaga-penjaganya berkata: Selamat sejahtera untuk kamu! Kamu telah melakukan yang baik, maka masuklah kamu ke dalamnya buat selama-lamanya.” (Az-Zumar:73)

Syurga yang mana Nabi Muhammad S.a.w penah bersabda: “ Berfirman Allah Ta’ala: Aku sediakan untuk hamba-hambaKu yang saleh sesuatu yang tiada pernah:

a.dilihat oleh mata.
b. didengar oleh telinga
c. tiada telintas di hati sesiapa pun.

Nikmat-nikmat di syurga:

Bayangkan, segala nikmat yang berlaku didunia ini, tiada bandingannya di Syurga, yang penuh dengan nikmat-nikmat yang hebat diantaranya:

1. Mereka ahli syurga: bersandar di atas permaidani yang sebelah dalamnya diperbuat dari sutera.
2. Ada gadis-gadis sopan santun, belum pernah disinggung oleh manusia dan jin, dan mereka itu bagaikan permata delima dan mutiara.
3. di syurga An-Naim: ada sofa yang bertatahkan emas dan batu permata.
4. Mereka tiada merasa pening kepala atau mabuk.
5. Bidadari-bidadari yang bemata bulat jelita.
6. Tiada matahari yang berhawa panas dan bulan yang berhawa dingin.
7. Air mata Salsabil.
8. Mereka memakai pakaian dari sutera halus.


Nikmat yang besar selepas masuk ke syurga:

Melihat Allah S.w.t

Syurga-syurga yang sediakan ini, ada lapan pintu, dan ianya berbeza dari satu yang lain dan antara satu darjat dengan darjat yang lain sama seperti antara langit dan bumi.Darjat yang paling tinggi ialah Syurga FIRDAUS yang mana diatas nya terletak Arasy Allah S.w.t dan orang-orang beriman tatkala itu dilimpahi berbilang-bilang nikmat, sehingga ditanya pada mereka: Apakah ada sesuatu yang lain yang kamu mahukan Aku tambahkan? Mereka menjawab:

a. bukankah Engkau telah memasukkan kami syurga
b. dan menyelamatkan kami dari api neraka?

Kemudian Hijab pun terangkat. Maka pada ketika itu, tiada sesuatu yang diberikan kepada kamu lebih utama daripada nikmat melihat kepada Wajah Tuhan Azzawajalla.

Petikan dari buku: Peringatan Tentang Umur Insan oleh Imam Habib Abdullah Haddad
Terjemahan: Syed Ahmad Semait/Email oleh : mohd naim mohd zain

Secret Society- Freemason (2)





Sebelum ini saya sudah postkan tentang gerakan rahsia dajal ini, rujuk sini. Di sini saya akan sambung tentang Freemason ini. Untuk menjelaskan kepada umat Islam apa itu Freemason sebenarnya. Di harap pembaca boleh menyebarkan kepada umat Islam yang lain tentang gerakan ini yang sejak sekian lama sudah bertapak di negara kita.

Freemason adalah organisasi Yahudi Internasional, sekaligus merupakan gerakan rahasia paling besar dan palling berpengaruh di seluruh dunia. Freemason terdiri dari dua perkataan yang di satukan. Free bermaksud bebas atau merdeka, dan Mason adalah juru bangun atau pembangun.
Tujuan akhir dari gerakan Freemason ini adalah membangun kembali Haikal Sulaiman atau Solomon Temple. Mereka yakin dan percaya, pada tahun 1012 Sebelum Masihi (SM), Nabi Sulaiman membina Haikal di atas Gunung Soraya di wilayah Palestin. Tapi pada tahun 586 SM, Raja Nebukhadnezar dari Babilon menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Dan pada tahun 533 SM, bangunan ini dibina kembali oleh seorang bernama Zulbabil yang telah bebas dari tawanan Babilon. Atas pembebasannya itulah, dia membangunkan kembali Haikal Sulaiman.
Pada tahun ke 70 M, seorang penguasa Roman menakluk Palestin dan membakar serta menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Kerosakan terus-menerus dialami setelah penyerbuan Bangsa Hadriyan. Begitu pula semasa kekuasaan Islam, konon Haikal Sulaiman di hancurkan dan sebagai gantinya didirikan Masjidil Aqsa pada abad ke-7.
Mereka (Freemason) bekerja dan membangun, iaitu untuk merebut Haikal Sulaiman dan mendirikan kekuasannya secara nyata, serta mempengaruhi pemerintahan dan kekuasan yang mampu mereka pengaruhi. Dan untuk menyebar kekuasaan itu, salah satu rintangan besar yang dihadapi oleh gerakan ini adalah agama-agama, terutama agama Samawi atau agama-agama Kristian dan Islam.
Sebelum kaum muslimin sedar tentang bahaya gerakan Freemason, penentangan terhadap organisasi ini terlebih dulu dilakukan oleh kalangan pemimpin gereja. Penentangan gereja Katholik ini terjadi kerana Freemason telah menjadi organisasi tempat berkumpulnya kaum anti-agama. Dalam sebuah artikel berjudul The Earlier Period Of Freemasonry di Mimar Sinan, Turki, Freemason disebut sebagai tempat berkumpul para anggota Mason yang mencari kebenaran di luar gereja. Dan ini menjadikan awal abad-18 sebagai tahun-tahun yang penuh penentangan antara gereja Katholik dengan Freemason di Eropah. Sejak berdirinya, Freemason telah menyokong kebebasan beragama, sama seperti yang terjadi kebelakangan ini di berbagai negara, liberalisasi keagamaan.
Freemason ditubuhkan di Inggeris secara rasmi pada tahun 1717. Tapi , sebelum tahun itu pun, Freemason telah wujud. Freemason telah ada sebelum 1717 tetapi secara 'underground' dan pada 1717 ini mereka telah sebarkan gerakan ini secara terang-terangan ke seluruh dunia. Pat Anderson adalah tonggak kepada Freemason telah mendirikan Grand Lodge Of England dengan menggabungkan empat lodge menjadi satu.

Banyak sumber Freemason menjelaskan bahwa sejarah gerakan ini bermula dari Ordo Knight of Templar semasa perang Salib di Jurusalem, Palestin. Pope Urban II, tahun 1095 menyeru Perang Suci atau Crusade dan mengajak kaum Kristian di seluruh Eropah untuk turut berperang merebut Jurusalem kembali dari kekuasaan Muslim. Pope Urban II menimbulkan emosi marah umat Kristian dengan berbohong. Dia berkata umat Kristian di Palestin telah dibunuh dan dibakar di dalam gereja-gereja oleh pasukan Turki Seljuk yang Muslim. Dia juga membakar kemarahan kaum Kristian dengan mengatakan bahawa kaum Islam telah dan sedang menguasai makam Jesus.Pope Urban II menyeru agar seluruh pertikaian yang terjadi selama ini harus diakhiri, kerana ada musuh yang lebih berbahaya dan harus segera dihancurkan: Islam. Dia juga juga menipu, bahawa siapa ke medan perang akan dibebaskan dari seluruh dosa dan di jamin akan mendapat balasan syurga. Hasilnya, ribuan kaum Kristian berangkat menuju Palestin dengan kemarahan membara. Dan setibanya di sana, berlaku pembunuhan besar-besaran atas penduduk Islam Jurusalem dan Palestin.
Selama dua hari penyerbuan terjadi pembunuhan yang tidak boleh diterima akal dan rasa kemanusiaan. Sebanyak 40 000 penduduk Palestin dibunuh. Beberapa sejarawan menggambarkan, saat itu darah menggenangi tanah Jurusalem. Ada yang menyebut darah menggenang setinggi mata kaki, bahkan ada yang menggambarkan darah menggenang hingga lutut manusia dewasa. Tentera berperang dengan motivasi mendapatkan emas dan permata, dan juga banyak para kesatria Perancis membelah perut korban-korban mereka. Mereka mencari emas atau permata yang kemungkinan di telan penduduk Palestin.
Setelah mereka menguasai tanah Palestin, pasukan Salib mulai mendirikan kelompoknya masing-masing. Mereka tergabung dalam ordo-ordo tertentu. Para anggota ordo ini datang dari seluruh tanah Eropah, yang ditampung di biara-biara tertentu dan berlatih cara-cara militan di dalam biara tersebut. Dan satu daripadanya adalah Ordo Knight of Templar.
Knight of Templar juga dikenali sebagai tentera miskin Pengikut Jesus dan Kuil Sulaiman. Dikenali miskin kerana gambar dari logo yang mereka gunakan, dua tentera yang menunggang seekor kuda. Untuk menunjukkan bahawa mereka miskin, satu kuda harus dinaiki dua orang tentera Knight of Templar. Dikatakan, mereka dipaksa untuk makan tiga kali saja dalam seminggu. Mereka juga dikenali dengan nama Knight Of Temple Solomon kerana misi mereka adalah untuk membangunkan kembali Temple Solomon di tapak Masjid Al-Aqsa. Hugh de Pavens dan God frey de St Omer adalah pengasas gerakan ini. Spekulasi dari kalangan sejarawan mengatakan, bahawa ada darah-darah Yahudi yang mengalir dalam tubuh pengasas Ordo Knight of Templar ini. Mereka juga mengamalkan sihir kuno Yahudi iaitu Kabbalah.
Meskipun mereka menamakan diri sebagai tentera miskin, sesunguhnya mereka tidak miskin sama sekali. Mungkin di masa awal-awal penubuhan mereka sahaja mereka miskin. Dalam waktu yang singkat mereka mampu menjadi sangat kaya raya dengan melakukan kawalan penuh terhadap penziarah Eropah yang datang ke Palestian. Salah satunya adalah dengan cara merekrut anak-anak muda putera para bangsawan Eropah yang tentu saja akan membekalkan dana yang banyak. Mereka juga disebut sebagai perintis sistem perbankan pertama pada abad pertengahan.
Pada masa itu banyak orang-orang Eropah yang ingin berpindah atau setidaknya ziarah ke Palestin. Dan tentu saja perjalanan yang jauh dari Eropah memerlukan bekalan yang tidak sedikit. Dan mereka telah mereka satu cara, para penziarah tidak perlu membawa harta mereka dalam perjalanan. Mereka hanya perlu mewakilkan pada sebuah perwakilan Templar di Eropah, mencatat dan menghitung nilai dan mereka berangkat ke Palestin berbekal catatan nilai harta yang akan ditukarkan dengan nilai wang yang sama di Palestin. Gerakan ini didominasi oleh Ordo Knight of Templar yang membuat mereka sangat kaya raya kerana mendapat keuntungan dari sistem bunga yang mereka kembangkan. Dan sistem inilah yang digunakan sekarang!
Kerana ordo ini sangat berkuasa, mereka mulai menampakkan ciri aslinya, iaitu sebagai penganut Mason. Mereka mengembangkan doktrin dan ajaran mistik, juga kekuatan sihir di biara-biara mereka. Mereka memuja syaitan dan iblis (Lucifer). Apa yang mereka praktikkan ini disebut sebagai Kabbalah, sebuah tradisi mistik Yahudi kuno yang telah berkembang bahkan sejak zaman sebelum Fir’aun.



Mengetahui hal ini, Raja Prancis Philip le Bel, pada tahun 1307 mengeluarkan seruan untuk menangkap dan membubarkan ordo Knight of Templar karena dituduh telah melakukan bid’ah. Dalam perkembangannya, Pope Clement V turut bergabung untuk memerangi kaum Mason ini dengan mengeluarkan kembali vonis inquisisi. Terjadi banyak penangkapan, dan beberapa pimpinan Ordo Knight of Templar yang bergelar Grand Master (pangkat ini masih dipakai sebagai tingkat tertinggi dalam gerakan Freemason sampai sekarang) turut menjadi korban. Dari beberapa penangkapan dan keterangan bahawa anggota-anggota Templar telah melakukan kejahatan seksual terhadap beberapa perempuan bangsawan, menyembah syaitan, memakan daging teman-teman mereka sendiri yang sudah mati. Bahkan salah seorang saksi mengatakan, para Templar memperkosa perawan-perawan hingga hamil dan bayinya dibunuh dengan cara yang sadis untuk kemudian di bakar dan diambil minyaknya, dijadikan minyak suci untuk persembahan para pemimpin mereka!
Pada tahun 1307, Raja Philip IV memerintahkan penangkapan Jacques de Molay. Dan setelah melalui penyeksaan demi penyeksaan, de Molay mengakui segala ritual bid’ah yang dilakukan oleh Ordo Templar. Pada tahun 1312, Ordo Knight of Templar dilarang dan dibubarkan. Dan atas perintah Gereja dan Raja , dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 1314, para pimpinan Templar dihukum mati, termasuk Jacques de Molay, salah satu Grand Master terpenting Ordo Templar. Jacques de Molay sendiri divonis sebagai heretic (bid’ah) atau kafir dan dihukum dengan cara dibakar hidup-hidup di depan raja Philip IV. Dan sebelum menghembuskan nafasnya, de Molay mengeluarkan kata-kata bahawa Raja Philip dan Pope Clement harus mengikutinya, mati, dalam masa satu tahun. Dan sejarah mencatat, Raja Philip IV meninggal tujuh bulan kemudian, disusuli Pope Clement sebulan setelah Raja Philip mangkat.

Setelah itu terjadi pemusnahan besar-besaran, sekali lagi atas kaum Yahudi, dan kali ini bermula dengan Knight of Templar atau kaum Mason. Pemusnahan ini tidak hanya terjadi di Palestin, tapi juga terjadi di Eropah. Mereka diburu untuk ditangkap dan dibunuh. Dan akhirnya mereka berjaya melarikan diri dan mendapat perlindungan dari Raja Scotland, Robert The Bruce yang dilantik dan menduduki singgasana Raja pada tahun 1306. Dan di tanah baru ini pula mereka menyusun kekuatan kembali. Dan Scotland menjadi salah satu yang tempat terpenting dalam perkembangan gerakan Freemason. Dan mereka menukar nama dari Knight Of Templar kepada Freemason tetapi misinya utamanya sama iaitu membina kembali Temple Of Solomon untuk menyambut kedatangan Messiah mereka ataupun Dajal laknatullah.

Negaraku, MALAYSIA






Sila klik gambar ini untuk dibesarkan

SEAWAL TAHUN 1937 NAMA 'MALAYSIA' TELAH DISEBUT DALAM SEBUAH BUKU BERTAJUK,"MALAYSIA: A STUDY IN DIRECT AND INDIRECT RULE" YANG DIKARANG OLEH RUPERT EMERSON, NEW YORK,MC MILLAN (20 tahun sebelum merdeka dan sebelum Jepun menyerang tanah melayu). TAJUK BUKU INI ADA KAMI JUMPAI SEMASA SURFING.

Kita andaikan begini,kalaulah mereka dahulu (TAR and the gang) nak bincang kemerdekaan dan nama negara, sudah pasti selepas Jepun tewas tahun 1945 dan 12 tahun kemudian Malaya yang merdeka dan nama Malaysia ini hanya wujud pada tahun 1963,kombinasi saudara kita di Sabah dan Sarawak. Bukan kah begitu kefahaman kita selame ini??? Anehnya buku ini terhasil jauh lebih awal dari tarikh-tarikh ini.JADI persoalannya, NAMA NEGARA KITA MALAYSIA INI AGENDA SIAPA SEBENARNYA? US terlibat juge ke?

Tidak salah jika kami katakan bahawa sejarah Malaysia hari ini harus dibongkar sedaya mane yang boleh. Terlalu banyak kepincangan yang kita temui. Kesarjanaan kita bukanlah untuk mendabik dada mengatakan akulah pakar yang tahu semua sejarah bangsa. Yang amat mengetahui hanyalah Allah SWT sahaja. Jangan sampai kita dipersalahkan oleh anak cucu kita dikemudian hari kerana tidak berbuat apa-apa hari ini.

Terima kasih saudara 'dragsuperstar' diatas usaha pencarian saudara dan sumbangan gambar buku ini.

Adolf Hitler dan Propaganda Simpati Yahudi

Mohd Shah Reedza (whatwhenwrong9@hotmail.com)
Satu nama yang tidak asing lagi dalam sejarah peradaban dan tamadun manusia. Satu tokoh politik dan juga pemimpin tentera yang pernah digeruni malah dipuja. . Saya secara hakikatnya amat meminati beliau satu ketika dulu.
Saya telah membaca bermacam-macam artikel mengenai beliau di zaman kegemilangan Nazi, satu parti yang pada asalnya sebuah parti nasionalis. Bermacam juga jenis filem walaupun bias kepada pihak bersekutu dan Yahudi namun ia telah menaikkan lagi minatku pada ketokohan manusia ini yang hanyalah seorang “Runner” di zaman Perang Dunia Pertama.
Kronologi hidup Adolf Hitler secara ringkas:
  1. Mencari pekerjaan sesuai dengan minatnya dalam senilukis tetapi gagal. Beliau menyalahkan bangsa Yahudi sebangai kekurangan kekosongan jawatan dan peluang perniagaan yang didominasi mereka.
  2. Menyertai tentera Jerman untuk Perang Dunia Pertama. Cedera dan ditugaskan ke Pejabat Pentadbiran Tentera setelah perang tamat.
  3. Menyertai secara aktif pidato mengenai nasionalisma Jerman di Beer Hall. Salah sebuah bar yang sering dikunjungi beliau di Bavaria. Tertubuhnya Parti Buruh Jerman yang kemudian ditukar ke Parti Nasionalis Sosialis yang lebih dikenali sebagai Parti Nazi.
  4. Berlakunya usaha rampasan kuasa pentadbiran daerah Bavaria diketuai Hitler bersama rakan-rakan bekas tentera. Usaha ini dinamakan ‘Beer Hall Puscht”. Ditangkap dan dipenjarakan.
  5. Keluar dari penjara dan kembali menghidupkan Parti Nazi tetapi harus bersemuka dengan musuh yang lebih muda dalam parti, Joseph Goebels dan Strausser.Goebels dilantik kemudiannya sebagai Menteri Akhbar dan Media.
  6. Pencapaian membanggakan Parti Nazi dalam Pilihanraya Jerman.
  7. Meluaskan kuasa dengan memenangi sekali lagi Pilihanraya Jerman seterusnya memaksa Chancellor Jerman meletak jawatan.
  8. Berjaya mempermainkan Vice Chancellor ketika itu yang tamakkan kuasa. Membakar Reichstag, bangunan parlimen Jerman seterusnya memaksa ahli-ahli parlimen yang bukan Nazi menyokong Akta Cetak dan Berucap.
  9. Jawatan Chancellor diserahkan kepada Hitler secara terpaksa berikutan sokongan mendadak terhadap beliau.
  10. Menubuhkan SS dan menggabungkan semula angkatan tentera Jerman dan melancarkan perang penaklukan ke atas Negara-negara eropad seperti Austria, Poland, Perancis, Czech dan beberapa lagi.
  11. Penubuhan Concentration Camp untuk pembelot dan juga penentang Nazi. Membawa kepada Holocaust dengan penubuhan Kem Auschwitz.
  12. Beratus ribu bangsa Yahudi telah dibawa ke Auschwitz dan dibunuh.
  13. D-Day. Serangan tentera bersekutu.
  14. Serangan balas terhadap England dengan peluru V8 yang baru dicipta tetapi gagal meninggalkan impak.
  15. Cubaan menyerang Russia oleh Jerman tetapi dalam masa yang sama diserang tentera bersekutu.
  16. Pertahanan Jerman lumpuh dan Reichstag telah ditawan menandakan kekalahan Jerman.
  17. Hitler membunuh diri bersama isterinya Ava Braum.
  18. Orang paling kanannya Goebles turut membunuh diri bersama ahli keluarga dengan pil sianida.
Tetapi, dalam pada kita asyik berdebat dan memikirkan samada benar atau tidak sejarah di atas, apa yang pasti ialah kita tidak hidup di zaman itu untuk mengalaminya sendiri. Kita juga bukannya ada keluarga yang bersangkut paut dengan Hitler ataupun Himmler, kalaupun ada cucu ataupun saksi yang masih hidup sekarang, tiada sesiapapun mampu membuktikan segalanya 100% tepat kerana itu semua hanyalah berdasarkan bagaimana kita memikirkan apa yang kita lihat,baca dan saksikan.
Namun, itu tidak bermakna kita sampai di sini sahaja. Hakikatnya, kita bebas mengeluarkan pendapat berdasarkan sumber yang ada mahupun pengalaman sendiri, maka dengan intensi inilah saya ingin mengutarakan pendapat-pendapat saya berkaitan kisah Hitler diatas yang juga berkaitan dengan kehidupan kita.
1) Simpati
  • Saya sudah menonton bermacam-macam filem kategori Holocaust. Saving Private Ryan, Pianist, Schindler’s Lists, Band of Brothers hinggakan terdapat juga filem-filem yang ingin juga mengaitkan Nazi secara sengaja seperti Hell Boy, Inside Man dan juga Indiana Jones. Segalanya mudah pada fikiran saya. Ini kerana Jika saya dari kalangan mereka pun saya mungkin juga akan melakukan perkara yang sama. Atas sebab agama dan bangsa Yahudi, penderitaan mereka perlu di canang di seluruh dunia. Kekejaman Nazi harus dikenali seluruh dunia. Apa objektifnya? Konspirasi? Sebaran Pengaruh? Simpati?
  • Ya, simpati adalah alasan yang sangat kukuh. Pelik atau tidak, saya merasakan simpati adalah salah satu sikap yang boleh menjadi kelemahan seseorang. Bukanlah bermaksud yang kita tidak perlu bersimpati. Cuma kita perlu lebih berhati-hati. Umat Islam ini tidak terkira musuhnya yang sentiasa akan mencari kesempatan. Tragedi Holocaust merupakan salah satu agenda yang sengaja dibesar-besarkan pihak tertentu untuk meraih simpati. Memang benar mangsa tidak sepatutnya diseksa sebegitu tetapi malangnya, Holocaust ini juga telah menjadi kiblat untuk pihak tertentu melancarkan kekerasan, penindasan, rampasan, seksaan kepada orang yang tidak bersalah kepada mereka. Alasannya mudah, itu hak mereka. Tetapi tiada satu pihak pun yang berani menghalang mereka secara terang-terangan dan dengan tegas. Holocaust telah jadi satu fenomena, sehebat mana fenomena Michael Jackson dan juga Beattles dahulu.
  • Presiden Iran Ahmadinejjad pernah menyuarakan Holocaust ini adalah satu pembohongan semata-mata dan tidak pernah berlaku. Saya tidak berapa setuju dengan pendapat beliau tetapi saya amat bersetuju sekiranya dikatakan bahawa kisah Holocaust telah diperbesar-besarkan jauh lebih teruk dari perkara yang sebenarnya terjadi hinggakan terdapat berpuluh-puluh Muzium Holocaust serata Amerika Syarikat. Adakah anda berpeluang menonton Discovery Channel dalam rancangan Scrap Book From Hell:Auschwitz? Sekiranya terdapat siaran ulangan kelak, sila tonton sambil mengingatkan apa yang berlaku pada saudara-saudara kita di Tebing Barat dan saya pasti anda semua dapat mengukur sejauh mana tahap simpati anda.
2) Keadilan dan kebenaran
  • Kita sering berbicara tentang bagaimana Yahudi menguasai dunia tetapi dalam masa yang sama mereka (Yahudi) juga banyak menggambarkan dalam filem bagaimana Nazi menguasai sebahagian besar Eropah dengan kekerasan dan “Holocaust”. Turut digambarkan bagaimana Hitler memerintah apabila beliau senantiasa berlaku kasar kepada pegawai bawahannya dan juga bagaimana rakusnya Hitler membawa Jerman ke lembah peperangan yang penuh dosa.
  • Pada fikiran saya, perkara ini juga adalah satu langkah yang bijak. Mengapa? Kerana secara tidak langsung corak penguasaaan Hitler ini telah bejaya di”tiru’ oleh pemimpin lain. Jangan lupa pada Idi Amin. Ingatlah Juga jeneral Farah Aideed. Bagaimana pula Saddam Hussein? Saya jamin majority dunia melihat mereka ini adalah dari acuan Hitler, namun adakah kita berada di sana untuk melaluinya? Adakah kita semua sebahagian dari bala tentera atau barisan pemimpin semasa pemerintahan mereka? Hasilnya, lihatlah apa yang kita nampak dalam filem King of Scotland, tontonilah Black Hawk Down untuk Farah Aideed dan lihatlah Generation Kill untuk Saddam. Adakah mereka mati sebagai Islam? Adakah mereka mati memperjuangkan keadilan dan kebenaran? Adakah mereka sekejam yang digambarkan? Kita tidak tahu. Mengakulah bahawa kita tidak pasti 100%. Tetapi apa yang pasti, sedikit sebanyak saya yakin di dalam hati kita semua, idea-idea untuk berlaku kejam ini telah di promosi kepada kita. Telah ditanam secara halus dalam sanubari dan hidup kita. Mereka telah bertindak dengan bijak untuk mengajar kita bahawa setiap yang buruk, jahat, kejam, tidak berhati perut dan tanpa perikemanusiaan seperti Hitler dan “protรฉgรฉ”nya harus diadili. Mereka ini harus dihukum secara setimpal, dan kita haruslah membela sesiapa yang ditindas oleh mereka yang kejam ini.
  • Namun sedarkah kita siapa yang diadili dalam hal ini? Siapa yang dibela dalam kisah sejarah ini? Pada mulanya filem Black Hawk Down amatlah mengujakan saya tapi saya akhirnya terfikir, kenapa saya merasa gembira setelah pihak Amerika Berjaya mengalahkan tentera Farah Aideed? Saya ini dipihak yang mana?. Persoalan terakhir untuk kita lebih tidak selesa. Pihak yang jahat dan kejam ni digambarkan ganas seperti Rejim Tel Aviv bukan? Ataupun MILF? Abu Sayyaf? Al-Qaeda? Hamas? Hizbullah? Mereka ini juga terlibat dalam peperangan juga bukan? Dapatkan anda kaitkannya? Sama-sama kita fikirkan.
Saya cuba sebaik mungkin untuk merungkaikan bagaimana kemunculan Hitler dan pengaruhnya diadaptasi dan dipraktikkan untuk tujuan tertentu. Adakah kita telah di’brainwash’ kan? Saya rasa tidak. Cuma sesetengah pihak telah berupaya untuk membuat kita berfikir yang positif secara rambangnya tetapi dalam masa yang sama telah mengaktifkan sebahagian kecil kegelapan di hati kita.
Apa kaitannya dengan kisah ringkas Hitler di atas? Kita pasti akan dapat menemui contoh-contoh simpati dan keadilan dalam sejarah kehidupan dan politiknya. Terdapatkah perumpamaan serupa di zaman kita ini? Tidak perlu pergi jauh. Lihat saja kepada peristiwa September 11 dan impak serta perkara susulan yang berlaku daripadanya. Untuk apa Perang ke atas Iraq dan Afghanistan? Adakah kerana ‘simpati’ berserta demi ‘keadilan dan kebenaran” maka perang-perang ini dicetuskan? Sama-sama kita akan kupas lagi.
Insya’allah saya akan sambung lagi artikel ini dalam masa terdekat.
Assalamualaikum
(blog penulis artikel : kopiahlama.blogspot.com)

silibus pengajian konspirasi antarabangsa


Satu perjumpaan rahsia telah diadakan beberapa jam sebelum tahun baru.Satu memo berkenaan perjumpaan rahsia ini telah ditemui terselit di celah-celah buku seorang ahli Lodge bertahap Shriner di Mistis Organization.Antara kandungan memo tersebut ialah:
To: all shriners
From:The Secret Keeper
Date:1 Dis 2008
Subject: Classfied Meeting
The meeting will be held as follows:
Date:31 Dis 2008
Time:9.15 p.m
Place:The Secret Chamber of 1st Order
Tidak diketahui apakah yang dibincangkan oleh mereka di dalam bilik paling terahsia di Mistis Organization itu.Beberapa hari kemudian tersebar maklumat tentang satu silibus sulit yang dipercayai hasil dari pertemuan rahsia tersebut.Silibus yang bertajuk ‘International Conspiracy Studies’ ini adalah silibus yang mungkin akan dikeluarkan di dalam MistisFiles tahun ini.
Berikut adalah sukatan pelajaran bagi subjek ‘International Conspiracy Studies’ yang wajib di ambil oleh para pelatih junior di Mistis Organization.
———————————–
Subject: International Conspiracy Studies
Credit Hours: 3
Chapter 1: Conspiracy Theory
-Introduction to Conspiracy Theory
-Political-Sociology Research
-Domination and Hegemony
-Hidden and Forbidden Agenda
-The Matrix of Secret
-Ideology Studies
Chapter 2: The Hidden Hand
-Dajjal Al-Masih Al-Muntazhor
-The AntiChrist
-The Origin
-As-Samiri & Azazel
-Master of The Conspiracy
Chapter 3: Secret Societies
-Inner Circle & Brotherhood
-The Knight Templar
-Rosicrusian
-Priory of Sion
-Snake Brotherhood
-Council of Nine
-Order of Skull & Bones
-Further Studies
Chapter 4: Illuminati & Freemasonry
-Origin of Freemasonry
-Kabbalah & Satan Worship
-Secrecy in Freemasonry
-The Illuminati
-The Illumination
-Adam Weishaupt & Modern Illuminati
-Commitee 300
-The Wisdom of Wise Man
Chapter 5: Mindcontrol Studies
-The History of Mindcontrol
-Trauma-based Mindcontrol
-Multiple Personality Disorder
-Satanic Ritual Abuse
-Traumatization & Torture
-Subliminal Message
-Mindcontrol Programming
-Structure of Brain
-Mind Over Matter
-Hypnosis & Drugs
-Electrical & Electronic Devices
-Cult Programming
-The Art of Deceit
-Internal & External Control
-Reprogramming
Chapter 6: The New World Order
-The All-Seeing Eye
-Global elite
-Master Plan
-Covert Operation
-Shadow Government
-Bohemian Groove
Chapter 7: Global Elite
-The 13 Illuminati Bloodlines
-Rockefeller Empire
-The House of Rothschild
-Trilateral Commision
-Council of Foreign Relation
-The Bilderberg Group
-United Nation
-NATO
-Federal Reserved System
-The Institute for International Economics
Chapter 8: Mystery Religion
-Sumerian Mystery Religion
-Egyptian Book of The Dead & Their Mystery Religion
-Kabbalah
-Black Madonna
-Paganisme
-Babylon Mystery Religion
-Roman Gods
-Magus of Persian
Chapter 9: Magic & Cult
-Introduction
-Aleister Crowley
-Ordo Templi Orientis
-Thelema
-Satanic Church
-Temple of Set
-The Necronomicon
-Tarot
-Babylonian Magic
-The Magician & Necromancer
-Futher Studies
Chapter 10: American Secret Projects
-Introduction
-Philadelphia Experiment
-Montauk/Rainbow/Phoenix Projects
-Monarch Project
-MK-ULTRA
-Operation Paperclip

Islam Liberal

Di dalam dunia yang penuh tipu muslihat ini, kesemua pihak adalah di bawah cengkaman dan pemerhatian Iblis Laknatullah dan kuncu-kuncunya dari kalangan syaitan jin dan syaitan manusia.Dendam Iblis terhadap anak cucu Adam tidak pernah terpadam selagi nafsu amarahnya masih berkobar-kobar mengenangkan dia dihalau dan dipecat dari jawatan Ketua Para Malaikat gara-gara Adam.Setiap manusia tidak kira dia Kristian,Yahudi,Buddha,Hindu ataupun Islam mahupun Ateis, mereka adalah sasaran-sasaran untuk dikelirukan untuk meramaikan lagi jumlah penghuni neraka.Musuh yang paling dikehendaki dan tinggi nilainya untuk dikelirukan sudah tentu para pengikut agama Tuhan,Islam.Tetapi bagaimanakah Iblis dan proksi-proksinya di Bumi mahu mengelirukan umat ini yang diberikan Allah s.w.t AlQuran yang mulia dan menurunkan pula manusia luarbiasa dan teragung,Muhammad s.a.w kepada mereka?Terlampau banyak pula kelebihan dan senjata serta pendinding yang dimiliki mereka sama ada mereka sedar atau tidak sedar yang amat menakutkan para syaitan dan jin hamba Iblis.Bagaimana Iblis mahu mengelirukan umat ini?
Ini adalah jigsclue #06 di bawah codename “Islam Liberal”
Sila fahami baik-baik.
“ISLAM LIBERAL”
Apakah itu Islam Liberal?Siapakah Islam Liberal?
Islam Liberal adalah satu fahaman sesat yang berpunca dari sifat tidak yakin diri,merasa rendah diri (inferiority complex) dan mengagung-agungkan gaya pemikiran Barat oleh segolongan orang Islam.
Menurut Kamus Dewan (DBP. Kuala Lumpur 1994), perkataan Liberal didefinisikan sebagai “1. (bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan), (fahaman) bebas. 2. bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya).”
Merujuk kepada definisi di atas, Islam sememangnya sebuah agama yang liberal. Ia membebaskan manusia daripada belenggu penyembahan sesama makhluk, bahkan juga membebaskan manusia daripada penindasan, kezaliman dan penghinaan sesama manusia. Islam juga memiliki dasar yang terbuka terhadap peradaban manusia selagi mana ia tidak melibatkan syirik yang menyekutukan Allah, perbuatan yang menyalahi syari‘at-Nya dan kepercayaan kurafat yang merendahkan kedudukan manusia sehingga ke taraf kebinatangan.
Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan Islam Liberal?Maksudnya penambahan kata ‘Liberal’ pada Islam yang sudah sememangnya liberal adalah sesuatu yang diada-adakan,bersifat tidak tulen dan meniru-niru pengaruh luar serta menunjukkan unsur-unsur tidak memahami seluruh konsep dalam Islam itu sendiri.
Apakah yang dimahukan oleh fahaman ini?
Jawapannya dapat kita lihat sendiri pada penambahan perkataan “Liberal” kepada Islam yang sememangnya sudah liberal. Ertinya fahaman ini mengkehendaki ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih daripada apa yang sedia ada dalam syari‘at Islam yang asli lagi tulen.
Sejarah dan Asal-usul Islam Liberal
Golongan ini muncul hasil dari jangkamasa penjajahan yang lama daripada pihak Barat ke atas umat Islam.Penjajahan yang lama ini telah mempengaruhi psikologi umat Islam amnya.Terdapat dua fenomena psikologi yang mempengaruhi umat Islam ketika jangkamasa kemunduran dan penjajahan.
Pertama adalah fenomena ‘penjajahan’ oleh negara-negara Barat ke atas hampir seluruh negara umat Islam. Kedua adalah fenomena ‘ketinggalan’ dari sudut sains dan teknologi di belakang kebanyakan negara-negara Barat. Apabila berhadapan dengan dua fenomena di atas, sikap umat Islam boleh dibahagikan kepada empat:
Pertama adalah mereka yang merasa putus asa secara keseluruhan dan duduk diam menerimanya sebagai satu ketentuan yang sememangnya merendah dan memundurkan mereka.
Kedua adalah mereka berpendapat agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Justeru untuk menjadi umat yang berkuasa dan maju, Islam perlu dipisahkan daripada kehidupan harian. Formula pemisahan ini yang digelar sekularisme terbukti berkesan mengingatkan bahawa semua negara Barat yang berkuasa lagi maju mempraktikkannya.
Ketiga adalah mereka yang juga berpendapat bahawa agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Namun untuk menyelesaikan faktor penghalang ini, mereka berpendapat caranya ialah membuka dan membebaskan agama daripada ajaran dan tafsirannya yang sekian lama telah menjadi pegangan umat. Kelemahan dan kemunduran umat Islam dianggap berpunca daripada belenggu kejumudan umat dalam menafsir dan mempraktikkan agama Islam. Kumpulan ketiga inilah yang digelar sebagai aliran Islam Liberal.
Kelompok terakhir adalah mereka yang mengakui akan hakikat kelemahan dan kemunduran yang dialami umat. Namun hakikat ini tidak mereka persalahkan kepada agama atau selainnya kecuali terhadap diri mereka sendiri dan umat Islam seluruhnya yang telah leka daripada berpegang dan mempraktikkan ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu untuk kembali kuat dan maju, umat Islam perlu mempelajari, memahami dan mempraktikkan semula secara sepenuhnya ajaran Islam yang asli lagi tulen. Formula ‘Islam Sekular’ atau ‘Islam Liberal’ tidak menjadi pilihan kelompok keempat ini kerana ia bukan cara untuk mencapai kekuatan dan kejayaan yang sebenarnya. Kekuatan dan kejayaan yang sebenar hendaklah diukur dengan necara wahyu Illahi yakni Islam yang berteraskan al-Qur’an dan al-Sunnah, bukan neraca peradaban Barat yang berteraskan materialisme dan hawa nafsu. Golongan keempat inilah yang benar. Insya-Allah dengan kesungguhan mereka, kekuatan dan kejayaan akan kembali ke tangan umat Islam.
Yang paling menjauhi kebenaran adalah kelompok ketiga, iaitu kelompok Islam Liberal. Secara lebih terperinci, kelompok Islam Liberal adalah aliran yang muncul kerana kesan psikologi kekerdilan diri (inferiority complex) yang dihadapi oleh sebahagian umat Islam hasil penjajahan dan kemunduran yang dihadapi oleh mereka. Kesan kekerdilan ini diburukkan lagi dengan sikap tergiur lagi menyembah kepada negara-negara Barat yang menjajah lagi maju sehingga menyebabkan mereka sendiri terasa hina, bodoh, diperbudak dan hilang kejatian serta kebanggaan diri. Semua ini menghasilkan satu rumusan bahawa untuk mencapai kekuatan dan kemajuan, caranya adalah meniru segala formula peradaban yang dipraktikkan oleh negara Barat. Rumusan ini tidak akan berjaya selagi mana tidak dibuka dan dibebaskan tafsiran Islam daripada kejumudan pegangan umat selama ini.
Kenapa golongan ini paling berbahaya?Berbanding kelompok kedua,golongan ini bagaikan parasit yang memusnahkan Islam dari dalam.Kelompok kedua iaitu golongan sekular tidak menyentuh ajaran agama sebaliknya cuba memisahkan pengaruh agama ke dalam politik ataupun urusan kehidupan dunia mereka.Apabila mereka memerlukan kehidupan ritual,spiritual mahupun pandangan agama barulah mereka merujuk kembali kepada agama itu tanpa mengganggu hukum-hakam apatah lagi mengubah syariat agama.Tetapi jika terdapat hukum agama yang mengganggu kehidupan sekular mereka,mereka akan tolak.Jadi golongan sekular akan mengambil mana-mana hukum agama yang sesuai dengan selera mereka dan membuang mana-mana yang tidak sesuai pada pandangan mereka.
Namun golongan Islam Liberal yang rata-ratanya terdiri dari lulusan agama,pengamal undang-undang dan cendekiawan ini cuba mengubah konsep di dalam ajaran Islam itu sendiri.Mereka bagaikan ‘mengedit’ syariat Islam di sana-sini sesuka hati berdasarkan hujah-hujah mereka yang terhasil dari gabungan fahaman sekular dan Darwinisme yang berdasarkan logik akal semata.Golongan ini akan berusaha menghapuskan unsur-unsur bersifat ritual (tawaf,solat,mencium batu Hajar Aswad) dan mistik (ghaib-seperti syurga dan neraka,azab kubur dll) dalam Islam malah mengatakan itu semua karut dan tahyul serta menjadi penyebab fikiran menjadi jumud dan mundur, padahal pada masa yang sama mereka menghormati unsur-unsur ritual agama lain seperti Hindu dan Buddha.Mereka lama kelamaan seolah-olah bersikap ateis apabila hanya mengambil bahagian-bahagian yang pada mereka sesuai dengan pandangan sekular Barat dan kehidupan moden hari ini.Unsur-unsur mistik seperti Tuhan,syurga dan neraka,azab kubur,padang mahsyar,kiamat dan lain-lain akhirnya dikatakan sekadar simbolik sahaja.
Di antara ciri-ciri golongan Islam Liberal:
Cuba Mengubah Syariat
Golongan ini sesuka hati cuba mengubah syariat mengikut selera mereka.Selalunya mereka mempunyai autoriti dalam melakukan kerja kotor ini disebabkan kebanyakan mereka terdiri dari cerdik pandai Islam dan pengamal undang-undang.Cerdik pandai Islam ini nampaknya telah tersesat dari apa yang mereka pelajari ataupun disesatkan oleh pihak-pihak tertentu.Mereka terasa hebat dan ego mereka semakin menjadi-jadi sehingga hukum-hukum agama pun mereka cuba mencabarnya.Para pengamal undang-undang pula (Islam Liberal) sebenarnya golongan yang teramat jumud dan sempit pemikiran mereka apabila menganggap syariat Islam boleh diubah dan dipinda sebagaimana undang-undang manusia.Mereka memandang agama mengikut tempurung akta,peraturan dan pindaan.Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu hukum Tuhan,yang mana satu hukum manusia.Mereka tidak cuba memahami hikmah di setiap suruhan Tuhan tetapi cuba mencabarnya seolah-olah Tuhan itu manusia biasa yang terhad pengetahuannya.
Menolak dan Mengambil Ajaran Islam Sesuka Hati
Ini adalah ciri-ciri yang terdapat dalam golongan Sekular.Golongan Islam Liberal juga gemar menolak dan menerima ajran-ajaran Islam mengikut selera mereka.Pada mereka agama seperti pilihan makanan di bufet-bufet.Jika mereka setuju mereka akan mengekalkan ajaran Islam tersebut.Jika tidak menepati selera mereka,mereka akan menolak.Namun begitu keceluparan mereka naik satu tahap lagi berbanding golongan Sekular.Mereka tidak menolak begitu sahaja kerana seterusnya mereka cuba meminda dan mengubah ajaran itu sehingga menjadi ajaran baru yang di’rebranded’kan konsepnya dari ajaran asal.Sama ada mereka ini menolak AlQuran tetapi mengambil Hadis,ataupun menolak Hadis tetapi mengambil AlQuran.Ada juga yang menolak separuh isi AlQuran dan Hadis dan mengambil separuh yang selebihnya.Dalam hal ini pangkat mereka sama taraf dengan golongan Islam Sekular.
Menganggap Ritual Dalam Islam Adalah Tahyul
Mereka bersikap angkuh mengatakan ritual dalam Islam adalah karut dan tahyul,padahal perkara ritual merupakan fitrah manusia.Manusia memerlukan unsur-unsur ritual dan spiritual dalam kehidupan mereka.Ini adalah kerana manusia bukanlah makhluk jasmani sahaja seperti haiwan tetapi manusia diciptakan sebaik-baik makhluk;gabungan jasmani dan rohani.Ini menjelaskan mengapa manusia mengada-ngadakan ritual yang beraneka ragam dalam usaha menyembah Tuhan mereka.Manusia bukanlah robot ataupun mesin-mesin.Mereka yang mengaku Ateis sekalipun akan spontan mengucap ‘Ya Tuhan’ apabila berada dalam keadaan yang teramat genting atau menghampiri maut sama ada di dalam hati mahupun kata-kata.Apa perkataan terakhir Lenin manusia Atheis teragung dalam sejarah?Wasiat terakhirnya ketika nazak adalah
“Tuhan, aku sakit”…
Golongan Islam Liberal ini bersikap talam dua muka (berpura-pura) dalam berhadapan soal ini.Apabila diajukan amalan ritual yang beraneka ragam dan pelik-pelik dari agama penyembah berhala seperti Hindu dan Buddha contohnya,mereka cepat-cepat bersikap optimis dan terbuka dengan berpendapat itu adalah normal dan kepercayaan masing-masing.Apatah lagi jika berhadapan dengan golongan New Age yang mengamalkan penyembahan Iblis dan Syaitan dalam definisi moden dan komersil,golongan Islam Liberal yang bodoh sombong ini tiba-tiba bersikap ‘humble’ merendah diri tak bertempat.Padahal agama merekalah yang benar dan diiktiraf Tuhan Pencipta Alam.Diri mereka penuh dengan perasaan ‘inferior’ yang tak berkesudahan terhadap agama mereka sendiri.
Ada pula berpendapat ritual Islam tidak ubah seperti agama-agama lain mahupun pada amalan kaum-kaum pribumi seperti Red Indian ataupun orang asli yang duduk di hutan-hutan tebal dan gua-gua.Perbuatan mereka seperti mahu menghina amalan ritual dalam Islam dan menyamakannya dengan amalan agama lain.Sama ada mereka ini malas untuk melakukan suruhan agama ataupun membesar dalam keadaan tidak diajar amalan ritual dalam Islam.Kita boleh lihat pola pemikiran jumud mereka ini sama seperti pola pemikiran golongan ajaran sesat.Apabila Islam tiada atau menghapuskan ritual karut-marut,manusia yang lemah dan bodoh ini mencari-cari atau mereka-reka ritual yang pelik-pelik untuk memenuhi nafsu mereka.Apabila Islam sendiri lengkap dengan ritual sebagai tanda penyembahan kepada Allah Maha Pencipta,manusia yang bodoh sombong ini pula mengejek-ngejek amalan ritual tadi sambil berfikir merekalah lebih maju dan moden dari Tuhan yang menciptakan mereka sendiri.Manusia sebenarnya MENJADI MUSUH KEPADA APA YANG MEREKA TIDAK KETAHUI.
Tidak Ada Perasaan Kasihkan Agama
Mereka sebenarnya tiada perasaan kasihkan agama mereka sendiri.Jika ada sudah semestinya mereka mengkaji dan mengkaji agama mereka sendiri dan cuba mempertahankan agama Islam yang mulia ini.Mereka juga tidak bangga beragamakan Islam.Mungkin mereka menyesal dilahirkan Islam.Alangkah baiknya mereka dilahirkan di Amerika beragamakan Kristian Sekular yang bebas dan melakukan segala-galanya bebas seperti seks bebas dan parti bogel beramai-ramai di tepi-tepi jalan.Mereka juga berangan-rangan mahu maju dan canggih seperti Barat.Islam bagi mereka adalah takdir yang paling malang bagi mereka.Islam bagaikan kutu-kutu yang menghisap darah mereka ataupun tahi ayam yang melekat di kedua lubang hidung mereka.JIKA BOLEH MEREKA MAHU MURTAD DENGAN SEGERA bagi sama-sama menghirup udara kemajuan dan pemodenan tajaan Barat dan sistem Dajal Laknatullah.
Berfikir Berdasarkan Logik Semata
Mereka adalah warisan kepada golongan Darwinisme dan Materialisme.Mereka suka memandang agama berdasarkan logik akal mereka yang terhad.Bagi mereka agama haruslah dilihat seperti satu ilmu sains yang terdiri dari rumus-rumus atau formula-formula tertentu.Mereka mencari-cari hukum sebab dan akibat dalam Islam.Apa-apa yang mereka tidak faham dalam Islam seperti persoalan ghaib (seksa kubur,kiamat,Isra’ Mi’raj) bagi mereka hanyalah simbolik ataupun sengaja diada-adakan oleh ulama-ulama.Segala-galanya simbolik sahaja sehingga hukum-hakam pun simbolik sahaja.Hukum Hudud paling dibenci mereka dan sudah pasti,adalah paling simbolik dalam Islam dan tidak perlu dilaksanakan.Sehingga solat lima waktu pun simbolik apatah lagi soal bertudung yang wajib bagi wanita Islam.Maka keluarlah pelbagai hujah dan dalil dari ulama-ulama senget Islam Liberal mereka mahupun dari sumber-sumber Islam yang mereka selewengkan maknanya.’The Hidden Hand’,pihak Orientalis Kristian dan para Missionari serta Yahudi pasti gembira bertepuk tangan menari-nari melihat kedunguan golongan Islam Liberal ini menghina agama sendiri.Padahal pada masa yang sama para elit mereka SECARA SENYAP-SENYAP MEMBUAT KAJIAN TENTANG AGAMA ISLAM DAN SISTEM-SISTEMNYA SERTA MENGAMALKAN KESEMUA KEBAIKAN DAN HIKMAH DI DALAMNYA.Contohnya yang paling mudah adalah sistem ekonomi.Riba digalakkan kepada orang luar,tetapi bagi sesama mereka,riba adalah DIHARAMKAN.INGAT!MANUSIA MENJADI MUSUH KEPADA APA YANG MEREKA TIDAK KETAHUI.Lama-kelamaan mereka akan termalu sendiri apabila banyak persoalan yang disangka mereka ketinggalan zaman dan kolot contohnya AlQuran pada hari ini dibuktikan secara saintifik hari demi hari.Semakin ramai cendekiawan Barat memeluk Islam yang mulia tetapi pada masa yang sama golongan Islam Liberal ini makin jauh dari hidayah Tuhan.
Bencikan Ulama dan Penegak Agama
Golongan Islam Liberal teramat bencikan ulama-ulama,para mufti,ustaz-ustaz,para hafiz dan para pendukung Islam suci ini.Bagi mereka mereka adalah golongan jumud yang ketinggalan zaman.Kenapa mereka bencikan para pendukung agama ini?Ini kerana mereka sajalah yang dapat mengesan pembohongan para Islam Liberal ini kepada orang-orang kampung yang tidak nampak permainan kotor golongan Islam Liberal ini.Golongan Ulama lah yang berani bangkit mematahkan hujah-hujah bodoh mereka.Apabila ulama menegur keterlanjuran mereka,mereka menuduh golongan ulama sebagai pengacau dan penghalang kemajuan padahal tiada kaitan pun teguran ulama tadi kepada kemunduran umat manusia.Mereka setiap hari penuh dengan kebencian kepada para ulama dan mufti sehingga menyamakan mereka sebagai paderi-paderi zaman pertengahan di Era Kegelapan Eropah,padahal paderi-paderi tersebut telah menyeleweng dari ajaran nabi Isa dan menuruti fikiran sempit mereka yang seterusnya menghalang kemajuan.Tetapi adakah dengan mengharamkan poligami,menolak kewajipan bertudung,menolak Hudud,menafsirkan semula AlQuran dan Hadis membuatkan mereka lebih maju dan brpendidikan?TIDAK SAMA SEKALI.Malah golongan elit ‘The Hidden Hand’ berserta Kristian dan Yahudi ketawa terkekeh-kekeh melihatkan sikap ‘inferiority complex’ yang di tahap pelik dalam dos yang berlebihan dipamerkan oleh Islam Liberal ini.Ini samalah seperti golongan kafir tadi terjun ke dalam lubang najis,maka golongan Islam Liberal tadi ikut serta terjun ke dalam lubang najis yang hitam berkeladak lagi busuk.Tetapi apabila si kafir naik semula dari lubang najis tadi dan membersihkan diri,si Islam Liberal ini pula masih bermain-main dengan tahi yang busuk sambil tersengih-sengih sendiri.Ini membuatkan si kafir tadi merasa pelik pula dengan perlakuan si Islam Liberal tadi.Lama-kelamaan si kafir tadi ketawa terbahak-bahak melihat kelakuan si Islam Liberal yang terpinga-pinga berlumuran najis busuk.
Membesarkan Dalam Suasana Tidak Islamik
Golongan ini dilahirkan atau membesar dalam suasana yang kurang atau tidak Islamik.Kemungkinan ibu-bapa mereka teramat sibuk sehingga mengabaikan pendidikan agama ke atas anak-anak mereka.Ada juga di antara mereka berpendidikan agama tetapi malangnya terlampau lurus bendul sehingga mengalami ‘culture shock’ (kejutan budaya) apabila berhadapan dengan dunia luar yang mengelirukan.Kadang-kadang rakan-rakan atau orang di sekeliling mereka berfahaman non-Islamik ataupun kebanyakan rakan mereka adalah dari golongan non-Islam.Apabila mengalami kejutan budaya,mereka secara aneh mengalami proses ‘inferiority complex’ yang teruk bagaikan mendapat jangkitan kuman.Mereka semakin tidak percaya kepada agama sendiri.Tetapi masih ada sedikit keyakinan mereka,selalunya terhadap Allah s.w.t tetapi bagaimana dengan perintah-Nya,larangan-nya atau sistem-Nya?Mereka pun segera bergegas bertungkus-lumus mencari-cari hujah dan dalil berdasarkan ilmu agama yang mereka pelajari di universiti untuk menidakkan perintah,larangan ataupun sistem Allah s.w.t tadi.Alasan mereka,Tuhan tidak pernah berkata begitu,hanya ULAMALAH YANG MENGADA-NGADAKANNYA.Inilah alasan klise yang sering diberikan mereka.Segala-galanya salah ulama.Mereka yang dihantar belajar oleh bangsa dan umat Islam sebagai harapan untuk menjadi ulama pendukung agama Allah sebaliknya menjadi parasit yang melemahkan umat Islam dan menghina Ulama pula.Sebahagian dari mereka berpendidikan Barat ataupun belajar falsafah Islam dari Orientalis Barat yang bagi mereka lebih mulia dan suci dari Ulama yang pada mereka adalah ustaz kampung yang hanya layak mengajar alif ba ta kepada budak-budak hingusan di pondok-pondok buruk di hujung kampung.
Tidak Ada Sensitiviti Kepada Agama
Golongan Islam Liberal tidak mempunyai sensitiviti terhadap agama mereka sendiri.Roh Islam itu tidak ada pada mereka.Mereka sebenarnya hanya bertopengkan Islam atau Islam pada namanya sahaja.Tetapi anehnya apabila digelar tidak Islamik,mereka teramat marah pula dan cuba menunjukkan ‘keIslaman’ mereka.Mereka mahu digelar sebagai orang Islam tetapi menghuru-harakan pemikiran umat Islam.Jika orang-orang kafir menghina Islam,mereka akan senyap tidak berkutik sedikit pun apatah lagi mahu bangkit bersama para ulama mempertahankan maruah Islam.Tetapi apabila terdapat orang kafir yang tidak bersetuju dengan hukum-hakam ataupun ajaran Islam,mereka tanpa segan silu bersama-sama berdemonstrasi,berseminar ataupun menulis artikel-artikel di media-media cetak bagi berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan golongan modenis kafir yang amat dihormati mereka.Tiada perjuangan Islam tulen dalam kamus hidup mereka.Yang ada hanya sekular,materialisme,modenisasi,pembaharuan,liberal,demokrasi,kebebasan dan hak asasi individu yang menjadi ‘hukum agama’ paling tertinggi bagi ajaran sesat mereka itu.Sama ada Islam dihina,dicerca ataupun diinjak-injak oleh golongan Kafir, mereka dengan sinis hanya memandang sambil mengatakan ini adalah salah orang Islam kerana terlalu mengikut AlQuran dan Hadis.Malah mereka bersama-sama pula berganding bahu bersama-sama para Modenis kafir memaki hamun Islam.
Persamaaan
Ini adalah topeng yang selalu dipakai oleh Islam Liberal.Bagi mereka manusia sepatutnya diberikan hak-hak samarata sebagai manusia.Kemudian persoalan ini meleret-leret sehingga kepada agama.Golongan Islam Liberal mempercayai agama di dunia semuanya sama.Mereka amat menghormati agama lain.Perasaan menghormati dan merendah diri melebih-lebih sehingga sanggup melacurkan agama sendiri demi mengikut selera penganut agama lain.Bersikap tegas dalam beragama menjadi pantang bagi mereka dan terasa dirinya kolot dan jumud jika mempertahankan maruah Islam,agamanya sendiri.Mereka lebih rela membiarkan agama mereka dihina dan dipermainkan penganut agama lain dari digelar ‘fundamentalist’,'religious’ dan sebagainya.
Kebebasan
‘Kebebasan’ adalah kata kunci bagi golongan Islam Liberal yang menerangkan sikap,ideologi dan halatuju perjuangan mereka.Bagi mereka ajaran Islam adalah terkongkong dan jumud.Terlampau banyak peraturan yang menyusahkan.Tidak boleh itu tidak boleh ini.Kalau boleh mereka mahu menulis semula AlQuran sebagaimana para paderi Kristian ataupun para rabbi Yahudi yang sesuka hati meminda Injil dan Taurat mengikut selera mereka.Sebab itu ada golongan yang mahu hadis nabi dinilai semula.Bagi mereka ajaran AlQuran dan Hadis tidak sesuai diamalkan di dalam dunia hari ini yang bebas berdemokrasi.Mereka mahu lepas bebas sebebasnya dari kongkongan Islam.Padahal mereka tidak menyedari setiap peraturan dalam Islam mempunyai hikmah dan kebaikannya.Adakah Tuhan membuat hukum-hakam sesuka hati-Nya?Adakah Tuhan menyusahkan manusia?TIDAK.Sebenarnya tanpa peraturan,manusia lama kelamaan akan hidup seperti haiwan.HAIWAN ADALAH HIDUPAN TANPA PERATURAN.Pernah dengar istilah HUKUM RIMBA?
Jadi golongan Islam Liberal akan berusaha membebaskan diri dari ajaran dan peraturan Islam yang ingin membentuk insan kamil, ke arah HUKUM RIMBA yang bebas seperti seks bebas dan berbogel beramai-ramai secara berjemaah mempamerkan kemaluan masing-masing di jalanan.Kebebasan apakah yang ingin dibawa oleh golongan Islam Liberal?Manusia akan dibebaskan dari peraturan dan ajaran Islam yang sebenarnya berfungsi sebagai pendinding atau benteng dari tipu muslihat Iblis yang berkoloborasi dengan Dajal Al-Muntazhor a.k.a ‘The Hidden Hand’.Pada akhir cerita nanti,manusia yang dungu ini akan diperangkap pula ke dalam sistem Dajal Laknatullah tadi.Selepas dibebaskan dari sistem hidup Islam,manusia-manusia dungu ini akan disogokkan dengan gaya hidup Barat yang happy go lucky,menyeronokkan,moden,bebas dan ‘cool’.Akhirnya mereka akan menjadi penyembah tegar nilai-nilai Barat.Mereka tidak lagi dapat menggunakan fikiran mereka dengan sendiri.Jika ada nilai Barat yang menjijikkan ataupun mengelirukan, mereka tetap mendiamkan diri sambil menikmati gaya hidup Barat yang lain walaupun telah nampak kebenaran Islam itu sendiri meskipun dari mulut orang-orang Barat yang insaf dan nampak apa yang terjadi.Jadi di mana kebebasan?Semuanya menjadi satu kaedah mindcontrol yang ganas dan kejam.Manusia tadi akhirnya tidak bebas dan terkongkong daalm ertikata yang sebenarnya.Tiada kebebasan sebenarnya dalam sistem Dajal-Kristian-Yahudi.Manusia akan dihalang dari menemui kebenaran Pencipta mereka sendiri.Mereka akan dikhayalkan secara berterusan sehingga mati dalam keadaan hina-dina walaupun dikuburkan di kawasan perkuburan mewah dalam keranda emas sekalipun.MATI DALAM KEADAAN KELIRU lebih menyedihkan dari mati dilenyek lori 16 tayar di jalanraya seterusnya tercampak ke dalam parit busuk.
Setelah mengetahui sebahagian ciri-ciri yang terdapat di dalam golongan Islam Liberal,kita boleh mengagak siapakah dia Islam Liberal di sekeliling kita.Modus operandi tetap sama.Sebaik sahaja mereka beraksi,kita dapat mengetahui mereka adalah golongan Islam Liberal berdasarkan tindak-tanduk mereka dan kata-kata mereka.Jadi siapakah golongan Islam Liberal ini?
Di antara golongan Islam Liberal adalah:
Golongan AntiHadis
Ini adalah golongan yang berpura-pura menyokong AlQuran tetapi pada masa yang sama menolak Hadis malah beria-ria mahu hadis nabi dinilai semula (“Hadis:Satu Penilaian Semula”).Golongan ini amat bencikan hadis nabi kalau tak pun berpandangan skeptikal dengan hadis nabi.Golongan antihadis ini akhirnya akan meleret-leret menyerang peribadi Rasullullah s.a.w bagaikan mendapat sakit demam yang melarat.Sama ada mereka menyimpan hasad dengki dengan nabi ataupun terikut-ikut rentak dan gendang para orientalis sebagaimana mentor mereka Salman Rusydi Laknatullah.Akhirnya keluarlah golongan seterusnya, golongan bencikan nabi.Mereka tidak tahu setiap hikmah di dalam setiap hadis nabi.Bagaimana mereka mahu menunaikan solat,kerana rukun solat dan cara mengerjakannya tidak disebut dalam AlQuran.Malah rukun Islam,Iman dan Ihsan tidak disebutkan secara terperinci daalm AlQuran tetapi dijelaskan dalam hadis nabi.Terdapat di antara mereka yang sesat kerana beramal dengan Islam dari penafsiran yang diambil dari AlQuran semata seperti jumlah solat dikatakan tiga seperti diambil bulat-bulat dalam AlQuran
“Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam.” (11:114)
Maka sesuka hati mereka mengatakan solat ada tiga iaitu Subuh,Asar dan Maghrib.Padahal Rasullullah s.a.w bersabda mengarahkan umatnya melakukan solat lima waktu sehari.Sama ada mereka adalah pemalas mengerjakan solat ataupun malas membaca hadis nabi.Golongan ini gemar mengelirukan diri sendiri dengan merendah-rendahkan hadis dan mendakwa AlQuran adalah hadis yang sebenar dan terbaik.Golongan ini mempertahankan diri dengan mengatakan jangan bertengkar pasal kaedah solat dan mereka bebas memberikan pandangan.Walhal kaedah solat sudah ditetapkan oleh Rasullullah s.a.w dan sememangnya tidak perlu dipersoalkan lagi.Tambahan pula hukum agama tidak boleh berdasarkan pandangan sendiri kerana ia hukum Tuhan!Mereka juga mempertahankan diri dengan menidakkan Rasullullah dengan mengatakan Allah adalah Guru sebenar dan jangan bertaklid buta dengan tok guru (Rasullullah).Sampai ke tahap ini mereka setaraf dengan Salman Rushdi Laknatullah yang amat bencikan Nabi Muhammad s.a.w.Golongan ini sudah bersaudara dengan golongan ajaran sesat dan layak duduk semeja dengan Ayah Pin dari ‘Kerajaan Langit’.Apa perlunya Allah s.w.t menurunkan Rasul-Nya jika sudah cukup AlQuran dapat difahami oleh segenap manusia?Bagaimana pula Allah s.w.t menjadi guru mereka?Melalui kata-kata di dalam hati?Jika manusia sudah cukup pandai memahami AlQuran,tak perlulah Allah s.w.t menurunkan Nabi Muhammad.Sebenarnya golongan Antihadis ini teringin untuk menafsirkan AlQuran menurut akal nafsu sendiri dengan bertopengkan tagline “kembalilah kepada AlQuran”.Adakah kata-kata nabi itu menyimpang dari AlQuran?Sungguh pelik pemikiran mereka.Mula-mula mereka menimbulkan keraguan dalam persoalan hadis dengan mengatakan ulama mereka-reka Hadis (malah mereka menuduh para Sahabat yang mencipta hadis).Selepas itu jika orang ramai percaya,mereka akan mencucukkan jarum kedua dengan mengatakan banyak terdapat hadis yang palsu (Tugas sebenar kita adalah untuk menyekat hadis-hadis palsu bukan mengatakan semua hadis palsu,takkanlah disebabkan seekor nyamuk kelambu pun dibakar).Selepas itu mereka akan mengatakan “Hadis tak boleh pakai”.Selepas itu hadis-hadis pun diharamkan,dari segi fizikal,mungkin ada acara pembakaran buku-buku hadis di tengah-tengah padang.Kemudian tibalah masa yang dinanti-nantikan…mereka akan mula menafsirkan agama mengikut hawa nafsu sendiri.Mereka bukan kembali kepada AlQuran,itu cuma pembohongan semata,tetapi mereka akan menafsirkan AlQuran mengikut akal logik dan selera mereka sendiri (disebabkan panduan dari sabda nabi sudah tiada untuk menjelaskan firman Allah s.w.t).ALLAH MENURUNKAN NABI MUHAMMAD ADALAH UNTUK MENJELASKAN AJARAN ALQURAN.Mana yang lebih baik,berguru dengan kitab-kitab atau berguru dengan guru bertauliah yang mengajarkan pelajaran dari kitab itu?Sampai tahap ini akhirnya mereka akan berhukum dengan akal dan nafsu sendiri dan tidak mustahil selepas itu AlQuran pun akan dicampak ke dalam timbunan bara dan arang dari kitab-kitab hadis tadi.Jadi modus operandi mereka sama seperti ajaran sesat dalam agama iaitu TIMBULKAN KERAGUAN DALAM AGAMA,KEMUDIAN BILA MASYARAKAT RAGU,RUANG KERAGUAN ITU AKAN DIISI DENGAN PANDANGAN MEREKA.Akhirnya golongan ini menjadi hamba nafsu sendiri dan mencorakkan agama mengikut akal sendiri.
Golongan Bencikan Nabi
Ini adalah golongan yang berasal dari golongan antihadis.Golongan yang bencikan nabi adalah automatik bencikan hadis iaitu sabdanya.Golongan ini pada awalnya menyatakan provokasi terhadap peribadi nabi seperti mempersoalkan jumlah isteri nabi,amalan seharian dan sebagainya.Mereka akan bertungkus-lumus memunggah buku-buku di perpustakaan mencari fakta sejarah yang mahu diselewengkan.Maka keluarlah kenyataan-kenyataan pelik yang bertujuan merendah-rendahkan Nabi seperti Nabi Muhammad gila seks,Nabi hanyalah ketua kabilah,janggut Nabi umpama janggut kambing,Nabi sukakan peperangan dan 1001 penghinaan ke atas Nabi Muhammad yang diakui Manusia Teragung yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah oleh seorang profesor Amerika.Golongan ini akan berfikir siang dan malam,ketika makan,ketika bermain,ketika bekerja atau sebelum tidur apakah lagi hujah untuk merendah-rendahkan Kekasih Tuhan ini.Sama ada mereka menyimpan perasaan dengki kepada Nabi Muhammad ataupun terikut-ikut rentak Yahudi yang membenci nabi-nabi mereka malah membunuhnya.Mungkin,sekiranya Rasullullah s.a.w masih hidup di kalangan kita hari ini,merekalah yang gigih siang dan malam berfikir bagaimana mahu membunuh Rasullullah s.a.w.Kebencian mereka kepada Nabi Muhammad membuak-buak dan amat tidak tertahan lagi.Tidak tahu apa sebabnya walaupun nama-nama mereka melambangkan keIslaman mereka.Manusia yang disanjung mereka sudah tentulah Salman Rushdi Laknatullah dan yang sewaktu dengannya.Kalau boleh Salman Rushdilah yang sesuai dilantik menjadi Rasullullah mereka menggantikan Nabi Muhammad yang gila seks dan berjanggut seperti kambing.Begitu hina Nabi Muhammad di mata mereka padahal bagindalah Kekasih Tuhan yang dipuji-puji segenap penduduk langit dan bumi.Tanpa baginda,tidaklah Allah Azza Wa Jalla menjadikan segenap makhluk dan semesta.Apabila sudah tua nanti di mana maut melambai-lambai dan segala kekuatan telah lenyap barulah tersedar bahawa aksi-aksi mereka semasa muda memburuk-burukkan Rasullullah Kekasih Tuhan adalah perlakuan yang teramat bodoh dan dungu sekali melebihi tahap cipan di hutan-hutan.
Golongan Emansipasi Wanita (Pembebasan Wanita)
Ini satu lagi golongan yang kerap terkeliru (biasalah perempuan).Sama ada mereka terkeliru ataupun rela dikelirukan.Golongan ini selalunya cuba mencari-cari fakta-fakta agama berkaitan hak-hak wanita untuk dikelirukan.Jika ada fakta yang membela wanita mereka diamkan tetapi jika ada fakta yang mengongkong wanita padahal ada hikmah di sebaliknya,mereka akan cepat-cepat mengkajinya supaya dapat diseleweng secara halus.Isu agama yang paling popular untuk dikelirukan adalah poligami.Padahal poligami adalah penyelesaian kepada isu sosial manusia.Jika sudah terlampau ramai wanita dan sedikit lelaki di dalam populasi sesebuah tempat maka apakah penyelesaiannya?Golongan ini agaknya lebih rela berlesbian sesama sendiri dari dijadikan ‘mangsa’ poligami.Sebenarnya kaum wanita penganut Islam Liberal ini tidak faham masalah mereka sebenarnya.HUKUM AGAMA TIDAK BOLEH DIUBAH tetapi sikap manusia boleh diubah.Sesungguhnya segala hukum Islam berkenaan wanita adalah untuk memuliakannya,bukan untuk mengongkongnya.Menyelamatkannya bukan untuk memenjarakannya.Bukankah Islam menggariskan boleh berpoligami jika MAMPU dan hendaklah bersikap ADIL.Jika tidak mampu bersikap adil ataupun kurang mampu dari segi kewangan,jangan mimpilah nak berpoligami.Tetapi nampaknya mereka juga telah dikelirukan dan dicucuk-cucuk oleh orientalis Barat supaya menghentam hukum agama bukannya sikap sesetengah lelaki yang sengaja menggatal tanpa alasan yang kukuh.Seterusnya mereka meleret-leret seperti terkena jangkitan demam campak dengan menyalahkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai model terbaik mengamalkan poligami yang berlebihan.Padahal mereka tidak mengkaji bilakah ayat yang menghukumkan poligami turun,tujuan nabi dan siasah nabi ketika itu dalam berpoligami.Mereka tidak cuba mempertahankan Nabi Muhammad s.a.w malah memburuk-burukkan Nabi Muhammad sebagai gila seks dan pantang melihat dahi licin.Begitu hina Nabi Muhammad s.a.w di mata wanita Islam Liberal ini padahal Nabi Muhammad lah manusia yang amat menghormati wanita.Tahukah kamu wanita Islam Liberal bahawa sebelum kedatangan Islam,wanita dilayan bagai haiwan dan hanyalah berstatus sebagai hamba seks sahaja.

Bayi perempuan dibunuh dan dianggap sial.Wanita berstatus kelas rendah setaraf hamba-hamba.Wanita sama ada dilayan baik atau dipijak-pijak adalah mengikut selera kaum lelaki yang mendominasi seluruh kehidupan wanita.Tetapi Nabilah yang berjuang siang dan malam membebaskan wanita dari pandangan negatif masyarakat.Nabi dilontar batu sehingga berdarah seluruh tubuhnya.Nabi terjatuh ke dalam lubang sehingga patah dua batang giginya.Nabi berdakwah,turun berperang dan berhijrah beratus batu dalam panas terik semata-mata untuk mengucapkan:
“…Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia…” (Khutbah Terakhir Rasullullah)
Siapa yang benar-benar ada iman di dadanya pasti sedih dan mengalir airmata mengingat betapa beratnya penghinaan terhadap Nabi Muahammad s.a.w dari sesetengah wanita yang tidak diketahui mengapa begitu bencikan Nabi yang berjuang membebaskan wanita dari perhambaan seks oleh kaum lelaki.

Mengapa?Mengapa ini terjadi?…Jawablah wahai wanita Islam Liberal.Apa salah Nabi Muhammad sehingga kamu membencinya.Ayat-ayat di atas di petik dari khutbahnya yang terakhir sebelum kewafatannya.Inilah kata-kata agung dari seorang yang teramat mulia.Betapa mulianya wanita di mata Rasullullah s.a.w sehingga soal wanita menjadi perkara penting sebelum baginda pergi meninggalkan dunia ini selama-lamanya.Baginda tidak memperkatakan jumlah unta dan kambing,pembangunan kota Mekah dan Madinah,persiapan peperangan,soal logistik mahupun bekalan makanan untuk tahun itu tetapi WANITA…setaraf dengan persoalan solat lima waktu,zakat dan haji di dalam Khutbah Terakhir baginda.Sehingga baginda menggeliat-geliat kesakitan akibat sakarat maut,baginda masih lagi memikirkan umatnya melebihi diri sendiri apabila berbisik
“ummati…ummati…ummati…”
dari bibirnya yang kebiruan dan wajahnya yang telah ditutup oleh anaknya Fatimah yang mulia.
Golongan Modenisasi dan Demokrasi
Golongan ini biasanya berpendidikan dan bijak pandai.Pergerakan mereka sistematik dan tersusun.Percakapan mereka bernas dan banyak memukau pendengar.Perwatakan mereka menarik dan kemas.Mereka pandai mengkomersilkan diri mereka.Ada di antara mereka bergerak di bawah pergerakan Islam dan ini adalah seseuatu yang normal dan menjadi kemestian bagi golongan Islam Liberal mencucukkan jarum mereka.Mereka akhirnya akan terlibat dalam politik yang menjadi tujuan mereka.
Mereka berfikiran terbuka.Mereka amat menghormati agama-agama lain dan bersetuju dengan dialog antara agama (interfaith dialogue) yang sebenarnya menghentam Islam semata.Mereka gemar berkawan dengan rakan-rakan dari luar negara yang menaburkan pujian dan harta benda ke tubuh mereka.Yahudi Zionis pun dianggap saudara sendiri bukan seperti para mufti yang asyik menghentam (menegur sebenarnya) keterlanjuran mereka menghuru-harakan umat Islam.Golongan ini terdiri daripada ahli politik,pemimpin-pemimpin dan ahli korporat.Mereka amat menghormati hak-hak individu dan kebebasan bersuara.Bagi mereka sesetengah hukum Islam terutamanya Hukum Hudud melanggar hak asasi manusia.Tidak ada cita-cita untuk melaksanaka sepicing pun hukum Jinayah Islam dalam pemerintahan dan undang-undang negara.Sebut sahaja “Hudud” mata mereka seakan terbelalak dan tiba-tiba tubuh terasa panas seperti mahu demam.Begitu bencinya mereka terhadap hukum Allah Maha Pencipta yang menciptakan mereka dari air mani yang hina,tetapi bila sudah terasa gagah mahu mencabar pula hukum Allah.Sebut “hudud” tergambar tangan yang terpotong,padahal tidak semudah itu hukum Islam menjatuhkan hukuman ke tahap potong tangan.Ada saksinya,ada perbicaraannya,ada budi bicaranya.Jika tidak cukup saksi,pesalah akan dihukum cara lain seperti dipenjarakan atau denda.Belajarlah bab Jinayah (kenegaraan) iaitu bab pentadbiran negara dan undang-undang dalam Islam.Ini tidak belum apa-apa lagi sudah sudah menghentam hukum Islam dan semua bab berkaitan peraturan dalam Islam diperlekehkan.Mungkin bab mandi wajib sahaja yang digemari oleh golongan Islam Liberal ini.
Mereka tidak berasa yakin dengan Islam walaupun mereka ada yang dilabel sebagai pemimpin Islam,modenis Islam,pejuang pembaharuan Islam dan sebagainya.Perasaan ‘inferiority complex’ terlampau menebal dalam diri mereka sehingga sanggup mencium tangan Yahudi,Illuminati-Dajal dan Kristian demi sesuap nasi,sekelumit sanjungan dan sedikit rasuah berbentuk pangkat dan jawatan.
Begitulah di antara jenis-jenis golongan Islam Liberal yang menjadi parasit dalam umat Islam.Golongan ini amnya memiliki ketidakyakinan diri (lacking in self-confidence) terhadap agama sendiri dan cenderung menafsirkan agama berdasarkan akal.Mereka juga sering membandingkan agama sendiri dengan agama-agama lain berdasarkan PENGANUT ISLAM BUKAN KEBENARAN DAN KEINDAHAN ISLAM ITU SENDIRI.Sebab itu Yusof Islam (Cat Steven) pernah berkata:
“Aku bersyukur kerana mengenali Islam terlebih dahulu sebelum mengenali orang-orang Islam”
Mereka selagi mengaku Allah s.w.t adalah Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul-Nya perlulah bertaubat dan insaf.Mereka perlu disedarkan.Mereka sebenarnya telah menempuh jalan yang sesat lagi menyesatkan.Sama ada mereka sedar atau tidak,mereka telah menjadi sebahagian dari barisan hamba-hamba Dajal Laknatullah untuk mengelirukan umat manusia khasnya umat Islam yang paling dibenci mereka dari satu-satunya agama yang diredhai Allah s..w.t,Islam.

Berhati-hati dengan golongan ini.PERHATIKAN KE MANA ARAH TINDAKAN MEREKA DAN SETIAP PERCAKAPAN MEREKA.Rujuk Jigsclue ini selalu.Insya Allah anda tidak akan terperangkap dalam permainan kotor mereka.