Pages

Showing posts with label HIKMAH. Show all posts
Showing posts with label HIKMAH. Show all posts

Monday, April 11, 2011

Hikmah Wuduk


http://img683.imageshack.us/img683/7095/wuduk.jpg
Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini”.
Penjelasan 1 : Dalam kehidupan seharian, kita tidak terlepas dari melakukan dosa lidah dan berkata perkara yang tidak sepatutnya.
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak. Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.
Penjelasan 2 : Ahli syurga wajahnya putih berseri-seri.
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini”.
Penjelasan 3 : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya melalui tangan kanan.
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini.”
Penjelasan  4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya melalui tangan kiri.
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Mahsyar dengan Arasy -Mu”.
Penjelasan  5 : Panas di Padang Mahsyar tidak terkira ibarat matahari sejengkal di atas kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”
Penjelasan  6 : Seharian kadangkala kita terdengar orang mengumpat, memfitnah dan sebagainya.
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.”Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.
Penjelasan 7 : Ahli syurga akan melintasi titian Siratul Mustaqqim dengan pantas sekali.
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,”Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”
Penjelasan  8 : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Begitu juga dengan aturan mengambil wudhu’. Di dalam tertibnya, sebenarnya tersembunyi hikmah yang sama sekali tidak kita jangka. Maka, bersyukurlah dan sentiasalah mengerjakan solat dengan permulaan wudhu’ yang sempurna.
-Blog peribadirasulullah

Saturday, November 6, 2010

HIKMAH MENINGGALKAN CAKAP BOHONG




Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam.

Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata : "Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahwa engkau sanggup meninggalkan cakap bohong?" "Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.

Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu. Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.

Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya : "Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."

Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek. "Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah. Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya berkata : "Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya.

Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam. Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang sangat berharga." Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam perjuangannya menentang kehendak nalurinya.

Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin yang soleh dan mulia.

Wednesday, October 13, 2010

Setiap dugaan ada hikmah tersirat


MOTIVASI paling mujarab dalam kita menempuh hidup yang penuh pancaroba ini. Setidak-tidaknya, ia membuka akal dan minda kita untuk melihat setiap ujian Allah SWT itu sebagai tanda kasih sayang Allah terhadap hamba-Nya, bukan sebaliknya atau Allah SWT bertindak tidak adil terhadap segelintir umat-Nya, terutamanya yang dibebani dengan ujian kesusahan dan kesempitan.
Bertitik-tolak daripada ayat di atas inilah, sebagai hamba Allah kita kena yakin dengan jaminan Allah bahawa akan ada kesenangan selepas menempuh segala kepayahan dan cabaran-Nya. Maka untuk berjaya menempuhinya, ia perlu kepada kesabaran. Barulah, datangnya kemanisan iman.
Pada 17 Syawal lalu sebagai kesinambungan kepada program Feed The Fasting atauBantulah Mereka Berbuka Puasa oleh Islamic Relief Malaysia (IRM) dengan kerjasama pengurusan Sudara Beach Resort, yang terletak di Tok Bali, Bachok, Kelantan telah berjaya mengagih dan menyerahkan pek makanan kepada 200 buah keluarga yang terdiri daripada golongan fakir miskin, ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim serta insan Orang Kurang Upaya (OKU).
Majlis istimewa itu telah melibatkan penerima manfaat daripada penduduk di sekitar jajahan Bachok, Kelantan. Di mana pengurusan Sudara Beach Resort bertanggungjawab memilih senarai penerima.
Pengurus Kewangan dan Operasi IRM, Farouq Zauji berkata, ia merupakan tahun ke tiga kerjasama yang dibuat bersama Sudara Beach Resort acapkali tibanya Syawal.
"Menerusi kempen ini, setiap sumbangan RM50 yang diperoleh daripada orang ramai akan dibeli barangan keperluanm asas. Kalau kita congak perbelanjaan kita satu hari, boleh dikatakan lebih daripada itu. Pun begitu, pemberian anda sebanyak itu, bukan sahaja membawa makna besar dalam aspek kemanusiaan tetapi turut menjadi saham akhirat. Insya-Allah.
"Wang sumbangan orang ramai itu, akan digunakan untuk membeli keperluan harian berupa; beras, gula, garam, susu, tepung, minyak masak, sardin dan sebagainya.
"Setiap satu pek makanan ini adalah untuk satu keluarga dan ia diharapkan akan dapat membantu meringankan beban keluarga tersebut selama dua hingga tiga minggu," katanya yang menghargai kerjasama yang terbina terutamanya kepada Pengarah Urusan Sudara Beach Resort, Maimun Mohd. Hussain yang tidak dapat turut serta meraikan program hari itu kerana masalah kesihatan.
Tambah Farouq, sumbangan yang disalurkan melibatkan peruntukan sebanyak RM20,000 bagi penyediaan bungkusan makanan dan barangan keperluan harian untuk meringankan bebanan perbelanjaan harian mereka.
Semua kos bagi penyelengaraan program itu adalah hasil sumbangan orang ramai dari seluruh negara melalui kempen Bantuan Aidilfitri 2010 yang telah dilaksanakan IRM.
"Program ini adalah kesinambungan daripada program Bantulah Mereka Berbuka Puasa, yang dilaksanakan oleh Islamic Relief Worldwide yang telah berjaya mengagihkan pek makanan kepada lebih sejuta penerima di seluruh dunia termasuk 20,000 orang di Malaysia.
"Makanan yang diagihkan merupakan makanan tradisi penduduk sesebuah negara dan pengagihan di peringkat antarabangsa lebih fokus kepada golongan yang menghadapi krisis makanan disebabkan kemiskinan, bencana alam, konflik dan peperangan.
"Bagi orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan, mereka boleh melayari laman web rasmi IRM iaitu www.irm.org.my," kata Farouq.
Sementara itu, Pengurus Besar Sudara Beach Resort, Sabari Mohd. Afffandi yang mewakili ibunya dalam ucapan perasmian program itu berkata, pihaknya berminat untuk melebarkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan seperti IRM pada tahun-tahun akan datang.
"Mungkin kalau sebelum-sebelum ini kerjasama yang terjalin hanya dalam penganjuran program Aidilfitri, mungkin pada lain kali kita akan cuba mencari program bentuk kebajikan yang lain.
"Tiga tahun berturut-turut ini, membuktikan keprihatinan pihak pengurusan Sudara Beach Resort dan IRM, sekali gus memastikan mereka yang tidak bernasib baik di jajahan ini terbela nasibnya," kata Sabari.-utusan

Thursday, May 6, 2010

HIKMAH BERBAKTI KEPADA KEDUA IBUBAPA





Selain seorang nabi, Sulaiman a.s. juga seorang raja terkenal. Atas izin Allah ia berhasil menundukkan Ratu Balqis dengan jin ifrit-Nya. Dia dikenal sebagai manusia boleh berdialog dengan segala binatang. Dikisahkan, Nabi Sulaiman sedang berkelana antara langit dan bumi hingga tiba di satu samudera yang bergelombang besar. Untuk mencegah gelombang, ia cukup memerintahkan angin agar tenang, dan tenang pula samudera itu.
Kemudian Nabi Sulaiman memerintahkan jin Ifrit menyelam ke samudera itu sampai ke dasarnya. DI sana jin Ifrit melihat sebuah kubah dari permata putih yang tanpa lubang, kubah itu diangkatnya ke atas samudera dan ditunjukkannya kepada Nabi Sulaiman.

Melihat kubah tanpa lubang penuh permata dari dasar laut itu Nabi Sulaiman menjadi terlalu heran, "Kubah apakah gerangan ini?" fikirnya. Dengan minta pertolongan Allah, Nabi Sulaiman membuka tutup kubah. Betapa terkejutnya dia begitu melihat seorang pemuda tinggal di dalamnya.
"Sipakah engkau ini? Kelompok jin atau manusia?" tanya Nabi Sulaiman keheranan.
"Aku adalah manusia", jawab pemuda itu perlahan.
"Bagaimana engkau boleh memperolehi karomah semacam ini?" tanya Nabi Sulaiman lagi. Kemudian pemuda itu menceritakan riwayatnya sampai kemudian memperolehi karomah dari Allah boleh tinggal di dalam kubah dan berada di dasar lautan.

Diceritakan, ibunya dulu sudah tua dan tidak berdaya sehingga dialah yang memapah dan menggendongnya ke mana jua dia pergi. Si anak selalu berbakti kepada orang tuanya, dan ibunya selalu mendoakan anaknya. Salah satu doanya itu, ibunya selalu mendoakan anaknya diberi rezeki dan perasaan puas diri. Semoga anaknya ditempatkan di suatu tempat yang tidak di dunia dan tidak pula di langit.
"Setelah ibuku wafat aku berkeliling di atas pantai. Dalam perjalanan aku melihat sebuah terbuat dari permata. Aku mendekatinya dan terbukalah pintu kubah itu sehingga aku masuk ke dalamnya." Tutur pemuda itu kepada Nabi Sulaiman.

Nabi Sulaiman yang dikenali boleh berjalan di antara bumi dan langit itu menjadi kagum terhadap pemuda itu.
"Bagaimana engkau boleh hidup di dalam kubah di dasar lautan itu?" tanya Nabi Sulaiman ingin mengetahui lebih lanjut.
"Di dalam kubah itu sendiri, aku tidak tahu di mana berada. Di langitkah atau di udara, tetapi Allah tetap memberi rezeki kepadaku ketika aku tinggal di dalam kubah."
"Bagaimana Allah memberi makan kepadamu?"
"Jika aku merasa lapar, Allah menciptakan pohon di dalam kubah, dan buahnya yang aku makan. Jika aku merasa haus maka keluarlah air yang teramat bersih, lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu."

"Bagaimana engkau mengetahui perbedaan siang dan malam?" tanya Nabi Sulaiman a.s yang merasa semakin heran.
"Bila telah terbit fajar, maka kubah itu menjadi putih, dari situ aku mengetahui kalau hari itu sudah siang. Bila matahari terbenam kubah akan menjadi gelap dan aku mengetahui hari sudah malam." Tuturnya. Selesai menceritakan kisahnya, pemuda itu lalu berdoa kepada Allah, maka pintu kubah itu tertutup kembali, dan pemuda itu tetap tinggal di dalamnya. Itulah keromah bagi seorang pemuda yang berbakti kepada kedua orang tuanya.