Pages

Showing posts with label kuwait. Show all posts
Showing posts with label kuwait. Show all posts

Sunday, June 12, 2011

Pemuda Kuwait desak PM letak jawatan


KUWAIT: Beratus-ratus pemuda Kuwait semalam menunjuk perasaan, mendesak perdana menteri negara yang kaya dengan minyak itu meletak jawatan dan mengadakan pembaharuan secara demokratik sebagai jalan menyelesaikan kemelut politik yang melanda negara itu.
Tunjuk perasaan yang masuk hari keempat beturut-turut itu juga mahukan penyigkiran Timbalan Perdana Menteri, Sheikh Ahmad Fahad Al-Sabah.

Perdana Menteri, Sheikh Nasser Mohammad al-Ahmad Al-Sabah dan Sheikh Ahmad, kedua-duanya anggota kanan keluarga diraja Kuwait dilapor terbabit dalam perebutan kuasa.

Dokumen yang diedarkan di perhimpunan semalam mengandungi tandatangan 16 anggota Parlimen, mendakwa kegiatan rasuah yang berleluasa serta kegagalan perdana menteri dan Kabinetnya mentadbir negara.

Kuwait berdepan dengan pertelingkahan politik sejak lima tahun lalu menyebabkan pembangunan terjejas meskipun kaya. - AFP

myMetroPemuda Kuwait desak PM letak jawatan

Thursday, April 14, 2011

Kuwait gantung eksport minyak akibat ribut pasir



PAPAN tanda elektronik tertera ayat 'Perlahan. Pandangan Tidak Jelas' semasa ribut pasir melanda Kuwait, semalam. - AFP


KUWAIT CITY 13 April - Anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), Kuwait hari ini menggantung eksport minyak sebagai 'langkah berjaga-jaga' selepas ribut pasir melanda negara Teluk ini.
Eksport minyak dari terminal, operasi kemudahan untuk menerima kapal dan beberapa kerja penyelenggaraan di loji penapis minyak 'dihentikan sebagai langkah berjaga-jaga', kata jurucakap Kuwait Petroleum Corp. (KPC), Sheikh Talal Al-Sabah.
Menurutnya, langkah itu tidak akan menjejaskan komitmen Kuwait kepada pelanggan kerana eksport akan disambung semula apabila ribut pasir reda.
Kementerian Pendidikan turut menggantung kelas di semua sekolah dan universiti disebabkan ribut yang mengurangkan jarak penglihatan kepada kurang 200 meter.
Lalu lintas udara sebahagiannya terjejas kerana penerbangan masuk dilencongkan ke lapangan terbang lain manakala penerbangan berlepas beroperasi seperti biasa, kata Jabatan Penerbangan Awam.
Operasi di tiga pelabuhan komersial negara ini juga digantung kerana jarak penglihatan terhad.
Penggantungan eksport minyak dan operasi lalu lintas udara itu adalah yang kedua dalam masa seminggu berpunca daripada ribut pasir.
Kuwait, pengeluar minyak kelima terbesar dalam OPEC, mengepam kira-kira 2.3 juta tong minyak mentah sehari menerusi kemudahan eksport di selatan negara ini. - AFP, Utusan

Saturday, April 2, 2011

Kabinet Kuwait letak jawatan

BANDAR KUWAIT: Amir Kuwait telah menerima peletakan jawatan kabinetnya selepas penggubal undang-undang cuba menyoal siasat tiga menteri daripada keluarga yang memerintah itu.
Sheikh Sabah al-Ahmed alSabah, yang memerintah negara pengeluar minyak kelima terbesar Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) itu, meminta kabinet meneruskan peranannya sebagai pemerintah sementara hingga satu pemerintah baru dibentuk, lapor Agensi Berita Kuwait.Beliau mungkin melantik semula Perdana Menteri Sheikh Nasser al-Mohammed al-Sabah atau memilih seorang ketua pemerintah baru.Peletakan jawatan itu, yang keenam dalam pemerintah yang diketuai Sheikh Nasser sejak 2006, membayangkan ketegangan antara cawangan eksekutif dengan perundangan, sedang penggubal undang-undang mencari peranan lebih luas dalam menggubal dasar.Ia juga datang ketika bantahan melanda Timur Tengah dan dua minggu selepas kaum Syiah di Kuwait berarak bagi menyokong pemberontak di Bahrain yang menuntut demokrasi dan kesamaan.Jika Sheikh Nasser dilantik semula, 'pilihan terbaik, paling cepat dan paling selamat ialah menyelaras semua lingkungan politik dalam membentuk kabinet baru ini,' kata seorang ahli ekonomi bebas Kuwait, Encik Hajjaj Bu Khudour.'Jika mereka menolak, satu cara ialah pilihan raya parlimen baru,' ujarnya.Proses soal siasat itu termasuk yang difailkan seorang penggubal dasar Syiah, Encik Saleh Ashour, terhadap Menteri Luar, Sheikh Mohammed al-Sabah, atas tudahan beliau gagal menghalang penyiar milik kerajaan Bahrain menyiarkan sebuah rancangan yang mengkritik Kuwait.Sekitar 1,000 penganut Syiah Kuwait berarak di Bandar Kuwait 17 Mac lalu bagi menunjukkan perpaduan dengan pemberontak di Bahrain, yang kebanyakannya kaum Syiah.Kuwait, yang sekitar 30 peratus penduduknya Syiah, menghantar pasukan laut ke Bahrain sebagai sebahagian kerahan Majlis Kerjasama Teluk bagi menyokong pemerintah Bahrain dalam mengawal pemberontakan.Pemberontak di Kuwait turut mengadakan beberapa perhimpunan mendesak Sheikh Nasser dan kabinet berundur. -- Agensi.Cyberita Online Luar Negara