Pages

Showing posts with label perlarian. Show all posts
Showing posts with label perlarian. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

25 mayat dalam bot


PETUGAS di Pelabuhan Lampedusa menyusun mayat yang ditemui dalam bot yang tiba di situ dari Libya, semalam.
PETUGAS di Pelabuhan Lampedusa menyusun mayat yang ditemui dalam bot yang tiba di situ dari Libya, semalam.


ROME: Dua puluh lima mayat ditemui dalam bot yang membawa 296 pendatang Afrika yang belayar dari Libya dan tiba di Pulau Lampedusa di Laut Sicily semalam.
Penumpang yang terselamat berkata, mangsa bersesak-sesak dalam bahagian kargo bot berkenaan dan mati akibat asap enjin, lapor agensi berita Ansa.

Pegawai pelabuhan bagaimanapun berkata, punca kematian belum dapat dipastikan dan ujian perubatan sudah dilakukan.

Bot itu yang membawa pendatang dari Sahara, Afrika, meninggalkan Libya tiga hari lalu.

Beribu-ribu orang yang melarikan diri dari negara utara Afrika yang dilanda kekacauan itu belayar ke Itali dengan menggunakan bot usang sejak beberapa bulan lalu.

Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, (UNHCR) berkata, satu daripada setiap 10 pendatang yang melarikan diri dari Libya menerusi jalan laut berdepan dengan kematian akibat lemas, kebuluran atau keletihan yang dialami ketika pelayaran itu. - Reuters
http://www.hmetro.com.my

Saturday, May 14, 2011

1,200 pelarian Libya dikhuatiri mati, hilang


GENEVA 14 Mei - Kira-kira 1,200 pelarian Libya dikhuatiri hilang atau mati di Laut Mediterranean berdasarkan bukti yang menunjukkan sebuah kapal tentera enggan menyelamatkan sebuah bot, kata Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) semalam.

"Kira-kira 12,000 orang telah sampai di Itali atau Malta manakala sekurang-kurangnya 1,200 orang dipercayai mati dan masih hilang," kata jurucakap UNHCR, Melissa Fleming.
Seorang migrasi berkata kepada UNHCR, sebuah kapal tentera yang tidak dikenal pasti berlepas daripada perlabuhan Libya enggan atau gagal menghulurkan bantuan kepada bot yang membawa 72 orang, kebanyakannya mati akibat kehausan, kepenatan dan kelaparan pada akhir Mac atau awal April.
"Pelarian yang ditemubual mengatakan kapal tentera melepasi bot mereka sebanyak dua kali tanpa berhenti sebelum helikopter tentera menjatuhkan makanan dan air bersih ke dalam bot di tempat-tempat tertentu sepanjang perjalanan," kata Fleming.
Ada laporan mengatakan di dalam akhbar British, The Guardian bahawa kapal tentera tersebut berkemungkinan kapal pembawa pesawat milik Perancis, Charles De Gaulle yang ditugaskan untuk misi zon larangan terbang di Libya. - AFP, utusan