Pages

Wednesday, May 4, 2011

Obama enggan dedah bukti



WASHINGTON - Rumah Putih seakan bermain tarik tali apabila seperti keberatan untuk mengeluarkan foto mayat Osama Laden selepas diminta oleh beberapa Ahli Parlimen bagi menunjukkan bukti jika benar pemimpin kumpulan militan Al-Qaeda itu sudah meninggal dunia, kelmarin.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menyatakan dengan angkuh bahawa mereka akan melakukan apa sahaja untuk memastikan semua orang mempercayai foto yang dikeluarkan itu adalah benar mayat Osama.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Perumahan, Senator Joseph Lieberman berkata, kerajaan perlu mengeluarkan foto atau rakaman video yang lebih jelas supaya tiada keraguan dan persoalan lain berhubung kesahihan itu akan timbul.

“Kami akan mempercayai berita kematian Osama jika ia disahkan oleh ahli kumpulan Al-Qaeda itu sendiri kerana ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang sedang dilakukan tidak boleh menjadi satu bukti kukuh,” menurutnya lagi.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Rumah Putih, Mike Rogers berkata, mereka yakin telah menembak Osama dan keengganan mereka untuk mengeluarkan foto atau bukti lain berkaitan kematian Osama kerana tidak mahu mencetuskan sebarang masalah

Osama Bin Laden masih hidup - Komander Mujahidin






"InsyaAllah, khabar yang datang dari mulut orang yang beriman seperti Commander Waliur Rahman ini sepatutnya lebih kita percaya daripada yang datang dari mulut kafir Obama, wallahualam" - Tehrik-e-Taliban


voa-islam - Berikut ini merupakan berita yang kami ambil dari video statemen yang dikeluarkan oleh Commander Waliur Rahman, seorang komander Mujahidin di Pakistan, menyatakan bahawa Syeikh Osama bin Laden masih hidup dan berada dalam keadaan sihat.

Hari ini kita menerima khabar dari seorang kafir tentang pembunuhan Syeikh kami tercinta, Osama bin Laden. Ya saudara dan saudariku seiman, seorang kafir. Seorang kafir yang mengobarkan perang brutal terhadap Islam dan umat Islam di seluruh dunia. Dia mendakwa bahawa syeikh kami tercinta telah tewas dalam pertempuran 45 minit di Pakistan. Apakah itu benar? Atau dia hanya berbohong seperti orang-orang munafik yang disebut dalam Al-Quran.

Syeikh Osama bin Laden masih hidup dan dalam keadaan baik? Hidup di syurga (syahid) atau hidup di bumi (menjadi seorang Mujahidin)? Kami pikir, komander kita tercinta di Pakistan, Waliur Rahman hafidzahullah mempunyai jawapan atas pertanyaan yang masih menggantung dalam fikiran kita:

"Aku tidak bertemu secara langsung dengan Syeikh Osama, namun saya dapat mengesahkan dengan jelas kebenaran bahawa Syeikh Osama bin Laden masih hidup dan dalam keadaan baik," ujar Waliur Rahman dalam statemen video yang kami ambil dari forum Islam Ansar, mengutip siaran berita BBC Arab.

"Ia masih melakukan hubungan dengan orang-orangnya dari organisasi Al-Qaeda dan meneruskan aktivitinya seperti biasa," lanjutnya.

Sebelumnya Tehrik-e-Taliban telah membuat kenyataan yang menolak khabar kematian Syeikh Osama bin Laden.

InsyaAllah, khabar yang datang dari mulut orang yang beriman seperti Commander Waliur Rahman ini sepatutnya lebih kita percaya daripada yang datang dari mulut kafir Obama, wallahualam.

Sebaik apapun makar yang dipersiapkan oleh kaum kafir, maka azab Allah lah yang paling sempurna. Semuanya akan terbuka dengan jelas dan waktu yang akan menjawabnya. (HHRS 2.0)
h 2.0: Osama Bin Laden masih hidup - Komander Mujahidin Hari-hari rakyat susa

Jangan bina rumah di bawah paras batu bersurat ini...



- Foto AP
Ya, demikianlah amaran yang tertulis pada batu bersurat yang terdapat di Kampung Aneyoshi, yang terletak di daerah Iwate, Jepun yang dilanda tsunami pada 11 Mac lalu. Batu bersurat itu telah wujud di kaki bukit di kampung itu sejak masyarakat tertuanya dilahirkan. Malah tidak ada seorang pun penduduk kampung itu yang mengetahui bilakah batu bersurat itu telah berada di kaki bukit berkenaan. Tetapi apa yang mereka tahu ialah mereka sentiasa patuh kepada amaran tersebut sejak turun temurun. Di Aneyoshi tidak ada siapa yang berani mengingkari amaran tersebut. Hasilnya kesemua rumah yang terdapat di Aneyoshi terselamat daripada tsunami yang melanda pantai timur Jepun itu.
Kata Tamishige Kimura, 64, ketua kampung Aneyoshi, tsunami yang menghempas pantai berhadapan dengan kampung mereka mencapai ketinggian 100 meter di bawah paras batu bersurat itu terletak. Tetapi kata para penyelidik dari sebuah universiti yang berdekatan, tsunami yang berlaku pada 11 Mac lalu adalah yang tertinggi pernah melanda Aneyoshi iaitu sehingga 38.9 meter berbanding 38.2 meter pada kejadian tahun 1896.
Dan benar sungguh akan kata-kata amaran sebagaimana yang tertera pada batu bersurat di Aneyoshi, apa sahaja yang berada di bawah paras batu itu musnah sama sekali termasuk pokok dan tumbuh-tumbuhan malah batu dan bukit semuanya hancur ditelan tsunami.
“Jelas sekali nenek moyang kami mengetahui malapetaka tsunami jadi mereka mengukir kata-kata amaran di atas batu bersurat ini dan meletaknya di paras yang paling selamat sebagai ingatan untuk generasi akan datang...pendek kata mereka sendiri pernah alaminya suatu ketika dahulu,” demikian kata Tamishige yang kehilangan bot memancingnya dalam kejadian itu.
Menurut ceritanya, penduduk kampung Aneyoshi buat pertama kali pindah ke kawasan lebih tinggi selepas kejadian 1896 yang menyaksikan hanya dua buah keluarga sahaja yang terselamat. Perkampungan Aneyoshi kemudiannya kembali semula ke tepi pantai beberapa tahun kemudian hanya untuk sekali lagi dilanda malapetaka dalam kejadian tsunami pada tahun 1933 yang menyaksikan hanya empat orang sahaja terselamat.
Selepas itu Aneyoshi telah kembali ke kaki bukit dan tidak lagi berani kembali melepasi paras yang dibenarkan sepertimana yang dinyatakan pada batu bersuratnya. Ingatan daripada kejadian silam telah menyelamatkan mereka sekali lagi dalam kejadian tsunami berikutnya pada tahun 1960.
Kata Tamishige, tidak ada seorang pun daripada 34 penduduk kampung tersebut yang mengingati siapakah yang meletakkan batu bersurat berkenaan dan bilakah ia diletakkan. Tetapi mereka nekad berazam untuk memastikan batu tersebut terus kekal di situ sehingga seratus tahun lagi kerana ia telah menyelamatkan generasi demi generasi penduduk Aneyoshi daripada malapetaka tsunami.
Hakikatnya, beratus lagi batu bersurat yang digelar “batu tsunami” sepertimana yang ditemui di Aneyoshi - sesetengahnya berusia hampir enam abad lamanya dan ada yang setinggi sehingga tiga meter - bertaburan di merata-rata tempat di tepian pantai timur laut di utara Jepun adalah tanda bahawa malapetaka ini bukanlah fenomena baru di negara matahari terbit itu.
Ia adalah amaran kepada generasi akan datang betapa gelombang ombak tsunami bukan sahaja ditakuti malah merupakan gelombang maut yang tak dapat disekat dan dibendung oleh kuasa manusia.
Malangnya generasi terkemudian sama ada memilih untuk melupakan amaran tersebut atau memandang mudah akan malapetaka yang mampu dibawa oleh kuasa semulajadi alam itu. Kata Itoko Kitahara, pakar sejarah malapetaka semulajadi dari Universiti Ritsumeikan, batu tsunami itu amat jelas sekali bukanlah perkara jenaka kerana ia cuba memberi ingatan kepada generasi sekarang agar menghindari kesengsaraan yang pernah dilalui oleh generasi terdahulu tetapi mereka tidak mengendahkannya.
Tsunami yang berlaku akibat daripada gempa bumi bermagnitut 9.0 pada skala Richter itu telah mengorbankan lebih 29,000 nyawa. Beberapa batu tsunami yang ditemui di pantai timur laut Jepun itu terlalu lama sehinggakan ayat yang diukir di atasnya hampir terhakis ditelan zaman tetapi sebahagian besar lagi masih jelas dengan kata-kata amaran dan diukir serta diletakkan sebagai tanda amaran selepas kejadian yang berlaku pada tahun 1896 yang membawa kematian sehingga 22,000 orang.
Kebanyakkan batu tsunami itu memberi amaran supaya jangan membina apa-apa kediaman di bawah paras di mana ia diletakkan dan beberapa batu tsunami yang lain memberi panduan apa yang perlu dilakukan sebaik sahaja tanda-tanda awal tsunami akan berlaku. Di Aneyoshi, batu bersurat itu secara spesifik dengan jelas sekali memberi amaran kepada generasi seterusnya supaya tidak membina rumah di bawah paras yang dibenarkan.
Malah ada pekan dan perkampung di Jepun yang dinamakan sempena nama kawasan selamat daripada ancaman tsunami seperti Nokoriya yang bermaksud “lembah selamat” dan Namiwake yang bermaksud “di penghujung ombak”. Pekan dan perkampungan ini terletak lima kilometer dari pantai yang dianggap sebagai garisan paling jauh yang boleh dicapai oleh tsunami berdasarkan insiden yang berlaku pada tahun 1611.
Kini para sejarahwan berpendapat, jawapan kepada batu tsunami era moden ialah dengan mengekalkan bangunan yang rabak akibat dilanda ombak besar itu sebagai tanda peringatan kepada generasi berikutnya yang kampung, pekan atau bandar mereka suatu ketika dahulu pernah dilanda tsunami dan sejarah membuktikan sepertimana di Aneyoshi, ia tidak pernah berhenti melanda semula.
Pergi walaupun ditawar gaji lumayan...
MINGGU ini penulis tidak dapat mengelak daripada memperkatakan tentang bekas jurulatih perseorangan badminton negara Misbun Sidek. Ini kerana penulis berpeluang menyaksikan perjalanan sejarah karier Misbun dari era dia menjadi pemain sehinggalah perletakan jawatannya sebagai jurulatih kebangsaan - semuanya tidak sunyi dari kontroversi. Yang paling penulis ingat ialah kekalahannya di tangan pemain ternama Indonesia Liem Swie King dalam perlawanan akhir Kejohanan Piala Dunia Alba pada tahun 1982 selepas tengkuknya dipegang oleh seorang penonton yang meluru masuk ke gelanggang di Stadium Negara.
Tetapi yang paling penulis ingat tentang Misbun ialah apabila dia turun ke gelanggang dengan gaya rambut ala-Mohican. Sebenarnya itu yang paling tidak dapat penulis lupakan tentang Misbun. Dia juga mengumumkan persaraannya dalam suasana yang penuh dengan kejutan sama sepertimana dia melepaskan jawatannya sebagai jurulatih hujung tahun lalu. Ketika dia bersara, Misbun hanya berusia 29 tahun.
Sebagaimana misteri yang menyelubungi persaraannya sebagai pemain, begitulah juga Misbun menamatkan pertaliannya dengan BAM sebagai jurulatih, walaupun khabarnya gaji Misbun mencecah lima angka. Kalau bukan gaji yang menjadi hal, jadi apa? Tiada siapa yang tahu...
mStar Online

Pembunuhan Osama difilemkan



LOS ANGELES 3 Mei - Pengarah yang pernah memenangi Anugerah Oscar, Kathryn Bigelow dilapor sedang menerbitkan filem bertajuk Kill Bin Laden yang memaparkan pembunuhan dalam serangan pada 11 September, Osama Bin Laden oleh Amerika Syarikat (AS).
Filem yang dibiayai anak perempuan jutawan teknologi Larry Ellison, Megan Ellison itu akan menampilkan aktor Australia, Joel Edgerton, 36, yang sebelum ini pernah berlakon dalam Star Wars.
Menurut laman web industri filem, Deadline.com semalam, Bigelow yang juga pengarah wanita pertama memenangi Oscar menerusi filem The Hurt Locker pada tahun lalu, telah merancang dan memilih pelakon untuk filem tersebut sejak beberapa minggu lalu.
Plot asal filem itu dibuat berdasarkan misi-misi tentera AS yang gagal membunuh pemimpin al-Qaeda tersebut di kawasan sempadan antara Afghanistan dan Pakistan.
Bagaimanapun, Deadline.com melaporkan, jalan cerita Kill Bin Laden akan diubah kepada berakhir dengan 'kejayaan' sama seperti operasi tentera AS yang berjaya membunuh ketua militan tersebut. - dpa

Osama dibunuh komando SEAL



IMEJ video yang diambil daripada ABC News merakamkan bilik tidur di sebuah rumah agam di mana Osama dibunuh dalam operasi tentera AS di bandar Abbottabat, Pakistan, kelmarin. – REUTERS


WASHINGTON 3 Mei – Pasukan tentera rahsia yang membunuh pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden di Pakistan kelmarin terdiri daripada anggota komando elit SEAL Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) yang diterbangkan khas menyeberangi sempadan dari Afghanistan.
Dalam operasi sulit itu tanpa pengetahuan pihak berkuasa Pakistan, beberapa helikopter Blackhawk MH-60 yang diubah suai berlepas dengan membawa pasukan SEAL dari Pangkalan Udara Ghazi menuju ke bandar garison Abbottabad, kira-kira 60 kilometer dari pusat bandar Islamabad.
Sejumlah 22 orang terbunuh atau ditangkap selepas tembakan bertalu-talu dilepaskan selama lebih 40 minit, termasuk Osama yang mati akibat terkena dua tembakan di sebelah kiri muka.
Mayatnya dibawa dengan helikopter yang kembali ke pangkalan, manakala sebuah helikopter mengalami kerosakan mekanikal dan terpaksa dimusnahkan oleh tentera AS, kata pegawai tentera dan White House kepada akhbar National Journal, semalam.
Jika tidak kerana sasaran bernilai tinggi itu, misi tersebut boleh dianggap sebagai rutin bagi pasukan SEAL Team Six yang sangat terlatih, secara rasminya dikenali sebagai Kumpulan Pembangunan Peperangan Khas Tentera Laut tetapi sebagai DevGru di kalangan penduduk tempatan di pangkalan mereka di Dam Neck, Virginia.
Sasaran kali ini sangat istimewa dan serangan ke atas pekarangan sebuah rumah seluas setengah hektar di Abbottabad itu memerlukan latihan rapi, kerana itu mereka mendirikan pekarangan serupa di Camp Alpha, sebahagian daripada Pangkalan Udara Bagram di Afghanistan.
Operasi latihan diadakan beberapa kali pada awal bulan lepas.
DevGru terletak di bawah Pusat Pemerintahan Operasi Khas Bersama (JSOC), gabungan luar biasa terdiri daripada pelbagai pasukan petugas rahsia dan unit misi khas.
Mereka menjawab langsung kepada Presiden AS dan menjalankan operasi di seluruh dunia berdasarkan arahan sulit Presiden yang berteraskan undang-undang (atau luar batas undang-undang). – Agensi

Obama tonton Osama ditembak


OBAMA (dua dari kiri), Biden (kiri) dan Clinton (dua dari kanan) bersama para pegawai kanan keselamatan AS menyaksikan operasi pemburuan Osama di White House, Washington pada Ahad lalu.


WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menonton skrin televisyen yang menunjukkan detik-detik seorang komando menembak mati ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin Laden, 54, secara langsung pada malam Ahad lepas, lapor beberapa buah akhbar semalam.
Detik-detik itu dilihat Obama di pejabatnya bersama beberapa pegawai kanan lain termasuk Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton di White House di sini menerusi kamera video yang dipasang pada topi seorang anggota komando daripada pasukan komando tentera laut Seal. Komando itu menembak mati Osama di dalam bilik tidur sebuah rumah yang menjadi tempat perlindungan pemimpin pengganas itu.
Obama dapat melihat Osama ditembak di bahagian kepala dekat mata kiri pada skrin televisyen tersebut yang turut disaksikan oleh Naib Presiden AS, Joe Biden dan pegawai-pegawai pasukan keselamatan negara AS.
Anggota komando itu kemudian menembak Osama sekali lagi di bahagian dada bagi memastikan dia sudah mati. Ia merupakan amalan biasa dalam pasukan tentera.
Dalam video itu juga, salah seorang isteri Osama dikatakan bertindak seperti perisai manusia untuk melindungi diri suaminya semasa seorang anggota komando AS memasuki sebuah bilik tidur di dalam rumah agam yang bernilai AS$1 juta (RM2.96 juta) dekat bandar Abbottabad, Pakistan.
Beberapa jam kemudian, jenazah Osama dikebumikan di utara Laut Arab selepas jenazahnya diikat sebelum disimpan di dalam sebuah beg dan diterbangkan menerusi helikopter ke kapal pengangkut pesawat AS, USS Carl Vinson.-kosmo

Amerika dituduh berbohong


KEDIAMAN Osama bin Laden di Abbottabad, Pakistan dikunjungi penduduk tempatan yang rata-rata tidak percaya pemimpin Al-Qaeda itu telah mati dibunuh.


ABBOTTABAD, Pakistan - Pendedahan bahawa pengganas paling dikehendaki dunia, Osama bin Laden dibunuh dalam satu operasi komando Amerika Syarikat (AS) kelmarin menimbulkan pelbagai teori konspirasi terutamanya dalam kalangan profesional di bandar ini.
Malah mereka menyifatkan pembunuhan Osama itu yang disaksikan sendiri oleh Presiden AS, Barack Obama secara langsung menerusi kaca televisyen dari White House di Washington sebagai pembohongan semata-mata.
Tiada kematian dilaporkan dalam insiden helikopter tentera AS yang terhempas dalam operasi tersebut turut menimbulkan persoalan sama ada Osama berada dalam helikopter itu atau tidak.
Teori konspirasi menjadi semakin berleluasa di Pakistan dan di seluruh dunia berikutan kegagalan AS menunjukkan bukti mayat Osama yang didakwa mereka telah dibuang ke laut.
Rakyat Pakistan memang gemar dengan pelbagai teori konspirasi, ditambah rasa tidak percaya terhadap hubungan kerajaan dengan sekutunya dalam perang menentang keganasan.
Operasi tentera AS di bumi Pakistan yang berdaulat dan jaraknya hanya dua jam memandu dari ibu pejabat kerajaan serta tentera di Islamabad juga menjadi satu perkara yang memalukan.
Penduduk tempatan pula memberitahu wartawan bahawa mereka tidak pernah berjumpa dengan orang Arab apatah lagi pemimpin tertinggi Al-Qaeda itu yang berasal dari Arab Saudi.-kosmo

Bukti kematian masih kabur



WASHINGTON - Kematian Osama bin Laden di tangan pasukan komando Amerika Syarikat (AS) terus dipertikai susulan tiada bukti kukuh seperti mayat, gambar atau asid deoksiribonukleik (DNA) ketua kumpulan Al-Qaeda itu bagi menyokong dakwaan tersebut.
Presiden AS, Barack Obama pada Ahad lepas mengumumkan bahawa Osama, 54, mati ditembak anggota komando AS di bandar Abbottabad, Pakistan.
Kumpulan militan Pakistan sebelum ini menyatakan bahawa Osama masih hidup.
Di Britain, kesangsian mengenai berita pembunuhan Obama itu disuarakan bekas Duta Britain ke Washington, Christopher Meyer.
"Saya tidak faham kenapa Presiden AS berani membuat kenyataan kepada dunia bahawa Osama sudah mati tanpa memberikan bukti bahawa dia telah mati," kata Meyer.
"Saya fikir kita mungkin melihat beberapa bukti tidak lama lagi sama ada DNA atau gambar supaya selepas ini tiada lagi dakwaan Osama dilihat di kawasan pergunungan atau seumpamanya," tambah beliau.
Sebelum ini, ramai orang terutamanya di negara-negara Islam sangsi bahawa serangan ke atas Amerika Syarikat (AS) pada 11 September 2001 didalangi pengganas.
Sehingga kini jutaan penduduk Islam menyoal sama ada kejadian itu sebenarnya merupakan komplot Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS. - Agensi, kosmo

PM Britain mahu Pakistan beri penjelasan


PENDUDUK tempatan dan pihak media semalam berkumpul di luar sebuah vila tempat ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden dibunuh di Abbottabad, Pakistan. di Abbottabad Pakistan.


LONDON - Perdana Menteri Britain, David Cameron menyatakan Pakistan perlu memberi jawapan kepada persoalan bagaimana pengganas nombor satu dunia, Osama bin Laden boleh tinggal begitu dekat dengan ibu negara Pakistan, Islamabad dan berhampiran pula dengan sebuah akademi tentera tanpa dapat dikesan oleh pasukan keselamatan negara berkenaan.
Kenyataan Cameron itu menyusul selepas Presiden Pakistan, Asif Ali Zardari kelmarin menafikan bahawa negaranya melindungi pengganas.
Asif sebaliknya berkata, sejak beberapa tahun lalu Pakistan banyak membantu Amerika Syarikat (AS) dalam menyalurkan maklumat risikan dan Islamabad mungkin memainkan peranan penting dalam operasi membunuh Osama.
Dalam kenyataan balasnya Cameron bagaimanapun berkata: "Masih banyak soalan yang perlu dijawab oleh Pakistan."
Senada dengan perdana menteri berkenaan, beberapa pengkritik keselamatan dan media India menyatakan, tidak munasabah pasukan keselamatan Pakistan tidak tahu mengenai kediaman besar itu dihuni Osama, sedangkan jaraknya sangat dekat dengan lokasi ketua tentera Pakistan, Jeneral Ashfaq Pervaiz Kayani menyaksikan satu perbarisan seminggu lalu. Pada acara tersebut, Kayani mengumumkan bahawa askar-askarnya berjaya mengekang kemaraan militan-militan Al-Qaeda.
Di AS, Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat, Senator Carl Levin pula menegaskan bahawa rakyat AS marah kerana Osama ditemui tinggal dalam kemewahan di Pakistan, sedangkan selama bertahun-tahun mereka diberitahu bahawa ketua kumpulan Al-Qaeda tiada di negara itu.
Tentera Pakistan sebelum ini memberi alasan, kegagalan menjejaki Osama berlaku kerana kelemahan perisikan.
"Kami telah mencarinya (Osama) di kawasan-kawasan pedalaman dan tidak menyedari bahawa dia tinggal begitu dekat dengan kemudahan tentera. Ya, ini merupakan kegagalan perisikan," kata seorang pegawai kanan tentera Pakistan seperti yang dilaporkan akhbar Dawn.
Sementara itu, AS semalam memberi amaran ia akan menyiasat bagaimana Osama boleh tinggal dalam kemewahan tanpa dapat dikesan oleh pasukan keselamatan Pakistan. - Agensi, kosmo

Lima ditangkap dekat loji nuklear


SELLAFIELD - Lima lelaki ditangkap di bawah Akta Keganasan Britain berhampiran sebuah loji nuklear Britain kelmarin, beberapa jam selepas ketua Al-Qaeda, Osama bin Laden dilaporkan terbunuh.
Mereka ditahan berhampiran loji nuklear Sellafield yang mengendalikan bahan radioaktif berbahaya pada tengah hari susulan pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan oleh pihak berkuasa yang mengawasi kemudahan nuklear berkenaan di wilayah Cumbria Barat, England.
Penangkapan mereka dibuat ketika dunia berada dalam keadaan berjaga-jaga berhubung keganasan oleh para penyokong Osama yang berikrar akan membalas dendam atas kematiannya.
Semalam, polis Cumbria berkata, semua lelaki itu berusia dalam lingkungan 20-an dipindahkan ke Manchester pagi semalam.
"Pada pukul 4.32 petang waktu tempatan kelmarin, anggota-anggota polis kawalan loji nuklear menahan dan memeriksa sebuah kereta berhampiran tapak loji Sellafield di Cumbria Barat," kata satu kenyataan polis.
"Susulan pemeriksaan tersebut, polis menahan lima lelaki kesemuanya dari London di bawah Seksyen 41 Akta Keganasan.
"Kes tersebut kini disiasat Unit Anti Keganasan Britain," tambah kenyataan sama.
Pihak berkuasa Britain bagaimanapun tidak menyatakan punca sebenar penangkapan mereka. - Agensi, kosmo