Pages

Showing posts with label Bugatti. Show all posts
Showing posts with label Bugatti. Show all posts

Saturday, July 16, 2011

Ubah suai Ford jadi Bugatti Veyron




KERETA Ford Cougar yang diubah suai menjadi Bugatti Veyron.
(gambar kecil) KERETA Ford Cougar.


MIAMI - Seorang peminat kereta, Mike Duke mengubah suai kereta Ford Cougar miliknya yang berharga AS$1,600 (RM4,812) menjadi kereta sport Bugatti Veyron, lapor sebuah akhbar semalam. Dia menghabiskan masa selama sembilan bulan untuk mengubah suai kereta itu.
Duke kini menjual kereta seperti Bugatti Veyron itu pada harga AS$89,000 (RM267,667.49). Harga sebenar kereta Bugatti Veyron ialah AS$1.6 juta (RM4.81 juta).
Namun, kereta Ford yang diubah suai menjadi Bugatti Veyron itu menggunakan enjin 2.5 liter V6. Bugatti Veyron menggunakan enjin lapan liter yang boleh memecut sehingga 407.16 kilometer sejam. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Tuesday, January 18, 2011

Pemilik Bugatti isi minyak RM932



SEORANG pemilik kereta Bugatti Veyron mengisi minyak di stesen minyak Texaco, Chelsea baru-baru ini.


LONDON - Seorang pemandu kenderaan mewah jenama Bugatti Veyron mengisi minyak sebanyak £192 (RM932) di sebuah stesen minyak termahal di Britain, Texaco, lapor sebuah akhbar semalam.
Stesen itu mengenakan bayaran 159.9 pence (RM7.74) untuk setiap satu liter minyak.
Dia kelihatan mengisi minyak kereta buatan Perancis itu di Chelsea.
Kereta itu memerlukan sebanyak satu liter minyak untuknya bergerak sejauh 3.2 kilometer.
Harga minyak di Britain semakin meningkat kerana ia mengikut pasaran semasa. - Agensi

Saturday, October 30, 2010

Kereta Bugatti RM11.2 juta dijual di India




DUA model berdiri di sisi Bugatti Veron di New Delhi, India kelmarin.


NEW DELHI - Kereta sport termahal dan paling laju di dunia, Bugatti Veyron kini memasuki pasaran India. Kereta Bugatti Veyron 16.4 Grand Sport yang memiliki kelajuan maksimum 407 kilometer sejam, dipamerkan di bilik pameran pengedarnya di sini kelmarin manakala harganya jualannya mencecah AS$3.6 juta (RM11.2 juta).
Cuma terdapat 150 buah kereta itu yang akan dijual di seluruh dunia termasuk India.
Kereta sport tersebut direka dan dibina di Perancis oleh Bugatti Automobiles S.A.S. iaitu anak syarikat pengeluar kereta Jerman, Kumpulan Volkswagen. - AFP

Thursday, August 5, 2010

Kereta Bugatti RM95j dipamerkan



GAMBAR menunjukkan kereta Bugatti 57SC Atlantik.


OXNARD, Amerika Syarikat (AS) - Sebuah kereta klasik Bugatti tahun 1936 yang dijual baru-baru ini pada harga lebih AS$30 juta (RM95 juta) kini dipamerkan di Muzium Automotif Mullin, di negeri California, kelmarin.
Pihak pengurusan muzium menyatakan cuma tiga buah kereta Bugatti 57SC Atlantik itu pernah dikeluarkan dan kenderaan pertama dibeli oleh seorang bangsawan Britain, Lord Victor Rothschild yang berasal dari London.
Pada tahun 1939, kereta itu dihantar semula ke kilang pengeluarannya untuk dipasang satu peralatan.
Antara pemilik kereta unik itu termasuk seorang doktor, Peter Williamson yang membayar sebanyak AS$59,000 (RM187,000) untuk kenderaan itu pada 1971 sebelum membaik pulih kenderaan tersebut.
Selepas beberapa kali bertukar tangan, kereta itu dijual semula pada Mei lalu dengan syarikat Gooding & Co. menjadi orang tengah.
Kereta itu dibeli oleh seorang pembeli tidak dikenali pada harga antara AS$30 juta (RM95 juta) hingga AS$40 juta (RM126.7 juta). - AP