Pages

Showing posts with label lalai. Show all posts
Showing posts with label lalai. Show all posts

Monday, January 10, 2011

Manusia dilalaikan oleh 3 perkara

Manusia dilalaikan oleh 3 perkara « Blog Peribadirasulullah: 44


Ibnu Mas’ud Radhiyallahu Anhu berkata:

“Betapa banyak manusia yang dihukum secara berangsur-angsur melalui kesenangan yang diberikan kepadanya;

Berapa banyak manusia yang mendapat cobaan melalui pujian orang lain kepadanya;

Betapa banyak manusia yang terpedaya karena kelemahannya disembunyikan oleh Allah.”

Sumber : Terjemahan Kitab Nashahlul Ibaad – Menjadi Santun dan Bijak"

Thursday, August 19, 2010

Jangan kamu dilalaikan oleh urusan dunia



يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
 Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
 Surah Al-Munafiquun, Ayat 9

Wednesday, August 18, 2010

Mereka lalai didunia



لَقَدْ كُنتَ فِي غَفْلَةٍ مِّنْ هَذَا فَكَشَفْنَا عَنكَ غِطَاءكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ
 (Serta dikatakan kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)".
 Surah Qaaf, Ayat 22

Monday, August 16, 2010

Mereka orang-orang yang lalai




وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيراً مِّنَ الْجِنِّ وَالإِنسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لاَّ يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لاَّ يَسْمَعُونَ بِهَا أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُوْلَـئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka

 jahanam banyak dari jin dan manusia yang

mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami

dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang

mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat

dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang

mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu

mendengar dengannya (ajaran dan nasihat);

mereka itu seperti binatang ternak, bahkan

mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-

orang yang 
lalai.
Surah Al-A'raaf, Ayat 179