Pages

Showing posts with label Batman. Show all posts
Showing posts with label Batman. Show all posts

Monday, August 6, 2012

Peminat Batman bina panggung wayang rumah



Konsep rekaan panggung wayang rumah di sebuah kediaman persendirian di Greenwich, Connecticut oleh syarikat Elite Home Theater Seating. - AGENSI
CONNECTICUT 5 Ogos - Seorang peminat filem Batman di Amerika Syarikat bakal mencipta panggung wayang rumah yang diilhamkan berdasarkan kediaman adiwira itu.
Panggung bernilai AS$2 juta (RM6.3 juta) itu turut menempatkan kereta, pakaian dan komputer Batman, skrin wayang 180 darjah serta lif silinder keluli tahan karat persendirian dengan simbol kelawar bercahaya, selain terowong rahsia.
Ia dibina di sebuah kediaman persendirian di Greenwich, Connecticut oleh syarikat Elite Home Theater Seating yang beribu pejabat di Kanada.
Panggung yang penuh dengan hiasan itu dan berkeluasan 1,115 meter persegi meniru konsep kediaman bilionair Bruce Wayne, yang terkenal dengan identiti rahsianya, hero memerangi penjenayah.
Bilik itu dilengkapi dengan jam besar yang diapit dengan rak buku dan di atasnya pula terletak patung William Shakespeare.
Satu tombol di jam besar itu yang dipusing mengikut arah jam akan memusingkannya dan mendedahkan pintu lif ke panggung Batman itu, tetapi imbasan cap jari diperlukan untuk memasuki lif tersebut.
Ketua Eksekutif Elit, Bobby Bala berkata, panggung wayang bertemakan Batman itu sebenarnya satu konsep rekaan yang diberikan secara percuma kepada seorang pelanggan tetap untuk tujuan bersuka-suka.
"Saya secara peribadi adalah peminat Batman dan dengan pengalaman dalam imej grafik CG, kami dapat menghasilkan reka bentuk ini dalam beberapa minggu sahaja.
"Pembinaan panggung wayang itu dijangka siap pada November ini," katanya. - AGENSI

Tuesday, October 19, 2010

Lambang Batman di Jepun



PETA enjin carian Google menunjukkan lambang seperti Batman (dalam bulatan) di Pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) di Kadena, Pulau Okinawa, Jepun.


KADENA, Jepun - Beberapa gambar pemandangan udara yang diperoleh daripada enjin carian Google di Internet menemui lambangBatman pada sebuah hangar di Jepun, lapor sebuah akhbar semalam.
Simbol adi wira itu ditemui oleh seorang pengguna peta Google yang tertera pada bumbung sebuah hangar di Pangkalan Udara Kadena milik Tentera Udara Amerika Syarikat di sini, pulau Okinawa.
Lambang itu dicat dengan warna putih pada salah sebuah hangar yang menempatkan pesawat-pesawat pejuang skuadron Ke-44 Tentera Udara AS.
Skuadron berkenaan yang mengendalikan jet F-15 Eagle, menggunakan kelawar sebagai simbolnya. - Agensi