Pages

Tuesday, July 17, 2012

8 pengedar dadah maut ditembak

BANGKOK - Lapan disyaki pengedar dadah terbunuh dalam pertembungan dengan pasukan keselamatan Thai di utara wilayah Chiang Rai, sekali gus merampas senjata dan sejumlah dadah, kelmarin,

Pegawai tentera Thailand berkata, adegan tembak menembak antara polis, tentera dan pengedar tersebut tercetus selama lebih 10 minit.

"Kira-kira 700,000 pil amphetamine, 55kg kristal methamphetamine, selaras senapang AK-47, dua pucuk pistol dan 10 butir peluru, di rampas," katanya.

Menurutnya, harga methamphetamine yang murah di Myanmar telah mendorong pemberontak bersenjata menyeludup dadah tersebut ke negara ini

Pertempuran Damsyik paling sengit di Syria

Pertempuran Damsyik paling sengit di Syria
Beberapa penduduk melihat bangunan di kawasan kejiranan di Damsyik yang musnah akibat dibedil tentera Assad
DAMSYIK - Pertempuran diDamsyik, kelmarin adalah yang paling sengit dalam tempoh 16 bulan pergolakan di Syria selepas pasukan keselamatan Presiden Bashar al-Assad membedil kubu kuat pemberontak.

Serangan yang dilancarkan tidak lama selepas Kementerian Luar menafikan askar kerajaan melakukan pembunuhan beramai-ramai di Kampung Treimsa didakwa bertujuan untuk mengusir Tentera Bebas Syria (FSA) keluar dari ibu negara.

Ketua Pemerhati Hak Asasi Manusia, Rami Abdel Rahman berkata, tentera kerajaan membedil di seluruh kawasan kejiranan di Tadamon, Kfar Sousa, Nahr Aisha dan Sidi Qadad.

"Ia adalah pertempuran paling ganas. Askar rejim Assad cuba untuk menawan semula Damsyik, tetapi gagal," katanya.

Menurutnya lagi, tindakan keganasan itu telah meragut nyawa lebih 105 orang termasuk 48 orang awam.

Dalam satu kenyataan, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) memaklumkan Syria kini telah terjerumus ke dalam kancah perang
saudara.

"Ia bukan satu perkembangan baru kerana konflik bersenjata ini telah tercetus sejak April lalu. Di bawah Konvensyen Geneva, orang awam perlu mendapat perlindungan semasa sesebuah negara itu bergolak, tetapi keadaan di Syria semakin meruncing dan ribuan nyawa tidak berdosa termasuk
kanak-kanak telah menjadi korban keganasan Assad," jelas jurucakap ICRC, Alexis Heeb.

Pencabulan hak orang awam itu membolehkan tentera Assad didakwa di bawah jenayah perang

11 maut, apartmen runtuh di Mesir

11 maut, apartmen runtuh di Mesir
Runtuhan apartmen ini turut menimpa tiga bangunan bersebelahan di kawasan kejiranan al-Gomrouk, Alexandria.
ALEXANDRIA - Seramai 11 terkorban manakala lima lagi cedera selepas sebuah apartmen 11 tingkat di Alexandria, Mesir yang sedang dalam pembinaan runtuh, menurut Kementerian Kesihatan, kelmarin.

Media melaporkan, pihak berkuasa masih menjalankan operasi mencari mangsa lain yang mungkin tertimbus di bawah runtuhan itu.

Difahamkan, runtuhan tersebut turut menimpa tiga bangunan bersebelahan di kawasan kejiranan al-Gomrouk itu.

Kejadian bangunan runtuh adalah perkara biasa di Mesir kerana projek pembinaan yang tidak mengikut piawaian semakin meluas di kawasan setinggan dan luar bandar.

Pemaju pula didakwa sering mencari keuntungan besar dengan cara melanggar permit dan menambah bilangan tingkat lebihi had dibenarkan.

Bekas duta: Presiden Syria mungkin guna senjata kimia

 Bekas duta: Presiden Syria mungkin guna senjata kimia
Nawaf Fares ketika ditemu bual oleh BBC. – Foto ihsan BBC
LONDON - Seorang ahli politik kanan Syria, yang kini cenderung kepada pembangkang, mendedahkan bahawa rejim Presiden Bashar al-Assad, yang berhadapan dengan kebangkitan rakyat sejak 17 bulan lalu, tidak akan teragak-agak untuk menggunakan senjata kimia jika kedudukannya terkepung.

Nawaf Fares, bekas Duta ke Iraq berkata, laporan-laporan yang tidak dapat disahkan menggambarkan senjata sedemikian kemungkinan sudah pun digunakan.

Katanya, tindakan mengebom sebahagian besar kawasan di Syria dilakukan oleh rejim Bashar dengan kerjasama al-Qaeda.

Dalam temu bual dengan BBC, Nawaf berkata, Bashar tidak akan melepaskan kedudukannya dengan mudah.

"Sangat pasti bahawa kerajaan ini akan jatuh dalam waktu terdekat," katanya.

Ketika ditanya sama ada Bashar kemungkinan akan menggunakan senjata kimia terhadap pembangkang, Nawaf berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu.

"Ada maklumat, maklumat yang tidak disahkan bahawa senjata-senjata kimia ada digunakan di Homs," kata beliau.

Katanya, beliau pasti bahawa jika kedudukannya semakin terancam, "maka rejim (Bashar) akan menggunakan senjata-senjata kimia."

Lelaki Israel bakar diri

Lelaki Israel bakar diri
Penunjuk perasaan lain cuba memadamkan api pada tubuh lelaki itu.
TEL AVIV – Seorang penunjuk perasaan Israel membakar dirinya dalam satu perhimpunan dan detik mencemaskan itu juga sempat dirakamkan oleh jurugambar serta kamera stesen televisyen yang membuat liputan protes tersebut.

Lelaki berumur 40-an itu dipercayai mencurahkan cecair mudah terbakar ke atas badannya sebelum membakar diri di hadapan orang ramai yang terkejut dengan tindakannya.

Penunjuk perasaan lain yang berada berdekatan lelaki tersebut cuba memadamkan api tersebut menggunakan air dan baju mereka.

Perhimpunan pada malam Sabtu lalu, di ibu negara, Tel Aviv, diadakan sebagai menandakan ulang tahun pertama demonstrasi besar-besaran di Israel bagi menentang kos hidup yang tinggi di negara rejim Zionis itu, tahun lalu.
Lelaki itu meninggalkan sepucuk surat mempersalahkan kerajaan Israel di atas masalah kewangan yang dihadapinya.

Dia kini sedang dirawat di hospital selepas melecur teruk.

Mubarak dimasukkan semula ke penjara

KAHERAH 17 Julai - Ketua pendakwa raya Mesir semalam mengarahkan bekas Presiden Mesir, Husni Mubarak agar dimasukkan semula ke penjara selepas hampir sebulan mendapatkan rawatan sakit strok di hospital tentera.
Abdel Meguid Mahmud mengeluarkan arahan untuk memindahkan Mubarak dari Hospital Tentera Maadi ke penjara Tora selepas kesihatan dia dilaporkan semakin stabil.
Bekas Presiden berusia 84 tahun itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan terlibat dalam kematian penunjuk perasaan semasa kebangkitan menentang pemerintahannya pada tahun lalu. - AFP

Pergerakan Islam Pakistan berarak ke sempadan

Beberapa buah trak membawa bekalan NATO menuju ke sempadan Torkham dekat Torkham pada 12 Julai lalu menuju ke Afghanistan, selepas Pakistan membuka semula laluan bagi penghantaran bekalan NATO melepasi sempadannya, baru-baru ini. - AFP
ISLAMABAD 15 Julai - Kira-kira 5,000 anggota pergerakan Islam Pakistan yang menentang program kerjasama antikeganasan dengan Washington, semalam berarak ke sempadan negara ini bagi membantah pembukaan semula laluan bagi penghantaran bekalan NATO ke Afghanistan.
Mereka menaiki bas, trak dan kereta dengan mengibarkan bendera pergerakan perikatan Pertahanan Pakistan.
Mereka akan berhenti di beberapa bandar utama sepanjang perjalanan sejauh 120 kilometer dari Quetta hingga ke bandar Chaman yang bersempadan dengan Afghanistan.
Mereka dijangka tiba di Chaman, hari ini.
Pengerusi Pertahanan Pakistan, Maulana Samiul Haq berkata, mereka mengambil tindakan itu bagi membantah pembukaan semula laluan bagi penghantaran bekalan NATO itu.
''Kami memberi amaran, kerajaan perlu keluar daripada program perang terhadap keganasan ini.
''Jika mereka rasa perang AS hanya terhadap Afghanistan, mereka adalah salah. AS akan menjadikan semua negara Islam sebagai sasaran selepas memperkukuhkan kawalan ke atas Afghanistan,'' katanya ketika pelancaran konvoi tersebut.
Katanya, pihaknya tidak akan membenarkan AS berbuat demikian.
Pakistan membuka semula laluan bagi penghantaran bekalan kepada konvoi NATO pada 3 Julai lalu selepas menutupnya sebagai membantah serangan udara Amerika Syarikat (AS) yang mengakibatkan kematian 24 askar Pakistan pada November lalu. - AFP

Heli bantu kawasan banjir

PASUKAN penyelamat mencari mangsa yang hilang dalam kejadian tanah runtuh di Aso, daerah Kumamoto, Jepun akibat hujan lebat, semalam. - AGENSI
TOKYO 15 Julai - Tentera Jepun menggunakan pengangkutan udara bagi menghantar bantuan kepada penduduk di barat daya negara ini setelah beribu-ribu orang terputus hubungan ekoran hujan lebat dan kejadian tanah runtuh sejak semalam.
Jabatan meteorologi memberi amaran hujan lebat akan berterusan ketika bencana itu setakat ini meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa.
Televisyen merakamkan askar memunggah bekalan makanan, air dan ubat-ubatan ke dalam helikopter untuk dihantar ke kawasan pergunungan Yame, wilayah Fukuoka di Pulau Kyushu.
Pihak berkuasa tempatan pula secara berasingan menghantar helikopter penyelamat bagi membawa pesakit dan warga emas ke hospital dari kawasan terpencil yang mana sekurang-kurangnya seorang terbunuh, kata pegawai kerajaan.
Lebih 5,440 orang terputus hubungan sejak semalam setelah tanah runtuh dan pokok tumbang menghalang laluan dan bekalan air ke wilayah itu.
''Kita akan meneruskan usaha menghantar catuan bantuan kepada penduduk ketika kita masih tidak pasti bila kita akan mendapatkan akses ke kawasan itu.
''Kita sedang berusaha sebaik mungkin bagi membersihkan runtuhan secepat mungkin,'' kata seorang jurucakap Bandar Yame, Kayo Shinohara.
Operasi menyelamat diteruskan pagi ini di kawasan terjejas di Kyushu yang mana sekurang-kurangnya lapan orang dilaporkan hilang dalam kejadian tanah runtuh dan banjir.
Katanya, kira-kira 3,600 penduduk diarahkan meninggalkan rumah masing-masing ketika 2,800 kediaman dinaiki air. - AFP

Undang-undang baru atasi jenayah hina Islam

JEDDAH 16 Julai - Kerajaan Arab Saudi dilapor mempertimbangkan untuk menguatkuasakan undang-undang baru sebagai usaha membanteras jenayah menghina Islam, termasuk dalam media sosial, dengan mengenakan hukuman yang berat.
Akhbar al-Watan yang memetik kenyataan sumber berkata, dalam tempoh dua bulan akan datang, Majlis Syura akan mendedahkan keputusan kajian yang dijalankan untuk mewujudkan undang-undang baru itu dalam menangani jenayah tersebut.
Keputusan untuk melaksanakan undang-undang tersebut dibuat selepas kolumnis dan blogger Arab, Hamza Kashgari, 23, ditahan pada lima bulan lalu atas kesalahan mengeluarkan kenyataan yang menghina Nabi Muhammad dalam laman Twitternya. - REUTERS

Pertempuran sengit di Damsyik

Pemberontak berkawal di kawasan Tadhamon di pinggir Damsyik, kelmarin. - REUTERS
DAMSYIK 16 Julai - Ibu negara Syria digegarkan dengan bunyi letupan apabila tercetus pertempuran sengit antara tentera kerajaan dan pemberontak membabitkan penggunaan kereta kebal dan mortar.
Pertempuran itu yang dianggap paling sengit sejak tercetus pemberontakan di negara ini 16 bulan lalu, dilaporkan berlaku di bahagian selatan bandar ini iaitu di Tadhamon dan Midan serta kawasan berhampiran kem pelarian Palestin.
Kepulan asap hitam dilihat di ruang udara di pinggir bandar ini ketika tentera kerajaan berusaha mengusir Tentera Pembebasan Syria (FSA) dari Damsyik.
Pertempuran itu berlaku ketika wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)-Liga Arab, Kofi Annan bersiap sedia menemui Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov untuk membincangkan konflik di Syria.
Beliau dijangka menggesa Lavrov memberi tekanan kepada pihak berkuasa Syria untuk memulakan peralihan kuasa politik, walaupun koresponden BBC Moscow, Steve Rosenberg melaporkan hanya terdapat sedikit petunjuk Kremlin bersedia melakukannya.
Sementara itu, Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) mengisytiharkan konflik di Syria kini sebagai perang saudara.
Ini bermakna pertempuran di negara ini kini telah tertakluk kepada Konvensyen Geneva dan membolehkan pendakwaan jenayah perang dibuat terhadap mereka yang terlibat pada masa depan.
ICRC sebelum ini hanya mengisytiharkan beberapa kawasan di sekitar Idlib, Homs dan Hama sebagai zon perang.
BBC melaporkan, pertempuran antara tentera kerajaan dan FSA dilihat semakin menghampiri pusat bandar Damsyik dan kubu kuat tentera kerajaan. - AGENSI

Protes warnai lawatan Clinton ke Mesir

Protes warnai lawatan Clinton ke Mesir
Seorang lelaki mengangkat sepanduk menentang Clinton di kawasan kedutaan AS di Garden City, Kaherah.
KAHERAH - Ketibaan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Rodham Clinton ke Mesir untuk bertemu dengan Presiden Mohammed Mursi dan menyokong peralihan penuh kuasa negara itu disambut dengan bantahan penduduk awam.

Lawatan diplomat tertinggi AS itu selama dua hari, melibatkan tumpuan perhatian terhadap kebuntuan politik domestik dan pembangunan ekonomi negara Arab.

Dalam lawatannya, Clinton sempat membandingkan situasi ekonomi negara Arab dengan AS yang digambarkan banyak jurang perbezaan.

Bagaimanapun, kehadiran Clinton sejak kelmarin dianggap sebagai tetamu tidak di undang oleh rakyat Mesir yang mana turut marah dengan Mohammed Mursi atas pertemuan mereka.

Protes agama, 11 ahli EDL ditahan

Protes agama, 11 ahli EDL ditahan
Sebahagian penunjuk perasaan EDL bertempur dengan kumpulan polis tempatan.
LONDON - Seramai 11 ahli Liga Pertahanan Inggeris (EDL) ditahan selepas bertempur dengan polis rusuhan menentang Islam di bandar Bristol, Britain, kelmarin.

Insiden tercetus apabila lebih 300 ahli EDL melakukan demonstrasi di bandar itu selain ada di antara mereka mencampakkan objek keras dan tong sampah yang dibakar kepada polis.

"Sesungguhnya pasukan polis mahu menenangkan keadaan," kata pegawai polis Avon.

Pada mulanya, penunjuk perasaan berjalan ke Queen Square bagi menyaksikan pemimpin EDL berucap, tetapi rusuhan berlaku apabila kumpulan itu bertembung dengan 500 kumpulan anti- EDL yang melancarkan kempen We Are Bristol.

Terdahulu, pihak berkuasa merancang pergerakan demonstrasi dua kumpulan itu untuk mengelak berlakunya pergaduhan.

EDL adalah pergerakan bantahan jalanan yang membangkang penyebaran Islam, undang-undang syariah dan ekstremisme Islam di Britain.

Gempa landa selatan India-Myanmar

NEW DELHI - Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda kawasan sempadan India-Myanmar pada pukul 1.30 pagi, semalam.

Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS)melaporkan, gempa bumi itu berpusat di 45km selatan-timur Kohima, Nagaland di timur laut India.

Warga Mesir baling kasut, tomato ke arah kereta Hillary - Global - Sinar Harian

Warga Mesir baling kasut, tomato ke arah kereta Hillary
Sebahagian penunjuk perasaan memprotes kehadiran Hillary Clinton di bandar raya Iskandariah, Mesir semalam. - Foto ihsan CNN
KAHERAH - Penunjuk perasaan Mesir membaling tomato dan kasut ke arah kereta iringan yang membawa Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton semalam sambil menjerit "Monica, Monica, Monica" ketika beliau meninggalkan premis pejabat konsul negara itu di Iskandariah.

Hillary berkata, beliau berada di bandar raya itu untuk menjawab kritikan yang mendakwa Washington bertindak berat sebelah dalam politik Mesir.

Malah majlis itu terpaksa dialih ke dalam premis itu ekoran protes mengecam teruk kunjungan beliau, lapor CNN.

"Saya mahu menjelaskan bahawa Amerika Syarikat tidak terlibat dalam urusan ini, di Mesir, memilih siapa pemenang dan siapa yang kalah, jikapun kita boleh berbuat demikian, yang mana, sudah pasti tidak boleh," kata Clinton ketika berucap pada majlis merasmikan pembukaan semula pejabat konsul itu.

"Saya datang ke Iskandariah untuk mengulangi sokongan padu Amerika Syarikat kepada rakyat Mesir dan demi masa depan demokrasi mereka," kata beliau.

Pejabat itu ditutup pada 1993 ekoran masalah kewangan.

Penunjuk perasaan membaling tomato, kasut dan botol ke arah kakitangan kedutaan ketika berjalan menuju ke van mereka selepas majlis perasmian berakhir. Sebiji tomato terkena muka pegawai Mesir.

Polis antirusuhan terpaksa mengawal keadaan.

Kumpulan penunjuk perasaan menjerit "Monica" dengan merujuk kepada Monica Lewinsky, bekas pelatih White House, yang dikatakan ada hubungan dengan bekas Presiden Bill Clinton semasa menerajui AS.

Bill merupakan suami Hillary.

Awal semalam, Hillary mengadakan pertemuan dengan kepimpinan tentera yang kini dilihat 'bertembung' dengan Presiden Mohammed Mursi, yang dipilih bulan lalu, dari segi kuasa pentadbiran negara.

Mohammed merupakan presiden pertama dipilih secara demoktratik dan menerusi pilihan raya bebas.

Malang salah sangka

BENTONG: Hasrat seorang ahli perniagaan yang mahu melintas jalan untuk melihat kemalangan kecil selepas menyangka anaknya terbabit dalam insiden berkenaan, mengundang tragedi apabila dia terbunuh selepas dirempuh sebuah kereta di Kilometer 54, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dekat sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 4.45 petang itu, mangsa, Ramli Mat Tahar, 55, dari Temerloh meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala. 
Sebelum kejadian, mangsa yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Temerloh dikatakan berhenti di lorong kecemasan kerana terpandang sebuah kenderaan seakan sama milik anaknya terbabit dalam kemalangan di laluan bertentangan.

Bagaimanapun, selepas mendapati kemalangan kecil itu tidak membabitkan keluarganya mangsa kemudian cuba melintas semula untuk menghala ke kenderaannya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, ketika mangsa melintas, sebuah kenderaan Nissan Fairlady yang dipandu seorang penuntut di sebuah kolej di ibu negara merempuh ahli perniagaan itu menyebabkan mangsa tercampak beberapa meter.

Rombongan Hillary disambut tomato, kasut

ISKANDARIAH: Penunjuk perasaan melontar tomato dan kasut ke arah rombongan kenderaan Hillary Clinton ketika Setiausaha Negara AS itu mengadakan lawatan pertama ke Mesir sejak rakyat memilih Dr Mohamed Mursi sebagai presiden.
Sebiji tomato terkena muka pegawai Mesir, manakala kasut dan botol air berterbangan berhampiran kereta membawa delegasi Hillary selepas dia menyampaikan ucapan mengenai hak demokratik. Seorang pegawai kanan AS berkata, tiada sesiapa atau kenderaan terkena balingan berkenaan. Penunjuk perasaan juga menjeritkan “Monica! Monica!” - merujuk kepada kekasih suami Hillary ketika dia menjadi Presiden AS.

Sesetengah penunjuk perasaan turut melaungkan kata-kata menghalau Hillary. Tidak dapat dipastikan siapa penunjuk perasaan itu atau apa pendirian politik mereka. - Reuters

Russia berang ‘diugut’ Barat

MOSCOW: Russia semalam menuduh Barat menggunakan kaedah “peras ugut” untuk mendapat sokongan terhadap sekatan yang mungkin dikenakan Majlis Keselamatan PBB ke atas Syria.
Menteri Luar, Sergei Lavrov, berkata Moscow kesan wujud unsur itu dalam usaha Barat mengekang rejim Presiden Bashar al-Assad.

“Kami diberitahu untuk bersetuju meluluskan resolusi yang turut membabitkan Fasal 7 (menyediakan kemungkinan sekatan) atau menolak memanjangkan mandat misi pemantau.
“Russia melihat pendekatan ini benar-benar tidak produktif dan berbahaya,” katanya di sidang media mengenai langkah antarabangsa menamatkan keganasan di Syria sejak 16 bulan lalu.

Pembangkang mendakwa, lebih 17,000 orang terbunuh setakat ini. Kenyataan itu juga dibuat menjelang pertemuan Lavrov dengan wakil khas PBB dan Liga Arab, Kofi Annan. Lavrov turut menekankan bahawa “tidak realistik” bagi Barat mengharapkan Russia dapat meyakinkan Bashar untuk berundur daripada jawatannya hanya kerana kedua-dua negara mempunyai hubungan baik sejak lama dulu. “Kami mendengar komen menyatakan kononnya ‘kunci terhadap penyelesaian isu Syria akan ditemui di Moscow’ “Apabila kami meminta penjelasan, mereka mengatakan Russia mesti meyakinkan Bashar supaya berundur,” katanya.

Bagaimanapun, kata Lavrov, Bashar tidak akan melepaskan kuasanya dan ia bukan disebabkan Russia melindungi pemimpin itu. “Ia disebabkan ada sejumlah besar rakyat Syria di belakang Bashar,” katanya.
- AFP

40 penduduk Gaza ziarah tahanan tanpa bicara di Israel

GAZA: Israel membenarkan 40 penduduk Palestin dari Gaza melawat saudara mereka yang ditahan di penjara negara Yahudi itu, semalam.
Ia adalah lawatan pertama dibenarkan sejak lima tahun lalu. Jurucakap Perkhidmatan Penjara Israel berkata, kebenaran diberi sebagai melaksanakan perjanjian dicapai Mei lalu bagi membolehkan tahanan terbabit menamatkan mogok lapar.

Dalam mogok besar-besaran itu, kira-kira 1,600 tahanan tanpa bicara di penjara Israel menolak semua makanan bagi menuntut diberi hak serta keadaan yang lebih baik.
Jurucakap itu berkata, seramai 40 orang saudara kepada 24 tahanan tiba sebentar tadi di Penjara Ramon.

“Selepas ini lawatan berkenaan akan diadakan secara mingguan,” katanya.

Israel melarang ahli keluarga tahanan dari Gaza melawat penjara pada 2007 - hanya beberapa bulan selepas pejuang Palestin menculik seorang tentera Zionis, Gilad Shalit.
Israel turut menamatkan semua bahan pendidikan untuk tahanan terbabit, selain mengehadkan akses kepada televisyen. Antara tuntutan tahanan itu ialah hak menerima lawatan daripada ahli keluarga dan menamatkan dasar menahan penduduk Palestin yang disyaki sebagai pengganas tanpa perlu dihadapkan ke mahkamah. Dasar itu dikenakan ke atas 320 daripada 4,800 penduduk Palestin yang dipenjara di Israel.

Mereka menamatkan mogol lapar pada Mei lalu selepas Mesir menjadi orang tengah dalam rundingan di antara kedua-dua pihak. Walaupun Israel bersetuju mengubah sesetengah dasarnya, rejim Zionis terbabit tetap enggan berjanji untuk menamatkan dasar tahanan tanpa bicara itu. Ia kononnya terpaksa dilakukan atas alasan keselamatan dan melindungi penyalur maklumat. - Reuters

Tentera tidak akan benarkan Mesir dikuasai hanya satu golongan

KAHERAH: Pegawai kanan tentera Mesir berkata, tentera tidak akan membiarkan “satu kumpulan” mendominasi negara berkenaan.
Panglima Tentera Mesir, Hussein Tantawi, berkata negara itu tidak akan tumbang kerana ia adalah milik semua rakyat dan bukan hanya satu kumpulan.

“Tentera tidak akan membenarkan ia berlaku,” katanya dalam kenyataan disiar agensi berita Mena, semalam. Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada Ikhwanul Muslimin yang memenangi pilihan raya negara itu baru-baru ini.
Ia juga meningkatkan ketegangan hubungan di antara tentera dan kumpulan Ikhwanul Muslimin selepas pemimpin pertubuhan Islam itu, Dr Mohamed Mursi, disahkan memenangi pilihan raya Presiden Mesir.

Kenyataan Hussein itu dikeluarkan beberapa jam selepas dia mengadakan rundingan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton.

Dalam pertemuan itu, Hillary menyatakan, tentera perlu menyokong proses peralihan kuasa daripada pentadbiran sedia ada kepada pemerintahan awam. Politik negara itu masih terumbang-ambing akibat perebutan kuasa di antara Mohamed Mursi dan Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir yang diketuai Hussein. - AFP

90 peratus murid sekolah Katolik beragama Islam

BIRMINGHAM: Sebuah sekolah Katolik di bandar ini semalam mendedahkan 90 peratus muridnya beragama Islam.
Bangunan sekolah itu penuh dengan ikon dan patung berkait dengan agama Kristian dan murid melakukan upacara keagamaan Katolik setiap hari.

Namun, hanya 40 kanak-kanak yang belajar di situ adalah penganut Katolik.
Ada di kalangan bapa murid itu adalah imam sementara sebahagian pelajar tinggal di kawasan masjid berhampiran.

Bagaimanapun, Sekolah Rendah Katolik Rosary yang terletak di kawasan penduduk majoriti Islam menegaskan, hubungannya dengan gereja Katolik adalah kukuh.

Ada murid Islam bertindak sebagai pelayan paderi di perhimpunan sekolah.
Pengetuanya, John Gub- bins berkata: “Kami mengikut program pelajaran Gereja Katolik untuk pelajaran agama yang diberikan kepada murid antara 10 hingga 15 peratus seminggu.” - DM

20 doktor gagal kesan barah

ISABEL bersama ibu bapanya, Yvonne dan Roch.
ISABEL bersama ibu bapanya, Yvonne dan Roch.
KETUMBUHAN pada telinga Isabel sebelum dibedah.
KETUMBUHAN pada telinga Isabel sebelum dibedah.
LONDON: Seorang ibu mendedahkan bagaimana 20 doktor menafikan anaknya menghidap barah dengan hanya menyifatkannya sebagai tanda lahir sehingga ia membesar seperti sebiji anggur.
Yvonne Bull, 32, berkata, dia diberitahu supaya tidak bimbang apabila anaknya, Isabel dilahirkan dengan tanda ungu pada bahagian kiri mukanya.

Tetapi si kecil itu terpaksa menjalani kemoterapi kerana tanda itu yang akhirnya disahkan ketumbuhan dan membesar dalam masa sebulan hingga menutup telinga kirinya.
Isabel yang sekarang berusia empat bulan, menjalani pemulihan setelah kehilangan telinga kiri berkenaan selepas doktor menjalankan pembedahan membuang ketumbuhan itu.

Yvonne, jururawat di Sturminster Marshall, Dorset berkata, doktor sebelum ini memberitahunya, tanda ungu itu yang asalnya bersaiz bola golf, hanyalah tanda lahir ‘strawberi.’ Apabila ia semakin membesar dan berdarah, Yvonne berulang kali membawa Isabel ke hospital tetapi doktor hanya memberi ubat untuk mengecutkan tanda lahir itu.

Selepas beberapa kali ulang- alik, Isabel akhirnya dirujuk ke Hospital Great Ormond Street di London dan ujian mendapati dia menghidap ketumbuhan sarkoma, sesuatu yang jarang berlaku.
Yvonne, ibu empat anak berkata, Isabel berdepan dengan masa depan yang tidak menentu kerana barah itu berkemungkinan kembali.

“Apabila dia dilahirkan, doktor dan jururawat membawa bayi itu dan berkata dia hanya mempunyai benjol kecil.
“Bagi saya, ia bukan kecil, tetapi besar. Saya menangis. Saya tidak pernah melihat seperti itu sebelum ini. Ia amat besar. Ia sepatutnya hari yang gembira untuk kami. Tetapi tidak.

“Mereka berusaha memberi jaminan kepada kami bahawa ia hanya tanda lahir. Tetapi ia tidak kelihatan seperti itu.

“Kami membawa Isabel menemui 20 doktor dan mereka tidak pernah bertanyakan mengenai diagnosis asal. Mereka cuma berkata, ia tanda lahir dan memberitahu kami supaya tidak bimbang.

Yvonne yang tinggal bersama temannya, Anthony Roch, 37, perunding pengambilan pekerja, menjalani ujian pengimbasan pada minggu 34 kehamilannya dan keputusan menunjukkan ada sesuatu yang luar biasa.

Isabel dilahirkan menerusi pembedahan Caesarean seperti yang dirancang pada 1 Mac di Hospital Poole.

Dia menjalani pembedahan selama enam jam untuk membuang sel barah itu pada 29 April dan mula menjalani kemoterafi pada 1 Mei.

Yvonne yang merancang untuk mengambil tindakan undang-undang berkata, Isabel kini hanya mempunyai telinga sebelah kanan dan parut yang besar pada mukanya.

Doktor juga memberi amaran, kanak-kanak itu juga mungkin tidak boleh bercakap dan berdepan dengan masalah bahasa pada masa depan. - DM

Mubarak diarah kembali ke penjara

Kaherah: Ketua pendakwa Mesir semalam mengarahkan bekas Presiden Hosni Mubarak yang disabitkan bersalah kembali ke penjara selepas hampir sebulan selepas dipindahkan ke hospital tentera selepas dilaporkan diserang angin ahmar.

Abdel Meguid Mahmud mengeluarkan arahan untuk memindahkan Mubarak dari Hospital Tentera Maadi ke hospital penjara Tora selepas kesihatannya semakin pulih, kata pejabat pendakwa dalam satu kenyataan. Pada 4 Julai lalu, Mahmud mengarahkan pembentukan jawatankuasa pakar perubatan meneliti kesihatan Mubarak, 84, dan memastikan sama ada beliau boleh dipindahkan semula ke penjara, kata timbalan ketua pendakwa, Adel al-Saeed. 
Doktor bersetuju kesihatan Mubarak kini stabil dengan ubat dan dianggap baik untuk seseorang pada usianya, kata Saeed.

Jawatankuasa berkenaan mendapati tiada alasan untuk Mubarak kekal di Hospital Tentera di Maadi atau hospital lain dengan kemudahan khas, tambahnya.

Kesihatan Mubarak tidak menentu berikutan pemindahannya ke hospital pada 19 Jun lalu. –AFP

Konflik Syria diisytihar peperangan saudara

Foto
Pasukan Tentera Pembebasan Syria melaungkan slogan anti Presiden Bashar al-Assad di wilayah Idlib, utara Syria. - Foto AP]
Foto
Seorang wanita meratap di sisi mayat saudaranya di Tremseh yang diserang tentera Syria.
Dakwaan jenayah perang boleh dikenakan: ICRC

Damsyik: Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) secara rasmi mengisytiharkan konflik di Syria sebagai perang saudara, status yang memungkinkan dakwaan jenayah perang dikenakan. Kenyataan ICRC dibuat ketika pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumpulkan maklumat baru mengenai apa yang berlaku di kampung yang menyaksikan berpuluh penduduk dilaporkan terbunuh dalam serangan rejim. Selepas lawatan ke Tremseh kelmarin, pasukan itu berkata tentera Syria mengunjungi rumah ke rumah di komuniti petani itu, memeriksa kad pengenalan penduduk dan membunuh sebahagiannya serta menahan yang lain. 
Takungan darah dan serpihan otak dalam dilihat di beberapa rumah”, Kenyataan PBB
Menurut PBB, serangan menyasarkan anggota tentera yang berpaling tadah dan aktivis.

“Takungan darah dan serpihan otak dalam dilihat di beberapa rumah,” kata kenyataan PBB.

Syria menafikan dakwaan PBB yang tenteranya menggunakan senjata berat seperti kereta kebal, artileri dan helikopter ketika melancarkan serangan Khamis lalu.

Jurucakap Kementerian Luar Syria, Jihad Makdissi, berkata keganasan itu bukan pembunuhan beramai-ramai seperti yang didakwa aktivis dan ramai pemimpin luar tetapi operasi tentera menyasarkan pejuang bersenjata yang mengambil alih kampung itu. 
“Apa yang berlaku bukan serangan ke atas penduduk awam. Apa yang dikatakan mengenai penggunaan senjata berat tidak berasas sama sekali,” kata Makdissi kepada wartawan kelmarin di Damsyik.

Beliau berkata, 37 penyerang dan dua penduduk awam maut angka kematian jauh lebih rendah berbanding yang dinyatakan aktivis anti-rejim, sebahagiannya menganggarkan kematian melebihi 100 orang.

PBB membabitkan tentera Presiden Bashar al Assad dalam serangan itu. Ketua misi pemerhati PBB berkata Jumaat lalu pemantau yang diletakkan berhampiran Tremseh melihat tentera menggunakan senjata berat dan helikopter tempur.

Pertempuran adalah yang antara yang terbaru dalam kebangkitan menentang Assad, yang dikatakan aktivis membunuh lebih 17,000 rakyatnya. Keganasan berterusan kelmarin dengan beberapa pertempuran dilaporkan di sekitar Damsyik. - AP

Cipta peralatan kecergasan dengan kayu



TITOV melihat anaknya menguji salah satu peralatan kecergasaan yang diciptanya di pekarangan rumah mereka di Novopyatnitskoye kelmarin.


MOSCOW - Seorang ahli psikologi lulusan Universiti Negeri Leningrad, Valery Titov mencipta lebih 20 peralatan kecergasan dengan menggunakan kayu.
Peralatan itu dihasilkan dengan menggunakan kayu pain Angara dan cedar tanpa sebarang komponen logam.
Titov yang berusia 63 tahun yang merupakan seorang penternak lebah tinggal di Novopyatnitskoye, 120 kilometer ke timur bandar Krasnoyarsk, Rusia.
Menurutnya, buat masa ini, tiada pelabur dan ahli perniagaan yang berminat dengan ciptaannya itu. - Reuters

Pusat pelupusan sampah berbau amat busuk di Songjiang


SEORANG lelaki yang menunggang motosikal menutup hidungnya semasa melintasi sebuah pusat pelupusan sampah di Songjiang pada 7 Julai lalu.


SHANGHAI, China - Beberapa penunggang basikal dan motosikal menutup hidung mereka apabila mereka melalui sebuah pusat pelupusan sampah di Songjiang di sini.
Apabila angin bertiup, penduduk boleh menghidu bau yang busuk dari pusat pelupusan tersebut.
Bau sampah itu cukup kuat sehingga boleh menyebabkan seseorang itu muntah dan menyebabkan kecacatan bayi dalam kandungan.
"Semua sampah di Songjiang dihantar ke sini. Ini ialah daerah perumahan. Menurut beberapa penduduk, jika mereka menghidu bau sampah itu, bayi anda yang akan dilahirkan kelihatan ganjil," kata seorang penduduk, Chen Chunhui.
Ratusan orang menunjuk perasaan pada Mei lalu manakala puluhan lagi pada awal Jun lepas bagi membantah operasi pusat pelupusan sampah itu. - AFP

Lawat saudara selepas lima tahun dipenjara



SEORANG anggota keluarga Palestin yang menaiki bas di bandar Gaza menunjukkan isyarat keamanan tangan semasa dia dalam perjalanan ke sebuah penjara Israel semalam.


GAZA - Pihak berkuasa Israel membenarkan 40 penduduk Palestin dari Genting Gaza melawat saudara-mara mereka yang ditahan di beberapa buah penjara Israel semalam, kata beberapa pegawai.
Mereka berkata, lawatan itu yang pertama sejak lima tahun lalu dilaksanakan bagi memenuhi syarat perjanjian untuk menamatkan mogok lapar dalam kalangan banduan Palestin pada Mei lalu.
"Seramai 40 orang yang terdiri daripada anggota keluarga 24 banduan baru sahaja tiba di Penjara Ramon," kata seorang jurucakap Perkhidmatan Penjara.
Menurutnya, lawatan saudara banduan dari Gaza akan diadakan pada setiap minggu.
Israel melarang lawatan oleh keluarga banduan dari Gaza sejak tahun 2007, beberapa bulan selepas askar Israel, Koperal Gilad Shalit diculik oleh pejuang-pejuang Palestin.
Shalit dibebaskan bersama pertukaran 1,000 banduan Palestin dalam satu persetujuan yang diusahakan oleh Mesir pada 2011. - Reuters

Baling topeng ke arah ketua pentadbiran Hong Kong

KWOK-HUNG membaling topeng ke arah Chun-ying.



HONG KONG - Seorang anggota perwakilan Liga Demokrat Sosial, Leung Kwok-hung diusir keluar dari dewan Majlis Perundangan selepas beliau membaling topeng ke arah Ketua Eksekutif Hong Kong, Leung Chun-ying semalam.
Menurut akhbar The Standard, Kwok-hung melakukan perbuatan itu selepas beliau tidak berpuas hati dengan Chun-ying yang gagal memberi jawapan yang memuaskan.
Chun-ying memberi jawapan itu selepas Kwok-hung bertanya tentang kes pembinaan struktur haram di kediaman Ketua Pegawai Eksekutif tersebut.
Bagaimanapun, topeng itu tidak mengenainya.
Kwong-hung kemudian ditahan oleh beberapa anggota keselamatan dan dibawa keluar daripada dewan tersebut.
Kes pembinaan bangunan haram di kediaman mewah Chun-ying itu mendapat liputan meluas akhbar sebelum ini menyebabkan beliau meminta maaf berhubung isu tersebut.
Namun, dalam jawapannya, Chun-ying menyatakan beliau cuai tentang status pembinaan kediaman tersebut.
Struktur haram itu kemudian telah dirobohkan.
Chun-ying dipilih dalam pemilihan Ketua Pegawai Eksekutif pada Mac lalu bagi mengetuai pentadbiran Hong Kong. - Agensi

Betul ke ni?



حفريات تكشف صدق ما اخبر به الحبيب المصطفى صلى الله عليه وسلم روى البخاري (6227) ومسلم (2841) عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : خَلَقَ اللَّهُ آدَمَ عَلَى صُورَتِهِ طُولُهُ سِتُّونَ ذِرَاعًا فَلَمَّا خَلَقَهُ قَالَ اذْهَبْ فَسَلِّمْ عَلَى أُولَئِكَ النَّفَرِ مِنْ الْمَلائِكَةِ جُلُوسٌ فَاسْتَمِعْ مَا يُحَيُّونَكَ فَإِنَّهَا تَحِيَّتُكَ وَتَحِيَّةُ ذُرِّيَّتِكَ فَقَالَ السَّلامُ عَلَيْكُمْ فَقَالُوا السَّلامُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ فَزَادُوهُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ فَكُلُّ مَنْ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ عَلَى صُورَةِ آدَمَ فَلَمْ يَزَلْ الْخَلْقُ يَنْقُصُ بَعْدُ حَتَّى الآن".