Pages

Showing posts with label petrol. Show all posts
Showing posts with label petrol. Show all posts

Friday, September 9, 2011

Minyak seludup jadi 'penumpang'


CHENG SAN (dua dari kanan) menunjukkan sebuah teksi yang diubah suai dipercayai bagi tujuan menyeludup petrol bersubsidi di Tumpat semalam.

PENGKALAN KUBOR - Segelintir teksi dan kereta sewa di sekitar kawasan ini dikesan tidak lagi menjalankan tugas hakiki mengambil penumpang sebaliknya giat dengan aktiviti menyeludup petrol bersubsidi ke negara jiran.
Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Marin (PGM), Deputi Supritendan Tan Cheng San berkata, hasil maklumat awam mengenai sikap tidak bertanggungjawab itu, pihaknya melakukan pemantauan di sekitar pangkalan haram Nasir, Simpangan dekat sini kira-kira pukul 11.30 malam kelmarin.
Menurutnya, selepas intipan itu, pihaknya menyerbu sebuah teksi di pangkalan haram tersebut yang dipercayai baru menghantar minyak petrol bersubsidi kepada sebuah bot yang siap menunggu di situ.
"Hasil serbuan kita menahan seorang lelaki berusia 27 tahun yang memandu teksi tersebut namun, kita percaya suspek bukan pemilik teksi berkenaan sebaliknya hanya mengambil upah menghantar minyak tersebut.
"Pemeriksaan yang dilakukan mendapati but teksi tersebut telah diubah menjadi tangki tambahan yang mampu memuatkan 250 liter petrol," katanya ketika ditemui di sini semalam.-kosmo

Tuesday, August 30, 2011

Surat khabar lama ganti petrol



TULANE, Amerika Syarikat (AS) – Sekumpulan saintis Universiti Tulane di sini menemui kegunaan baru untuk surat khabar lama iaitu menjadikannya bahan api bio bagi menggantikan petrol, lapor sebuah akhbar semalam.
Mereka berkata, kereta pada masa hadapan boleh bergerak dengan menggunakan kertas termasuk surat khabar lama.
Perkembangan tersebut adalah susulan penemuan sejenis bakteria dikenali sebagai TU-103 yang ‘memakan’ kertas untuk menghasilkan butanol iaitu sejenis bahan api bio yang boleh menggantikan petrol.
“Di Amerika Syarikat sahaja, sekurang-kurangnya 323 tan kertas boleh digunakan untuk menghasilkan butanol yang dibuang pada setiap tahun,” kata ketua penyelidikan tersebut, Profesor Madya David Mullin.
Menurutnya, kajian itu menunjukkan kejayaan yang memberangsangkan.
“Kajian kami pasti dapat mengurangkan kos untuk menghasilkan bahan api bio yang agak tinggi pada masa ini,” tambahnya. – Agensi