Pages

Showing posts with label rejam. Show all posts
Showing posts with label rejam. Show all posts

Wednesday, June 1, 2011

Peserta ratu cantik Ukraine mati direjam


KATYA...dapat tempat ketujuh dalam pertandingan ratu cantik yang diadakan  baru-baru ini.
KATYA...dapat tempat ketujuh dalam pertandingan ratu cantik yang diadakan baru-baru ini.


SIMFEROPOL (Ukraine): Seorang remaja perempuan dilaporkan direjam hingga mati mengikut undang-undang syariah selepas dia mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik di Ukraine.
Media melaporkan, mayat Katya Koren, 19, ditemui di sebuah kampung tidak jauh dari rumahnya di wilayah autonomi Crimea.

Rakan Kayta berkata, remaja itu memang gemar mengenakan pakaian mengikut fesyen semasa dan menyertai pertandingan ratu cantik berkenaan baru-baru ini.

Kata mereka, Katya mendapat tempat ketujuh dalam pertandingan itu.

Media melaporkan, mayat remaja itu yang cedera teruk ditemui ditinggalkan dalam kawasan hutan.


Mayat itu ditemui seminggu selepas Katya dilaporkan hilang.

Media melaporkan, polis kini memulakan siasatan terhadap kes pembunuhan itu dan sedang menyiasat tiga pemuda Islam yang dikaitkan dengan kejadian berkenaan.

Sumber berkata, pemuda terbabit menganggap kematian Katya itu dibenarkan mengikut hukum Islam.

Katanya, seorang daripada suspek dikenali sebagai Bihal Gaziev, 16, menganggap Katya melanggar undang-undang syariah.

“Bihal berkata, dia tidak kesal merejam Katya hingga mati,” katanya. - DM
myMetro | Peserta ratu cantik Ukraine mati direjam

Wednesday, November 24, 2010

Warga Iran berpeluang dilepas hukuman rejam sampai mati





2010/11/24

TEHERAN: Warga Iran, Sakineh Mohammadi Ashtiani, yang mendapat perhatian antarabangsa selepas dihukum rejam hingga mati atas kesalahan berzina dan bersubahat membunuh suaminya, mempunyai peluang cerah untuk dilepaskan daripada hukuman itu, kata pegawai. 

Ketua Majlis Hak Asasi Iran, Mohammed Javad Larijani memberitahu stesen televisyen Press TV, pihaknya berusaha membantu mengurangkan hukuman ke atas Sakineh dan beliau berpeluang cerah untuk terlepas daripada hukuman mati.
Hukuman rejam ke atasnya sebelum ini ditangguhkan selepas kumpulan hak asasi melahirkan kemarahan, manakala masyarakat antarabangsa merayu hukuman itu ditarik balik.
Di bawah undang-undang Islam Iran yang dikuatkuasakan pada 1979, mereka yang berzina boleh dihukum rejam hingga mati, manakala jenayah seperti membunuh, rogol, melakukan rompakan bersenjata, murtad dan mengedar dadah boleh dikenakan hukuman bunuh. 

Kes Sakineh memburukkan lagi hubungan antara Iran dan Barat yang sedia tegang berikutan pertelagahan membabitkan program nuklear negara itu. 

Kumpulan hak asasi, Amnesty International berkata Sakineh didapati bersalah pada 2006 kerana menjalin hubungan sulit dengan dua lelaki dan dihukum 99 kali sebatan. Reuters

Tuesday, September 28, 2010

Wanita direjam kerana berzina




GAMBAR yang disiarkan oleh stesen televisyen ABC menunjukkan beberapa orang lelaki yang merupakan anggota Taliban di lokasi hukuman rejam ke atas seorang wanita yang didakwa berzina di Pakistan.


ISLAMABAD - Seorang wanita ditanam pada paras dada sebelum sekumpulan lelaki melontar batu berulang kali ke arahnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Rakaman tersebut yang disiarkan stesen penyiaran ABC menunjukkan anggota-anggota Taliban merejam seorang wanita sehingga mati di barat daya Pakistan.
Hukuman rejam kerana berzina biasa dilaksanakan di Iran dan Arab Saudi.
Namun, wanita itu dipercayai direjam sehingga mati setelah dia dilihat bersama seorang lelaki bukan muhrim.
Hukuman tersebut dipercayai dilaksanakan dua bulan lalu di wilayah Orakzai.
Klip video berkenaan yang dirakamkan dengan menggunakan telefon bimbit diseludup keluar oleh seorang anggota Taliban yang menyaksikan pelaksanaan hukuman itu sebelum ia diserahkan kepada saluran televisyen Al Aan, di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Klip itu juga boleh ditonton di laman YouTube.
Seorang menteri Kesatuan Eropah (EU), Jorge Barroso yang menonton klip video itu, menyifatkan hukuman tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan.
"Kami mengutuk perbuatan itu yang tidak memiliki justifikasi dari sudut moral mahupun agama," katanya. - Agensi

Tuesday, July 20, 2010

Hukuman Rejam di Somalia


http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:GPUgnoWGb2DTjM::&t=1&usg=__uZF7-UNmXBmKNv1gYDxKPLiocGw=
http://i.dailymail.co.uk/i/pix/2009/12/14/article-1235763-0798A090000005DC-574_634x667.jpg
http://up4.m5zn.com/9bjndthcm6y53q1w0kvpz47xgs82rf/2009/12/26/12/cxuhbqkqv.jpg
صور الزاني الصومالي الذي تم رجمه. محتوى مخفي
www.wll7.com/vb/t16442.html

Saturday, July 10, 2010

Iran batal rejam sampai mati terhadap wanita

15/7

SAKINEH

LONDON – Pemerintah Iran semalam mengumumkan untuk tidak melaksanakan hukuman rejam sehingga mati ke atas seorang wanita negara itu, Sakineh Mohammadi-Ashtiani kerana melakukan perzinaan ekoran bantahan masyarakat antarabangsa, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Kedutaan Republik Islam itu di London menjelaskan, berdasarkan maklumat daripada pihak berkuasa kehakiman di Iran, Sakineh yang berumur 43 tahun tidak akan direjam sampai mati.
Namun, kenyataan itu tidak menyatakan sama ada hukuman ke atas wanita tersebut akan diganti atau dia bakal digantung sampai mati.
Sakineh mengaku pernah berzina dengan dua lelaki pada 2006.
Sebuah kumpulan hak asasi manusia, Amnesty Intenational menyatakan, wanita itu yang mempunyai dua orang anak, Farideh berumur 16 tahun dan Sajad berusia 20 tahun telah dijatuhkan hukuman oleh sebuah mahkamah syariah di bandar Tabriz, di utara Iran pada Mei 2006.
Dia telah menjalani hukuman sebat sebanyak 99 kali ketika beberapa buah negara Barat yang diketuai Amerika Syarikat (AS) dan Britain merayu hukuman itu diketepikan. – Agensi
kredit : kosmo.com.my