Pages

Showing posts with label peluk. Show all posts
Showing posts with label peluk. Show all posts

Friday, February 25, 2011

Pengacara Daphne Iking peluk Islam bulan lalu

Kosmo! Online


KUALA LUMPUR - Pengacara terkenal yang juga pelakon filem Belukar, Daphne Eleanor Iking (gambar) mengesahkan beliau telah memeluk agama Islam awal bulan lepas.

Pemenang anugerah Aktres Harapan Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 itu turut mengakui beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan seorang usahawan, Azmi Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Joe, 30-an, pada 8 Januari lalu.

Ini merupakan perkahwinan kedua Daphne, 31, yang sebelum ini mengahwini Ryan Chong Yiing Yih, 33 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Isobel Daniella Iking, 4.

'Saya memeluk Islam bulan lalu dan kemudian bernikah pada 8 Januari. Majlis kesyukuran secara kecil-kecilan telah diadakan di kampung halaman saya di Keningau, Sabah,' akui Daphne."

Saturday, November 6, 2010

Faedah Memeluk Isteri~

by Ayong Sal 

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.


“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. 
 Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

Thursday, June 10, 2010

Kebanyakkan banduan di Britain telah memeluk agama Islam



Inspektur Penjara Britain, Anne Dame Owers, mengeluhkan apabila sebahagian besar  tahanan telah memeluk  agama Islam, agama Islam telah  berkembang dari 2.513 pada 1994 menjadi 9.795 pada tahun 2008. Dalam laporan yang diberi tajukPengalaman Narapida Muslim dan disiarkan pada hari Selasa, Dame Anne mengatakan  1 dari 100 tahanan beragama Islam telah dihukum di atas  tuduhan terorisme, petikan dari 
press tv
http://www.arrahmah.com/images/stories/10/PRISON.jpg
Menurut laporan tersebut " kebanyakan tahanan Islam yang mengambil berat terhadap semangat  positif dan kesucian jiwa dalam  Islam dijadikan pedoman hidup mereka dan ketaatan terhadap agama Islam yang tidak berbelah bagi telah berjaya memperolehi  ketenangan di tengah-tengah suasana penjara yang dipenuhi dengan berbagai  tekanan."
Laporan tersebut menyebut, sebahagian tahanan telah berusaha mengkaji agama Islam dari para tahanan Islam yang  lain atau melalui keluarga yang terdekat dengan mereka dan menganti kehidupan mereka yang kosong dengan pegangan aqidah Islam yang suci.
"Saya mempunyai  banyak saudara terdekat di sini. Mereka saling bertukar pandangan sesama mereka.
Kaji selidik ini telah disahkan oleh  Dame Anne berdasarkan pada laporan 85 orang yang ditemuduga untuk hasil selidik  dan wawancara secara mendalam terhadap 164 tahanan Islam  di lapan penjara.

Monday, June 7, 2010

17 Warga Filipina Dan Sri Langka Di Arab Saudi memeluk Islam

17 orang pekerja  Pilipina dan Sri Langka yang beragama kristian memeluk Islam di Arab Saudi di Wilayah Unaizah, Arab Saudi.
Mereka memeluk Islam setelah mendapat bimbingan daripada Pendakwah Islam Abdul Rahman bin Abdullah Al-Huraiki yang bertugas dengan Pertubuhan Ad.Dakwah dan Irsyad.
أعلن 17 مقيماً ومقيمة إسلامهم ونطقوا الشهادتين في المكتب التعاوني للدعوة والإرشاد وتوعية الجاليات بمحافظة عنيزة خلال الأسبوع الماضي.
وأوضح مشرف قسم دعوة الجاليات عبدالرحمن عبدالله الحريقي أن القسم النسائي شهد العدد الأكبر هذا الأسبوع بعد أن نظم عدة لقاءات، حيث أسلمت 13 امرأة من الجنسيتين الفلبينية والسريلانكية.
وذكر الحريقي أن القسم الرجالي شهد إسلام ثلاثة من الجنسية الفلبينية وواحد من الجنسية السريلانكية.
وأوضح الحريقي أن عدد المسلمين الجدد في مكتب توعية الجاليات بعنيزة بلغ 157 رجلاً وامرأة منذ بداية العام الحالي.

Saturday, June 5, 2010

Memeluk Islam setelah Tidak Sanggup Melihat Gambar Rasulullah SAW dihina dengan keterlaluan

http://vthumb.ak.fbcdn.net/vthumb-ak-sf2p/v10818/171/83/1511679664/b1511679664_1457079636268_1428.jpg
Dengarlah perkataan dari Insan Yang MenCintai Rasulullah SAW setelah tidak sanggup melihat Insan Pilihan Ilahi dihina sehina-hinanya.