Pages

Showing posts with label michael jackson. Show all posts
Showing posts with label michael jackson. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

RM612,300 untuk sarung tangan Michael Jackson



Sarung tangan bertatah kristal Swarovski yang dilelong sempena jualan kenangan milik Raja Pop, Michael Jackson.
LOS ANGELES 22 Dis. - Sepasang sarung tangan milik Michael Jackson berjaya dijual dalam satu jualan lelong pada harga hampir AS$200,000 (RM612,300) di sini, minggu ini.
Menurut rumah jualan lelong, Nate D. Sanders, sarung tangan bertatah kristal Swarovski itu dijual pada harga AS$199,069 (RM609,455), sempena jualan lelong koleksi kenangan milik Raja Pop itu dan merupakan barangan paling mahal yang berjaya dijual.
Sarung tangan tersebut pernah dipakai oleh Jackson semasa menghadiri Anugerah Muzik Amerika pada 1984.
Jackson, sebelum ini pernah menghadiahkan sarung tangan itu kepada seorang kanak-kanak lelaki yang sakit semasa lawatan amal serta buku yang mempunyai tiga tanda tangan adik-beradik Jackson dengan tulisan, ‘Sarung tangan saya, sayang MJ’.
Rumah jualan lelong itu, bagaimanapun tidak mendedahkan individu yang membeli sarung tangan tersebut.
Dua tahun lalu, sepasang sarung tangan manik berwarna putih milik Jackson dilelong pada harga AS$192,000 (RM587,861) di Las Vegas sempena ulang tahun pertama kematian bintang pop itu.
Turut dilelong sehelai jaket miliknya yang pernah dipakai pada 1984 semasa jelajah Thriller pada harga AS$84,422 (RM 258,500) dan lukisan milik pelukis Perancis, Pierre-Auguste Renoir yang dijual pada harga AS$65,959 (RM201,959).
Raja Pop itu meninggal dunia pada usia 50 tahun pada Jun 2009 akibat pengambilan anestetik propofol dan dadah berlebihan. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121223/lu_03/RM612300-untuk-sarung-tangan-Michael-Jackson#ixzz2Fp2PGsDp
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, March 22, 2012

Rumah agam Michael Jackson sedia dijual AS$23.9 juta





2012/03/22

LOS ANGELES: Rumah agam mewah milik raja pop dunia, Michael Jackson yang menghembus nafas terakhirnya di situ, kini dijual pada harga AS$23.9 juta (RM71.7 juta) dengan seorang selebriti terkenal berminat membelinya.

Laman web selebriti, TMZ dan ejen hartanah berkata, rumah agam berkenaan mempunyai tujuh bilik tidur, 13 bilik mandi dengan konsep kediaman ala reka bentuk Perancis serta dilengkapi panggung teater, gim, spa dan kolam renang.
“Hartanah ini menawarkan kehidupan glamor, bergaya dan serba mewah," kata laman web itu.
Kediaman Jacko itu dibina pada 2002 di Daerah Holmby Hills di barat Los Angeles yang berkeluasan 1,580 meter persegi untuk ruang tamu selain 0.5 hektar lagi untuk lanskap.

TMZ melaporkan, kediaman itu mula dijual Isnin lalu dan seorang selebriti terkenal bersedia untuk melawat hartanah itu, esok.

Sementara itu, ejen hartanah Mauricio Umansky dari Beverly Hills, berkata pihaknya hanya akan berurusan dengan pembeli yang berminat sahaja dan mempunyai kelayakan terutama dari segi kewangan.

Raja pop dunia itu meninggal dunia pada 25 Jun 2009 ketika berusia 50 tahun di rumah agam berkenaan. - AFP