Pages

Showing posts with label kereta elektrik. Show all posts
Showing posts with label kereta elektrik. Show all posts

Friday, September 7, 2012

Kereta elektrik sudah ada pada tahun 1906




LLOYD menunjukkan bateri kereta elektrik miliknya.


SYDNEY, Australia - Seorang jurutera mekanikal yang telah bersara, Bill Lloyd memiliki sebuah kereta elektrik keluaran tahun 1915 buatan sebuah syarikat di Amerika Syarikat (AS).
Lloyd, 61, menganggap kereta tersebut sebagai koleksi antik yang paling terkenal pernah dimilikinya.
Menurutnya, terdapat kira-kira 40,000 buah kereta elektrik itu dikeluarkan oleh Syarikat Kereta Elektrik Anderson di Detroit, AS dari tahun 1906 hingga 1940.
Bagaimanapun, hanya terdapat empat buah kereta tersebut yang masih boleh digunakan di Australia.
Kereta itu mempunyai kelajuan maksimum kira-kira 40 kilometer sejam.
Bateri kenderaan tersebut perlu dicas selepas bergerak sejauh 80 kilometer. - AFP

Tuesday, July 13, 2010

Nada dering untuk enjin kereta




15/7


KERETA elektrik Nissan, Leaf akan dilengkapi bunyi seperti kapal angkasa.
KERETA elektrik Nissan, Leaf akan dilengkapi bunyi seperti kapal angkasa.
LONDON: Pemandu akan berpeluang memilih bunyi enjin kenderaan yang digemari sepertimana memilih bunyi nada deringan telefon bimbit.
Bunyi kenderaan boleh dicipta dengan bunyi yang digemari daripada kenderaan F1 milik Lewis Hamilton hinggalah kepada kereta permainan Nodi.
Pakar kenderaan berpendapat enjin kereta elektrik yang tidak berbunyi mungkin mendatangkan bahaya kerana tidak dapat didengari pejalan kaki dan boleh menyebabkan berlaku risiko kemalangan.
Bunyi enjin yang berbeza bagi setiap model kereta sedang dicipta pakar untuk kegunaan masa depan.
Pengeluar kereta Lotus di Norfolk sedang bekerjasama dengan pengeluar kereta di Eropah dan Jepun dalam penyelidikan kesan bunyi kenderaan.
Ketua Jurutera, Colin Peachey, berkata mereka sedang mengkaji kesan bunyi kenderaan dalam filem sains fiksyen seperti Blade Runner and I dan Robot.
Peachey berkata: Sistem bunyi itu akan dicipta mengikut pesanan individu atau kawasan. Anda boleh memesan bunyi Star Wars bagi pasaran di Amerika Syarikat atau Doctor Who bagi pasaran United Kingdom.
Perisian yang dipasang akan mengubah bunyi kereta bergantung kepada kelajuan.
Nissan yang akan melancarkan kereta elektrik Leaf di United Kingdom pada Mac tahun depan akan melengkapkan setiap model dengan bunyi yang seragam iaitu seperti bunyi kapal angkasa.
Peminat Doctor Who, David Glover, 29, meminati kereta yang mempunyai bunyi seperti mesin waktu. – Agensi