Pages

Showing posts with label akuarium. Show all posts
Showing posts with label akuarium. Show all posts

Wednesday, April 11, 2012

Taman laut promosi hotel akuarium




BEBERAPA penyelam berenang bersama ikan pari di Taman Laut Manila, Filipina semalam.


MANILA, Filipina - Sebuah taman laut di sini menyediakan beberapa bilik hotel yang dibina di dalam akuarium berisi air laut.
Taman Laut Manila yang merupakan taman laut terbesar di Filipina, mempromosikan bilik hotel istimewa itu semalam.
Promosi berkenaan diadakan sempena ulang tahun kedua taman laut berkenaan. - Agensi

Friday, March 25, 2011

Bilik jadi akuarium






NOTTINGHAM - Tidak ramai yang sanggup menukarkan bilik bawah tanah kediaman mereka menjadi sebuah akuarium besar tetapi itulah yang dilakukan oleh seorang lelaki di Britain, Jack Heathcote, lapor sebuah akhbar semalam.
Heathcote, 37, membina akuarium persendirian itu dengan kos £5,000 (RM24,603) di rumahnya di sini dan memenuhinya dengan beberapa spesies hidupan air tawar eksotik.
Akuarium gergasi itu yang berukuran 3.8 meter x 3.9 meter x 2.1 meter terletak di bawah ruang tamu kediaman lima biliknya.
"Hobi saya bukan sekadar menguasai hidup saya tetapi ia juga menguasai rumah saya," katanya.
Lelaki itu yang bekerja sebagai guru turut memberitahu, tiada televisyen di rumahnya kerana dia lebih gemar melihat ikan-ikan peliharaannya itu berenang. - Agensi