Pages

Showing posts with label Michelle. Show all posts
Showing posts with label Michelle. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

Michelle diusir dari Myanmar


YANGON: Kerajaan Myanmar mengusir aktres Hollywood kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh, yang bercadang membawakan watak pemimpin gerakan prodemokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi, dalam filem terbarunya.
Pegawai imigresen Myanmar semalam berkata, Michelle ditahan pihak berkuasa sebaik saja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon pada 22 Jun lalu.

Katanya, aktres yang pernah berganding dengan Pierce Brosnan dalam filem James Bond, Tomorrow Never Dies, menaiki pesawat meninggalkan Myanmar melalui penerbangan berikutnya.

“Michelle diusir pada hari sama kerana namanya disenarai hitam,” katanya.

Sebelum itu, Michelle, 48, berada di Thailand, Britain dan Perancis bagi menjayakan penggambaran filem The Lady - gelaran dikaitkan dengan Suu Kyi di Myanmar.


Pemenang anugerah Nobel dan ikon demokrasi di Myanmar, Suu Kyi berjuang menentang pemerintahan diktator tentera di negara itu.

Dia bertemu dengan Michelle bagi membincangkan filem berkenaan di kediamannya di Yangon pada Disember lalu - tiga minggu selepas dibebaskan daripada tahanan dalam rumah selama tujuh tahun.

The Lady mengisahkan cerita cinta Suu Kyi dengan bekas suaminya, Michael Aris, seorang warga Britain.

Filem itu turut menceritakan kehidupan mereka yang terpisah ketika Suu Kyi ditahan pada 1989.


Dinafikan hak mendapat visa bagi bertemu Suu Kyi, Aris disahkan menghidap kanser pada 1997 dan meninggal dunia dua tahun kemudian. - ReutersmyMetro | Michelle diusir dari Myanmar

Thursday, November 11, 2010

Michelle bertudung lawat masjid Jakarta




2010/11/11

Michelle Obama
Michelle Obama
JAKARTA: Wanita pertama Amerika, Michelle Obama menampilkan imej sederhana tetapi anggun dengan memakai tudung, ketika beliau bersama suaminya, Presiden Barack Obama melawat Masjid Istiqlal, yang terletak di tengah Jakarta semalam. 

Lawatan ke masjid terbesar di Asia Tenggara itu adalah antara lokasi terakhir kunjungan Obama ke negara paling ramai penduduk Muslim di dunia yang sebelum ini tertangguh dua kali.Michelle memakai jaket dan seluar panjang longgar berwarna hijau pucuk pisang dipadankan dengan tudung bercorak bunga kecil dan sarung kaki nipis. Beliau juga membuka kasutnya ketika memasuki masjid berkenaan.
Imam Besar, Mustafa Ali Yaqub mengiringi Obama melawat kawasan sekitar dan kubah utama masjid, yang dalam pembinaan ketika Obama berusia enam tahun dan tinggal di kawasan Menteng pada lewat 1960-an. 

Mustafa memberi penjelasan sejarah dan pembinaan masjid rekaan seorang arkitek beragama Kristian dan menarik perhatian Obama dengan kisah penjaga masjid membenarkan penganut Kristian meletakkan kenderaan mereka di tempat letak kereta masjid itu pada hari Krismas. 

“Itu adalah satu contoh kerjasama yang baik antara agama di Jakarta,” kata Obama kepada kumpulan wartawan Rumah Putih yang mengiringinya sambil menyatakan sokongan agar Indonesia dijadikan model toleransi antara agama. 

Sementara itu, Mustafa berkata, ketika memberi penerangan mengenai Masjid Istiqlal kepada Obama, beliau turut meminta jasa baik presiden itu agar ‘membawa mesej keamanan kepada dunia’. 
“Saya memberitahu Obama bahawa ‘anda memainkan peranan penting bagi mewujudkan keamanan kepada dunia’ dan Obama berkata ‘Insya-Allah’, ia satu peranan yang penting tetapi saya tidak boleh melakukannya bersendirian,” kata Mustafa. 

Michelle sebelum itu menjadi topik perbincangan secara online apabila Menteri Komunikasi, Tifatul Sembiring yang mendakwa tidak akan berjabat tangan dengan wanita bukan muhrim terpaksa berbuat demikian dengan isteri presiden itu. – AFP