Pages

Showing posts with label jerung. Show all posts
Showing posts with label jerung. Show all posts

Tuesday, January 22, 2013

Bergelut dengan jerung untuk selamatkan kanak-kanak


PAUL MARSHALLSEA (dalam bulatan) menarik ekor ikan jerung di tepi pantai Sunshine Coast, Queensland dalam kejadian semalam.

SYDNEY - Seorang lelaki warga Britain yang sedang menikmati percutian di Sunshine Coast, Queensland di sini bertindak berani menangkap seekor ikan jerung yang mendekati sekumpulan kanak-kanak di pesisir pantai, lapor akhbar Mail Online semalam.
Paul Marshallsea, 62, telah bergelut dengan ikan jerung berukuran 91 sentimeter itu ketika ia berenang di air cetek mendekati pantai.
Sejurus terdengar jeritan orang ramai mengenai kemunculan ikan jerung itu, Paul dengan pantas berkejar ke pantai dan menarik ekor ikan jerung tersebut sebelum ia bertindak ganas.
Ikan jerung itu hampir mencederakan kaki Paul sebelum ia ditarik ke tengah laut oleh pasukan penyelamat menggunakan jet ski dan helikopter.
"Ketika itu air di pantai cetek sedalam 5.4 meter dan ramai kanak-kanak dan bayi sedang bermain di situ. Jika saya tidak campur tangan, kejadian yang tidak diingini akan berlaku.
"Gerak hati saya menyuruh saya melakukannya dan saya terus menangkap ekor ikan jerung itu," katanya.
Menurut Marshallsea, ikan tersebut berpusing ke arahnya dan hampir menggigitnya.
"Ia hampir membaham kaki saya dalam sekelip mata. Ia sangat pantas," kata lelaki itu. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0122&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2IeKZDNc4 
Hakcipta terpelihara 

Friday, November 2, 2012

Wanita tewaskan jerung

MARIKO menceritakan bagaimana dia menumbuk jerung yang cuba membahamnya sambil diperhatikan suaminya.
MARIKO menceritakan bagaimana dia menumbuk jerung yang cuba membahamnya sambil diperhatikan suaminya.
JERUNG harimau.
JERUNG harimau.
HAWAII: Seorang penyelam wanita terselamat daripada serangan jerung sepanjang empat meter di sini selepas menggunakan gerakan seni mempertahankan diri.
Pemegang tali pinggang hitam taekwondo, Mariko Haugen sedang berenang bersama suaminya di pantai Maui apabila mendapati dirinya berdepan dengan seekor jerung harimau.

Apabila diserang, Mariko menggunakan kemahirannya dan menumbuk hidung haiwan pemakan manusia itu.

“Keadaan tiba-tiba menjadi seperti filem Hollywood. Anda melihat rahang besar ikan itu menerkam anda. Saya tidak dapat menceritakan bagaimana takutnya saya ketika itu.

“Taekwondo yang saya pelajar membolehkan saya bersedia untuk menumbuk,” kata Mariko.

Menyedari ia berdepan dengan orang yang setanding dengannya, jerung berkenaan meninggalkan tempat itu, sekali gus membolehkan Mariko dan suami, Don berenang ke pantai.


Mariko yang berasal dari Folsom, California, tidak dibaham, tetapi memerlukan 60 hingga 70 jahitan pada tangan kirinya yang cedera kerana terkena gigi ikan itu ketika menumbuknya.

Sementara itu, Don berkata, mereka sungguh bernasib baik.

Bagaimanapun, pengalaman ngeri itu tidak akan menyebabkan dia berhenti berenang di laut.

“Saya sentiasa memberitahu anak saya, tidak ada alasan untuk takut kepada jerung kerana apa yang lebih menakutkan ialah barah payu dara. Satu daripada lapan orang menghidapnya.

“Tetapi hanya satu daripada empat juta pelancong ke Hawaii dibaham jerung. Kerana itu kita tidak perlu takut langsung,” kata Don. - DM

Friday, September 28, 2012

Penyelam tanda ikan jerung paus di Galapagos

SEEKOR ikan jerung paus dilihat di Kepulauan Galapagos pada 11 September lalu.
 - REUTERS

KEPULAUAN GALAPAGOS, Equador – Pihak Taman Negara Galapagos, Yayasan Charles Darwin dan Universiti California melaksanakan operasi penandaan ikan paus jerung di sekitar kepulauan ini.
Beberapa penyelam daripada tiga organisasi tersebut melekatkan penanda elektronik ke sirip spesies ikan terbesar di dunia itu.
Penanda elektronik tersebut dihubungkan dengan sebuah satelit bagi memudahkan lokasi ikan tersebut dikesan.
Projek berkenaan bertujuan untuk memudahkan saintis-saintis memahami proses migrasi spesies itu secara lebih mendalam pada peringkat tempatan, serantau dan global.
Kepulauan Galapagos yang merupakan milik Equador terletak di Lautan Pasifik timur, sekitar 972 kilometer ke barat pantai negara berkenaan di rantau Amerika Selatan. – Agensi

Monday, October 31, 2011

Papan luncur dibaham jerung



SEORANG pengawal pantai memegang papan luncur Eric Tarantino yang mempunyai kesan gigitan seekor ikan jerung di pantai Marina State, California kelmarin.


MONTEREY, California - Seekor ikan jerung yang menyerang seorang peluncur ombak kelmarin di sebuah pantai di California, menggigitnya di leher dan lengan kanannya sebelum dia dihantar ke sebuah hospital.
Menurut akhbar Monterey Herald, si mangsa, Eric Tarantino, 27, diserang pada pukul 7 pagi waktu tempatan, beberapa minit selepas dia dan rakan-rakannya berada di laut di pantai Marina State.
Laporan akhbar itu menyatakan terdapat kesan gigitan ikan jerung tersebut pada papan luncurnya yang berwarna merah.
Rakan Tarantino, Brandon McKibben membantunya keluar dari laut.
Beberapa peluncur lain menggunakkan tuala untuk menghentikan pendarahan yang dialami Tarantino. - Agensi
-kosmo

Wednesday, October 19, 2011

Jerung bermata satu ditemui di Teluk California

myMetro | Jerung bermata satu ditemui di Teluk California:
CALIFORNIA: Seorang nelayan menemui seekor jerung bermata satu di tengah-tengah muka haiwan itu.
Janin anak jerung yang bersifat albino itu dikeluarkan dari perut ibu jerung yang ditangkap di Teluk California pada musim panas lalu. Jerung bermata satu itu semakin terkenal sejak Pisces Fleet Sportfishing menerbitkan gambarnya Julai lalu, meningkatkan khabar angin mendakwa mungkin ia adalah palsu.

Bagaimanapun menurut laporan MSNBC, penyelidik yang memeriksa haiwan itu berkata ia adalah asli walaupun sukar baginya untuk terus hidup selepas dilahirkan. Pakar ikan jerung, Felipe Galvan Magana dari Centro Interdisciplinario de Ciencias del Mar di Mexico berkata: “Spesies itu memang jarang ditemui. Setakat yang saya tahu, kurang daripada 50 contoh spesies tidak normal seperti itu sudah direkodkan.”

'via Blog this'

Monday, September 5, 2011

Peluncur hilang separuh badan akibat dibaham jerung

SYDNEY: Seorang peluncur air yang sedang meluncur bersama beberapa rakannya mati selepas hilang separuh badan akibat dibaham seekor jerung, semalam.
Jerung itu dikatakan menerkam lalu membaham bahagian bawah tubuh lelaki yang berusia awal 20an itu.

Lelaki itu dikatakan meluncur di Sugar Loaf Rock dekat Bunker Bay, sebuah tempat terkenal di persisiran barat Australia, apabila haiwan itu menyerang kira-kira jam 1 petang waktu tempatan.

Seorang jurucakap polis berkata: “Mangsa meluncur dengan empat atau lima orang kawannya apabila tubuhnya diterkam oleh jerung itu.

“Bahagian bawah tubuhnya hilang dan dia mati serta-merta.” Lelaki itu sudah biasa meluncur di kawasan itu yang terletak kira-kira tiga jam perjalanan dari selatan Perth.

Ia adalah serangan jerung terbaru sejak Febuari lalu apabila seorang lelaki yang mencari abalone diserang jerung di selatan Australia. dan kejadian yang keempat sejak Disember 2008. - AFP

Monday, August 29, 2011

Jerung baham manusia ditangkap


SEEKOR jerung harimau yang dipercayai membunuh pelancong Britain, Ian Redmond (gambar kecil).
VICTORIA, Kepulauan Seychelles – Seekor jerung harimau yang dipercayai membunuh seorang pelancong Britain, Ian Redmond semasa dia melakukan aktiviti snorkeling telah ditangkap oleh sekumpulan nelayan tempatan, lapor sebuah akhbar semalam.
Nelayan-nelayan tempatan aktif memburu ikan pemangsa itu selepas Redmond, 30, dan seorang pelancong Perancis maut dibaham jerung di Kepulauan Seychelles dalam masa dua minggu.
Jerung harimau sepanjang empat meter itu digantung pada sebatang pokok selepas ia dibunuh pada minggu ini.
Pakar-pakar akan mengadakan ujian sama ada terdapat bukti ikan itu menyerang Redmond semasa dia berbulan madu dengan isterinya pada 14 Ogos lalu.
Seychelles merupakan sebuah negara yang terdiri daripada 115 buah pulau di Lautan Hindi dan terletak sekitar 1,500 kilometer dari Afrika.
– Agensi,kosmo

Thursday, August 18, 2011

Pengantin baru dibaham jerung

TINGGAL KENANGAN... perkahwinan Redmond dengan Gemma baru-baru ini.
TINGGAL KENANGAN... perkahwinan Redmond dengan Gemma baru-baru ini.
VICTORIA (Seychelles): Percutian dan bulan madu pasangan pengantin baru di pulau peranginan di Lautan Hindi bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut dibaham ikan jerung, semalam.
Baru berkahwin 11 hari lalu, Ian Redmond, 30, menjadi mangsa serangan ganas ikan jerung di depan isterinya.

Media melaporkan, Redmond sedang leka berenang kira-kira 30 meter dari pantai apabila dia tiba-tiba menggelepar dan menjerit meminta tolong.

Pasangannya, Gemma Houghton, dari Wigan, England, berbaring di pantai apabila dikejutkan dengan jeritan Redmond.

Gemma, 27, panik melihat suaminya dibaham ikan ganas itu.

Beberapa nelayan berjaya menarik Redmond ke sampan dan membawanya ke pantai.< Saksi berkata, lelaki terbabit cedera parah akibat gigitan ikan jerung berkenaan. Katanya, ikan paus itu membaham sebahagian besar daging pada tubuh Redmond menyebabkan dia kehilangan banyak darah.Katanya, Redmond menghembus nafas terakhir sebelum sempat pasukan paramedik tiba.

Monday, May 23, 2011

Rahang jerung terbesar dunia dilelong




RAHANG ikan jerung yang akan dilelong pada 21 Jun depan di Dallas, Amerika Syarikat.


DALLAS, Amerika Syarikat (AS) - Rahang ikan jerung terbesar di dunia dipercayai berusia dua juta tahun akan dilelong di pusat lelongan Heritage di Dallas di sini pada 21 Jun ini, lapor sebuah akhbar semalam. Ia berukuran 2.7 meter (m) panjang dan 3.3m lebar.
Menurut pengarah jabatan sejarah dan alam Heritage, David Herskowitz, bidaan minimum rahang jerung itu adalah sebanyak AS$625,000 (RM1.9 juta) tetapi dijangka dibida sehingga mencecah AS$700,000 (RM2.1 juta).
"Rahang ini memiliki empat gigi. Ia dianggap aneh. Dianggarkan kurang daripada 10 jerung spesies ini yang wujud," kata Herskowitz.
Rahang itu dihasilkan dengan 182 fosil gigi ikan jerung terbesar dunia, Carcharocles megalodon yang pupus kira-kira dua juta lalu.
Ia dihasilkan oleh pemburu fosil, Vito Bertucci yang menghabiskan masa hampir dua dekad mencari gigi untuk diletakkan pada rahang tersebut. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Tuesday, April 5, 2011

Lelaki meluncur di sisi jerung putih


CHRIS FALLOWS berdayung di sisi seekor jerung putih.

CAPE TOWN, Afrika Selatan - Seorang peluncur ombak, Chris Fallows berdayung menghampiri seekor jerung putih sambil berdiri di atas papan luncur bagi membuktikan pemangsa itu tidak seganas seperti yang digambarkan dalam filem Jaws, lapor sebuah akhbar semalam.
Sebelum ini, ramai peluncur ombak takut berbuat demikian kerana jerung putih dipercayai gemar menyerang peluncur ombak kerana mereka kelihatan seperti seekor penyu di permukaan laut.
Namun, bagi Fallows, 36, pendapat tersebut adalah tidak benar.
"Kebarangkalian untuk jerung putih menyerang manusia secara spontan adalah amat kecil," katanya.
Lelaki itu mengendalikan ekspedisi melihat ikan jerung di perairan di sini.
Namun, mereka yang tidak memiliki keseimbangan badan yang baik, dilarang meniru aksi tersebut. - Agensi
Kosmo! Online - Dunia

Friday, February 11, 2011

Budak bermain dengan anak ikan jerung

Kosmo! Online - Dunia: "


GAMBAR yang dirakamkan James Morgan menunjukkan Enal bermain dengan seekor ikan jerung di perairan Sulawesi, Indonesia.
GAMBAR yang dirakamkan James Morgan menunjukkan Enal bermain dengan seekor ikan jerung di perairan Sulawesi, Indonesia.

MANADO - Seorang jurugambar Britain, James Morgan merakamkan gambar seorang budak lelaki dikenali sebagai Enal bermain dengan anak ikan jerung di perairan Sulawesi, Indonesia, lapor sebuah akhbar semalam.

Enal yang berketurunan Bajau Laut, menjadikan ikan jerung dan pelbagai spesies haiwan laut sebagai haiwan peliharaan.

Sejak berabad-abad lamanya, keturunan Bajau Laut menjadikan laut sebagai tempat tinggal mereka.

'Kanak-kanak dalam salah satu gambar saya ialah Enal dan ya, dia memelihara seekor ikan jerung,' katanya.

Morgan, 24, yang merupakan bekas pelajar Universiti Sussex, Britain tinggal selama enam bulan dengan kaum Bajau Laut kerana dia mahu merakamkan kehidupan mereka yang unik. - Agensi"

Monday, December 6, 2010

Ikan jerung mengganas lagi di Mesir




PEMANDANGAN pantai Sharm el-Sheikh di Mesir yang agak lengang semalam.




KAHERAH - Seekor ikan jerung semalam menyerang seorang pelancong wanita Jerman yang sedang menyelam dekat sebuah resort Sharm el-Sheikh di Laut Merah, Mesir.
Ia merupakan kejadian yang ketiga dalam tempoh seminggu.
Pengarah Konservasi Sinai Selatan, Mohammed Salem berkata, wanita itu mati selepas diserang di Naama Bay.
Serangan itu berlaku sehari selepas Sharm el-Sheikh dibuka semula kepada orang ramai selepas ia ditutup sebelum ini kerana dua kejadian sama yang mengorbankan warga Rusia.
Menurut beberapa pegawai perubatan, wanita itu ditarik dari laut mati selepas jerung itu membaham paha dan lengannya.
Pada Jumaat lalu, pakar-pakar pemuliharaan berkata, mereka telah menangkap dua ikan jerung yang dipercayai telah membunuh dua perenang Rusia pada Selasa dan Rabu sebelumnya.
Sementara itu, Datuk Bandar, Gamal al-Mahdi berkata pantai tersebut dibuka semula selepas pihak berkuasa menganggap tidak ada lagi ancaman di pantai tersebut.
Pantai itu dikunjungi di antara tiga hingga empat juta pelancong setahun.
Satu siri serangan di Sharm el-Sheikh itu tidak dijangka, kata seorang pakar ikan jerung, Samuel Gruber yang mengetuai Stesen Kajian Biologi Bimini, Miami, Amerika Syarikat.
"Dalam satu hari, ikan jerung menggigit lebih seorang individu. berdasarkan kajian saya yang membaca mengenai serangan ikan jerung dan menulis mengenainya, anda tidak pernah mendengar ada ikan jerung yang menggigit lebih daripada seorang manusia," katanya. - AFP

Wednesday, August 18, 2010

Bot mirip ikan jerung



SEBUAH bot mirip ikan jerung melompat di permukaan laut.


REDDING - Seorang jutawan di Amerika Syarikat (AS), Rob Innes memasarkan bot mirip ikan jerung putih dengan harga sekitar AS$93,476 (RM295,153), lapor sebuah akhbar semalam.
Dinamakan Seabreacher X, bot itu meluncur laju di permukaan air, berpusing dan melompat setinggi beberapa meter.
Bot sepanjang 5 meter itu boleh memuatkan dua orang dan memiliki kelajuan maksimum 80 kilometer sejam.
"Ia popular di Asia Barat tetapi kami telah menjual beberapa bot itu kepada pelanggan di Korea dan Caribbean," kata jutawan tersebut yang menegaskan bot itu bukannya sebuah kapal selam. - Agensi

Tuesday, June 8, 2010

Makan sambil tengok jerung


SEEKOR ikan jerung berenang di dalam akuarium restoran Cargo Hold.
DURBAN, Afrika Selatan – Pengunjungpengunjung restoran Cargo Hold menjamu selera sambil melihat beberapa ikan jerung berenang pada dinding tepi meja mereka.
Restoran Cargo Hold dibina di dalam sebuah replika kapal legenda Phantom yang berhantu.
Kapal berhantu itu terkenal di Afrika Selatan dan pada abad lalu ia dilihat belayar ke pelabuhan Durban dari arah selatan.
Bagi memberi suasana seperti kapal karam, beberapa akuarium diletakkan di bahagian bawah kapal. – Agensi
kredit : kosmo.com.my