Letupan tengah malam semalam di gudang senjata menyebabkan 25 askar terbunuh. – Foto ihsan BBC
Letupan tengah malam semalam di gudang senjata menyebabkan 25 askar terbunuh. – Foto ihsan BBC
ISTANBUL – Letupan di gedung senjata Turki menyebabkan 25 anggota tentera terbunuh manakala empat yang lain cedera.
Kejadian itu dilaporkan terjadi lewat malam tadi, di pusat simpanan tentera yang terletak di wilayah barat Turki, Afyon.
Menteri Alam Sekitar, Veysel Eroglu berkata, letupan itu tiada kaitan dengan elemen pengganas.
Mayat askar ditemui dan dikenal pasti awal pagi ini selepas kebakaran dipadamkan.
"Sebutir bom tangan terjatuh ketika kerja-kerja pemeriksaan simpanan dan penyusunan, menyebabkan letupan besar," kata Eroglu.
"Tiada elemen sabotaj atau sebagainya," kata beliau lagi.