Pages

Showing posts with label culik. Show all posts
Showing posts with label culik. Show all posts

Monday, January 14, 2013

Kanak-kanak didakwa diculik 1994 tinggal bersama datuk

Michael LandersMichael Landers yang dikesan semula baru-baru ini. Foto kecil wajah Michael ketika dia hilang pada tahun 1994. - Foto ihsan
BROWERVILLE - Seorang ibu tunggal Indiana yang mendakwa anaknya diculik hampir 20 tahun lalu menemui semula anaknya baru-baru ini.

Bagaimanapun kanak-kanak itu 'dilarikan' oleh datuk dan nenek sebelah bapanya selepas ibu bapanya bercerai sehingga tidak disedari oleh mereka.

Ekoran dakwaan ia diculik, pihak berkuasa terpaksa mencari kanak-kanak berusia lima tahun itu yang dikenali sebagai Richard Wayne Landers Jr selama bertahun-tahun, tetapi kes itu senyap begitu saja.

Mereka akhirnya mendapati kanak-kanak itu tinggal bersama datuk dan nenek sebelah bapanya di bandar kecil Minnesota, Browerville dan telah menukar namanya pada tahun 2006 kepada Michael Jeff Landers.

Lisa Harter dan bapa kanak-kanak itu, Richard Wayne Landers Sr mendakwa kehilangan anaknya pada tahun 1994.

Lisa dan Richard kemudian bercerai, dan datuk dan neneknya mendapat hak penjagaan anak mereka selepas memfailkan tuntutan penjagaan cucu mereka.

Selepas Lisa berpindah ke sebuah apartmen dan mendapat jagaan anaknya pada hujung minggu. Dia memfailkan petisyen untuk mendapatkan hak jagaan penuh apabila dia berkahwin.

Pegawai Richard Muntz kemudian memberitahu pihak media bahawa hakim memberi hak penjagaan sementara kepada ibunya sebelum anaknya dibawa lari oleh datuk dan neneknya sendiri.
Pegawai polis, Sherif Peter Mikkelson berkata, siasatan sedang dijalankan untuk kes itu yang bakal dikemukakan kepada pihak berkuasa persekutuan membabitkan kes penculikan.

Michael Landers pula seperti memahami keadaannya dan rela tinggal dengan datuk dan neneknya.

Wednesday, August 29, 2012

Lima didakwa culik ahli perniagaan




LIMA tertuduh (dari kiri sehingga tertuduh berbaju batik hitam) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Melaka semalam atas tuduhan menculik seorang ahli perniagaan.


MELAKA – Lima lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan menculik seorang ahli perniagaan pada 22 Ogos lalu.
Tertuduh terdiri daripada Mi Chew Kek, 40, Lim Lian Huat, 41, Chow Diong Ching, 51, Chong Noon Chee, 38, dan Teo Boon Han, 35.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syajaratudur Abd. Rahman.
Kelima-lima tertuduh didakwa bersama-sama beberapa orang lagi rakan sejenayah yang masih bebas menculik, Tan Lung Lai, 36, bagi memaksa lelaki berkenaan menyerahkan wang tebusan RM8 juta.
Perbuatan itu dilakukan di tempat letak bas dan kenderaan awam berhampiran medan selera Perkampungan Portugis di sini pada pukul 9.10 malam, 22 Ogos lalu.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan jika sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan juga denda.
Pegawai Pendakwa yang mengendalikan kes berkenaan, Inspektor Muhather Mohd. Kudus memohon agar kesemua tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000 setiap seorang.
Bagaimanapun, peguam bela, Rosal Azimin Ahmad yang mewakili kelima-lima tertuduh memohon agar mereka dikenakan jaminan rendah atas alasan mereka merupakan peniaga kecil-kecilan.
Setelah mendengar hujahan dan rayuan kedua-dua pihak, Syajaratudur membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 setiap seorang dan menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula.

Sunday, August 5, 2012

48 jemaah Iran diculik di Syria



DAMSYIK - Kira-kira 48 jemaah Iran diculik daripada bas mereka naiki berhampiran makam Syiah di Syria.

Diplomat Iran melaporkan penculikan dilakukan oleh kumpulan bersenjata dan mereka diculik dari dekat berhampiran dengan makam Sayyida Zainab dan kesemua jemaah telah dikenal pasti.

Sementara itu, turut berlaku pergelutan dilaporkan berlaku di sekitar Damsyik di bandar Aleppo, di mana pemberontak cuba untuk menjamin kedudukan mereka.

Stesyen televisyen Syria turut mengakui kejadian yang menimpa ahli jemaah berkenaan.

Jemaah diculik oleh kumpulan pengganas bersenjata dan pihak berkuasa Syria sedang cuba untuk menyelesaikan perkara ini.

Beribu-ribu rakyat Iran akan pergi ke Syria setiap tahun untuk menziarahi daerah Syiah Sayyida Zainab, yang telah menyaksikan pertempuran dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Laporan sebelum ini mengatakan yang ramai jemaah dari Iran diculik beberapa bulan kebelakangan ini tetapi kemudian dibebaskan.

Mei lalu,  11 jemaah Syiah Lubnan telah diculik di Syria semasa kembali dari Iran. Kerajaan mengumumkan tiga hari selepas  diculik, mereka dibebaskan.

Kejadian itu mencetuskan keganasan di seluruh Lubnan, di mana krisis di Syria semakin meruncing dan berlaku banyak ketegangan.

Friday, May 4, 2012

Mangsa culik ditemui di R&R

Berita Harian Online | Mangsa culik ditemui di R&R:

pix_gal0
KUALA LUMPUR: Pelajar Sekolah Antarabangsa Mont Kiara, Nayati Shamelin Moodliar, 12, yang dilaporkan diculik ketika berjalan kaki ke sekolahnya sejak seminggu lalu dibebaskan pagi semalam, kira-kira 19 jam selepas ibu bapanya membayar sejumlah wang tebusan kepada kumpulan penculiknya.

Dalam kejadian jam 7.55 pagi itu, kanak-kanak terbabit ditinggalkan bersama telefon bimbit milik seorang suspek kes penculikannya di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh sebelum mangsa menghubungi ibu bapanya memaklumkan pembebasannya dan meminta mengambilnya di tempat kejadian.
Bertindak atas maklumat itu, ibu bapa mangsa, Sham Moodliar, 41, dan Janice Smith, 40, kedua-duanya warga Belanda, bergegas ke lokasi dan menemui anak lelaki mereka dalam keadaan selamat tetapi keletihan, selain ketakutan sebelum memaklumkan polis mengenai penemuannya.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika mengesahkan pembebasan mangsa, berkata kanak-kanak itu ditemui sendiri oleh keluarganya di hentian berkenaan tanpa sebarang kesan kecederaan kecuali mengalami trauma berikutan kejadian menimpanya sejak seminggu lalu.

“Mangsa diambil sendiri oleh ibu bapanya selepas dihubungi anak mereka. Ada kemungkinan mangsa ditinggalkan di situ ketika kumpulan penculiknya dalam perjalanan melarikan diri. Kita mengesahkan memang ada wang tebusan ibu bapa mangsa yang mendorong kepada pembebasannya pagi ini.

“Berdasarkan maklumat yang diterima, ibu bapa mangsa membayar wang tebusan itu di satu lokasi di Cheras kira-kira jam 12 tengah hari semalam selepas mengadakan beberapa siri rundingan dengan kumpulan penculik. 

“Bagaimanapun, saya tidak boleh mendedahkan berapa jumlah wang tebusan yang dibayar, namun jumlahnya ‘boleh tahan’,” katanya kepada pemberita, di sini semalam. 
Dalam kejadian 27 April lalu, Nayati yang lengkap berpakaian sekolah diculik dua lelaki tidak dikenali menaiki PROTON Gen-2 disyaki kereta curi, ketika sedang berjalan kaki di persimpangan Jalan Kiara - Jalan Kiara 1 untuk ke sekolah kira-kira jam 7.35 pagi, malah tempat kejadian hanya 700 meter dari rumah keluarganya di Kondominium 10 Mont Kiara.

Ibu bapanya kemudian membuat laporan di Balai Polis Mont Kiara selepas dimaklumkan mengenai kehilangannya oleh pihak pengurusan sekolah pada jam 7.45 pagi sebelum polis mengklasifikasikan kejadian itu sebagai kes penculikan dan disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan.

Mohmad ketika mengulas lanjut, berkata pihaknya tidak terbabit langsung dalam keputusan pembayaran wang tebusan itu, sebaliknya dilakukan keluarga mangsa sendiri yang risaukan keselamatan anak mereka.

“Polis sedang menjalankan siasatan kes ini mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan. Kita juga sedang giat mengesan dan memburu kedua-dua suspek. 

“Polis akan mengambil keterangan kanak-kanak itu secepat mungkin bagi membantu siasatan,” katanya.

Ditanya mengenai kemungkinan kes berkenaan turut membabitkan ahli keluarga mangsa seperti dilaporkan sebelum, beliau memaklumkan perkara itu masih dalam siasatan.

Sementara itu, Janice ketika dihubungi semalam menyatakan rasa syukur di atas penemuan anak lelakinya, malah turut merakamkan penghargaan kepada rakyat negara ini, terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bertindak pantas dalam usaha mengesan kanak-kanak berkenaan.

“Syukur, Nayati selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Bagaimanapun, dia sedikit trauma dengan kejadian itu dan sedang berehat. 

“Kepada Kerajaan Malaysia, khususnya PDRM, terima kasih kerana memberikan keutamaan kepada keselamatan anak kami, termasuk merancang rapi setiap tindakan yang diambil dalam menyelesaikan kes itu tanpa membahayakan nyawa Nayati.

“Kami akan mengadakan sidang media esok (hari ini), anda (wartawan) boleh bertanyakan lebih lanjut mengenai kejadian ini. Kami berharap pihak media memahami situasi kami sekeluarga,” katanya sambil menyatakan hasrat mereka untuk terus menetap di negara ini walaupun masih trauma dengan kejadian berlaku.

Tuesday, March 20, 2012

Pelajar sekolah diculik




Nor Mala Mohd. Lazin bersama suaminya, Mahadi Muda dan anaknya, Siti Nurul Aishah menunjukkan Siti Nur Fatihah (gambar kecil) yang didakwa diculik di Kuantan, semalam.


KUANTAN 19 Mac - Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga dilaporkan diculik ketika keluar bersama dua adiknya untuk membeli kad nilai tambah prabayar di sebuah kedai telefon bimbit berhampiran rumahnya di Taman Tas di sini semalam.
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, itu keluar dari rumahnya pukul 12 tengah hari bersama dua adiknya iaitu Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman yang masing-masing berusia 11 tahun.
Ibunya, Nor Mala Mohd. Lazin, 34, berkata, dia terkejut apabila mendapati kedua-dua anaknya itu pulang tergesa-gesa ke rumah sambil menangis.
"Saya bertanya punca mereka menangis dan terperanjat apabila diberitahu kakak mereka (Siti Nur Fatihah) dilarikan orang," katanya di sini hari ini.
Dia dimaklumkan oleh Siti Nurul Aishah, mangsa dilarikan menggunakan sebuah kereta berwarna gelap oleh tiga individu termasuk seorang wanita tidak dikenali.
Tambahnya, kejadian berlaku ketika mangsa yang bersama dua adiknya itu dalam perjalanan ke kedai.
"Tiba-tiba sebuah kereta yang dipandu seorang wanita berhenti berhampiran mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang membuka pintu dan menarik Siti Nur Fatihah.
"Kedua-dua adiknya itu cuba membantu menarik kakak mereka namun gagal berbuat demikian," katanya.
Kata Nor Mala, ketika kejadian dia berada di dalam rumah dan memberi izin ketiga-tiga anaknya pergi ke kedai itu.
"Fatihah anak yang baik, dia juga tidak akan ke mana-mana tanpa saya dan keluarga. Saya betul-betul risau," katanya.
Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaafar mengesahkan pihaknya menerima laporan kes itu kira-kira pukul 4 petang semalam.
"Siasatan dijalankan sama ada mangsa mengenali suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan di atas kesalahan menculik daripada penjaga yang sah," katanya.

‘Lelaki tarik kakak’


SEDIH...Nor Mala menangis ketika menceritakan kejadian Siti Nur Fatihah diculik. Gambar kecil, Siti Nur Fatihah, diculik.
SEDIH...Nor Mala menangis ketika menceritakan kejadian Siti Nur Fatihah diculik. Gambar kecil, Siti Nur Fatihah, diculik. 



KUANTAN: ‘Baby...tolong kakak,’ jerit seorang remaja perempuan berusia 15 tahun sebelum dipercayai diculik tiga individu termasuk seorang wanita ketika dalam perjalanan pulang selepas membeli kad prabayar bersama dua adiknya kira-kira 100 meter dari rumahnya di Taman Tas, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 3 petang itu, Siti Nur Fatihah Mahadi, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pandan di sini, diseret ke dalam sebuah kereta Honda berwarna ungu gelap yang berhenti di depan kedai berkenaan sebelum memecut meninggalkan kawasan itu.
Ketika kejadian, Siti Nur Fatihah bersama dua adiknya, Muhammad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aisyah, 11, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.

Menceritakan kejadian itu, Nurul Aisyah berkata, tiba-tiba kereta dipandu seorang wanita berhenti di depan mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang keluar dan menarik kakaknya masuk ke dalam kenderaan itu.

“Kakak menjerit kepada Muhammad Syahmi ‘Baby..tolong kakak’ sebelum dia dan saya cuba menyelamatkan kakak dengan menarik tangannya sekuat hati,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

myMetro | ‘Lelaki tarik kakak’:

Sunday, September 25, 2011

Hamba seks: Ketua polis mohon maaf



SHANGHAI 24 Sept. - Seorang ketua polis tempatan memohon maaf dan menggantung empat orang pegawai polis berhubung insiden seorang lelaki yang dikatakan menahan enam orang wanita sebagai hamba seks di dalam sebuah penjara bawah tanah selama dua tahun dan membunuh dua orang daripada mereka.
Media di China semalam melaporkan polis di Luoyang, wilayah Henan menahan ahli bomba yang telah bersara, Li Hao, 34, atas kesalahan membunuh dua orang wanita yang diculiknya.
Pengarah biro keselamatan awam Luoyang, Guo Congbin berkata, kes tersebut menunjukkan kawalan keselamatan komuniti amat lemah dan pegawai-pegawai polis tidak bertanggungjawab.
“Sebagai ketua polis, saya memikul tanggungjawab tersebut,” kata Guo, sambil menambah kata, beliau telah menggantung empat pegawai polis yang terlibat dalam kes itu.
Li yang ditahan pada 6 September lalu menculik enam orang pekerja kelab malam dan pusat karaoke serta merogol mereka berkali-kali.
Dia memastikan mangsa-mangsanya sentiasa berada di dalam keadaan lemah bagi mengelakkan mereka melarikan diri dengan memberikan mereka makan sekali sahaja setiap dua hari.
Wanita-wanita tersebut dibenarkan keluar dari ruang bawah tanah ketika Li kesempitan wang, lalu memaksa mereka mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain untuk mendapatkan wang.
Seorang mangsa berusia 23 tahun berjaya melepaskan diri ketika dipaksa memberikan perkhidmatan seks kepada lelaki lain lalu membawa polis ke rumah tertuduh. – Reuters

Saturday, September 24, 2011

Lelaki ditahan cuba culik wanita untuk jadi hamba seks

DUBAI: Polis Dubai menahan seorang lelaki Arab yang menggoda wanita Asia di internet dan cuba menculik serta menyimpannya sebagai hamba seks.
Polis turut menemui rantai, alat gencatan elektrik, topeng dan kunci daripada suspek di flet kediamannya.

Pengarah Seksyen Siasatan Jenayah, Leftenan Kolonel Ahmad Humaid al-Merri berkata, mangsa diundang bertemu dengan suspek yang dikenali di internet di apartmennya di Deira pada 1 September lalu. Mangsa ke kediaman suspek pada jam 3 petang sebelum diserang dengan alat gencatan elektrik. “Suspek tidak tinggal di bangunan itu tetapi dia tahu ada satu unit studio kosong di bawah bangunan berkenaan dan menyewanya,” katanya.

Suspek menarik mangsa ke dalam studio itu dan cuba untuk merantai mangsa. Bagaimanapun, dia menyedari dia terlupa mengunci pintu dan ketika hendak berbuat demikian, mangsa segera memanjat tingkap dan meloncat keluar untuk melarikan diri.

Wednesday, September 7, 2011

Tiga ‘polis’ culik 9 jam

KAJANG: Seorang lelaki bukan saja diculik dan dikurung lebih sembilan jam sebaliknya turut dibelasah sekumpulan tiga lelaki yang menyamar anggota polis dalam kejadian di rumahnya di Cheras Perdana, di sini, 29 Ogos lalu.
Lebih malang, mangsa yang berusia 26 tahun itu patah rusuk kiri akibat dipukul dan lebam seluruh badan ditinggalkan separuh bogel di dalam longkang di kawasan berhampiran rumahnya selepas gagal membayar wang tebusan RM2,000. Mangsa yang ditemui orang ramai dihantar ke Hospital Kajang (HK) sebelum tidak sedarkan diri selama empat hari.

Kejadian itu bermula kira-kira jam 4 petang, apabila mangsa yang berseorangan di rumah sewanya dikejutkan dengan ketukan kuat tiga lelaki yang memperkenalkan diri anggota polis berpakaian biasa dan ingin membuat pemeriksaan.

Menurut sumber, mangsa pada mulanya tidak mengesyaki niat serong kumpulan terbabit membenarkan mereka masuk.

“Mangsa meminta kumpulan terbabit menunjukkan kad kuasa, namun tindakannya menyebabkan suspek berang sebelum mereka memukul mangsa.

“Mangsa yang terkejut dengan tindakan kumpulan terbabit menjerit meminta tolong apabila mereka menendang dan menumbuknya,” katanya.


Sumber berkata, kumpulan terbabit kemudian mengheret mangsa masuk ke dalam kereta mereka yang ditinggalkan di kawasan berkenaan sebelum membawanya ke sebuah rumah di kawasan Pandan Indah dan mengurungnya.

Di rumah itu, seorang daripada suspek menghubungi rakan mangsa bagi meminta wang tebusan untuk melepaskan mangsa yang kononnya ditahan di sebuah balai polis atas kesalahan tidak dinyatakan. Pada mulanya, suspek meminta rakan mangsa RM5,000 dan selepas berbincang dan proses tawar menawar, jumlah berkenaan dikurangkan kepada RM2,000.
“Bagaimanapun, rakan mangsa tidak dapat memenuhi permintaan suspek kerana berada di kampung halaman menyambut Aidilfitri.

“Kegagalan rakan mangsa memenuhi permintaan itu walaupun sudah berunding menyebabkan suspek berang dan memukul mangsa hingga mangsa tidak bermaya,” katanya.

Katanya, sebaik mangsa dibelasah, suspek yang masih tidak berpuas hati meninggalkan mangsa separuh bogel di dalam longkang berdekatan rumahnya kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Orang ramai yang lalu berhampiran kawasan itu menemui mangsa tidak bermaya sebelum menghantarnya ke HK untuk rawatan lanjut.

“Mangsa dalam keadaan lemah dihantar ke HK dan ditahan selama empat hari kerana tidak sedarkan diri.

“Mangsa dibenarkan keluar dari hospital pada 4 September lalu selepas doktor berpuas hati dengan tahap kesihatannya,” katanya.

Mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Bandar Tun Hussien Onn kerana bimbang kumpulan terbabit kembali mengganggunya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan polis menerima laporan mangsa.

Sunday, September 4, 2011

Taliban culik 25 budak

PESHAWAR: Kumpulan Taliban Pakistan semalam mengaku bertanggungjawab mengurung 25 budak lelaki sebagai tebusan.
“Kami menculik mereka kerana ibu bapa mereka dan ketua suku mereka membantu kerajaan memerangi kami. Kami akan tentukan nasib mereka tidak lama lagi,” kata jurucakap Taliban.

Pegawai kerajaan di wilayah Bajaur berkata, mereka yang dijadikan tebusan itu berusia antara 12 hingga 14 tahun. - AP

Saturday, September 3, 2011

40 kanak-kanak Pakistan dilarikan militan

KHAR (Pakistan): Pihak berkuasa berkata, suspek militan melarikan 40 kanak-kanak tempatan selepas mengumpan mereka untuk ke Afghanistan.
Pegawai polis, Abdul Haseeb Khan, berkata kanak-kanak lelaki itu berusia antara 10 dan 15 tahun pergi ke wilayah Kunar di Afghanistan, kelmarin, selepas seorang lelaki mengajak mereka untuk bermain di sebuah sungai di sana. Abdul Haseeb berkata, militan berkenaan kemudian membawa lari kanak-kanak terbabit. Polis di Kunar, Afghanistan berkata, mereka masih melakukan siasatan tetapi tidak mengeluarkan sebarang ulasan mengenai insiden itu. - APhmetro

Monday, August 29, 2011

Lelaki diculik di dalam rumah

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 39 tahun kerugian wang tunai dan barang berharga bernilai kira-kira RM8,000 apabila ‘ditawan’ empat individu dipercayai menyamar anggota polis sebelum diculik di rumahnya di Jalan Kuchai Lama, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam, pintu rumah mangsa diketuk seseorang yang memperkenalkan dirinya Ah Heng dan sebaik membuka pintu jeriji rumahnya, seorang wanita dan dua lelaki lain berusia 30-an meluru masuk.

Seorang daripada suspek menunjukkan dokumen pengenalan diri yang kononnya kuasa polis kepada mangsa sebelum menggari tangannya.

Menurut sumber, empat individu itu menuduh mangsa along dan mereka ditugaskan menggeledah rumahnya bagi tujuan siasatan.

“Suspek mengambil komputer riba, dua telefon bimbit dan dompet mengandungi wang tunai,” katanya.

Tidak berpuas hati, suspek menuduh mangsa terbabit dalam satu kes dan memintanya menghubungi seorang rakannya bagi menyelesaikan kes berkenaan.


Mangsa dipaksa menyuruh rakannya memasukkan wang RM5,000 ke dalam akaunnya.

“Pada kira-kira jam 10.40 malam, suspek membawa mangsa ke sebuah hotel di Bukit Bintang dan dikurung dalam bilik terbabit.

“Mereka meminta suspek memberikan nombor pin kad ATM miliknya dan membuat pengeluaran wang RM1,000 kira-kira jam 12.05 tengah malam, manakala RM4,000 pada jam 7 pagi keesokan harinya,” katanya.

Sumber berkata, selepas mendapat wang terbabit, suspek mengembalikan dompet mangsa, namun komputer riba serta telefon bimbitnya tidak dikembalikan.

Mangsa dibebaskan pada jam 9 pagi dan kerana bimbangkan keselamatan dirinya, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes terbabit.hmetro

Wednesday, August 24, 2011

Keselamatan mangsa culik terancam



Oleh Meor Hisham Zulkifli

2011/08/24

KUALA LUMPUR: Keluarga kepada Mohd Nazarrudin Saidin, yang sudah lebih tiga bulan ditahan kumpulan pemisah di selatan Filipina, amat khuatir dengan keselamatannya ekoran tindakan tentera Filipina melancarkan gerakan besar-besaran memburu kumpulan Abu Sayyaf sejak tiga minggu lalu. 

Adik Mohd Nazarrudin, Mohd Lukman, berkata laporan berita sejak beberapa minggu berhubung keganasan memuncak di selatan Filipina termasuk di Pulau Jolo, tempat abangnya disyaki disembunyikan, amat membimbangkan keluarganya.
“Emak semakin kerap sakit selepas Mohd Nazarrudin diculik, kini ditambah lagi dengan berita operasi tentera di sana,” katanya kepada Berita Harian semalam.
Mohd Nazarrudin diculik kumpulan 10 lelaki disyaki serpihan kumpulan Abu Sayyaf pada 8 Mei lalu ketika mengunjungi Pulau Jolo bagi mencari cicak tokek, haiwan yang dikatakan ditawarkan pada harga tinggi di pasaran gelap. 

Bapa enam anak itu yang berhenti kerja semata-mata memburu kekayaan sekelip mata, dilaporkan sakit ketika dalam tahanan, meningkatkan lagi kebimbangan terhadap keadaan dan keselamatannya. 

Berita Harian sebelum ini berjaya menyelamatkan rakan Mohd Nazarrudin yang bertindak selaku penterjemah beliau, Mohd Ghafar Akirulla, selepas warga tua itu dibiarkan sehelai sepinggang terkapai-kapai di Zamboanga dengan pasport dan wang tunainya turut dicuri. 

Laporan berita di Filipina sejak beberapa hari lalu turut mengesahkan operasi besar-besaran dilancarkan di Pulau Jolo selepas berapa tentera disembelih kumpulan Abu Sayyaf, serangan bom, beberapa pembunuhan bermotif politik, selain peningkatan kes penculikan termasuk yang terbaru membabitkan dua penjual kain terpakai diculik kelmarin. 
Lukman berkata, usahanya bersama keluarga menghubungi kumpulan yang menahan Mohd Nazarrudin menggunakan telefon bimbit turut gagal disebabkan pihak keselamatan mematikan talian ke menara pemancar telekomunikasi di kawasan itu. 

“Saya ada bercakap dengan penculik dan abang saya baru-baru ini tetapi terlalu sekejap. Kumpulan itu menyatakan mereka tidak dapat berhubung disebabkan masalah talian telefon,” katanya. 

Katanya, disebabkan masalah telekomunikasi itu, keluarganya mengharapkan bantuan pemimpin tempatan terutama Kesultanan Sulu bagi menjadi orang tengah menyalurkan maklumat kepada Mohd Nazarrudin. 

“Dalam keadaan sekarang, pasti sukar untuk sesiapa saja di sini tampil membantu. Masalah komunikasi perkara utama dan disebabkan itu, kami sekeluarga berharap Sultan Sulu yang dianggap lebih berpengaruh daripada pemimpin politik dan kerajaan, tampil membantu,” katanya. -kosmo

Sunday, August 21, 2011

Suspek ketiga culik gadis 15 tahun ditahan




SUSPEK kes culik (tengah) ditahan polis di Besut semalam.


BESUT – Seorang pemuda berusia 23 tahun yang merupakan suspek ketiga kes culik gadis berumur 15 tahun di Kampung Alor Peroi, Kuala Besut pada 12 Ogos lalu berjaya ditangkap kelmarin.
Ketua Polis daerah, Supritendan Kamaruddin Zakaria berkata, suspek ditangkap ketika sedang tidur di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gong Manok, Semerak, Kelantan pada pukul 10.30 pagi.
Katanya, suspek cuba melawan menggunakan sebilah parang tetapi kecekapan anggota polis dapat memberkasnya.
“Suspek direman selama seminggu bermula hari ini (semalam),” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kampung Raja di sini semalam.-kosmo

Monday, August 15, 2011

Penculik hantar SMS ‘salam sayang’





KUALA TERENGGANU – Keluarga kepada gadis yang berjaya diselamatkan selepas menjadi mangsa culik selama lima jam oleh tiga lelaki pada Jumaat lalu bimbang dengan kemungkinan seorang daripada suspek yang masih bebas akan membalas dendam.
Bapa mangsa, Suhaimi Mustafa, (gambar) 36, berkata, dia kini terpaksa lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga keselamatan anak-anak terutama Noredreen Natasya, 15, yang masih takut.
Ia berikutan seorang daripada suspek yang masih bebas itu bertindak berani dengan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Noredreen petang kelmarin.
“Saya ingatkan dia (suspek) akan menjauhkan diri daripada Noredreen tetapi dia masih berani menghubungi anak saya,” kata Suhaimi ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Justeru, Suhaimi berharap polis segera memberkas suspek itu.
Dalam kejadian pada pukul 9.15 malam Jumaat lalu, Noredreen melalui detik-detik cemas apabila diculik tiga pemuda berdekatan rumahnya di Alor Peroi, Besut dekat sini.
Bagaimanapun, gadis itu bernasib baik apabila dia ditemui semula di sebuah rumah dalam daerah Pasir Puteh, Kelantan pada hari sama.
Mangsa berjaya ditemui apabila dia menghubungi seorang rakannya dengan menggunakan telefon bimbit miliknya.-kosmo

Sunday, August 14, 2011

Buruh culik gadis kerana tolak cinta

KUALA TERENGGANU: Hanya kerana kecewa cintanya ditolak pelajar tingkatan tiga, seorang buruh berusia 22 tahun dengan bantuan dua rakannya, termasuk pelajar tingkatan lima, bertindak nekad menculik gadis itu, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.15 malam, mangsa berusia 15 tahun yang belajar di sekolah menengah di Besut pergi berseorangan ke kedai runcit dekat rumahnya di Jalan Alor Peroi, Kuala Besut, untuk membeli barang.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, ketika dalam berjalan pulang ke rumah, mangsa tiba-tiba didatangi sebuah kereta Perodua Kancil berwarna perak dinaiki suspek bersama dua rakannya sebelum suspek menarik mangsa masuk ke kenderaan.

Menurutnya, bapa mangsa berusia 36 tahun yang berada di depan rumah ternampak kejadian itu dan mendengar jeritan anaknya, lalu cuba mengejar kenderaan tetapi gagal.

“Bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Besut, jam 9.45 malam, dan hasil maklumat penduduk kampung, polis berjaya menjejaki kenderaan suspek.

“Polis kemudian ke rumah keluarga suspek berusia 17 tahun di Kampung Bharu Pengkalan Nangka, Kuala Besut dan menahan pelajar tingkatan lima itu bersama suspek berusia 25 tahun yang juga sepupunya. Bagaimanapun, suspek utama dari Kampung Gong Manok, Pasir Puteh, Kelantan, masih diburu polis,” kata Kamaruddin, semalam.


Polis kemudian menemui mangsa yang disembunyikan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Gong Manok kira-kira jam 2.30 pagi dalam keadaan selamat dan menghantarnya ke Hospital Besut. Siasatan kita mendapati, mangsa mengenali suspek utama, namun tidak mengenali dua suspek yang ditahan. Mangsa memberitahu, suspek beberapa kali menyuarakan hasrat menjadikannya teman istimewa, tetapi tidak dilayan kerana masih bersekolah,” katanya.Katanya, polis turut merampas kereta Perodua Kancil digunakan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan dua suspek berkenaan ditahan reman empat hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Besut.-SH

Telefon bimbit jadi penyelamat



BEBERAPA orang ahli keluarga mangsa menunjukkan tempat Noredreen Natasya dilarikan di Kuala Besut, Terengganu semalam. Gambar kecil ialah Suhaimi.


BESUT – Tiga pemuda berpakat melarikan seorang gadis sunti berusia 15 tahun merentasi sempadan Terengganu- Kelantan selama lima jam malam kelmarin semata-mata dengan niat untuk memaksa pelajar tingkatan tiga itu mengahwini seorang daripada suspek.
Bagaimanapun, komplot mereka menculik Noredreen Natasya Suhaimi gagal selepas gadis itu sempat menggunakan telefon bimbitnya untuk menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada seorang rakan yang akhirnya berjaya membantu polis menyelamatkannya dan menahan dua suspek.
Insiden itu bermula pukul 9.15 malam kelmarin apabila gadis tersebut berjalan keluar dari sebuah kedai runcit di Alor Peroi di sini sebelum ditarik ke dalam sebuah kereta Perodua Kancil.
Jeritan mangsa menarik perhatian bapanya, Suhaimi Mustafa (gambar kecil), 36, yang berada di rumah kira-kira 80 meter dari situ. Dia nampak anaknya ditarik ke dalam kereta itu tetapi tidak sempat menolong.
Bimbang keselamatan anaknya, Suhaimi terus membuat laporan di Balai Polis Kuala Besut.
Noredreen Natasya ketika ditemui Kosmo! Ahad di rumahnya semalam memberitahu, kereta yang dinaikinya dipandu laju sebelum mereka berhenti di sebuah rumah kosong dipercayai milik salah seorang suspek di Kampung Gong Manor, Pasir Puteh, Kelantan, iaitu kira-kira 15 kilometer dari tempat dia dilarikan.
Dia mendakwa mengenali salah seorang penculik itu.
“Lelaki itu selalu kacau saya. Dia kerap telefon dan hantar SMS kepada saya.
“Dia jugalah yang mengajak saya untuk bernikah dengannya ketika saya diculik. Saya cukup takut tapi Alhamdulillah semuanya selamat,’’ katanya yang enggan mendedahkan wajahnya untuk diambil gambar.

Thursday, August 4, 2011

Ditemui selepas 7 jam dilarikan


MOHD MIRZA  dicium ibunya Wan Juriana selepas  keluar dari IPD Seri Alam, Johor Bahru, semalam.

MOHD MIRZA dicium ibunya Wan Juriana selepas keluar dari IPD Seri Alam, Johor Bahru, semalam.


Lelaki curi Avanza tak sedar ada budak tidur dalam kenderaanJOHOR BAHRU: Seorang budak empat tahun yang sedang tidur dalam kenderaan pelbagai guna (MPV), menempuh detik mencemaskan kira-kira tujuh jam apabila dilarikan seorang lelaki yang mencuri kenderaan terbabit, ketika ditinggalkan ibunya berdekatan sebuah Taska dekat Masai di sini, awal pagi semalam.Kejadian berlaku jam 7 pagi di Taman Kota Masai, ketika mangsa, Mohd Mirza Baihiqi Suhaimi bersama kakaknya, Nurul Arisya, 9, dibawa ibu mereka, Wan Juriana Wan Jamal, 36, untuk menghantar adik bongsu mereka, Mohd Syakirin, dua tahun di Taska itu.Ketika menyerahkan anak bongsunya kepada petugas Taska itu, Wan Juriana yang juga guru di Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, tidak mematikan enjin serta mengunci pintu kerana dua anaknya masih dalam MPV Toyota Avanza itu termasuk Nurul Arisya yang duduk di tempat penumpang depan.Menceritakan semula detik cemas itu, Nurul Arisya berkata, ketika dia sedang menunggu ibunya kembali ke kenderaan itu, tiba-tiba seorang lelaki masuk duduk di tempat pemandu kenderaan keluarganya itu sebelum mengarahnya keluar dari MPV berkenaan.Ketika emak hantar adik saya masuk Taska, kereta tidak berkunci dengan enjin masih hidup. Saya duduk di depan menunggunya, manakala adik Mirza sedang tidur di tempat duduk belakang.Tiba-tiba seorang lelaki masuk dalam kereta dan menjerit suruh saya keluar. Perbuatan itu membuatkan saya takut dan panik, sebelum saya keluar. Lelaki itu memecut laju kereta emak sambil membawa sekali adik saya yang sedang tidur,” katanya ketika ditemui di Taska itu petang semalam.Wan Juriana yang masih terkejut, berkata anaknya itu adalah sesuatu yang tidak ternilai berbanding kereta yang dilarikan pencuri dalam kejadian itu.Saya ibarat mendapat nyawa kembali apabila Mirza ditemui selamat. Kejadian ini berlaku dalam sekelip mata ketika saya singgah dan turun mendukung Syakirin untuk diserahkan kepada pengasuh,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Seri Alam, sejurus anaknya ditemui selamat.Bagaimanapun, Mohd Mirza Baihiqi ketika ditemui kelihatan masih terpinga-pinga dengan pengalaman yang dilaluinya dan tidak mampu menceritakan detik cemas ditempuh sepanjang tujuh jam berada bersama pencuri kenderaan ibunya itu.Pemangku Ketua Polis Daerah Seri Alam, Deputi Superintendan Saifi Abdul Hamid, yang mengesahkan kejadian itu, meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat kedudukan MPV Toyota Avanza yang dilarikan dalam kejadian itu tampil menghubungi mana-mana balai polis berdekatan. bharian

Remaja diculik sindiket dadah lepaskan diri

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar sekolah menengah menempuhi detik mencemaskan apabila dipaksa mengambil dadah jenis syabu sebelum ditendang berulang kali di perut sepanjang tempoh tiga jam dilarikan empat lelaki dipercayai anggota sindiket dadah di Subang Ja-|ya di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, kumpulan terbabit bertindak ganas selepas mangsa berusia 17 tahun itu enggan menyertai kegiatan jenayah mereka walaupun sudah dipujuk beberapa kali sebelum ini.
Kejadian jam 3 pagi itu berlaku ketika remaja lelaki terbabit menaiki motosikal berseorangan untuk pulang ke rumahnya di Seksyen 19 USJ selepas menghadiri sambutan hari jadi seorang rakannya apabila dia ditahan kumpulan lelaki itu dan menariknya ke dalam kereta.
Sumber berkata, pelajar terbabit dipercayai mengenali keempat-empat suspek yang pernah memperalatkannya menjadi pengedar dadah kecil-kecilan tiga tahun lalu sebelum mangsa meninggalkan kumpulan berkenaan selepas insaf.

“Mangsa dibawa ke sebuah rumah di Subang Perdana sebelum dipaksa mengambil dadah jenis syabu sambil empat lelaki terba-bit mengelilinginya. Mangsa yang enggan mengambil dadah itu kemudian disepak di perut empat kali menyebabkannya jatuh dan hampir pengsan.

“Dalam keadaan tidak bermaya, mangsa berulang kali dipaksa menyertai semula kumpulan itu yang aktif mengedar dadah di Subang Jaya dan kawasan sekitarnya sejak tiga tahun lalu, namun dia menolak,” katanya.

Menurut sumber itu lagi, kira-kira jam 6 pagi, pelajar terbabit berjaya melepaskan diri dengan melompat melalui tingkap dapur ketika empat suspek terbabit tertidur sebelum mangsa menghubungi rakan untuk meminta bantuan menghantarnya ke balai polis.
“Sebaik berjaya melepaskan diri, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis SS17 dan mendedahkan kegiatan dalang di sebalik kumpulan itu, termasuk bekalan dadah yang diperoleh. Mangsa juga berjanji memberikan kerjasama penuh kepada polis untuk menangkap empat suspek terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat mangsa dan siasatan sedang dijalankan.bharian

Tuesday, July 26, 2011

Penculik hantar SMS ancam sembelih Nazar


SITI HAMDAH menunjukkan SMS yang dihantar penculik.
SITI HAMDAH menunjukkan SMS yang dihantar penculik.


Keluarga makin buntu kumpulan desak bayar segera wang tebusan

KUALA LUMPUR: Keluarga Mohd Nazarrudin Saidin, 38, yang masih dalam tahanan kumpulan penculik di selatan Filipina, trauma selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kumpulan itu mengancam akan menyembelih mangsa jika wang tebusan tidak dibayar secepat mungkin.

Terdesak dengan perkembangan terbaru itu, bapa Mohd Nazarrudin, Saidin Aziz bersama isteri, Siti Hamdah Ahmad dan seorang lagi anak mereka, Mohd Lukman Saidin bergegas ke pejabat Kelab Putera 1Malaysia merayu bantuan Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim membantu menyelamatkan Nazaruddin.
“Saya sudah hilang punca, tidak tahu ke mana hendak meminta tolong. Saya sudah ke sana ke mari menagih simpati tetapi tiada pihak yang benar-benar membantu.
“Kini hanya kelab ini harapan saya... bantulah kami. Saya merayu kepada Datuk (Abdul Azeez),” kata Siti Hamdah menahan sebak ketika ditemui di di pejabat kelab di sini, semalam.

Mohd Lukman pula berkata, dia sempat bercakap beberapa patah dengan Nazarrudin, Jumaat lalu sewaktu mangsa menghubunginya.
“Saya mendapat panggilan daripada kumpulan itu pada sebelah pagi tetapi saya berkata, saya mahu bercakap dengan abang saya untuk mengesahkan ia panggilan daripada kumpulan penculik.

“Pada sebelah petang, abang menghubungi saya - ‘Man, kau telefon abang balik’. Hanya itu saja perbualan kami dan apabila saya menghubungi semula nombor itu, seorang lelaki yang bercakap dialek Sabah menjawab dan enggan membenarkan saya bercakap dengan abang, sebaliknya meminta kami segera menyediakan wang tebusan.
“Saya memberitahu kami tidak mampu, kami bukan dari keluarga kaya. Lelaki itu berkata, wang tebusan perlu dirundingkan dengan komander mereka. Keesokannya, saya menerima SMS mengancam mahu menyembelih abang jika gagal membayar tebusan seperti diminta,” katanya.

Mohd Nazarrudin ditahan kumpulan penculik sejak 8 Mei lalu ketika berada di Jolo, selatan Filipina untuk mendapatkan cicak tokek.

Sementara itu, Abdul Azeez, berkata beliau amat terharu dengan kepercayaan yang diberikan keluarga mangsa dan akan segera menghubungi semua pihak yang berkaitan bagi memudahkan urusannya berlepas ke Filipina bagi merundingkan pembebasan Nazarrudin. Berita Harian Online | Penculik hantar SMS ancam sembelih Nazar