Pages

Showing posts with label Lotus. Show all posts
Showing posts with label Lotus. Show all posts

Friday, January 14, 2011

Polis diberi pinjam kereta Lotus



SEORANG anggota polis, Angus Nairn berdiri dekat kereta polis Lotus Evora di sebuah lebuh raya di Midlands, Britain baru-baru ini.


LONDON - Polis di wilayah Midlands diberi pinjam sebuah kereta Lotus Evora yang berharga £50,000 (RM240,526) dan boleh memecut dari 0 hingga 96.56 kilometer sejam (km/j) berdasarkan meter kelajuan dalam tempoh kurang lima saat, lapor sebuah akhbar semalam.
Kereta itu diberi pinjam selama dua minggu untuk pasukan polis yang meronda di lebuh raya di Midlands Barat.
Seorang anggota polis, Angus Nairn berkata: "Ia merupakan sebuah kereta yang laju dan kami berharap untuk membuktikan akan terdapat satu halangan yang berkesan bagi sesiapa yang memikirkan mahu memandu dengan laju atau cuba memandu lebih laju daripada kami."
Menurutnya, kereta itu mempunyai prestasi yang mengagumkan.
Kereta keluaran syarikat Lotus yang kini dimiliki oleh syarikat Proton dari Malaysia itu menggunakan enjin 3.5 liter V6. - Agensi

Saturday, October 2, 2010

Lotus sasar jual 10,000 unit model baru setahun



Daripada Ismail Mat di Paris
edisimingguan@bharian.com.my
2010/10/02

  EMPAT daripada lima  kereta  terbaru keluaran Lotus  dipamerkan selepas majlis pelancarannya di Porte des Versailles,  kelmarin.
EMPAT daripada lima kereta terbaru keluaran Lotus dipamerkan selepas majlis pelancarannya di Porte des Versailles, kelmarin.
Garis pelan pemasaran lebih agresif lariskan lima produk 

GROUP Lotus Plc, anak syarikat Proton Holdings Bhd, menyasar menjual sehingga 10,000 unit setahun kereta sport keluarannya menerusi pengenalan lima model baru jenama berprestij itu ke pasaran tidak lama lagi.
Pengerusi Group Lotus dan Proton, Datuk Seri Nadzmi Salleh, berkata ketika ini kumpulan itu menjual kira-kira 2,000 unit setahun.
"Ini adalah kali pertama dalam sejarah, Lotus melancarkan lima model baru serentak"

Nadzmi Salleh
Pengerusi Group Lotus dan Proton
Katanya, Lotus kini giat menggariskan pelan pemasaran lebih agresif untuk melariskan jualannya dalam menyokong barisan produk baru yang dibangunkan itu.

"Ini adalah kali pertama dalam sejarah, Lotus melancarkan lima model baru serentak, yang akan dibangunkan syarikat dalam masa lima tahun akan datang.

"Kehadiran model empat pintu, Eterne memperluaskan lagi barisan produk membolehkan kita mempertingkatkan jualan kereta Lotus pada masa akan datang mungkin tiga atau empat kali ganda berbanding ketika ini.

“Sasaran antara 8,000 hingga 10,000 unit kereta Lotus setahun akan dicapai secara berperingkat susulan model berkenaan dibangunkan setiap 12 bulan sekali," katanya selepas majlis pelancaran lima model baru Lotus iaitu Esprit, Elise, Elan, Elite dan Eterne di Pameran Motor Paris 2010 yang sedang berlangsung di Porte de Varsailles, Paris. 
Hadir sama, Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Dany Bahar.

Nadzmi berkata, harga semua model baru terbabit akan ditetapkan mengikut pasaran selepas mengambil kira keupayaan daya saing dengan model keluaran syarikat lain dalam segmen sama.

Beliau yakin kemunculan lima model baru itu akan meningkatkan prestasi kewangan kumpulan Lotus yang dikuasai Proton sejak 13 tahun lalu.

Katanya, keupayaan pengurusan baru Lotus dengan pengalaman berkerja di pelbagai syarikat terkemuka yang turut terbabit dengan super car sebelum ini, menghasilka

Friday, October 1, 2010

Lotus perkenal 5 model di Pameran Motor Paris




2010/10/01

NADZMI (dua dari kiri) bersama Syed Zainal (kiri) dan Duta Besar Malaysia ke Perancis,  Tan Sri Abdul Aziz Zainal (dua kanan) menunjukkan isyarat bagus bersama kereta keluaran terbaru Lotus Eterne selepas dilancarkan sempena Pameran Motor Paris, semalam.
NADZMI (dua dari kiri) bersama Syed Zainal (kiri) dan Duta Besar Malaysia ke Perancis, Tan Sri Abdul Aziz Zainal (dua kanan) menunjukkan isyarat bagus bersama kereta keluaran terbaru Lotus Eterne selepas dilancarkan sempena Pameran Motor Paris, semalam.
Permulaan bina kembali reputasi pengeluar kereta sport super

GROUP Lotus Plc, anak syarikat Proton Holdings Bhd berpangkalan di United Kingdom (UK), memperkenalkan lima model terbarunya di Pameran Motor Paris 2010 yang bermula semalam.

Model berkenaan dianggap sebagai permulaan bagi Lotus kembali membina reputasinya sebagai pengeluar kereta sport super terkemuka dunia.
Lotus terkenal dengan kepakaran aerodinamiknya mengejutkan ramai pihak apabila buat kali pertama mempamerkan model kereta sport super empat pintu yang dikenali sebagai Eterne.
Turut diperkenalkan model Esprit baru, iaitu yang paling anggun selepas kemunculan pertama model konsepnya pada 1974.

Pengerusi Proton dan Group Lotus, Datuk Seri Nadzmi Wahab, berkata tiga lagi model yang bakal dikeluarkan ialah Elan, Elise dan Elite.

"Model baru ini bakal dikeluarkan dalam tempoh lima tahun bermula dengan Elan mulai Oktober 2012, diikuti model lain setiap 12 bulan kemudian.

Di bawah kepemimpinan Dany Bahar sebagai ketua eksekutif dan sokongan pereka automotif terkenal dunia, Donato Coco, yang juga bekas pereka Ferrari, kami yakin lima model ini akan membawa perubahan besar kepada Lotus, katanya selepas jamuan malam anjuran kumpulan itu sempena Pameran Motor Paris di Paris itu, malam kelmarin.
Hadir sama, Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Syed Mohamed Tahir.

Pengenalan lima model baru itu adalah tambahan kepada model Evora yang dilancarkan baru-baru ini.

Nadzmi berkata, pengurusan Lotus bertungkus-lumus sembilan bulan menghasilkan lima model konsep itu bagi membolehkannya membuat kemunculan di Paris.

Kami mahu pastikan Lotus kekal dalam penguasaan Proton. Kami mahu memastikan Lotus membawa keuntungan dan untuk itu kami perlu menampilkan produk kompetitif dan menarik, katanya sambil menegaskan selepas 14 tahun Proton mengambil alih pengeluar kereta sport itu, pandangan skeptikal dan sinis terhadap usaha itu kian terhakis, katanya.