Pages

Showing posts with label katil. Show all posts
Showing posts with label katil. Show all posts

Monday, February 13, 2012

Katil juruterbang dalam pesawat Boeing


KATIL untuk juruterbang tidur di belakang kokpit pesawat Boeing 787 baharu yang dipamerkan pada Pertunjukan Udara Singapura di Singapura semalam.


SINGAPURA - Pesawat penumpang baharu Boeing 787 Dreamliner mempunyai ruang rehat untuk juruterbang tidur di belakang kokpit pesawat itu.
Ia juga mempunyai ruang rehat yang sama untuk kru penerbangan lain seperti pramugara dan pramugari.
Menurut laporan Bernama, pesawat Dreamliner itu mempamerkan keupayaan jarak jauhnya beberapa hari lepas, terbang tanpa henti dari Boeing Field di Seattle, Amerika Syarikat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok dengan jarak 12,358 kilometer.
Pesawat itu yang membawa hampir 300 penumpang dipamerkan pada Pertunjukan Udara Singapura yang bermula esok sehingga 17 Februari depan. - Agensi

Saturday, July 30, 2011

Katil seberat 1.8 tan



DENGAN menggunakan peralatan tradisonal, Roni membuat katil seberat 1.8 tan di Pusuruan, Jawa Timur. - KOMPAS.com.


PASURUAN - Seorang pembuat perabot di Jawa Timur menghasilkan sebuah katil seberat 1.8 tan dan berharga 170 juta rupiah (RM59,100).
Roni, 53, berkata, katil itu dihasilkan menggunakan kayu pokok berusia lebih satu abad dan boleh digunakan sehingga tujuh generasi.
Menurutnya, idea menghasilkan katil itu berikutan kebanjiran pembuat perabot di tempatnya yang menyebabkannya mahu membuat kelainan.
"Bagi saya adalah tidak salah untuk membuat kelainan supaya kita dikenali dan apa yang penting saya mahu Kota Pasuruan dikenali hingga ke luar negara melalui penghasilan perabot yang unik-unik," katanya kepada KOMPAS.com.
Katil ini dikatakan mempunyai panjang tiga meter dan lebar 2.8 meter. Untuk kelihatan lebih elegan, batang pokok yang mempunyai kepanjangan satu meter serta berdiameter 35 sentimeter dijadikan sebagai penyandar katil.
Katil ini dibuat secara tradisional menggunakan tangan dan memerlukan masa selama sebulan untuk disiapkan.
Bagi memudahkan pemindahannya, kaedah pasang siap diguna pakai dan antigempa dan antianai-anai kerana kayu yang digunakan telah dipanaskan sehingga kering dan disembur ubat antianai-anai sebelum proses pembuatan dimulakan. - AGENSI
http://www.utusan.com.my

Friday, October 15, 2010

Penganjur sedia katil untuk penonton teater




2010/10/15

LONDON: Sebuah kumpulan teater di bandar raya ini akan mementaskan drama yang membolehkan penontonnya tidur di panggung selepas pementasan berakhir. 

Pengarah The Duke Theatre Company, Symun Kasun, berkata ketika pementasan drama berjudul Lullaby, penonton diminta memakai baju tidur dan membawa berus gigi, manakala penganjur menyediakan katil dan sarapan pagi untuk mereka.“Kami mahu penonton menghayati drama ini dan saya yakin mereka boleh tidur lena di panggung selepas menyaksikan drama ini,” katanya. – Agensi