Pages

Showing posts with label model. Show all posts
Showing posts with label model. Show all posts

Monday, August 29, 2011

Derita model seluar dalam

NEW YORK: Bagaimana agaknya perasaan dapat memakai pakaian dalam berlian berharga RM13.4 juta?
“Menyakitkan,” itu yang dikatakan model seluar dalam Victoria’s Secret yang pernah memperagakan pakaian dalam itu, Selita Ebanks (gambar).

Selita menjadi model fesyen syarikat berkenaan dari 2005 hingga 2008.

Dia terpilih memperagakan pakaian dalam 'Holiday Fantasy Bra Set' pada 2007. Pakaian itu disifatkan sebagai amat seksi dan dihiasi dengan berlian, permata, delima dan nilam yang berharga AS$4.5 juta (RM13.4 juta).

Bagi sebahagian orang, mereka tentu terfikir betapa beruntungngnya model yang memperagakan seluar dalam itu.

Tapi bagi Selita, saat itu sungguh tidak menyelesakan.


“Sakit. Ya, berlian itu membuat saya sakit,” kata bekas tunang Nick Cannon itu, seperti yang dipetik oleh akhbar Huffington Post.

“Saya merasakan kemaluan saya digores pada setiap langkah. Ia sudah pasti bukan cara yang betul untuk menarik perhatian lelaki. Tidak ada lelaki yang suka dengan wanita yang luka pada kemaluannya,” kata model berusia 28 tahun itu.

Menurutnya, ketika memakai seluar dalam itu, dia tidak merasa dirinya seksi.

“Itu bukan seksi, tapi seksa. Tidak ada orang yang mahu kemaluannya luka,” katanya. -Agensi, hmetro

Saturday, August 6, 2011

Model 10 tahun cetus kejutan


WAJAH Thylane Lena-Rose Blondeau dalam majalah Vogue Enfants.


NEW YORK - Gaya seorang model kanak-kanak yang baru berusia 10 tahun yang dipaparkan dalam majalah Vogue Enfants telah mencetuskan kejutan dalam industri peragaan, lapor sebuah akhbar semalam.
Gaya kanak-kanak itu, Thylane Lena-Rose Blondeau yang semakin menjadi sebutan dalam arena fesyen telah menimbulkan kontroversi kerana dia memaparkan gaya tarikan seksual seperti individu berusia dua kali ganda umurnya.
Thylane telah muncul dalam pelbagai kempen dan imejnya tersebar luas di Internet.
Kejelitaan wajah kanak-kanak dari Perancis itu pernah menghiasi muka depan majalah Vogue Enfants dalam edisi khas.
Dilahirkan di Ivory Coast, Thylane merupakan anak pasangan pemain bola sepak pasukan Perancis, Patrick Blondeau dan pelakon Véronika Loubry.
Seorang perunding psikologi, Dr. Emma Gray menyatakan bahawa gambar itu menunjukkan kanak-kanak berkenaan didedahkan dalam dunia orang dewasa.
Menurutnya, sebelum kanak-kanak didedahkan dengan dunia seperti itu, orang dewasa perlu mencipta suasana yang memberikan golongan tersebut masa dan ruang selain memupuk perkembangan fizikal serta psikologi. - Agensi

Wednesday, August 3, 2011

Bekas model Playboy hidup disara kerajaan



TRACY HARRISON


WILLENHALL, Britain - Seorang bekas model majalah bogel Playboy yang pernah hidup mewah di Beverly Hills, Amerika Syarikat (AS) kini terpaksa tinggal di sebuah rumah kerajaan dan menerima elaun pengangguran £50 (RM241.28) seminggu untuk menyara kehidupannya, lapor sebuah akhbar semalam.
Model seksi berkenaan, Tracy Harrison pernah menerima bayaran £40,000 (RM193,027) untuk satu sesi foto dan hidup dalam kemewahan sejak dia berhijrah ke Los Angeles ketika berusia 21 tahun.
Harrison, 46, pernah tinggal di sebuah kapal layar mewah di Monaco selama 15 tahun bersama teman lelakinya selepas dia meninggalkan California, AS.
Namun, wanita itu kini menganggur dan tinggal di rumah kerajaan tempat dia dibesarkan di sini.
Wanita itu memberitahu, dia telah menjual semua barang kemasnya untuk menyara kehidupannya sejak pulang ke Britain beberapa tahun lalu.
Menurutnya, dia gagal memperoleh pekerjaan sejak empat tahun lalu.
"Sebaik sahaja pihak majikan mengetahui tentang kisah silam saya, mereka tidak mahu mengupah saya," katanya. - Agensi